BAB 35

Romance Completed 11647

Aku menyapu minyak pada dahiku yang terhantuk tiang konkrit akibat ditolak Ainun sebentar tadi. Aku terasa seperti ada satu benjolan di situ. Aku melangkah ke cermin di meja solek. Ditilik wajahku. Benar, terdapat satu benjolan di situ.

Perisitiwa sebentar tadi bermain main di fikiranku.

"Hey. Ini semua sebab kau. Kalau kau tak datang sini mesti semua ni takkan terjadi." Jerit Ainun tiba tiba. Jari telunjuknya diarahkan kepadaku.

Aku menjadi hairan dengan tindakannya. Perasaan malu menjalar di dalam diri kerana dimalukan Ainun. Hamka yang sedang berjalan keluar dari masjid berhenti melangkah.

"Ainun!" Jerit Hamka dari jauh.

Semua mata yang tadinya tertumpu ke arahku teralih ke arah Hamka. Saat semua mata memandang Hamka, Ainun yang sudah tidak waras mengambil peluang menolakku. Kepalaku terhantuk di tiang konkrit kerana kebetulan aku duduk bersebelahan dengan tiang itu.

Aku mengaduh kesakitan. Hamka yang menyedari kelakuan Ainun terus menuju ke arahku. Satu tamparan hinggap di pipi Ainun. Aku terpinga pinga melihat keadaan yang sedang berlaku di hadapanku ini.

"Pempuan, kau dengar sini elok elok. Aku setuju untuk kahwin dengan kau sebab Rose yang suruh aku. Faham? Kau ingat senang ke aku nak terima kau? Kau guna cara kotor untuk dapatkan aku."

"Hamka. Cukuplah." Jerit Cik Da, ibu tiri Ainun. Dia sedang memeluk Ainun yang sedang menangis.

"Hamka, maafkan aku sebab aku tak dapat tolong kau. Aku faham perasaan kau bila kita terpaksa berpisah dengan orang yang kita sayang." Taufiq cuba menenangkan Hamka. Pak Mid dan Mak Mah pula diam tak terkata.

Aku yang kebingungan segera keluar dari masjid. Namun langkah ku dihentikan apabila Hamka memegang pergelangan tanganku. Aku terkejut dengan perlakuan Hamka, begitu juga dengan semua hadirin yang hadir.

"Ainun, dulu kau fitnah aku, kau paksa aku berkahwin dengan kau sebab aku pegang tangan kau. Aku terpaksa sebab aku tak nak kau sedih. Tapi macam tu balasan yang aku dapat. Kau dengar sini elok elok. Aku rasa aku dah ulang banyak kali kot ayat ni. Tapi aku sengaja nak mengingatkan kau. Kau boleh memiliki jasad aku, tapi bukan hati aku. Hati aku milik Rose. Selamanya aku akan cintakan dia."

"Abang Hamka, Ainun buat semua tu sebab Ainun cintakan abang." Kata Ainun dalam esakan. Timbul rasa belas dalam hati melihat keadaan Ainun.

"Ye, aku tahu. Tapi kau guna cara kotor."

"Hamka, kita akan buat semua benda untuk orang yang kita cintai. Ainun buat semua tu sebab dia cintakan Hamka." Kataku tenang. Benar, aku sanggup buat apa saja untuk orang yang aku cintai. Termasuk mengorbankan hati dan perasaan.

"Rose. Boleh tak kalau kau jangan menyampuk? Serabutlah dengan kau ni. Perempuan murahan. Suami orang pun kau nak rembat." Ujar Ainun sinis.

"Nurul Ainun. Jaga mulut awak!" Kata Taufiq, tegas. Ainun segera menundukkan wajah apabila melihat renungan tajam Taufiq.

"Mak, ayah. Jom balik." Hamka menarik tanganku keluar dari masjid. Apabila Mak Mah dan Pak Mid sudah meloloskan diri ke dalam kereta, Hamka memecut laju keretanya meninggalkan perkarangan masjid.

Tok! Tok! Tok!

Aku bergegas menuju ke arah pintu. Mak Mah berdiri sambil memegang mangkuk yang berisi ais dan sehelai tuala.

"Tuam kat bengkak tu." Ujar Mak Mah sambil tersenyum hambar.

Aku hanya mengangguk. Sebelum menutup pintu, sempat aku menjeling ke arah ruang tamu. Kelihatan keluarga Ainun sedang duduk di sana. Bahu Ainun terhenjut henjut, mungkin sedang menangis. Hamka pula sedang berdiri di tepi jendela.

Aku merebahkan badan di atas katil. Mangkuk berisi ais yang masih tidak terusik diletakkan di sebelah. Satu persatu kenangan aku dan Hamka belayar di minda.

Hamka merebahkan badanku di atas katil empuk miliknya. Aku hanya membiarkan kelakuannya terhadapku. Jujur, aku suka menerima layanan Hamka.

Matanya yang redup menikam tepat ke dalam mataku hingga menggetarkan naluri kewanitaanku. Aku menggigit bibir bawah, sekadar merangsang Hamka. Dia mendekatkan wajahnya ke wajahku. Terlalu dekat, hingga terasa hembusan nafasnya menyapa pipiku. Hidungnya yang mancung dielus lembut di kulit wajahku dan menyebabkan aku tergelak kecil.

Nafsuku yang membuak buak memaksaku untuk meragut bibirnya. Dia menyambut bibirku lalu dikucup lembut. Tangannya mula menjalar menyentuh mahkotaku yang masih berbalut. Ereksinya digosok perlahan di celah kangkangku yang sudah lencun. Aku mendesah manja melayan sentuhannya.

Lamunanku terhenti apabila terdengar suara Husna memanggil dari luar pintu. Aku meraup wajah.

'Kenapa benda tu perlu tersimpan dalam otak aku?' Aku mengomel dalam hati sambil berjalan ke arah pintu.

Aku bergegas membuka pintu. Kelihatan Husna sudah tersengih di muka pintu.

"Nak masuk."

Aku tersenyum melihat riak wajahnya. Entahlah, aku sendiri tidak tahu bagaimana hendak menafsir wajahnya ketika ini.

"Masuklah." Aku melebarkan sedikit bukaan pintu untuk membenarkan Husna melangkah masuk.

"Mak Mah suruh aku teman kau malam ni. Kau okay tak?"

"Betul ke? Seronoknya."

Aku tersenyum lebar mendengar kata kata Ainun. Dapatlah juga aku berbual dengan seseorang bagi menghilangkan rasa sedih yang bertandang.

"Kenapa tak tuam lagi benjol tu. Esok lebam, tak cantiklah." Kata Husna. Dia mencapai mangkuk berisi ais yang sudah mencair. Basah cadar dibuatnya.

"Nantilah aku tuam. Malaslah. Lagipun dah letak ubat."

"Yelah yelah. Lapar tak? Aku ada bawa makanan." Husna menunjukkan plastik yang tergantung di tangannya. Tidak perasan pula dia menjinjit plastik sewaktu masuk tadi.

"Tak." Jawabku sepatah.

"Aku tahu kau lapar. Jom lah makan, aku pun tak makan lagi. Sebab nak makan dengan kau lah."

Aku terharu mendengar kata katanya. Dia hendak makan bersamaku? Tidak pernah aku mempunyai sahabat sebaik Husna. Sebenarnya, seorang sahabat pun aku tidak pernah ada sebelum ini.

"Apa senyum senyum?"

"Terharu."

"Terharu? Kenapa?"

"Sebab kau lah."

"Kenapa sebab aku?"

"Banyak tanyalah kau ni. Jom makan, aku lapar."

"Tadi cakap tak."

"Jom lah."

Aku menariknya keluar untuk ke dapur selepas menyarungkan tudung di kepala. Gelak tawa kami berdua bergema satu rumah. Tetamu yang berada di ruang tamu langsung tidak diendahkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience