CHAPTER 16 DKM

Action Series 21357

Tiga bulan kemudian...

Misi yang hendak ditempuhi sudah tiba harinya.Para pegawai , angkatan tentera dan anggota polis yang terlibat sudah berkumpul di Lapangan Terbang Jet Pejuang Subang pada pagi ini.Hana Dahlia dan Luth Hanief telah diikuti bersama pada pagi ini.Mereka akan menyertai misi ini dengan tugasan masing-masing.Hana Dahlia mengetuai TUDM dengan Jet Pejuangnya.

"Jelas semua ! Saya harap , semua boleh membawa pulang mangsa-mangsa yang dijadikan tahanan di hutan sabah sana.Saya serahkan misi ini pada kamu semua.Pada para pejuang saya yang hebat ini.Saya doakan semuanya berjalan dengan lancar.Terima kasih juga SPRM yang telah memberi kerjasama dengan saya.Mereka telah mengumpul bukti tentang suspek." ujar ketua mereka itu.Luth Hanief , Adam dan Hakim tersenyum hebat.

"Baik , semula boleh ambil tempat masing-masing , kità akan melancarkan misi sebentar saja lagi.

"Baik tuan !" ujar anggota tentera yang terlibat.Arahan diterima.Hana Dahlia menapak mendekati suaminya Luth Hanief.

"Abang... ."

"Doakan Dahlia.Terima kasih bagi Dahlia peluang untuk sertai misi ni." ujar Hana Dahlia sayu.Sesuatu yang terbuku di hatinya. 

"Kenapa sayang cakap macam tu ? Sayang kan yang nak sertai misi ni.Abang sokong saja.Lepasni sayang boleh duduk rumah.Habiskan misi ni dulu okay." ujar Luth Hanief memujuk isterinya itu.

"Abang , Dahlia sayangkan abang sangat." ujar Hana Dahlia kepada suaminya Luth Hanief.Berkerut sedikit wajah Luth Hanief walaupun dalam senyuman.

"I love you too bunga." ucap Luth Hanief romantis.Dahi si isteri dikucup lembut dan penuh kasih.Dia memeluk erat tubuh kecil isterinya itu.Ibarat melepaskan rindunya yang terakhir.

"Abang doakan semuanya berjaya.Bawa balik kejayaan ya sayang." ucap Luth Hanief memberi semangat.

"Okay abang , assalammualaikum." ucap Hana Dahlia lembut.Dia membawa langkah menuju ke lapangan.Luth Hanief memerhatikan saja isterinya dari tempatnya itu.

Arahan diberikan.Para juruterbang diarahkan bersedia untuk berlepas.Hana Dahlia memberi tanda bersedia.Jet pejuang yang dipandu Hana Dahlia diarahkan berlepas sekarang.Laju F-18 Super Hornet terbang di dada langit.Luth Hanief tersenyum memandang ke arah jet itu.Dia terasa bangga sangat.

"Luth." seru Hafiya sayu.Luth Hanief memandang ke arah Hafiya.

"Kenapa ?." soal Luth Hanief yang memandang wajah wanita itu ingin menangis.Di tangan wanita itu dihulurkan sesuatu ke arah Luth Hanief.

"Dahlia suruh bagi pada kau." ucap Hafiya yang bergetar hujung nadanya.Dia menahan tangisnya yang hendak pecah.

"Apa ni ?." soal Luth Hanief pelik kepada Hafiya.

"Hadiah untuk kau." ujar Hafiya yang mula mengalirkan airmata.Hakim , Adam dan Hazira hanya menekur lantai tidak terkata.Luth Hanief menyambut pemberian Hafiya itu.

"Maafkan aku Luth , aku takda niat nak bersubahat dengan dia.Tapi aku terpaksa.Dia merayu pada aku Luth.Kalau panjang umur dia.Kau jangan marah dia ya." ujar Hafiya sayu.

"Apa ni ? Aku tak faham !" tegas suara Luth Hanief.Langkah Hakim mendekati sahabatnya itu.

"Buka dan baca , kau akan faham." ujar Hakim sambil menepuk-nepuk bahu tegap Luth Hanief.

"Jangan marah Hafiya , dia tak salah.Dahlia pun tak salah cuma cara dia yang salah.Tapi dia buat semua ni bersebab." ujar Hakim memujuk sahabatnya itu.Luth Hanief memandang sepi sampul surat yang berada di tangannya.Apa isi di dalamnya dia juga tidak tahu.Dia meminta diri dan beredar dari situ.

Dia memasuki ke dalam perut BMW M4 miliknya.Sampul dibuka dan dia membuka lipatan kertas tersebut.Dia mula membaca isi surat.

' Assalammualaikum abang ,

Sayang nak beritahu , sayang pregnant dua minggu ! Sayang happy sangat , akhirnya kita bakal jadi ibu bapa.Tapi...sayang tak pasti sayang dapatkan selamatkan diri dalam misi ni ke tidak.Misi ni melibatkan nyawa.Abang , kalau abang dapat surat ni nanti abang jangan marahkan Dahlia ya.Dahlia minta maaf sebab tak beritahu abang.Nanti Dahlia balik kita bincang ya.Dahlia sayangkan abang sangat.

                                                       Bunga sayang abang '

"Ya allah sayang !" ucap Luth Hanief dengan hati yang berderai.Dia telah melepaskan isterinya dengan anaknya sekali.Kalau dia tahu lebih awal dia pasti akan menahan dan melarang isterinya untuk menyertai misi ini.

"Kenapa sayang buat abang macam ni ! Kenapa sayang ! Bunga... !" jerit Luth Hanief di dalam kenderaan yang tiada siapa mendengar.

"Abang sayang bunga , bunga baliklah." seru Luth Hanief dalam tangisannya.Dia keluar dari isi perut kenderaannya.Dia berlari mencari Hakim dan Adam.Surat itu kekal ditangannya.

"Hakim... ." jerit Luth Hanief dari jauh.Empat pasang mata memandang ke arahnya.

"Eh kau ni kenapa ?." soal Hakim risau.

"Tahan Dahlia , suruh dia patah balik.Aku nak dia sekarang.Hafiya tolong aku suruh dorang contact  dengan Dahlia.Aku nak isteri aku , Hafiya !" ujar Luth Hanief dalam tangisan yang tidak teratur itu.Hazira menyeka airmatanya yang mengalir.Sebegitu besar cinta Luth Hanief pada Hana Dahlia.Tidak pernah dia melihat Luth Hanief menangis apatah lagi dalam keadaan ini.

"Tolong lah aku Hakim !" pinta Luth Hanief merayu bersungguh.

"Sabar Luth , dorang dah berlepas.Benda ni bukan main-main boleh patah balik.Kau kena redha , doakan dia dan anak kau." ujar Hakim.Dia sudah dapat tahu yang Hana Dahlia mengandung dari Adam.

"Kami terpaksa Luth , maafkan kami.Kami takda niat nak buat kau tersiksa macam ni." ujar Hakim tenang dan memujuk sahabatnya itu.

"Aku tak kuat Hakim !" ujar Luth Hanief yang jatuh melutut di hadapan sahabatnya.

" Ya allah Luth , sabar ya.Aku dan Hakim sentiasa ada dengan kau." ujar Adam kepada Luth Hanief. 

"Abang redha sayang." ucap Luth Hanief lemah.Dia redha akan pemergian isterinya atas dasar misi yang mereka sedang laksanakan.

"Kau kuat , aku tahu." ujar Hakim sebak.Dia tidak pernah tengok Luth Hanief begini.Inilah pertama kalinya.Lelaki itu hilang kewarasan seketika kerana seseorang yang dicintainya sepenuh hati.

"Jom kita duduk dekat sana.Adam tolong aku." ujar Hakim kepada Adam.Mereka memapah Luth Hanief menuju ke sebuah bangku.Badan lemah itu terhempas tidak berdaya di atas bangku tersebut.

"Luth , aku sekali lagi minta maaf." ucap Hafiya dalam sebak.Dia tidak berniat lansung.

"Macam mana dia boleh terlepas ? Masa scanning body dorang tak nampak something ke ?." soal Luth Hanief yang masih lagi dalam tanda tanya.

"Tak." jawab Hazira pula.Semua mata memandang Hazira.Jawapan wanita itu curiga.

"Why ?." soal Luth Hanief kepada Hazira.Dia mahu jawapan.

"Dia cabut wayar scanner masa dia nak masuk ke situ.Jadi sampai giliran dia , benda tu gagal scan dia dengan betul." ujar Hazira lagi.Luth Hanief meraup wajahnya.Telapak tangan ditekup ke muka.Licik sungguh isterinya.

"Sampai macam tu sekali ?." soal Adam tidak sangka.Mereka termenung seketika.

"Kalau apa-apa jadi kat isteri aku.Aku tak dapat bayangkan macam mana aku nak teruskan hidup." ujar Luth Hanief kepada mereka yang berada di situ.

"Jangan begitu Luth , hidup perlu diteruskan.Aku yakin.TUDM pasti berjaya." ujar Hakim dan Adam memujuk Luth Hanief.

Mereka menghantar Luth Hanief pulang ke kediamannya.Lelaki itu perlukan rehat yang cukup.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience