Alif Zafran menilik jam di tangannya yang menunjukkan sudah lebih kurang 30 minit Adi Ashraf tidak menghubunginya semula. Dia segera menghubungi pihak polis untuk memaklumkan keadaan Adi Ashraf yang berkemungkinan dalam bahaya. Lokasi Adi Ashraf juga diserahkan kepada pihak polis untuk memudahkan lokasi itu dijejaki.
Kini, dia sedang dalam perjalanan ke lokasi itu bersama bantuan. Dia masih mencuba menghubungi Adi Ashraf untuk mengetahui keadaan di tempat kejadian tetapi tidak berjaya. Alif Zafran memecut kereta untuk sampai dengan lebih cepat memandangkan trafik yang sesak dan lokasi yang terletak jauh dari situ.
Takut sekiranya terlambat dia tidak sempat untuk membantu Adi Ashraf. Perkara ini dia sudah dapat jangka tetapi apabila Adi Ashraf bertegas untuk bertindak sendirian dia tak mampu melakukan apa-apa.
Sebuah peranti penjejak yang menunjukkan dot merah yang masih menyala menandakan lokasi Adi Ashraf yang masih aktif. Dia berharap Adi Ashraf masih dapat bertahan buat masa ini sementara menunggu pihak bantuan datang.
••???••?????••???•
Adi Ashraf melonggarkan pelukan pada tubuh Ariana dengan berhati-hati. Tangannya dilingkarkan pada pinggang milik isterinya. Tubuhnya bergerak ke hadapan Ariana cuba melindungi isterinya daripada figura di depannya kini. Ariana berdiri di belakang suaminya tanpa mengeluarkan kata-kata. Masih tidak faham apa yang sedang berlaku disitu.
Riak wajah yang penuh dengan tanda tanya jelas terpamer pada wajah milik Adi Ashraf dan Ariana. Namun lain pula reaksi yang diberikan oleh Izz Faris. Lelaki itu mengetap rahang dalam diam. Penumbuk di sisi digenggam kuat. Dia bergerak ke hadapan Adi Ashraf dan Ariana. Sekelip mata, penumbuk itu dilayangkan mengenai wajah si empunya suara.
Buk!
"Dasar tak guna kau!" ucap Izz Faris dengan penuh rasa benci pada lelaki dihadapannya ini, Haris Irfan. Sebuah lagi penumbuk mahu diberikan pada wajah lelaki tak guna itu namun sempat dihalang oleh Adi Ashraf.
"Izz, sabar. Jangan buat benda bodoh!" marah Adi Ashraf cuba menyedarkan sahabatnya yang sedang panas hati. Izz Faris mendengus geram mendengar kata-kata Adi Ashraf. Dia cuba melepaskan diri daripada pegangan Adi Ashraf dengan mudah.
"Kau suruh aku sabar? Kau tahu tak punca semua ni Haris! Haris yang buat kau berpisah dengan Riana bukannya aku! Aku cuba nak bagitahu kau tadi tapi kau langsung tak nak dengar apa aku cakap! Sekarang kau nak suruh aku sabar? Tolonglah, Adi!" jelas Izz Faris menerangkan keadaan yang Adi Ashraf tersalah faham sejak dari mula lagi. Dia menggoncangkan bahu Adi Ashraf seolah menyedarkan sahabatnya.
Adi Ashraf tersentak dengan kata-kata Izz Faris. Izz Faris melepaskan keluhan panjang melihat reaksi sahabatnya. Dia memberikan jelingan tajam pada Haris Irfan yang sedang tersenyum sinis.
Kelihatan Haris Irfan memegang bibirnya yang sedikit luka dek kerana serangan daripada Izz Faris. Namun begitu, dia masih mengukir senyuman sinis sebaik mendengar kata-kata yang meniti di bibir Izz Faris. Atau dengan kata lain, rahsianya sudah terbongkar.
"Kenapa Adi? Terkejut? Masih tak percaya aku yang buat semua ni? Nampaknya lakonan aku terlampau bagus sampai kau masuk tepat ke dalam perangkap aku dengan mudah." ucap Haris Irfan dengan nada memerli. Tangannya diseluk ke dalam seluar. Darah dibibirnya dikesat tidak meninggalkan sebarang kesan.
"H-Haris..." panggil Ariana dengan nada yang tidak percaya. Siapa sangka rakan baiknya selama ini yang selalu berada bersama dia di kala senang dan susah tergamak membuatkan dirinya sebegitu. Dia segera menyorokkan diri di belakang Adi Ashraf sebagai perlindungan. Adi Ashraf mengetatkan pegangan pada pinggang isterinya.
Suara Ariana yang menerjah ke dalan gegendang telinga milik Haris membuatkan lelaki itu menjatuhkan pandangan pada figura Ariana yang berada di belakang Adi Ashraf. Dia tersenyum penuh makna.
"Ya Riana? Kenapa panggil aku? Sinilah duduk dengan aku. Kau dah janji lepas Adi ceraikan kau, kita akan bersama kan? Riana..." panggil Haris Irfan dengan senyuman yang menyeringai hingga ke telinga. Ariana menunduk dengan perasaan takut. Tangannya mengenggam kuat lengan Adi Ashraf.
"Haris, jangan mimpi kau akan dapat Ariana. Aku takkan ceraikan dia. Kau faham tak?" ucap Adi Ashraf memberikan amaran. Tangannya menolak tubuh Haris Irfan dengan kuat. Haris Irfan mendecit atas tindakan Adi Ashraf.
"Kau siapa nak halang aku, Adi? Kau tak layak jadi suami Ariana. Kau sedar tak? Sepatutnya aku yang jadi suami Ariana selama ni. Bukan kau atau Naufal mahupun sesiapa! Ariana milik aku sejak dari mula lagi!" ucap Haris Irfan dengan berani. Dia berbalas pandangan Adi Ashraf tanpa rasa gentar.
Kata-kata itu benar-benar mencabar kesabaran Adi Ashraf. Izz Faris turut merasakan perkara yang sama apabila mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Haris Irfan. Namun dia mengambil keputusan untuk tidak masuk campur.
"Jadi apa yang melayakkan kau jadi suami Ariana lepas apa yang kau buat ni, Haris? Kau dah gila ke hah?" ucap Adi Ashraf dengan nada yang mula meninggi. Dia masih boleh bersabar buat masa ini untuk tidak terlalu mengikutkan perasaan kerana ia hanya akan berakhir dengan lebih buruk.
Haris Irfan melepaskan tawa sinis mendengarkan kata-kata Adi Ashraf yang cuba memerli dirinya. Tangannya yang diseluk ke dalam poket dikeluarkan sebelum dilarikan pada rambutnya. Kepalanya digelengkan beberapa kali.
"Aku tak layak? Lepas segala pergorbanan yang aku dah lakukan untuk Ariana, kau cakap aku tak layak? Selepas sekian lama aku sayangkan Ariana dan nak jadikan dia milik aku, kau tiba-tiba datang kata dia kau punya? Kalau bukan sebab aku yang sabotaj kemalangan Naufal sampai dia mati, kau takkan jadi suami dia, Adi. Tapi aku!" ucap Haris Irfan mendedahkan kebenaran.
Ariana melepaskan genggaman pada lengan suaminya. Dia langsung tak dapat menerima kenyataan pahit itu daripada Haris Irfan lagi.
Kakinya melangkah setapak ke hadapan. Tak mahu lagi bersembunyi disebalik Adi Ashraf apabila Haris Irfan melontarkan kata-kata itu dihadapan mereka berdua tanpa dia melakukan apa-apa.
"Haris... Sampai hati kau. Naufal tak salah! Kenapa kau kena buat dia macam tu? Dia tak pernah buat salah dekat kau. Ash, suami aku! Aku milik dia bukan kau! Haris, kenapa kau buat macam ni? Aku ingat kau kawan aku." luah Ariana dengan nada yang kecewa. Langsung tidak menyembunyikan perasaannya kecewa terhadap Haris Irfan.
Naik turun dada milik Ariana apabila melontarkan kata-kata itu. Perasaan amarahnya terhadap Haris Irfan menguasai badannya. Selama lima tahun ini dia menyalahkan dirinya sendiri kerana menyangka kerana dialah Naufal mati dalam kemalangan tersebut.
Tetapi rupanya sangkaannya salah sama sekali apabila rupa-rupanya rakan baiknya sendiri yang melakukan segala perkara terkeji itu terhadap dirinya sendiri. Betul kata orang, kadang-kadang jangan terlalu mempercayai seseorang kerana kelak mungkin dialah orang yang pertama mengkhianati kepercayaan itu pada akhirnya.
Adi Ashraf bertindak untuk menenangkan isterinya. Tangannya memaut bahu Ariana dengan lembut. Mulutnya membisikkan kata-kata yang dapat menenangkan hati isterinya pada telinga Ariana. Risau dengan kandungan Ariana yang masih awal.
Tindakan Adi Ashraf membuatkan Haris Irfan panas hati. Kesabaran dia selama ini melihat pasangan suami isteri itu yang berbahagia di depan matanya sendiri sudah sampai ke penghujungnya. Tangan yang sepatutnya berada di bahu Ariana adalah miliknya bukan Adi Ashraf.
"Riana... Aku buat semua ni untuk kau. Untuk kita! Kenapa kau tak nampak segala pengorbanan aku selama ni? Cinta aku pada kau selama bertahun lama, kenapa kau tak nampak? Yang kau nampak cuma cinta Naufal! Bila jantan tu dah mati kau nampak Adi Ashraf dan bukannya aku! Sedangkan selama ni aku yang selalu ada untuk kau! Aku boleh bahagiakan kau lebih daripada Adi. Tapi kau... Kau cuma nakkan Adi Ashraf!" jerit Haris Irfan melampiaskan ketidakpuasan hatinya selama ini. Tak mahu bersembunyikan apa-apa lagi memandangkan semuanya sedang terbongkar.
Pang!
Wajah Haris Irfan terteleng apabila secara tiba-tiba tangan Ariana laju menampar wajahnya tanpa sebarang amaran dengan sekuat hati. Malah tamparan itu lebih kuat terasa kepada Haris Irfan apabila orang yang dicintainya selama ini yang melakukan itu padanya.
Kebas sisi wajahnya masih terasa. Merah wajahnya menampakkan kesan yang ditinggalkan oleh Ariana. Ariana langsung tidak menyesali tindakannya itu. Dia masih berdiri tegak dengan berani. Langsung tidak takut dengan Haris Irfan. Dia sudah penat menangis selama ini dan menjadi kambing hitam kepada lelaki itu.
Haris Irfan memegang sisi wajahnya yang terasa sakit. Matanya dipejamkan sebelum dibuka kembali lalu merenung tajam kepada Adi Ashraf. Bagi dirinya, punca dia ditampar oleh Ariana sehingga sebegitu sekali semuanya berpunca daripada lelaki itu.
Dia meludah pada tempat Adi Ashraf berdiri. Namun Adi Ashraf sempat mengelak. Adi Ashraf membisikkan kata-kata kepada Haris mengatakan perbuatan lelaki itu yang biadap. Adi Ashraf tak dapat menahan diri daripada mengukir senyuman mengejek apabila melihat wajah Haris yang merah.
"Kau senyumlah puas-puas sekarang Adi. Perasaan gembira kau takkan lama. Oh sebelum aku terlupa, apa perasaan kau bila Mawar dah tak ada? Lupa aku nak cerita. Siapa sangka rancangan aku nak bunuh Naufal tanpa sengaja terbunuh sekali bekas tunang kau tu? Apa nama dia? Oh Mawar Adriana." ucap Haris Irfan dengan nada mengejek sebelum melepaskan tawa sinis. Terhibur dengan kata-katanya sendiri.
Tanpa amaran, tubuh Haris Irfan dihentakkan kuat pada dinding. Batang leher milik lelaki itu digenggam kuat oleh Adi Ashraf. Jelas kelihatan urat urat pada tangan Adi Ashraf yang timbul. Namun Haris Irfan masih berani mengukir senyuman.
"Kenapa? Marah? Nak bunuh aku? Bunuhlah! Aku tak kisah asalkan Ariana jadi milik aku! Tunggu apalagi? Bunuhlah aku, Adi!" jerit Haris Irfan pada muka Adi Ashraf. Jari Adi Ashraf makin mencengkam kuat pada leher Haris sehingga menyekat saluran pernafasan lelaki itu.
Ariana Atilia yang melihat keadaan itu cuba menghalang Adi Ashraf. Risau sekiranya Adi Ashraf bertindak dengan keterlaluan. Cukuplah Naufal dan Mawar Adriana yang terkorban kerana Haris Irfan. Dia tak mahu Adi Ashraf pula melakukan perkara itu pada Haris Irfan sebagai tanda membalas dendam.
"Abang, jangan. Jangan buat semua ni. Ini takkan menyelesaikan apa-apa. Haris patut dapat hukuman yang sepatutnya tapi bukan dengan cara ni. Abang, dengar cakap Riana." pujuk Ariana pada sisi suaminya.
Izz Faris turut bertindak untuk menghalang perbuatan Adi Ashraf walaupun dia juga menyimpan dendam pada Haris Irfan. Dia tahu perasaan Adi Ashraf. Tetapi dia tak mahu Adi Ashraf menyesali perbuatannya kelak.
"Adi, lepaskan dia. Dia tak layak mati dengan semudah ni selepas apa yang dia dah buat. " ucap Izz Faris menyedarkan Adi Ashraf. Pegangan tangannya pada leher Haris dilonggarkan.
Kedengaran Adi Ashraf mendengus. Tak lama kemudian, dia melepaskan Haris Irfan daripada pegangan. Terbatuk-batuk Haris mencari nafas. Tengkuknya kelihatan merah dengan kesan tangan Adi Ashraf di situ menandakan betapa kuatnya pegangan Adi Ashraf sehingga mampu membunuhnya sebentar tadi.
"Jangan kau berani sebut nama Mawar. Kau tak layak. Kau patut bersyukur aku tak bunuh kau. Aku bukan macam kau, pembunuh. Ingat tu. Itu yang membezakan kita berdua faham." ucap Adi Ashraf tegas. Jarinya ditudingkan pada wajah Haris Irfan. Riak wajahnya masih tampak tegang.
Haris Irfan mengerutkan wajah mendengar kata-kata Adi Ashraf. Berpura-pura seolah-olah dia tak faham apa yang dimaksudkan oleh lelaki itu. Dia menggerak-gerak lehernya beberapa kali cuba membetulkan uratnya. Tangan Adi Ashraf dijauhkan dari wajahnya.
"Kau suruh aku ingat apa tadi? Perbezaan kita berdua? Aku pembunuh dan kau bukan?" ucap Haris Irfan mengulang kata-kata Adi Ashraf sebentar tadi. Dia meraup muka.
"Dari apa yang aku ingat, kau yang tinggalkan Ariana dulu. Sementara aku yang jaga dia. Betul tak Ariana?" ucap Haris Irfan penuh makna. Dia memandang Ariana.
"Kau diam. Jangan cuba nak putar belitkan semua ni lagi, Haris. Serah diri pada polis. Kau patut dapat hukuman lepas apa yang kau dah buat dekat Naufal." celah Izz Faris yang sudah tidak tahan melihat Haris Irfan yang tidak henti berbalah.
"Oh baru sekarang kau nak bercakap Izz? Kenapa tak cakap dari tadi? Eh lupa, tak ada siapa yang percayakan kau termasuk Adi Ashraf sendiri kan? Betul tak, Adi?" ucap Haris Irfan tersenyum sinis mengalihkan pandangannya daripada Ariana kepada Izz Faris.
"Dasar tak guna! Baik kau diam sebelum aku sendiri-"
Kata-kata Izz Faris terhenti. Pergerakannya juga yang pantas bertindak untuk menyerang Haris Irfan turut kaku pada masa yang sama apabila sepucuk pistol diacukan pada tubuhnya. Muncung pistol itu menyasarkan tepat pada jantungnya.
Adi Ashraf membulatkan mata apabila melihat senjata maut yang berada di tangan Haris Irfan. Langsung tak menyangka Haris sebegitu berbahaya sekali sehingga mempunyai senjata api tersebut. Dia segera menarik Ariana ke belakangnya semula. Kini nyawa mereka semua terancam terutama sekali Izz Faris.
"Jangan bergerak kalau kau nak nyawa kau melayang, Izz." arah Haris Irfan sambil mendekati tubuh Izz dengan pistol itu masih diacukan pada lelaki itu. Izz Faris menelan air liur. Peluh dingin mula merenik di dahinya.
Kini, Haris Irfan mengacukan pistol itu tepat pada dada milik Izz Faris. Hanya dengan satu tembakan, sudah pasti peluru itu dengan mudah menembusi tubuh Izz. Serta-merta, menyebabkan nyawanya hilang dengan sekelip mata.
"Kenapa diam? Hmmm Izz?" perli Haris sambil menaikkan muncung pistol itu pada rahang milik Izz pula. Perlahan-perlahan, tangan Haris Irfan membelit leher Izz Faris dengan kasar. Kini, muncung pistol itu diacukan pada sisi kepala Izz Faris pula.
"Haris..." panggil Adi Ashraf cuba menarik perhatian Haris Irfan. Haris Irfan menoleh ke arah Adi Ashraf sambil tersenyum. Pegangannya pada leher Izz diketatkan. Izz Faris menarik nafas.
"Haris, jangan. Kita boleh bincang elok-elok. Lepaskan Izz. Tolonglah jangan cederakan orang lagi, Haris." pujuk Adi Ashraf cuba mendekati Haris Irfan dengan kata-kata itu.
"Kenapa kau nak selamatkan Izz ni Adi? Bukan kau sendiri yang tak percayakan dia? Padahal dia langsung tak bersalah. Aku yang dedahkan kebenaran tentang Ariana yang langgar Mawar dekat Izz. Aku sengaja tinggalkan gambar gambar kemalangan Naufal masa hari pertunangan Akid hari tu untuk Izz jumpa dan serahkan pada kau." cerita Haris Irfan. Izz Faris terkejut dengan kebenaran yang didedahkan oleh lelaki itu.
"Pernah terfikir kenapa kau tak pernah dapat hubungi Ariana? Semuanya sebab aku. Ya sebab aku. Aku block nombor telefon kau pada telefon Ariana. Semua mesej yang kau bagi semua aku padam untuk halang kau berjumpa dengan Ariana. Kau tahu apa yang lagi menarik? Video pergaduhan kau dengan Izz hari tu tentang nak ceraikan Ariana untuk Izz, aku yang tunjuk dekat Ariana supaya dia bencikan kau. Akhirnya, aku hampir berjaya." sambung Haris Irfan dengan penuh bangga. Adi Ashraf berdecit. Kini, barulah dia faham cerita sebenar.
"Kau tahu apa jadi seterusnya? Selepas semua yang aku buat, kau langsung tak tahu itu sebenarnya aku sebab kau ingatkan Izz dalang semua ni kan? Aku tak perlu buat apa-apa bila Izz yang dipersalahkan. Semua tu hanya memudahkan urusan aku sehinggalah kau tiba-tiba datang jumpa aku nak jumpa Ariana. Aku tahu kalau aku halang kau, kau tak percayakan aku lagi. Jadi aku terpaksa teruskan berlakon depan kau. Sementara biarkan Izz dipersalahkan untuk semua yang aku buat. Mudah betul kau berdua masuk dalam perangkap aku kan?" ejek Haris Irfan kepada Izz Faris dan Adi Ashraf. Terhibur hatinya memikirkan apabila dia dapat memanipulasi mereka berdua dengan begitu mudah sekali.
Adi Ashraf mempamerkan riak muka tidak percaya. Tak sangka dia dipermainkan oleh Haris Irfan selama ini. Kelicikan Haris Irfan membuatkan dia termati kata. Matanya bergerak pada Izz Faris yang berada dalam bahaya. Terbit rasa bersalah dihatinya kerana menyalahkan lelaki itu sepenuhnya.
"Jadi, buat masa sekarang aku bagi dua pilihan Adi. Sama ada Ariana atau Izz. Kau pilih. Pilihan ada dekat tangan kau. Kau nak Izz mati, pilih Ariana. Tapi kalau nak Izz hidup, serahkan Ariana pada aku dan ceraikan dia." ucap Haris Irfan mengutarakan permintaan yang tak masuk akal itu.
"Adi, jangan pilih aku. Pergi dari sini dengan Riana. Pergi!" jerit Izz Faris. Dia bergerak cuba melepaskan diri.
"Kau bergerak lagi Izz, aku takkan teragak-agak nak lepaskan tembakan!" balas Haris Irfan serius. Dia menarik picu pistol. Lalu, diacukan tepat kepala Izz Faris. Serta-merta, pergerakannya terhenti.
"Cepat Adi, masa berjalan. Aku tak ada masa nak tunggu kau. Siapa yang kau pilih sekarang? Ariana atau Izz!" gesa Haris Irfan sudah hilang sabar. Ingin sahaja dia melepaskan tembakan tetapi ditahan.
Adi Ashraf memegang tangan Ariana dengan kuat. Dia memejamkan mata cuba mengatur strategi. Keadaan yang semakin tegang itu membuatkan dia berfikir dengan lebih berwaspada dengan segala risiko yang bakal dihadapi.
Akhirnya, dia sudah membuatkan keputusan. Dia menarik nafas panjang. Dia menjatuhkan pandangan pada Izz Faris dengan pandangan mata. Cuba memberitahu sahabatnya sesuatu sementara Haris Irfan sedang leka menilik jam di tangan. Dia memberi isyarat kepada Izz Faris untuk melawan Haris Irfan sementara dia akan menarik perhatian Haris.
Izz Faris memberikan isyarat kepada Adi Ashraf semula tanda dia faham. Adi Ashraf mengalihkan pandangan kepada Ariana pula. Dia mengeluarkan sesuatu dari poket seluar sebelum diserahkan pada telapak tangan Ariana.
"Ash, apa ni? Macam mana dengan Izz? Dia tak salah." tanya Ariana dengan perasaan pilu. Tak sanggup melihat lebih ramai yang terkorban hanya kerana Haris Irfan mencintai dirinya. Adi Ashraf memegang tangan Ariana sebelum meninggalkan sebuah kucupan disitu.
"Sayang, dengar ni. Abang nak sayang lari dari sini dengan Izz jauh-jauh dapatkan bantuan. Alif akan datang cari sayang dengan alat penjejak yang bagi pada sayang. Jangan risaukan abang. Pihak polis akan datang cari abang.
Selamatkan anak kita. Abang akan selamatkan Izz. Yang paling penting, abang takkan ceraikan sayang dan biarkan Haris ambil sayang dari abang. Faham?" bisik Adi Ashraf pada telinga Ariana. Tubuh isterinya dipeluk erat. Dia mengucup dahi Ariana lama.
"Abang, janji dengan Riana. Janji yang abang akan selamat untuk Riana dengan anak kita." pinta Ariana dengan nada sayu. Pelukan suaminya dibalas kembali.
"Abang janji." balas Adi Ashraf sendiri tidak pasti. Dia berbalas pandangan dengan Izz Faris. Sementara, Haris Irfan yang menyaksikan aksi pasangan suami isteri dengan perasaan muak. Dia menjulingkan mata ke atas.
"Last warning, Izz atau Riana!" jerit Haris Irfan dengan perasaan amarah seperti api yang sedang marak. Aksi mesra antara Adi Ashraf dan Ariana seperti minyak yang dicurahkan pada api kemarahan Haris Irfan yang sedia ada sedang marak.
Sekilas Adi Ashraf memberikan isyarat mata kepada Izz Faris untuk bersedia. Dia memberikan pandangan terakhir kepada Ariana. Ariana yang faham dengan pandangan itu memegang tangan suaminya. Dia percayakan apa-apa sahaja rancangan Adi Ashraf pada ketika itu.
Adi Ashraf menarik nafas. Hatinya berdebar-debar laju cuba ditenangkan seolah semuanya akan berjalan lancar. Dia sendiri sedia maklum risiko tinggi yang bakal dihadapinya. Riak mukanya dikawal sebaik mungkin.
"Aku pilih..." ucap Adi Ashraf perlahan-perlahan sengaja melengahkan masa. Dia memandang Izz Faris dan Ariana silih berganti. Haris Irfan menunggu dengan sabar. Kerana pada akhirnya dia tetap akan membunuh Izz Faris tidak kira apa saja pilihan yang diputuskan oleh Adi Ashraf. Dan Ariana tetap akan menjadi milik walau apa pun yang terjadi.
"Aku pilih..." ulang Adi Ashraf lagi dengan nafas yang berat. Dia menjatuhkan pandangan pada Izz Faris.
"Izz!" jerit Adi Ashraf dengan kuat mengejutkan Haris Irfan. Dengan peluang itu, Izz Faris bertindak segera menyiku perut Haris Irfan sehingga lelaki itu membongkokkan badan menahan kesakitan. Serta-merta, pegangannya pada leher Izz terlepas. Manakala, pistol miliknya masih kemas berada dalam pegangan.
Keadaan Haris Irfan yang tidak berwaspada itu membuka peluang kepada Izz Faris. Sekelip mata, tangannya yang memegang pistol terlepas daripada genggaman apabila Izz Faris menyepak tangannya dengan kuat. Tidak cukup dengan itu lagi, perutnya sekali lagi menerima pula tendangan daripada Adi Ashraf.
"Izz, bawak Ariana pergi dari sini!" jerit Adi Ashraf pada Izz Faris. Dia cuba mengambil pistol milik Haris Irfan untuk mempertahankan diri.
"Tapi Adi, takkan aku nak tinggalkan kau dekat sini-"
"Izz dengar cakap aku. Selamatkan Ariana! Bawa dia pergi dari sini. Jangan risaukan tentang aku. Alif akan dapatkan bantuan jadi sekarang aku nak kau jaga Ariana, faham?" ucap Adi Ashraf terdesak. Haris Irfan yang cuba untuk bangun itu membuatkan dia lebih resah.
"Andai aku tak selamat, tolonglah jagakan Ariana. Jaga dia dengan anak aku untuk aku. Maafkan aku untuk segalanya tapi ini saja permintaan aku dekat kau, Izz." ucap Adi Ashraf seperti tahu ada sesuatu yang akan menimpanya.
"Adi..."
"Pergi!" arah Adi Ashraf tegas. Dia menolak tubuh Izz Faris untuk segera keluar dari situ apabila Haris Irfan sudah kembali berdiri. Ariana turut ditolak kepada Izz Faris.
"Abang..." ucap Ariana dengan berat hati untuk meninggalkan suaminya sekali lagi. Baru sahjaa mereka bertemu, takdir mengubahnya dengan sekelip mata.
"Sayang... Love you." ucap Adi Ashraf kali terakhir sebelum dia menutup pintu menghalang Haris Irfan daripada mengekori mereka berdua dan merosakkan rancangannya.
"Bang!"
••???••?????••???•
Ariana mengekori langkah Izz Faris dari belakang dengan langkah berat. Tak sangka dia meninggalkan Adi Ashraf untuk kali kedua. Dia mengusap perutnya dengan penuh kasih.
Rasa sebak memenuhi diri apabila anaknya berkemungkinan besar lahir tanpa ayah.
"Izz..." panggil Ariana perlahan. Sejak dari tadi mereka berjalan di situ mereka langsung tidak menemui jalan keluar. Malah Izz Faris yang tidak berkata apa-apa membuatkan Ariana semakin susah hati.
"Hmmm..." balas Izz Faris perlahan. Dia masih sibuk mencari keluar dari situ. Tak sedar Ariana yang sejak dari tadi cuba berkomunikasi dengannya.
"Aku takut... Macam mana kalau Ash-" ucap Ariana tak sanggup menyambung kata-katanya. Dia memberhentikan langkah serta-merta. Kedua-dua belah tangannya diletakkan pada perutnya.
Kata-kata Ariana membuatkan Izz Faris memberhentikan langkah. Kata-kata terakhir Adi Ashraf kembali berlayar di fikiran. Sebenarnya, perkara itu juga menggangunya sejak dari tadi. Dia menoleh ke arah Ariana.
"Riana, Ash mesti selamat. Dia mesti selamat percaya cakap aku. Aku tahu Ash macam mana. Dia takkan putus asa jadi tolong jangan putus harapan." pujuk Izz Faris cuba melegakan hati Ariana. Dalam masa yang sama, cuba melegakan hatinya juga. Bunyi tembakan yang dilepaskan sebaik mereka berdua keluar dari bilik itu benar-benar merisaukan dirinya.
Namun dia kelihatan tenang. Dia perlu tunjukkan kepada Ariana bahawa segalanya tak apa-apa. Menyakinkan wanita itu bahwa Adi Ashraf selamat walaupun dia sendiri tak pasti. Ariana memejam mata cuba menyakinkan dirinya bahawa kata-kata Izz adalah benar.
"Tapi aku tinggalkan dia, Izz. Aku dah janji takkan tinggalkan dia lagi." ucap Ariana dengan nada sebak. Air matanya mula bertakung. Tangannya memegang rantai yang ada pada lehernya.
Izz Faris terdiam seribu bahasa mendengar kata-kata Ariana. Rasa simpati mula bersarang di hatinya. Dia sendiri tidak tahu apa perasaan yang perlu dilalui oleh Ariana apabila nyawa Adi Ashraf dalam bahaya. Dia sebagai kawan Adi Ashraf juga risau tetapi tak dapat dibandingkan dengan risaunya Ariana kepada Adi Ashraf.
"Riana kau tinggalkan dia untuk keselamatan kau. Lagipun ini yang Ash nak kan? Dia nak kau selamat." ucap Izz Faris lagi. Ariana mengetap bibir cuba menahan tangisan. Dia mengangguk kepala sedikit tanda mengiyakan kata-kata Izz Faris.
Tak lama kemudian, kedengaran siren polis tidak jauh dari tempat mereka berada. Bunyi itu menarik perhatian Izz dan Ariana serta-merta. Izz menghela nafas lega apabila pihak bantuan yang dikatakan oleh Adi Ashraf sudah tiba.
"Akhirnya, Ariana cepat." ucap Izz Faris mengajak Ariana bergerak dengan lebih pantas. Semakin laju mereka bergerak, semakin cepat mereka dapat membantu dan menyelamatkan Adi Ashraf.
Namun, Ariana masih berdiri di tempatnya apabila Izz Faris sudah mengorak dua langkah ke hadapan. Izz Faris menoleh ke arah Ariana dengan dahi dikerutkan. Tak faham dengan tindakan wanita itu.
"Riana, jom. Kenapa kau tunggu dekat sini lagi? Kita kena cepat kalau nak selamatkan Adi." ucap Izz Faris berjalan mendekati Ariana. Risau sekiranya wanita itu sakit atau apa sehingga tidak dapat meneruskan perjalanan mereka lagi.
Ariana menundukkan wajah. Air matanya yang ingin mengalir di tahan. Nafasnya ditarik panjang. Tangannya terketar-ketar berada di sisi. Tak lama kemudian, dia mengangkat wajah menemui pandangan Izz Faris yang penuh dengan kerisauan.
"Izz, aku nak selamatkan Adi. Aku tak nak tinggalkan dia lagi. Jadi tolong pergi dapatkan bantuan sementara aku selamatkan Adi." ucap Ariana menjelaskan rancangannya. Belum sempat Izz membalas, Ariana sudah membuka langkah seribu. Izz Faris segera mengejar Ariana.
"Riana!"
••???••?????••???•
Bang!
Bunyi tembakan yang dilepaskan oleh Haris Irfan tersasar daripada mana-mana bahagian tubuh milik Adi Ashraf. Dia melepaskan kata-kata kasar. Geram sasarannya tidak mengena kali ini.
Adi Ashraf melepaskan nafas yang ditahan olehnya tanpa dia sedari saat bunyi tembakan itu memenuhi segenap ruang bilik tersebut. Hampir sahaja dia kehilangan nyawa kerana tidak berwaspada. Satu kesalahan lagi kerana cuai sudah mampu membuatkan dia terbunuh serta-merta.
Haris Irfan cuba berdiri dengan lebih lama tetapi bahagian perutnya yang terasa senak disiku oleh Izz Faris sebentar tadi menyukarkan pergerakannya. Sakitnya semakin menjadi-jadi apabila perutnya itu disepak oleh Adi Ashraf selepas disiku oleh Izz.
Keadaan Haris Irfan yang tercedera membuka peluang kepada Adi Ashraf untuk menyerang. Tanpa membuang masa, Adi meluru ke arah Haris Irfan. Pistol yang dipegang oleh Haris dirampas dengan mudah oleh Adi Ashraf. Tubuh Haris dihempaskan pada lantai simen bilik tersebut.
Adi Ashraf mengunci pergerakan Haris dengan berat badannya yang berada di atas lelaki itu. Dia menerbalikkan tubuh Haris Irfan supaya wajah lelaki itu menghadap lantai dan tubuhnya duduk di belakang badan Haris. Kedua-dua belah tangan Haris dipegang kemas lalu diletakkan pada belakang badannya.
Kini, pistol tersebut berada di tangan Adi Ashraf. Haris Irfan sedaya upaya melepaskan diri namun sukar apabila Adi Ashraf menghalangnya. Muncung pistol itu diacukan pada badan Haris. Adi Ashraf menarik picu mahu menakutkan Haris daripada terus mencuba melepaskan diri.
"Haris, jangan bergerak. Aku tak nak cederakan kau jadi tolong jangan." ucap Adi Ashraf memberi amaran terlebih dahulu. Namun tak diendahkan oleh Haris Irfan.
"Tembaklah aku, Adi. Bunuhlah aku!" cabar Haris Irfan dengan berani. Dia tahu Adi takkan sanggup melakukan perkara itu. Namun dia sengaja mencabar kesabaran milik Adi Ashraf.
"Jangan cabar aku, Haris." ucap Adi Ashraf serius. Jarinya sudah diletakkan pada pelepas tembakan pada pistol tersebut. Dia menekan kuat muncung pistol itu pada tubuh Haris. Haris melemparkan senyuman mengejek.
"Tarik picu tu Adi. Aku nak tengok. Bunuh aku. Bunuhlah aku!" jerit Haris Irfan seperti orang yang sudah gila. Tubuhnya digerakkan untuk melepaskan diri. Adi Ashraf menahan nafas. Orang seperti Haris sudah tak layak hidup.
Klik! Klik! Klik!
Adi Ashraf memejam mata sebaik menarik picu itu sebanyak tiga kali. Telinganya sudah bersedia mendengar bunyi tembakan yang dilepaskan. Membayangkan tubuh Haris yang berlumuran darah tidak bernyawa di depan mata.
Namun malangnya semua itu tidak terjadi. Haris melepaskan tawa. Sekelip mata, dia menyerang Adi Ashraf kembali dengan cara yang sama. Kini, Haris pula yang berada diatas Adi Ashraf. Haris melayangkan tumbukan pada wajah Adi Ashraf beberapa kali.
"Kau ingat semudah itu nak bunuh aku? Kau silap Adi. Kau silap! Ariana tetap jadi milik aku!" jerit Haris Irfan merampas semula pistol yang tidak berpeluru itu lagi pada tangan Adi Ashraf.
Tanpa amaran, Haris memukul bahagian belakang kepala Adi yang luka menggunakan pemegang pistol itu dengan kuat. Adi Ashraf meringis kesakitan.
Haris Irfan bingkas berdiri sambil menarik Adi Ashraf pada kolar bajunya. Tak lama kemudian, tubuh Adi dihempaskan pada dinding. Bertubi-tubi pukulan dikenakan pada tubuh Adi Ashraf. Haris tersenyum sinis.
Adi Ashraf yang menerima pukulan itu tidak boleh melawan semula kerana rasa sakit di bahagian kepalanya. Dia hanya mampu meringkukkan tubuh melindungi organ dalamannya daripada dicederakan oleh Haris. Hatinya berdoa supaya bantuan segera datang.
Haris Irfan yang masih tidak puas membelasah Adi Ashraf melepaskan tawa. Pistolnya tadi dicampak di penjuru bilik. Dia mengenggam penumbuk sehingga tangannya kelihatan putih kerana terlalu kuat. Bibirnya mengukir senyuman.
Dia mengambil langkah ke belakang untuk mencipta momentum yang lebih kuat. Mahu membunuh Adi Ashraf serta merta. Adi Ashraf cuba mempertahankan diri. Namun apabila figura Haris meluru ke arahnya, matanya dipejam. Bersedia untuk menerima tumbukan dari Haris.
"Riana!" jerit suara Izz Faris membuatkan Adi Ashraf membuka mata serta-merta. Tubuhnya langsung tak merasakan apa-apa kesakitan. Matanya tertancap pada Ariana yang berada dihadapannya untuk melindungi dirinya.
Izz Faris termengah-mengah mencari nafas kerana mengejar Ariana. Matanya dibulatkan apabila melihat Ariana yang kini berada di antara Adi Ashraf dan Haris Irfan.
Adi Ashraf tersentak. Ariana mengukir senyuman lemah. Tubuh Ariana serta merta tersungkur tetapi disambut oleh Adi Ashraf dengan segala kudrat yang ada.
"Abang, Riana rindu abang." ucap Ariana pertama sekali walau rasa sakit di bahagian perutnya dek kerana tumbukan Haris yang sepatutnya berikan pada suaminya.
"Riana... Kenapa sayang buat macam ni?" ucap Adi Ashraf pilu. Kelihatan darah merah mula mengalir dari celah kaki Ariana membuatkan hati Adi Ashraf diremukkan. Tangan isterinya dipegang. Air matanya bertakung.
"Abang jangan nangis. Riana buat semua ni untuk abang." ucap Ariana sebak melihat Adi Ashraf mahu mengalirkan mata melihat keadaannya. Dia mengusap wajah Adi Ashraf dengan penuh kasih.
Haris Irfan yang tersedar dengan perbuatannya jatuh terduduk. Tak sangka dia mencederakan Ariana tanpa sengaja apabila wanita itu tiba-tiba meluru melindungi Adi Ashraf. Izz Faris yang menyaksikan kejadian itu lantas menyerang Haris.
"Apa kau dah buat ni Haris!" jerit Izz Faris sebelum melayangkan penumbuk pada wajah Haris Irfan. Haris Irfan langsung tak mengendahkan. Dia menerima segala tumbukan dan pukulan daripada Izz Faris tanpa melawan semula.
"Maafkan aku." ucap Haris Irfan perlahan. Matanya melihat tubuh Ariana yang berlumuran darah di pangkuan Adi Ashraf.
"Kau tak layak!" ucap Izz Faris membelasah Haris Irfan sehingga hatinya puas.
"Sayang... Abang minta maaf." ucap Adi Ashraf menyembamkan wajah pada ceruk leher Ariana. Tak mampu melihat keadaan Ariana sebegitu kerana dirinya. Air matanya mengalir.
"Abang tak dapat lindungi Riana dengan anak kita..." ucap Adi Ashraf dengan penuh sebak. Tangannya berhati-hati memegang perut Ariana. Tahu isterinya dalam kesakitan yang teramat.
"A-bang tak dapat lindungi keluarga kita. Abang minta maaf sebab tak dapat sayang Riana macam mana Riana sayang abang." luah Adi Ashraf dilanda kesedihan sebaik kata-kata meniti keluar dari bibirnya. Ariana mengeleng kepala tanda menafikan dengan mata yang berkaca.
"Sayang... Abang tahu abang bukan suami yang baik. Abang memang tak layak jadi suami sayang. Tapi terima kasih sebab bagi abang peluang." sambung Adi Ashraf sebelum memeluk tubuh Ariana yang lemah.
"Abang, Riana sayang abang sepenuh hati sayang. Tak pernah sekali pun Riana tak sayang abang. Jangan cakap abang tak layak untuk Riana sebab abang lah segala-galanya untuk sayang." ucap Ariana membalas pelukan Adi Ashraf kembali dengan nada sayu. Dia semakin lemah.
Adi Ashraf menangis di dalam pelukan isterinya. Dia memeluk tubuh Ariana dengan erat cuba menyalurkan kekuatannya pada Ariana. Ariana memejam mata menikmati kehangatan tubuh suaminya.
"Abang..." panggil Ariana perlahan pada telinga Adi Ashraf. Adi Ashraf segera menemui pandangan Ariana. Bibir Ariana mengukir senyuman penuh makna.
"Riana nak abang lamar sayang sekali lagi boleh dengan cincin perkahwinan kita? Please?" pinta Ariana bersama dengan riak wajah yang penuh pengharapan. Berharap itu perkara terakhir dia dapat lakukan bersama suaminya sebelum dia pergi dengan tenang.
Adi Ashraf terdiam. Air matanya terus mengalir membasahi pipi, sebak dengan permintaan terakhir isterinya. Wajah pucat Ariana dipandang dengan penuh kasih. Darah yang mengalir dari celah kaki Ariana semakin banyak. Menandakan isterinya keguguran dan kehilangan darah yang sangat banyak.
Adi Ashraf mengangguk kecil kepada Ariana dengan senyuman yang menyayat hati. Ariana tersenyum. Adi Ashraf mengeluarkan cincin perkahwinan mereka yang selalu dibawa olehnya walau tak kira dimana dari poket seluarnya.
"Ariana Atilia binti Johan... S-sudikah sayang terima lamaran abang untuk kali kedua?" ucap Adi Ashraf berusaha mengucapkan kata-kata itu. Rasa nostalgia memenuhi diri Adi Ashraf pada pertemuan kali pertama mereka berdua.
"Riana sudi..." balas Ariana Atilia perlahan. Jarinya disarungkan cincin perkahwinan mereka. Dahinya dicium oleh Adi Ashraf lama. Tindakan itu membuatkan Ariana akhirnya mengalirkan air mata. Tanpa amaran, Ariana memuntahkan darah merah pada tubuh Adi Ashraf.
Adi Ashraf menggosok belakang badan Ariana. Langsung tak menghiraukan darah Ariana yang membasahi tubuhnya. Air matanya mengalir dengan lebih deras melihat keadaan Ariana yang lemah.
"Terima kasih Abang..." bisik Ariana pada telinga Adi Ashraf. Adi Ashraf menarik Ariana ke dalam pelukan. Mahu memegang Ariana sehingga ke akhirnya.
"Riana cintakan abang selamanya." ucap Ariana perlahan. Namun sempat ditangkap oleh telinga Adi Ashraf. Pelukannya semakin erat apabila tubuh isterinya semakin lemah. Nafas Ariana yang menerpa pada wajah Adi Ashraf semakin perlahan. Adi Ashraf mengetap bibir menahan tangisan yang mahu dilepaskan apabila menyedari perkara itu.
"Abang pun cintakan sayang selamanya." bisik Adi Ashraf kembali pada Ariana sudah tidak menyedarkan diri. Barangkali kata-kata itu sudah tidak dapat didengari oleh Ariana. Adi Ashraf menangis pemergian Ariana.
Pandangannya yang cerah semakin lama bertukar gelap. Wajah pucat Ariana di dalam pelukannya merupakan perkara terakhir yang dia lihat sebelum dia tidak menyedarkan diri. Siren polis dan ambulans kedengaran menerjah ke dalam gegendang telinganya. Namanya yang dipanggil oleh Izz Faris dan Alif Zafran semakin lama semakin tidak kedengaran.
"Adi! Adi!"
Akhirnya cinta mereka kekal untuk selamanya.
Updated!
Last chapter tomorrow
I'm sorry...
Please, stay tune
Sorry for the late update! Author terlupa nak publish dekat sini
Share this novel