Chapter 60

Romance Completed 35261

“Penatnya abang.”

“Sayang, penat? Bukan ke sayang tidur je sepanjang jalan?” soal Iskandar Faiz berbaur usikkan.

“Mana ada sayang tidur? It was a long drive, jadi sayang pejamkan mata untuk menikmati detik-detik indah bersama abang yang dicintai.” Sofia Amelia menjawab dalam nada menggoda. Tangannya naik mengurut perlahan lengan yang berotot milik Iskandar Faiz.

“Ni nak apa? Saja menggoda abang? Or you want something special tonight?” bisik Iskandar Faiz nakal.

“Abang ni asyik fikir benda itu je la. Otak kuning!” cebik Sofia Amelia sambil mencubit pipi suaminya.

“Habis tu, sayang yang goda abang. Itu yang abang tanya. Bukan salah abang! Sayang yang mula dulu.”

“Ye lah tu.”

“Sayang, do you enjoy one week at kampung?” Iskandar Faiz sengaja menyoal isterinya walaupun dia tahu Sofia Amelia begitu seronok menghabiskan masa di kampungnya.

“Of course abang. Tapi sayang tak puas lagi. Kalau abang ada masa, boleh tak bawa sayang pergi ke kampung? Sayang sudah mula rindu suasana di kampung, masakan mama, gurauan papa, mengacau Tasha. Everything !”

“Amboi, panjangnya list. Bila sudah balik kampung, sayang terus lupa abang.”

Sepanjang berada di kampung, Sofia Amelia tidak meluangkan masa dengan Iskandar Faiz. Begitu sibuk meluangkan masa bersama ahli keluarga mentua sehingga melupakan suaminya.

“Merajuk ke abang? Janganlah merajuk. Sayang bukan apa, kita balik kampung sekali-sekala. Terlalu rindu. Lagipun, sayang berasa sangat bertuah sebab kahwin dengan abang. Disebabkan abang, sayang dapat family yang bahagia. Dulu sayang rasa kecewa. Almost everyday sayang menangis sebab sayang tak ada ibu. Walaupun daddy jaga sayang baik-baik, fulfil all my wishes, tapi sayang tetap rasa sedih. I felt too down. Selalu tanya daddy, kenapa sayang tak ada ibu? Kenapa sayang tak dapat kasih sayang seorang ibu? But now, lepas kahwin dengan abang, sayang dapat seorang ibu. Walaupun mama ibu abang, sayang tetap menganggap mama sebagai ibu sendiri. I am lucky to have a mother-in-law like her. Thank you so much abang for giving me a mother.” luah Sofia Amelia. Sudah lama Sofia Amelia memendam rasa syukur dalam hati. Hari ini mendapat masa untuk meluahkan segalanya kepada suami.

“Sayang, abang berasa gembira sangat. Insha Allah, abang akan bawa sayang balik ke kampung kalau abang free. Sayang kena berterima kasih kepada Allah. Jodoh kita ditentukan oleh Allah. Abang pun rasa bersyukur sebab mendapat isteri yang penyayang, bercinta, cantik, berhati baik and so on.” Pada awal perkahwinan, Iskandar Faiz risau adakah isteri akan melayan ahli keluarganya elok? Mampukah Sofia Amelia menganggap ahli keluarganya seperti ahli keluarga sendiri? Tetapi rasa risau itu berubah kepada rasa bersyukur apabila isterinya melayani ahli keluarganya secara baik.

“Abang masih ingat lagi tak masa sayang datang ke pejabat abang pertama kali?” bertanya Sofia Amelia.

“Ingat, kenapa ?”

“Abang tahu tak masa itu jantung sayang berdegup kencang. Sejujurnya, sayang sudah jatuh hati dekat abang that day itself.” memberitahu Sofia Amelia malu. Dia masih ingat betapa kacaknya suami dalam pakaian formal itu.

“Really?” soal Iskandar Faiz sambil mengangkat keningnya.

“Yes. You were handsome that day.” jawab Sofia Amelia.

“Sekarang abang tak handsome ke?”

“Mesti lah handsome. Tengoklah suami siapa kan.”

“Sayang, abang nak sayang tahu yang abang sayang Sofi seperti abang sayangkan nyawa sendiri. Abang tak dapat hidup tanpa sayang. Abang selalu berdoa agar kita selalu bersama sehingga akhir hayat abang. Kalau lah abang ditakdirkan berpisah awal dari sayang, abang nak sayang jaga diri baik-baik. Sayang selalu ingat, abang selalu fikir pasal sayang di mana jua abang berada. You will be on my thoughts everyday, every second of my life.” ujar Iskandar Faiz sambil mencium kedua-dua pipi Sofia Amelia.

“Abang, jangan sesekali cakap pasal berpisah. Sayang tak boleh bayangkan macam mana hidup sayang tanpa abang. Apa-apa pun terjadi, sayang tak akan berpisah dari abang. Sayang janji.” tutur Sofia Amelia. Tangan kanannya diangkat seperti membaca rukun negara.

“I love you Sofia Amelia.”

“I love you Iskandar Faiz.”


*******************

Bakso jawa, puding roti dan air teh menjadi pilihan sarapan. Menunya disediakan oleh Iskandar Faiz. Memandangkan hari cuti terakhir, Iskandar Faiz merancang untuk meluangkan masa bersama isterinya. Sarapannya disiapkan sebelum Sofia Amelia bangun.

Setelah siap membuat sarapan, Iskandar Faiz masuk ke dalam biliknya. Sofia Amelia pula tidur nyenyak. Penat agaknya!

“Sayang, kenapa sekarang ini banyak tidur? Dulu tak macam ini.” Iskandar Faiz gumam sendiri. Tangannya mengusap ubun-ubun isterinya. Semenjak ini Sofia Amelia kerap tidur, cepat terasa penat. Sofia Amelia bukan seorang jenis cepat penat dan suka tidur. Tetapi sekarang dia suka tidur.

“Sayang, bangun. Makan sarapan.” selepas solat subuh, Sofia Amelia terus merebahkan diri di atas katil untuk sambung tidur. Apabila Iskandar Faiz tanya, jawapannya dia penat.

“Hmm, ten more minutes abang.”

“Sayang, it’s already half past eight. Breakfast pun sudah siap. Come, eat first.” kejut Iskandar Faiz tanpa putus asa. Dia tahu kalau dibiarkan isterinya dibuai mimpi sekarang, isteri akan bangun waktu tengah hari.

“Abang…”

“Wake up!”

“Hish! Ye lah!” susah-payah Sofia Amelia bangun dari katil. Tidak sampai hati untuk bangun. Kalau bukan disebabkan Iskandar Faiz, Sofia Amelia tidak akan bangun. Mahu sampai Isyak, Sofia Amelia berada di atas katil!

“Go and wash your face! Abang give you 15 minutes!” arah Iskandar Faiz lalu keluar dari biliknya.

Tangannya lincah menyusun makanan di atas meja makan. Mahu siap disusun sebelum Sofia Amelia turun ke bawah.

“Siapa yang call ni?” Iskandar Faiz terasa berganggu apabila sibuk menyusun sarapannya di atas meja makan. Iphone dikeluarkan dari kocek seluar.

“Tia?” terkejut Iskandar Faiz melihat nama pemanggilnya. Otaknya berfikir sama ada panggilannya perlu dijawab ataupun tidak.

“Aku perlu angkat call ke?” dengan hati yang sedikit gelisah Iskandar Faiz menjawab panggilannya.

“Assalamualaikum Is.” Wahidah Tiara memberi salam.

“Waalaikumsalam Tia. Ada apa call?” tanya Iskandar Faiz tanpa menunggu lama.

“Saya nak jumpa awak dan Sofi, boleh?” meminta Wahidah Tiara dengan penuh harapan.

“Nak jumpa kami? Buat apa?” menyoal Iskandar Faiz sedikit garang. Dia masih belum lupa apa yang telah dibuat oleh Wahidah Tiara sebelum ini.

“Awak jangan risau. Saya bukan nak bergaduh. Just this time, I want to meet both of you, Is. Please.” merayu Wahidah Tiara.

Iskandar Faiz berdiam. Adakah dia perlu bersetuju untuk berjumpa? Apa respon Sofia Amelia apabila Wahidah Tiara hendak berjumpa?

“Is, are you there?”

“Yes. Give me 5 minutes. Saya akan fikir dan whatsapp awak.” kata Iskandar Faiz.

“Okay.” tanpa ada bantahan Wahidah Tiara mematikan panggilannya.

“Ada apa dia nak jumpa aku dan Sofi? Dia ada apa-apa plan ke? Ataupun jumpa dia dulu? Mana tahu dia nak minta maaf?” monolog Iskandar Faiz dalam hati. Keliru untuk mengambil keputusan.

“Jumpa saya dan Sofi di rumah. Saya share location.” - Iskandar Faiz.

“Baik, saya datang harini.” - Wahidah Tiara.

“Abang, buat apa tu?” bersuara Sofia Amelia sambil menurun tangga. Dahinya berkerut memandang Iskandar Faiz.

“Nothing, mari makan.” ajak Iskandar Faiz. Biar menikmati sarapan dulu.

“Semua abang buat sendiri?”

“Memang lah sayang. Abang buat sendiri.” jawab Iskandar Faiz jujur.

Terkedu Sofia Amelia. Air matanya bergenang.

“Thank you abang. Sayang minta maaf sebab tidak tolong abang.” air mata mula bergugur dari tubir mata.

“Kenapa sayang menangis ni? Abang memang nak buat surprise untuk sayang.”

“Sayang menyusahkan abang sebenarnya kan.”

“Sayang, abang tak rasa susah pun. Don’t think too much. Kenapa sayang sensitif sangat? Haritu kat kampung pun macam ni juga. Sikit-sikit menangis.”

Baru Sofia Amelia sedar. Sejak kebelakangan ini, dia mudah menangis. Sangat mudah untuk air matanya membasah pipinya.

“Abang, can you cook kerang masak lemak?” tanya Sofia Amelia setelah habis menjamah sarapan paginya.

“Kerang? Sayang kan tak suka makan kerang.”

“Alah, sayang mengidam. Masak untuk sayang, boleh?”

“Mengidam? Sayang pregnant ke?” tanya Iskandar Faiz teruja. Bukankah seorang wanita mengidam semasa mengandung?

“Abang ni, kalau dah nak period pun seorang perempuan rasa mengidam. Abang ni sampai ke situ pula.” balas Sofia Amelia dengan geram.

“Owh…” mengendur suara Iskandar Faiz.

“Boleh masak kerang untuk sayang ke tak abang?”

“Boleh, nanti abang keluar beli kerang. Abang masak untuk sayang nanti.” jawab Iskandar Faiz.


*******************

Jam menunjukkan pukul 12.35 tengah hari. Rumah dua tingkat di luar itu dipandang. Hatinya berdebar. Enjin kereta pula dimatikan. Dengan bacaan Bismillah, Wahidah Tiara keluar dari kereta. Loceng rumah ditekan dua kali.

“Assalamualaikum.” Wahidah Tiara memberi salam saat pintu rumahnya dikuak dari dalam.

“Waalaikumsalam, masuk lah.” ajak Iskandar Faiz.

“Siapa tu abang?” muncul Sofia Amelia dari arah belakang.

Berderau darah Sofia Amelia apabila melihat muka Wahidah Tiara. Matanya mencerlung tajam ke arah Wahidah Tiara. Kakinya berjalan perlahan menuju Wahidah Tiara.

“Sofi…” Wahidah Tiara panggil lembut.

Tetapi, tanpa diduga, pipi Wahidah Tiara menerima satu tamparan padu!

“Kau!!!”

Finally, sudah Bab 60 ! Enjoy reading :) jangan lupa comment dan rate :D !

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience