Rate

Pertemuan

Short Story Series 1205

Soyeon sedang makan ramen di kedai 7e , dia makan dengan gelojoh dan menghabiskan 3 bekas ramen kerana kelaparan . Dari pagi tadi lagi dia tak makan kerana sibuk dengan kerja sambilannya . Akhirnya dia tercekik , lalu dia segera mengambil minuman di peti ais itu , dia mengambil air mineral lalu minum dengan gelojoh . Lega sikit rasanya kata Soyeon dalam hati , tanpa dia sedar dia telah terlanggar seseorang lelaki yang bertubuh sasa di belakangnya . Terkejut sungguh soyeon , seiingat dia takde sesiapa di kedai itu selain dia dan zico yang merupakan penjaga kaunter yang sangat rapat dengannya sejak dari kecil lagi. Soyeon hampir terjatuh tetapi sempat disambut oleh lelaki berbadan sasa itu .Perlihatan soyeon kelihatan kabur lalu dia mencari di mana jatuhnya kacamata dia . Lelaki itu mengutip kacamata soyeon dan memberikan kepada soyeon. Soyeon terus memakai kacamatanya dan dia sekali lagi terkejut kerana lelaki di depannya itu adalah budak lelaki di sekolahnya.Soyeon menundukkan kepalanya dan mengucap terima kasih kerana menyambut dan mengutip kacamata yang jatuh tadi. Lelaki itu hanya tersenyum lalu pergi meninggalkan soyeon .

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience