BAB 18

Family Completed 6948

Sara menggigit bibirnya sambil melihat sekelling. Dia bimbang Adam tidak akan datang. Sudah lebih sepuluh minit dia menunggu di situ.

“Ehem.” Adam berdehem dari belakang Sara.

Sara berdiri sebelum berpaling ke belakangnya. Dia tersenyum janggal melihat Adam. Adam tidak berani bertentang mata dengan Sara, dia berjalan menuju ke tempat duduknya tanpa memandang Sara. Melihat Adam yang sudah duduk, Sara turut berbuat begitu.

“Saya dah pesan air mocha untuk awak.” ujar Sara. Dia masih berasa janggal.

“T-thanks!” ucap Adam. Keadaan sunyi seketika. Adam seboleh-bolehnya tidak ingin melihat Sara.

“Adam.” tegur Sara.

“So, it’s that true that you the one who sent me all that gift?” Sara berterus-terang.

“Emm, ehem…ya.” jawab Adam.

Sara mengangguk.

“Lepas awak habiskan air awak ni, saya nak awak ikut saya ke kereta. Ada benda saya nak bagi dekat awak.” ujar Sara lalu menghirup airnya.

Mendengar itu, Adam memandang Sara. Benda apa ynag Sara hendak beri padanya??

Selepas selesai menikmati minum petang mereka, mereka menuju ke kereta Sara. Sara melihat-lihat kereta sekelilingnya. Tidak kelihatan kereta Adam.

“Awak letak kereta kat mana?” tanya Sara.

“Hmm? Kat sana!’ jawab Adam.

“Hmm, saya rasa lebih baik awak bawa kereta awak pergi sini. Barang yang saya nak bagi ni berat kut!” ujar Sara lalu membuka pintu kereta bahagian belakang dan mengeluarkan sebuah kotak.

Adam melihat kotak itu dengan perasaan tanda tanya.

“Hah, ni dia. Saya nak bagi awak ni!” ujar Sara lalu meletakkan kotak itu itu ke tanah.

“Apa ni?” tanya Adam.

Sara terdiam. Keadaan sunyi seketika sebelum dia mengukir senyuman.

“Ni barang-barang yang awak kirim dekat saya dulu…saya nak kembalikan.” perlahan Sara menjawab.

Adam terpana. Reaksi wajahnya berubah. Dia merenung wajah Sara dalam-dalam. Sunguh sukar untuk mempercayai apa yang didengarinya. Dia berasa seakan ingin menangis. Wajahnya mula memerah.

“Ambillah.” ujar Sara lagi.

Adam menunduk lalu mengangkat kotak itu. Rasa sakit dalam hatinya sedaya-upaya dia menahannya. Dia memejamkan matanya lalu berdiri dan memandang Sara.

“Saya tak sangka awak macam ni! Saya boleh faham awak marah dekat saya tapi saya tak sangka awak bagi balik barang-barang ni semua!” marah Adam lalu segera mengangkat kaki dari situ.

Sebaik sahaja tiba di hadapan keretanya, dia memasukkan kotak itu ke bahagian belakang keretanya kemudian segera masuk ke dalam kereta. Rasa sakit dalam hatinya keluar dengan air mata. Dia tidak dapat lagi menahan rasa sakitnya, sedihnya dan kecewanya.

Melihat Adam yang begitu pantas meninggalkannya membuat dia menggigit bibirnya dan menggaru-garu kepalanya. Dia mengeluh.

“Eeiii, dia ni! Orang belum habis cakap lagi dah lari! Hah, bagus sangatlah tu!’’ bebel Sara lalu masuk ke dalam kereta.

*****************************

Adam memberhentikan keretanya di tepi jalan saat terlihat Sara melambai-lambaikan kedua-dua tangannya dari arah itu. Walaupun hatinya masih sakit, dia tetap risau.

“Kereta dia rosak ke?” tanya Adam dalam hatinya.

Sebaik sahaja dia keluar dari keretanya, Sara segera menghampirinya. Dia terkejut saat Sara mencubit telinganya.

“Awak ni kan! Saya belum habis cakap lagi awak dah lari!” marah Sara tanpa melepaskan tangannya dari telinga Adam.

“Eh, eh, eh, kenapa ni? Sakitlah!” ujar Adam. Terbongkok-bongkok dia diseret oleh Sara.

Sara mengheret Adam hingga ke keretanya lalu melepaskan tangannya disitu. Dia mencebik lalu memeluk tubuhnya sambil memandang Adam. Adam yang berasa terkejut dan hairan memandang Sara sambil tangannya menggoso-gosok telinganya yang memerah.

“Awak ni kenapa?!” marah Adam cuak.

“Kenapa awak tanya?! Saya belum habis cakap lagi tau, yang awak memandai-mandai lari macam tu je kenapa?!” balas Sara.

“Awak nak saya tunggu lagi, hah, dengar lagi apa yang awak cakap?! Nak tambah rasa sakit dalam hati saya ni lagi??” marah Adam.

“Hah tu lah! Lain kali dengar sampai habis dulu apa yang orang nak cakap!” balas Sara geram.

Adam mendengus geram.

“Haha, saya dah ada dekat depan mata awak ni, cakaplah! Cakap sampai awak puas!” jerit Adam geram.

Sara tersenyum melihat Adam. Adam bagaikan tidak percaya melihat Sara yang tersenyum di saat dia begitu.

“Saya…nak…bagi…awak…peluang!” ujar Sara.

Adam terkedu. Apa?!

“Apa? Awak ulang balik?!” tanya Adam dengan wajah yang terkejut.

“Ishh, awak ni! Saya cakap, saya nak bagi awak peluang!” marah Sara.

“Peluang??” tanya Adam hairan. Apa semua ni??

“Yela, nanti awak kata saya kejam pulak! Jadi saya nak bagi awak satu, satu je peluang untuk pikat saya dengan identiti awak, bukan sebagai mysterious guy tu lagi!” ujar Sara lalu tersenyum.

Adam melihat Sara, cuba untuk memproses apa yang didengarinya itu. Matanya membesar dan wajahnya berubah saat memahami maksud kata-kata Sara itu.

“REALLY?!!” teriak Adam.

Sara mengangguk, gembira dengan keputusannya. Dia tahu Adam juga gembira. Dia menarik nafas lega. Yan, dia mengakui kebenaran kata-kata Nurin. Dia boleh terus menolak Adam namun begitu, memberi peluang untuk dirinya dan untuk Adam adalah satu keputusan yang lebih baik. Dia tersengih lalu tunduk saat melihat Adam yang begitu gembira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience