DIA 34

Romance Completed 131781

Hanis tergopoh-gapah naik ke atas. Kaef pula mengejarnya tak henti. Nama Hanis dipanggil manja. Luqman membuka matanya dan melihat Kaef naik ke atas, terus segar matanya.

"Kaef!" Jerit Luqman.

Luqman cuba bangun tapi dia terduduk. Kepalanya berpusing-pusing. Giliran Mark pula yang sedar dan melihat Luqman yang sedang cuba untuk berdiri.

"Kau nak pergi mana?" Soalnya.

"Kaef... Hanis." Mata Mark membulat.

"Si*l dia buat jugak ke? Jahan*m!" Marah Mark.

Tiba-tiba Mark terfikir sesuatu.

"Bro... Bukan ke kita semua memang nak sangat dekat Hanis tu? Apa kata kita join je dia." Ujar Mark.

"Hazz?" Mark tersenyum kecil.

"Biarlah, Hanis maid dia je. Bukan bini dia. Jom!" Luqman dan Mark naik untuk menyertai Kaef.

Hanis cuba menutup pintu tetapi dihalang oleh tangan Kaef yang berada didalam bilik. Sesekali Kaef menjerit kesakitan akibat tangannya dihimpit pintu. Hanis buntu!

Dari dalam bilik Hanis dapat melihat kehadiran Mark dan Luqman dengan baju yang sudah... Tidak berkancing!? Hanis cuba menolak tangan Kaef tetapi lain pula jadinya. Kaef menangkap tangan Hanis lalu menolak pintu kasar.

Kepala Hanis terhantuk pada pintu. Hanis memukul Kaef menggunakan tangannya yang lagi satu tetapi Kaef menangkap tangannya juga. Kaef meleret senyuman nakal.

"Bro... Kau nak makan sorang ke?" Soal Mark dengan nada mendatar.

Kaef mengeluh lalu menoleh.

"Gilir-gilirlah!!" Sampuk Luqman lalu ketawa besar.

Hanis meronta-ronta lalu menolak Kaef sehingga terjatuh. Kaef sudah naik angin. Dia terus mengunci Hanis pada dinding. Kepalanya pula ditolak oleh Hanis.

"Abang!!!" Jerit Hanis meminta pertolongan.

"Kau panggil abang kau? Sorry sayang. Sini cuma ada aku dengan kawan akuu!!" Kaef ketawa besar.

"Abang!!" Panggil Hanis lagi.

"Aku geram je dengan kau ni!!" Dengan pantas tangan Kaef menampar pipi Hanis. Hanis terjatuh ke tepi.

Luqman dan Mark terkejut.

"Takkan sampai kau nak ke pukul dia?" Soal Luqman.

"Aku tak boleh tahan dengan perangai kucing depan aku ni. Nakal sangat!" Ujarnya lalu menarik tubuh Hanis dan ditolaknya ke atas katil.

Hanis sudah kepenatan.

"Abang! Tolong Hanis!" Jeritnya sekali lagi lalu cuba melarikan diri tapi dipeluk Kaef dari belakang.

Hatinya menjerit-jerit memanggil babahnya. Air mata mula mengalir. Sekali lagi Kaef menolak Hanis ke atas katil lalu menindih tubuhnya.

"Korang tunggu luar. Aku nak... Privasi." Mark dan Luqman melangkah keluar seperti yang diarahkan.

'Ini ke pengakhiran hidup aku...' Desis hati Hanis.

Hanis meronta lebih kuat apabila Kaef mencium lehernya dengan rakus. Hanis menjerit kuat. Biarlah jiran nak kata apa, dia betul-betul perlukan pertolongan. Kaef tenung matanya.

"Hazz takkan datang sebab apa? Sebab dia kalau mabuk, dia takkan sedar. Apa kata awak ikut abang je. Buat apa nak tinggal dengan Hazzar yang kaki pukul, kaki botol dan kaki perempuan? Perempuan keliling pinggang. " Ujarnya pada Hanis.

Hanis sekadar mendiamkan diri memandang Kaef.

"Memang semua kaki ada dekat aku tapi aku tak rogol perempuan!!" Hazzar terus menarik Kaef lalu ditolaknya ke dinding dengan kasar.

Kaef terkejut melihat Hazzar dihadapannya dengan wajah bengis. Nafas Hazzar pun dapat didengari. Hanis berlari ke bilik mandi lalu mengunci pintu dari dalam. Kaef mendecit.

"Kau ni potong tau tak. Adui!" Ujarnya.

"Potong? Kau nak rogol dia, kau nak suruh aku duduk diam. Aku ni sendiri tak pernah sentuh dia kau nak sentuh dia!? Si*l!" Marah Hazzar lalu melepaskan tumbukan padu pada Kaef.

"Siapa suruh kau tak nak sentuh dia. Padahal tiap-tiap hari kau menghadap muka dia!" Ujar Kaef sambil memegang tempat ditumbuk tadi.

"Ni lagi satu. Apahal kau takut sangat aku nak sentuh si Hanis tu? Dia awek kau ke!?" Soal Kaef lalu bangun menuju ke bilik mandi tempat Hanis bersembunyi.

Hazzar merengus kuat. Bahu Kaef ditarik kasar lalu ditumbuknya lagi dan lagi.

"Oi Hazz sebab perempuan kau sanggup tumbuk kawan sampai macam tu? Gilalah! Kau tak pernah macam ni." Ujar Luqman. Mark mengangguk tanda mengiyakan kata-kata Luqman.

Hazzar menoleh.

"Aku tak kisah kalau kau nak sentuh awek aku ke apa. Sebab dia tak penting pun." Balas Hazzar.

"Dah tu kenapa yang ni kau marah pulak!? Dia bukan awek kau si*l!" Tengking Mark.

"Sebab dia isteri aku! Isteri aku yang sah. Dah sebulan aku kahwin dengan dia!" Mereka terdiam mendengar ujaran Hazzar.

Kaef dan yang lain mendekati Hazzar sedikit. Mereka papar wajah tidak percaya.

"Kau kahwin?" Hazzar mengangguk tanda mengiyakan soalan Kaef.

"Kau tak jemput kami pun?" Soal Luqman pula.

"Aku buat majlis kecil-kecilan je. Tak banyak yang datang." Masing-masing merengus perlahan mana taknya, dahlah kahwin tak jemput.

"Hazz... Kalau kau bagitahu awal-awal yang Hanis ni bini kau, aku tak kacau pun. Pegang pun tak! Asal kau tak bagitahu?" Soal Kaef.

"Sebab... Aku tak anggap dia bini aku. Aku tak terima pun dia sebagai bini aku. Kitaorang kahwin pun pasal, kena tangkap basah." Jelasnya.

Luqman mendecit.

"Kau tak terima dia sebagai bini kau walaupun status dia menang bini kau? Mengarutlah kau ni. Orang lain berebut nak ada bini, kau dah ada, tapi? Aahhh peninglah aku?" Ujar Luqman.

"Tapi bini kau... Lawa do." Puji Kaef.

Hazzar menghantar jelingan tajam. Mereka tersenyum lebar memandang Hazzar.

"Dahlah kitaorang balik dulu, Kaef jom kang nanti muntah darah kau dekat situ." Ajak Mark lalu meninggalkan mereka.

Kaef menoleh ke arah Hazzar.

"Jangan sampai aku jadi orang pertama yang sentuh dia bro." Kaef menjungkitkan keningnya, menjengkelkan.

Hazzar mendekati pintu bilik mandi lalu diketuk beberapa kali.

"Keluarlah." Arah Hazzar.

Tanpa teragak-agak Hanis terus membuka pintu bilik mandi dan memandang Hazzar di hadapannya. Hazzar memandangnya dari atas ke bawah lalu beredar dari situ.

"Abang! Abang dah... Terima Hanis?" Soalnya takut-takut.

Hazzar memberhentikan langkahnya tapi tidak menoleh. Senyuman sinis terukir di bibirnya.

"Aku tak nak aku jadi orang ke dua atau ke bawah yang sentuh kau nanti. Aku tak suka benda... Yang orang lain dah guna dulu sebelum aku."

Hazzar kembali melangkah. Hanis mengangguk faham mendengar ujaran Hazzar.

---

Cahaya matahari yang tembus melalui celah langsir dan mengena pada mata Nazrul membuatkannya tersedar dari lena. Tangannya mencapai telefon di sebelah dan punat ON ditekan.

"Dah pukul 11 pagi."

Nazrul menoleh ke arah isterinya, Syaza yang sedang lena tidur. Tidur mati agaknya. Nazrul bangun dan memandang Syaza lagi. Dia meleret senyuman nipis. Syaza bergerak sedikit lalu memandang Nazrul dengan satu senyuman.

"Sorry bie, I ngantuk sangat." Ujarnya pada Nazrul.

"Takpelah... U kan isteri I. I tak kisah pun. Takpe sambunglah tidur, I nak mandi. Pergi kerja."

Nazrul mendaratkan bibirnya pada ubun-ubun Syaza lalu bangun dari katil. Syaza pula kembali menarik selimut dan menutup seluruh badannya. Baru sahaja dia hendak bermimpi, ada pemberitahuan masuk pada telefonnya.

Syaza mengeluh panjang kemudian mencapai telefonnya. Matanya masih berat. Terbeliak matanya apabila melihat gambar, Hazzar dan Hanis berkahwin?

Dia bangun dan membaca artikel tersebut. Dia baca dengan penuh teliti. Dia betul-betul tak sangka.

"Biar betul ni? Takkanlah diorang kena... Tangkap khalwat?" Ujarnya dengan nada hairan.

"Siapa yang kena tangkap khalwat?" Soal Nazrul tiba-tiba.

"Ermm... Tak ada sesiapa pun." Syaza cuba menipu tetapi gagal.

Nazrul mengambil telefonnya lalu membaca artikel tersebut. Keningnya bercantum. Dia pandang Syaza dan Syaza sekarang angkat bahu.

"Bila... Diorang- " Dia berhenti meneruskan kata-katanya.

"Biarlah dia nak kahwin dengan Hazzar ke Ikram ke apa. Peduli pulak aku." Ujarnya lalu mengembalikan telefon Syaza.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience