Chapter 34

Romance Completed 71888

"Maafkan pida sebab pida abaikan Aisyah , Abaikan Abang. Terima kasih sebab jadi kawan baik pida. Tabah dengan perangai pida." Satu persatu shafidah menerangkan pada zarif , Terhenti zarif di pertengahan jalan di Shopping mall tu di lihatnya shafidah.

Aisyah pulak tidur di bangku baby tu. Comel serupa sangat dengan isterinya.

"Saya maafkan semuanya." Dengar tidak dengar sahaja suaranya. Pida serba salah jadinya. Pida segera membawak Aisyah ke kedai pakaian baby.

Zarif mengikutinya , dilihatnya shafidah membelek belek pakaian di kedai tu. Tersenyum. Tapi hanya senmentara , "kalau la dulu jadi macam ni kan bagus. " dia mengeluh perlahan.

**********

"Kamu pergi dengan perempuan tu kemana zarif ?!" Marah umi zarif , Pida segera masuk dalam bilik. Takut terbangun Aisyah.

"Umi ni , jangan la macam ni. Zarif terserempak dengan dia di shopping mall. Umi perlahan suara umi tu , Aisyah tengah tidur tu. " umi zarif mengeluh kasar .

"Lusa kamu dah nak kawin zarif ! Ingat la sikit dengan zita tu. Kamu tak kesian ke apa dengan dia ?" Soalan umi zarif tidak diendahkan , Mujur saja Ayahnya outstation. Takda la umi dan ayahnya bergaduh.

"Dah laa umi , Zarif nak naik atas , masuk bilik. " dia segera naik keatas.

"Brrtuah punya budak !" Umi zarif terus ke dapur. Meneguk air minum, Tekaknya berasa haus.

"Kau tunggu shafidah ! Kau tunggu !"

Zarif memerhati isterinya yang menidurkan Aisyah. Tersenyum dia lihat Aisyah mengeliat.

"Abang taknak mandi ke?"

"Abang nak mandi dengan sayang."

Terkejut pida.

"Haaaa pebenda abang kata tadi ? Tak dengar."

Zarif memukul mulutnya perlahan, Zarif zarif zarif ! Ish mulut tak reti jaga.

"Takde apa apa. Dah laa sediakan baju saya , nak mandi. Rasa tak selesa. " pida membagi tuala dengan zarif , tuala tersebut bertukar tangan. Segera zarif memasuki bilik air tersebut.

Masuk sahaja di bilik air , Dia tersenyum. Mukanya yang putih segera bertukar menjadi merah. Malu , Geli hati. "Lahai mulut ni. ".

Tapi tidak kepada shafidah. Muram mukanya , Sahaja dia buat buat tak dengar.

Aisyah terbangun. Segera shafidah mendekatinya. Tersenyum Aisyah dibuatnya.

"Babah Aisyah tersasul cakap nak mandi dengan umi. Tahu la tak sabar nak kawin , Tapi agak agak la kan Aisyah en. Tecik hati umi tau dibuatnya. Woahhhhh ! Rasa nak nagis." Adu shafidah dengan anaknya.

Aisyah hanya ketawa. Mungkin lucu dengan Aksi uminya tu, Shafidah pun turut tersenyum. Hatinya senang lihat anaknya.

"Eeeeee... dia gelakkan umi dia pulak. Dah dah dah jum mandi , Umi nak bawa mandi. " Pida menyediakan Pakaian zarif , Aisyah untuk pakaian selepas mandi.

Zarif yang baru sahaja selesai mandi. Dia ternampak shafidah membuka bajunya. Shafidah terkejut , memakai bajunya kembali. Nasib baik la dia pakaian inner .

"Abang ni dah kenapa buat pida terkejut ni . Dah la keluar macam hantu. Senyap. Ish , Kalau jantung ni keluar. Agaknya mati katak pida disini." Bebel pida perlahan. Zarif dah tersengih sengih.

"Pida nak bawa aisyah mandi , Abang pakai la baju. Tu kat sana baju tu. Ada atas katil. " dia membawa Aisyah masuk kedalam bilik air.

Zarif menghantar pandangan sahaja. Selesai sahaja dia melihat shafidah. Ketawanya meletus , Hatinya berasa lucu dengan isterinya.

"Tengok la babah awak tu Aisyah. Geram umi dibuatnya. " Aisyah dimandikan oleh shafidah.

Usai pida mandikan Aisyah , Dia pun dah mandi.

"Abang tolong tengokkan Aisyah, Pida nak turun bawah. " zarif hanya mengangguk.

"Menantu tak guna. Sini kau." Kasar umi zarif memanggilnya. Pida segera berdiri di sebelah mak mertuanya tu.

"Aku nak kau keluar esok dari rumah ni . Aku taknak zarif berubah fikiran. Nanti susah dengan aku kalau dia ubah fikiran ! Faham ." Kasar umi zarif menuturkan kata tu. Berbaur ugutan. Pida tersenyum.

"Pida tahu umi. Umi jangan risau , Lusa tu sebaik sahaja abang zarif melafaz akad nikah tu. Kitaorang cerai. Dah la umi , Pida nak masuk dapur , Tekak haus." Pida segera masuk ke dalam dapur. Dihamburkan tangisannya tu. Perit.

"Ya allah , salah ke kalau aku tuntut cinta suamiku? Aku tak kuat!"

Sebaik sahaja dia minum , dia membasuh muka. Merah hidung , matanya.

Dia masuk kedalam bilik tu , Zarif terperasan.

"Ni mesti kerja umi. Kenapa la dia benci sangat dengan shafidah ni."

"Awak kenapa pida? " tanya zarif.

"Takde apa apa . Abang tidur la atas katil tu , Kesian abang. Sakit badan, biar pida tidur atas sofa tu.." pida cuba mengalihkan topik perbualan tu. Zarif tahu tapi dia hanya diam.

"Biar kita tidur sama sama. Aisyah kat tengah. " terkejut pida.

"Tapi abang dah nak kawin."

"Tu hal saya , Pida masih hak saya. Jangan lawan." Tegas zarif.

Pida baring di sebelah Aisyah , Begitu juga Zarif. Means Aisyah ditengah- tengah.

Dilihatnya muka shafidah. Walaupun gelap , Tapi Cahaya bulan yang sedang mengembang menampakkan muka pida dalam samar -samar.

Zarif menatap muka isterinya sepuas puasnya. Rindunyaaa tersangat banyak !

"Abang terlalu rindukan pida. Tapi ab..abang tak pasti sama ada pida balas rindu abang atau tidak. Sebab pida dah tahu abang nak kawin dengan zita. " ujar zarif perlahan lahan. Mati-matian disangkanya pida dah tidur.

Pida yang mendengar tu. Hatinya berbelah bagi , Sama ada sayu atau gembira.

"Pida pun rindu berat dengan Abang !" Bisik hati kecilnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience