BAB 8

Romance Series 81452

Seminggu telah berlalu, mereka sekeluarga sudah pulang daripada bercuti. Selama seminggu itu juga dia tidak pergi Kolej dan keluar dari bilik. Kecuali kalau Ammar Hafiy tiada dirumah. Banyak kali lelaki itu memaksa dia untuk keluar namun hanya pekakkan telinga sahaja.

TOK!

TOK!

TOK!

"Inara! Aku ni Mia. Bukalah pintu ni" jerit Mia Aleesya dari luar.

Inara Adelia turun katil dan menghampiri pintu tersebut. Dia membuka penyelak dan memandang Mia Aleesya.

"Nak apa?" soal Inara Adelia.

"Aku nak jumpa kaulah. Rindu tahu tak? Jomlah turun makan. Mereka semua dah tunggu kau tu" balas Mia Aleesya.

"Errr... Kau pergi dululah. Aku tak lapar lagi. Nanti aku makan okay" Inara Adelia senyum kecil.

Mesti terasa gadis itu.

"Tapi aku nak kau ada sekali. Aku rindu nak makan dengan kau" ujar Mia Aleesya sambil mencebir bibir.

"Okaylah. Aku turun" kata Inara Adelia.

"Macam tulah!" terus riak wajah bertukar riang.

Diakhir anak tangga, mata mereka bertembung. Terlihat Ammar Hafiy memberi sesuatu bakal 'terjadi' terhadapnya nanti.

"Inara. Macam mana selama kamu tinggal keseorangan selama 2 minggu? Okay tak?" tanya Datin Zizah.

"Okay sahaja, Ma" balas ringkas Inara Adelia.

Dia menyuap nasi ke dalam mulut. Makanan mahu menelan seakan tersekat dikerongkongnya bila kaki lelaki itu menggesel pada betisnya.

Ammar Hafiy tersenyum sinis. Jelas kelihatan tidak selesa gadis itu perbuatannya.

"Pa, Ma. Ammar nak minta izin nak bawa Inara keluar sebentar boleh? Sejak minggu lepas lagi dia tak 'keluar' Kesian juga" perkataan 'keluar' ditekan.

Inara Adelia tersentak. Dalam hati berharap agar mereka tidak mengizinkan.

"Boleh sahaja Ammar. Cuma kamu kena ingat. Jaga batasan pergaulan antara kamu dan Inara" Dato'Norman memberi izin.

Ammar Hafiy tersenyum menang.

"Abang, Mia nak ikut juga boleh tak?" celah Mia Aleeesya.

"Tak boleh. Aku nak bawa Inara pergi tempat paling 'special'" kata Ammar Hafiy.

Inara Adelia terus tidak senang duduk. Apa pula kali ini bakal terjadi?

•••

Signal diberikan, kereta toyota vios telah memasuki ke dalam kawasan rumah dibina gah sekali itu. Matanya memerhati sekeliling. Dipandang sekilas pada Ammar Hafiy disisi.

"Awak, rumah siapa ni? Kenapa awak bawa saya datang sini?" soal Inara Adelia.

Jeda.

Ammar Hafiy keluar dan menuju ke bahagian penumpang. Pintu kereta dibuka dan mengarah supaya Inara Adelia keluar.

"Keluar sekarang" arah Ammar Hafiy tegas.

"Tak nak. Rumah siapa ni?" Inara Adelia menggeleng laju.

Dia berdecit geram.

"Aku suruh keluar, keluarlah!" lengan Inara Adelia ditarik lalu menghempas pintu kereta dengan kuat.

"Sakit! lepaslah!" Inara Adelia cuba untuk merentap, namun tidak boleh. Dia dipaksa naik tangga dan menuju ke bilik.

BUK!

Tubuhnya ditolak jatuh ke atas lantai simen. Kerusi ditarik dan Ammar Hafiy duduk. Suis lampu disisinya dibuka.

KLAK!

Suasana menerangi segalanya. Mata Inara Adelia mula meliar memandang sekeliling ruang dalam bilik itu. Semua gambar ditampal pada dinding. Gambar dia sedang tidur pun ada.

"Awak bua-" terus Inara Adelia diam tatkala Ammar Hafiy meletakkan jari pada bibirnya tanda 'diam'

"Apa kau rasa bila tengok bilik ni?" soal Ammar Hafiy.

"Tak tahu" balas Inara Adelia.

"Aku nak explain pun, tak tahu macam mana dah. Aku ada sebab buat semua ini pada kau, Inara" ujar Ammar Hafiy. Dia menarik nafas dalam-dalam.

"Kenapa Ammar? Saya dah lama nak tahu kenapa awak buat saya macam ni?" terluah jua sekian lama mahu menanyakan soalan itu pada lelaki itu.

"Aku cintakan kau. Aku terpaksa guna kau untuk lunaskan dendam aku. Dulu tunang aku, Nara Isha. Kami pernah bertunang sebelum kau masuk ke dalam keluarga aku lagi. Aku sakit hati bila dia hina aku, dia cakap aku macam-macam. Dia sanggup jual tubuh dia dekat mana-mana jantan. Sejak hari tu aku dah tak percayakan perempuan. Bagi aku perempuan semua sama. Kerana aku tak boleh nak balas semua itu, aku terpaksa guna kau, Inara. Setiap kali aku tengok kau mengalirkan air mata, hati aku sangat puas. Aku dapat rasakan yang menangis tu dia"

"Pertama kali kau jejak dalam rumah aku, aku mengaku aku suka kau. Tapi aku pendamkan semua itu dan menangkan ego. Aku fikir masa tu, selepas aku rogol kau, aku akan bertanggungjawab. Aku buat semua itu sebab tak nak kena tipu lagi. Tapi apa aku dapat? Kau sama sahaja dengan dia. Mana lelaki dah sentuh kau tu?" luah Ammar Hafiy.

"Hanya kerana dendam awak tu, saya jadi mangsa Ammar! Saya bukan dia. Saya tak suka awak! Saya tak cinta awak! Tak akan itu pun awak tak faham? Satu lagi saya nak ingatkan pada awak, siapa pun orang yang dah sentuh saya, bukan masalah awak" bentak Inara Adelia.

Ammar Hafiy tertawa halus. Tajam anak matanya menikam ke dalam anak mata gadis itu.

"Habis tu, kau cintakan siapa? Lelaki hari tu? Atau... Dia yang sentuh kau kan? Memang dasar murah. Kau dengan ikan dekat pasar tu, murah kau lagi tau"

"AMMAR!"

PANG!

"Awak jangan nak melampau sangat! Awak boleh hina saya semahu mana awak nak, tapi awak jangan nak cakap saya cintakan dia! Sepatutnya awak tu murah! Murah dari segi ilmu pengetahuan!" oktaf suara Inara Adelia.

Ammar Hafiy menolak lidah ke tepi dan berdiri. Hatinya kini sangat berbara.

"I don't care Inara. Kau memang nak mati hari ni!" Ammar Hafiy berjalan ke arah pintu dan...

DUM!

Pintu dihempas kuat.

"ARGH!"

"Tolong!"

"Diam bodoh!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience