BAB 9

Family Completed 6948

Sara menggaul sambal udang dalam kuali itu. Itu merupakan makanan kegemaran Haikal dan dia sudah berjanji untuk datang ke pejabat Haikal dengan membawa makanan tengahari.

Selesai memasukkan sambal udang itu ke dalam bekas, dia berlari masuk ke dalam biliknya untuk menukar pakaiannya. Melihat pakaiannya, dia tersenyum saat mengimbas kembali kata-kata Haikal.

“Kau ni kan, belajar jauh-jauh tapi cara pemakaian kau tetap sama! Macam ni je la!”

Tanpa membuan masa, Sara mencapai bekas makanan itu lalu keluar dari rumahnya. Dia masuk ke dalam keretanya.

Sampai sahaja di bangunan milik Haikal, dia bersiul kagum.

“Fuhh, boleh tahan juga kawan aku ni! Hihi, nasib baik aku takde adik kalau tak dah aku suruh goda Haikal tu! Hihihi~” ujar Sara lalu melangkah masuk ke dalam bangunan itu.

Haikal dengan wajah yang serius meneliti fail itu. Tangannya mencapai cawan yan berisi kopi itu lalu menghirupnya.

“TADA!” jerit Sara yang tiba-tiba membuka pintu bilik pejabat Haikal.

Tersembur air kopi di dalam mulut Haikal itu. Mendengar suara ketawa dari Sara dia pantas menutup fail itu dan mengesap bibirnya. Sara yang masih ketawa itu dilihatnya geram.

“Tak tahu nak ketuk ke?” Haikal berpura-pura marah.

“Opss sori Mr. Boss!” ucap Sara lalu kembali menutup pintu dan mengetuknya sebelum kepalanya terjengul ke dalam.

“Mr. Haikal Muhirzan ada??” serius Sara berkata.

“Come in!” ujar Haikal sambil mengemas fail-fail dan kertas yan berselerak di atas mejanya.

Melihat meja yang sudah kosong, Sara meletakkan bekas makanan yang dibawanya di situ. Terhidu bau wangian sambal itu membuatkan Haikal tersenyum.

“Akhirnya, dapat juga saya lepas gian sambal udang awak ni Sara!” dengan gembira Haikal berkata.

“Amboi, dah tak marah ke??” usik Sara lalu duduk.

“Aihh, marah ke?” tanya Haikal lalu tersengih.

“Hmm, saya bangun awal-awal pergi beli udang, beli bahan-bahan nak memasak, saya masak ikhlas tapi bila datang sini kena marah pula.” Sara memuncungkan bibirnya.

“Alala, sori sori! My bad!” ujar Haikal lalu mengenggam jari Sara.

Sara tersenyum lalu menarik jarinya dan membuka penutup bekas makanan itu.

“Hmm…sedapnya bau! Terliur dah ni!’ ujar Haikal lalu mencapai sudu dan menyuap sambal udang itu ke dalam mulutnya. Matanya terpejam kerana kelazatan sambal udang itu.

“Sedap?” tanya Sara.

“Sedap macam dulu!” jawab Haikal.

“Saya ada bawakan awak jus epal, just in case awak kepedasan!” beritahu Sara lalu membuka penutup botol yang dibawanya.

“Wah…apa kata awak kahwin je dengan saya? Nak?” tanya Haikal dengan kening terangkat.

Sara menggeleng.

“No way! Saya nak cari myterious guy saya dulu!” tolak Sara.

“Awak ni biar betul!” Haikal terkejut.

“Betul! He stole my heart, you know!” ujar Sara teruja. Dia menghulur botol itu pada Haikal.

Haikal meneguk jus epal itu lalu kembali memandang Sara.

“Awak dah ada clue ke pasal dia?” tanya Haikal lalu menyuap makanan ke dalam mulutnya.

“No but dia ada hantar sandwich dekat rumah saya mingu lepas and dia ada tulis yang dia nak jumpa saya hari ni!” Sara berkata dengan gembira.

Haikal tersedak. Dia melihat Sara dengan pandangan tidak percaya.

“Dia tahu tempat tinggal awak?!” Haikal sepparuh menjerit.

“Apa yang awak nak terkejut, sedangkan tempat tinggal saya kat luar negara tu pun dia tahu!”

“Wah, saya tabiklah dengan orang tu!” ujar Haikal.

Sara ketawa lalu berdiri.

“Okaylah, saya pergi dulu. Kesian pulak dekat dia tunggu saya lama.” ujar Sara.

“Kalau ada apa-apa, call saya je!” ujar Haikal. Dia risaukan Sara namun begitu melihat Sara begitu teruja dia hanya mendiamkan diri sahaja.

“Okay boss! Enjoy your food and bye!” ujar Sara riang lalu keluar dari pejabat Haikal.

**************************************

Adam mengepal-ngepal tangannya tanda gementar. Dia tidak dapat bayangkan bagaimana wajah Sara saat melihatnya dan saat mengetahui bahawa apa yang dia lakukan selama ini. Namun begitu rasa gugupnya seakan hilang saat melihat Sara.

SARA! Perlahan-lahan dia berdiri dari tempat duduknya dan tersenyum pada Sara yang berjalan masuk ke cafe itu.

Masuk sahaja ke dalam cafe, Sara melihat sekelilng. Dia melihat kalau-kalau ada seseorang yang kelihatan mencurigakan. Saat dia melalui satu meja, dia melihat seorang remaja yang tersenyum padanya. Dia membalas senyuman itu lalu meneruskan perjalanannya. Melihat ada meja yang kosong, dia menuju ke situ lalu duduk.

Melihat Sara membalas senyumannya, dia seakan-akan tidak memijak lantai. Wajah Sara semakin cantik dan matang. Dia suka. Namun begitu, saat Sara berjalan melepasinya, dia kaget lalu menoleh melihat Sara yang duduk di meja yang kosong itu. Perlahan-lahan dia terduduk.

“Dia tak cam aku?!” Adam bercakap sendiri. Dia menoleh, memandang Sara. Menyedari dirinya dilihat, Sara tersenyum. Dia membalas senyuman itu lalu mengalihkan pandangannya.

“Confirm dia tak cam aku! Aduh macamana ni??” Adam sedikit kecewa dan sedih.

“Hmm, dia belum sampai kut. Kan bagus kalau dia ada bagi nombor handphone dia!” ujar Sara sambil melihat sekeliling.

Selepas dua jam menunggu. Sara menghela nafasnya lalu bangkit dari tempat duduknya dan berjalan keluar dari situ. Adam yang masih ada di situ turut bangkit dan keluar.

“Agaknya dia ada hal…” ujar Sara sedih.

“Aduh, apa aku nak buat ni? Kesian pula dekat dia…” Adam bercakap dalam hatinya.

“Takpelah…” ujar Sara lalu meninggalkan kafe itu.

Adam mengekori Sara dari jauh. Melihat Sara dihadapan matanya seakan mimpi. Tanpa dia sedari, dia tersenyum seperti orang bodoh.

Handphonenya yang berbunyi segera dicapainya. Haikal.

“Hello…tak, dia tak datang…haha, awak ni, takdelah. Mungkin dia ada hal kut, tapi takpelah. Mungkin sekarang dia tengah hantar kata maaf dia dekat rumah saya…saya ok! Ok, bye.” Sara mematikan panggilan.

Adam yang mendengar terus tersenyum. Nampaknya, Sara tidak marah. Perangai Sara meman tidak berubah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience