DIA 42

Romance Completed 131781

Mata Nazrul bersilih ganti memandang wajah Kasih dan Kamal. Nazrul menegakkan badannya.

"Apa yang aku boleh tolong kau?" Soal Nazrul.

Kasih meleret senyuman senget. Dia memandang Kamal sebelum kembali memandang Nazrul.

"Aku nak kau buat Hazzar lepaskan Hanis. Lepastu kau boleh ambik Hanis, aku ambik Hazzar." Ujarnya selamba.
Loading
"Kau nak aku buat Hazzar lepaskan Hanis? Macam mana?" Kata-katanya membuatkan Kasih mengeluh.

"Takkan itu pun aku kena ajar. Apa kau ni. Kau... Jumpa dia ke, apa ke. Asalkan Hazzar akan marah dekat dia dan... Lepaskan Hanis. Buatlah Hanis teringat balik kenangan lama kau dengan dia. Easy." Balas Kasih.

"Kau ni... Best friend dia, tapi kenapa kau nak tikam belakang dia pulak?" Soal Nazrul.

"Sebab kau."

"Aku? Kenapa aku?"

"Aku suka dekat kau gila-gila dulu tapi kau pandang dia. Sejak tu aku rancang nak buat korang putus. Faham tak, P-U-T-U-S, putus. Tapi gagal, kau dengan dia masih bertahan. Geramnya aku. Sebab itu je."

Nazrul mengerutkan dahinya.

"Sekarang?"

"Sekarang aku nak, Hazzar Iskandar. Kau? Sorry aku pilih Hazzar. Okay, aku dah bagitahu semuanya... Sekarang kau setuju ke nak tolong kami berdua?" Ujar Kasih.

Lama Nazrul tenung wajah Kasih sebelum mengangguk setuju.

"Bila aku boleh mulakan?" Soal Nazrul, tak sabar-sabar.

"Ops! Kau ingat kita nak buat terus ke apa? Aku kena plan betul-betul. Kalau bukan kau, si Kamal ni yang akan hancurkan plan aku. Ops silap, kita." Ujarnya dengan nada sinis.

"Apahal aku pun terbabit sama?" Soal Kamal kemudian menjeling Kasih.

"Kau kan memang ada dalam plan aku. Lupa ke? Nyanyuk?" Marah Kasih.

"Itu plan lain. Ini, plan kau dengan Nazrul. Masing-masing nak dapatkan habuan ke... Buah hati? Aku bukan dapat apa-apa pun. Jadi kau tak perlukan aku. Betul tak?" Jawab Kamal.

Ujaran Kamal membuatkan Kasih mendecit dan memandang ke arahnya.

"Aku perlukan kau untuk... Alih perhatian mereka. Contohnya... Kau pura-pura jadi klien dia tapi aku yang akan gantikan kau. Selebihnya biar aku yang uruskan."

"Itu je? Huhh..." Kasih merengus kecil.

"Fine! Aku akan bayar kau sekali dengan kerja-kerja kau yang dulu." Kamal menggeleng tanda tidak mahu.

Kasih mengetap gigi.

"Habis kau nak hahh!?" Sampuk Nazrul pula.

"Isteri aku." Balas Kamal.

"Okay fine! Aku akan dapatkan dia untuk kau. Tapi kau kena janji untuk tolong aku dengan Nazrul, dalam plan ni, boleh ke?" Soal Kasih.

"Kalau itu janji kau, aku setuju. Small matter."  Balas Kamal.

Menggeleng kepala Kasih dibuatnya. Satu hal lagi aku kena cari bekas bini dia.

---

"Kata hati kau cakap kau cintakan dia."

Hazzar menggeleng perlahan. Kata-kata Kaef masih terngiang-ngiang di telinganya. Tetapi dia masih cuba untuk percaya pada kata hatinya, kononnya.

"Kiamat dunia kalau aku cintakan Hanis. Huhh..." Ujarnya dan tiba-tiba terfikirkan sesuatu.

"Kenapa payah sangat aku nak bagi kau masuk ke dalam hati aku? Kenapa? Takkan sebab... Emi. Kisah aku dengan Emi dah lama berlalu takkanlah aku masih... Mengharapkan dia. No Hazzar no. Arghh!"

Hazzar meletakkan tangannya dibelakang kepala kemudian menundukkan wajahnya. Dadanya turun naik, kepala digeleng perlahan. Tiba-tiba dia angkat muka.

"Emi dah mati. Cuma dia yang ada sekarang ni, Hanis Adawiyah. Perlu ke aku bagitahu dia tentang Emi?" Ujarnya lagi.

Pening kepalanya apabila memikirkan tentang Emi dan Hanis. Agrhhh!!!

"Tak payahlah aku bagitahu pasal Emi, bukan penting pun bagi dia. Aku cuba untuk terima kau Hanis. Aku cuba." Ujarnya kemudian bangun dan melangkah keluar dan mendekati meja Mira.

Sebaik sahaja melihat Hazzar, Mira terus bangun dari duduknya.

"Nanti kemas-kemas sikit pejabat saya. Ingat!" Arahnya dan terus melangkah meninggalkan Mira.

"Aku ni cleaner ke PA dia?" Soal Mira sambil menggeleng kepala perlahan.

---

Tanpa menunggu lama, Hazzar terus menolak pintu rumahnya dan terus melangkah tanpa melihat siapa yang berada di dalam. Apabila dia melihat ke arah ruang tamu, para tetamu membuatkan langkahnya terhenti.

"Ik? Ernie?" Ujarnya dengan nada hairan.

Ikram terus bangun dan menghampiri Hazzar dengan segaris senyuman manis.

"Kau... Buat apa dekat rumah aku ni? Dengan Ernie?" Soalnya.

"Aku... Ada benda penting nak bagitahu kau. Tapi kau duduk dululah." Ujar Ikram seolah-olah itu rumahnya.

Hazzar menurut.

"Apa yang penting tu? Bagitahulah."

"Actually Hazz... I dengan Ikram dah... Dah... Apa payah sangat nak cakap ni. I dah kahwin dengan Ikram. Kami dah kahwin." Ujarnya tersekat-sekat.

Hazzar menoleh ke arah Ikram dan laju sahaja Ikram mengangguk kepala tanpa mengiyakan kata-kata yang Ernie sampaikan tadi.

"Serius!!? Bila? Dekat mana? Asal aku tak tahu?" Soal Hazzar bertubi-tubi.

"Sabar. Satu-satu. Bukan kau sorang je yang tak tahu, bonda dengan ayah pun tak tahu sebenarnya." Semakin terkejut Hazzar dibuatnya.

"Kau kahwin dekat mana? Siam?" Ikram mengangguk.

Hazzar menepuk dahi dengan wajah tak percaya. Dia memandang Ikram dan Ernie bersilih ganti dan berhenti pada Ikram.

"Macam mana kau boleh kahwin dengan Ernie? Kau ni, dahlah masalah aku dengan Hanis tak habis lagi, kau pulak tambah masalah. Kau memang nak makan kaki ayah." Ujar Hazzar.

"Kami sama-sama terluka. I tak dapat U, Ikram tak dapat Hanis. Sebab tu kami setuju untuk kahwin dan rawat luka tu sama-sama. Tak kira ada cinta atau tidak asalkan kami berdua cuba untuk saling mencintai dan lupakan benda yang dah lepas.

Hazz... I minta maaf untuk semua yang telah terjadi. Hanis... I percaya U boleh bahagikan Hazzar dan bahagikan diri U sendiri suatu hari nanti. Hanis..."

Ernie mengambil tangan Hanis kemudian diusapnya perlahan. Sekuntum senyuman dihadiahkan kepada Hanis.

"I nak U janji dengan I yang U takkan sesekali lepaskan Hazzar pada sesiapa. Pertahanan suami U. Janji pada I Hanis." Pintanya.

Hanis seolah-olah kaku dan mengangguk. Tangan Hanis mengusap lembut tangan Ernie.

"Saya janji pada awak." Ernie terus menarik Hanis ke dalam dakapannya, Hazzar dan Ikram sekadar melihat mereka berdua.

Ernie melepaskan pelukannya dan memandang Ikram.

"I rasa, dah tak ada apa-apa lagi. Jom kita pergi rumah bonda." Ajak Ernie. Ikram mengangguk.

Semasa berjalan ke arah kereta Ikram baru teringat sesuatu dan terus menoleh ke arah Ernie.

"Sayang... U tak nak bagitahu dekat Hazzar ke tentang, Emi?" Soal Ikram.

Ernie menepuk dahinya, lupa. Segera dia menoleh ke arah Hazzar dan Hanis untuk menyampaikan satu maklumat penting.

"Hazzar actually E-"

Pinnnn!!!

Ikram segera melindungi Ernie apabila ada sebuah lori besar berada betul-betul dekat dengan mereka. Lori tersebut telah melanggar mereka berdua dan kereta mereka, hancur.

Hazzar dan Hanis terkejut dan terkaku seketika sebelum mendekati mereka. Allahuakbar. Hazzar mengarahkan pemandu lori itu untuk mengundurkan lori dan mendapatkan Ernie dan Ikram.

"Ernie..." Hanis meletakkan kepala Ernie pada ribanya dan Hazzar buat perkara yang sama pada Ikram.

"Ernie bangun! Bangun!!" Arah Hanis tapi, semuanya sia-sia.

Mereka berdua sudah tidak bernyawa lagi. Hanis dan Hazzar saling berpandangan. Hazzar menangis kuat.

"Ikram!!!"

Share this novel

nnayliaa
2020-08-04 08:41:58 

insya Allah Khamis ni

nnayliaa
2020-08-04 08:41:56 

insya Allah Khamis ni

Rose Awa
2020-08-04 07:26:44 

next episode , lama sngt tunggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience