"Hei, you nak bawa I ke rumah siapa ni?" Amanda menarik tangan Darris. Dia tidak mahu bergerak.
"Rumah siapa lagi? Rumah sayalah. Takkanlah saya nak bawa awak pergi rumah Perdana Menteri pula. Itu pun tak boleh fikir ke?"
"Tak nak. Jom pergi tempat lain. I tak nak masuk."
Amanda memerhatikan sahaja sekitar rumah yang nampak kemas. Begitu banyak bunga di halaman rumah lelaki yang dia temui baru-baru ini. Nampak begitu tenang. Matanya terpandangkan pintu pagar yang sudah dibuka sejak hari itu.
Tanpa sedar, air matanya gugur. Kolam matanya berair. Darris yang dari tadi menyedari riak wajah Amanda berubah. Dia dapat mengagak sesuatu pada diri Amanda. Darris menyedari air mata gadis itu jatuh ke pipi secara perlahan-lahan.
Kenapa? gumam Amanda. Tangan digempal kuat. Mata dipejam rapat mencuba mencuri kekuatan sedikit.
"Ha, balik pun budak bertuah ni. Lama betul Ris pergi ambil Amanda." tegur Darmawati.
Laju air mata diseka. Berkerut dahi Amanda saat menatap wajah yang bersuara tadi. Melihat sikap bersahaja wanita tersebut, membuatkan dia berubah menjadi tegang. Amanda menoleh Darris di sisinya.
"Oh, mama saya panggil saya Ris. Nama saya Darris Anaqeef. "
" Ke mana tadi, lama sangat sampainya. "
" Biasalah mama. Menantu mama ni degil. Suka buat hal. " jawab Darris selamba.
Darmawati memandang wajah gadis itu. Dia amat mengenali wajah gadis itu. Namun dia cuba menahan hati. Otaknya ligat mengingatkan wajah itu hampir seiras seperti anak menantunya.
Sebelum Darris membawa gadis itu kerumahnya, dia sudah menceritakan hal sebenar tentang Amanda. Siapa sebenar Amanda? Wajah seiras macam Nuhayra. Darris yakin Amanda adalah Nuhayra. Mungkin samada Nuhayra hilang ingatan dan sampai sekarang dia telah menemui gadis itu semula, Darris tidak sempat melihat wajah anaknya. Di manakah anak mereka sekarang?
" Amboi, cantiknya menantu mama! " puji Darmawati walaupun dia sudah amat mengenal gadis itu.
"Er, menantu?" soal Amanda semula. Dahirnya berkerut saat menatap wajah wanita itu.
"Cantik betul Amanda ni. Bertuah betul anak mama. Baru sekarang nak bawa balik menantu mama." bahu Darris ditampar.
"Puan, saya-"
"Mama... panggil mama je."
"Emm... mama."
Berat perkataan itu meniti keluar dari mulut Amanda. Sudah bertahun lamanya panggilan itu tidak disebut. Wajah Darris dipandang. Senyuman yang terlakar di wajahnya membuatkan Amanda terdiam.
Darmawati menarik tangan Amanda dengan lembut. Lalu dia memeluk tubuh gadis itu tersebut. Air mata mula bergenang di kolam mata. Amanda hanya bersikap bersahaja tidak mahu sesiapa ternampak dia tengah hampir mahu menangis. Dia cuba menahan hati.
"Er, boleh saya bercakap dengan Darris sekejap? Saya ada benda nak cakap." ujar Amanda.
"Cakap jelah. Cakap dekat sini pun boleh." balas Darris.
"Darris..." paha lelaki itu dicubit.
"Ouch.. okey... okey... jom."
Setelah berada di luar rumah, Amanda terus menjadi dirinya semula. Dia memang tidak boleh tahan sabar. Apabila melihat wajah ibu Darris gang begitu gembira dengan kedatangannya, dia jadi tidak sampai hati.
"Kau ni kenapa?" dada Darris ditolak kuat.
"Kenapa apa?" Darris pura-pura tidak faham.
"Apa kau buat tadi hah? Kenapa mama kau panggil aku menantu?" lengan Darris ditumbuk bertalu-talu. Geram punya pasal!
"Okey, Amanda. Saya mengaku memang saya nak kenalkan awak dekat mama saya sebagai menantu awak. Saya memang maksudkannya. Saya memang nak jadikan awak isteri saya. Ikhlas dari hati saya, Amanda." Darris terpaksa berterus-terang.
Amanda terdiam sejenak. Air liur ditelan.
"Kau ingat aku suka ke melawak benda macam ni?" giginya diketap.
"Amanda, sejak saya kenal awak dah terlalu banyak dosa saya yang buat. Awak tengoklah. Saya tersentuh tangan awaklah, angkat awaklah." tutur Darris. Darris terpaksa sembuyikan perkara sebenar. Cukup hanya dia dan keluarganya siapa dia tapi bukan dirinya.
"Apa kau merepek ni? Baru jumpa dua kali, kalau setakat pegang-pegang tu kau nak jadikan aku bini kau, boleh jalanlah! Hek eleh, baru pegang tangan dah ajak kahwin. Aku pernah buat lebih dari itulah!" sengaja Amanda mencabar kesabaran Darris.
" Amanda... "
" Aku tak kira. Aku nak kau tarik balik kata-kata kau dekat mama kau. Aku tak nak dia berharap dengan benda yang tak wujud. "
" Kalau rasa tak sampai hati, kahwin jelah. Habis cerita. " senang betul Darris membuat keputusan.
" Ingat satu lagi, Amanda. Perjanjian kita masih sah. Keputusan saya juga sah selama-lamanya. Dah tak boleh diubah pada hari lain. Awak dah setujukan. Mudah je Amanda. Kita kahwin jelah. Awak pun dah boleh dapat kerja awak dengan mudah. " sambung Darris kemudiannya.
Dia tahu kemarahan Amanda membuak-buak. Lagipun, dengan cara ini dia dapat mengikat Amanda semula. Wajah Amanda memang benar seiras seperti wajah isterinya.
Namun, siapakah Amanda? Naluri firasatnya mengatakan bahawa dia sudah menemui gadis itu yang sudah lama pernah dicarinya sejak dulu.
"Kau memang kan. Lelaki hipokrit macam kau ni memang betul-betul menyusahkan hidup aku!" marah Amanda.
Darris hanya cuma menafikan saja. Darris terus menarik tangan Amanda masuk ke dalam rumah.
" Sorry ma... lambat sikit. " Darris duduk disebelah kerusi diikuti Amanda.
Amanda seraya tersenyum. Nampak saja luaran macam suka tapi dalam hati hanya Allah yang tahu betapa sakitnya hatinya saat terpaksa menghadap muka si Darris yang menyakitkan hati ini.
Segalanya akan terlerai
Share this novel