"Kenapa kita pergi KLIA ni, Afiq? Kita nak pergi holiday dekat oversea ke apa?" soal Anis Raihanna.
Beg bagasi ditarik bersama ke dalam lapangan terbang tersebut. Afiq Raihan hanya diam tak membalas.
"Afiq! Bagitau lah. Mulut tu dah bisu ke. Kenapa kita dekat sini?" kata Anis Raihanna tak puas hati.
Geram dengan sikap acuh tak acuh Afiq Raihan. Ajak pergi holiday tapi tak bagitahu pergi mana. Ni yang tertanya-tanya ni.
"Shhh...aku dah cakap kan rahsia. Aku janji tempat tu ada laut. Kalau mulut kau bising lagi, aku cium-"
Dengan pantas, telapak tangan Anis Raihanna menutup mulut Afiq Raihan.
"Fine, aku diam. Jangan cakap benda merepek dekat public boleh tak? Tak tahu malu ke? Malu tu sebahagian daripada iman tau. Nak aku bagi tazkirah?" kata Anis Raihanna dengan nada memerli.
Afiq Raihan mengalihkan telapak tangan isterinya. Bibirnya mengukir senyuman.
"Dah jom. Flight kita dah nak berlepas ni. Ke kau nak tinggal? Boleh aku pergi dengan anak jiran sebelah rumah. Apa nama dia eh? Ha Qistina!" kata Afiq Raihan selamba.
"Jom! Jangan nak mengada nak pergi dengan dia. Aku siku kau sampai lebam kang." kata Anis Raihanna berbaur amaran.
Geram dengan Afiq Raihan yang tak habis-habis ungkit tentang anak jiran sebelah rumah. Dia sendiri tak pernah jumpa si Qistina tu. Macam mana Afiq boleh kenal Qistina tu pun dia tak tahu.
"Jom!" kata Afiq Raihan teruja.
Mereka berdua berjalan beriringan sambil berpegangan tangan. Bukan apa, takut si Anis Raihanna tu lah sesat. Dia tu bukan boleh biar jalan bersendirian. Suka sangat merayap merata-rata.
Tiba-tiba, Anis Raihanna teringatkan sesuatu. Dia memberhentikan langkah.
"Kau kenapa berhenti pulak ni? Cepatlah. Aku risau kita terlepas flight je ni." rungut Afiq Raihan.
Jam tangannya dikerling sekilas. Lagi beberapa minit flight mereka akan berlepas.
"Afiq, bukan jiran sebelah rumah kita Uncle Muthu ke? Mana datang si Qistina tu?" soal Anis Raihanna.
Afiq Raihan menepuk dahi. Yang pertama sebab mereka berhenti untuk bincang pasal itu je. Yang kedua taktik dia dah kantoi!
"Kau tipu aku eh Afiq? Baik kau cakap sekarang!" nada suara Anis Raihanna mula meninggi.
Afiq Raihan tersengih. Dia menggaru kepala yang tak gatal. Otaknya ligat memikirkan cara untuk menyelamatkan diri. Satu idea nakal melintas di fikiran.
"Alah, apa salahnya kan? Apa orang panggil? Gurau-gurau manja? Ha macam tulah." balas Afiq Raihan selamba.
Pengumuman flight mereka akan berlepas tak lama lagi memenuhi ruangan tersebut. Afiq Raihan perasan Anis Raihanna mahu mengamuk. Satu lagi idea nakal terlintas di fikiran.
Hanya itu saja cara yang dapat membuatkan mereka tak terlepas flight kerana Anis Raihanna pasti akan mengejarnya. Sekali gus, Afiq Raihan dapat menyelamatkan diri.
"Gurau-gurau manja? Otak kau! Sini kau biar aku kerjakan sampai lunyai. Suka sangat sakitkan hati aku kan?" balas Anis Raihanna.
Dia mula mendekati Afiq Raihan.
Bibirnya diketap rapat. Geram bila kena tipu hidup-hidup macam tu.
Chup!
Pipi Anis Raihanna dicium sekilas. Afiq Raihan segera melarikan diri. Makin berang Anis Raihanna dibuatnya.
Beberapa mata yang memandang tersenyum melihat telatah mereka berdua. Boleh pulak buat drama tengah-tengah lapangan terbang ni.
Anis Raihanna bergegas mendapatkan Afiq Raihan. Malu dia bila kena cium depan public.
"Afiq Raihan! Dasar tak tahu malu!" marah Anis Raihanna dalam hatinya
???
"Jom kita dah sampai!" kata Afiq Raihan teruja.
Dia memegang tangan Anis Raihanna dengan erat. Pandangannya diliarkan ke sekeliling.
"Huarghh...yeay dah sampai. Tapi kita dekat mana ni sekarang ni?" kata Anis Raihanna yang masih mamai.
Sepanjang perjalanan tadi, dia tertidur kerana kepenatan. Penat nak layan kerenah Afiq Raihan tu. Penat joging tadi pun tak habis lagi ditambah pula kena kejar suami dia dekat airport tadi. Rasa nak pengsan terus je sekarang ni.
"Nanti kau tahulah. Jom, driver dah sampai." balas Afiq Raihan.
Mereka berdua berjalan ke arah sebuah kereta. Beg bagasi mereka diletakkan di bonet kereta terlebih dahulu. Lalu, mereka memboloskan diri ke dalamnya.
Anis Raihanna hanya mengikut langkah suaminya. Dia tak kisah dibawa ke mana asalkan Afiq Raihan ada bersama.
"Encik tolong hantarkan kami ke alamat ni yer." pinta Afiq Raihan.
Afiq Raihan menunjukkan alamat tersebut kepada pemandu pelancong itu. Anis Raihanna membuang pandangan ke luar tingkap. Tak lama kemudian, dia terlelap.
"Baik, Tuan." balas pemandu pelancong yang bernama Amin itu kepada Afiq Raihan.
Afiq Raihan menarik Anis Raihanna baring di atas ribanya supaya selesa. Dia tahu Anis Raihanna kepenatan sepanjang hari ni.
Kereta tersebut meluncur laju di jalan raya. Afiq Raihan tersenyum apabila menikmati pemandangan sepanjang perjalanan tersebut.
???
"Hana, kita dah sampai. Aku nak check in hotel ni." kata Afiq Raihan.
Dia mengejut Anis Raihanna berhati-hati. Tak lama kemudian, isterinya terjaga dari lena.
"Dah sampai? Huarghh...segar sikit badan ni bila dapat rehat sekejap. Kau pergilah check in dulu. Aku tunggu dekat sini." balas Anis Raihanna.
Afiq Raihan mengangguk sebelum beredar pergi. Anis Raihanna berjalan mengambil angin di luar hotel tersebut.
"Wah, ada laut lah!" kata Anis Raihanna teruja.
Bayu laut meniup lembut ke arah tubuhnya. Matanya tertancap pada lautan yang luas terbentang. Jernih sehingga menampakkan dasar.
?
"Hana, single room dah habis. Tinggal honeymoon suite je. Nak cari hotel lain ke macam mana?" kata Afiq Raihan yang baru selesai berurusan di kaunter hotel.
"Urmm. Ambik jer la. Lagipun sayang kalau cari hotel lain. Susah nak jumpa hotel depan laut macam ni." balas Anis Raihanna yakin.
"Okay. Kau tak nak rehat dekat bilik dulu ke? Nanti kita datang la balik." ajak Afiq Raihan.
Anis Raihanna mengangguk kecil. Dia menurut langkah suaminya dari belakang.
Afiq Raihan kembali menguruskan bilik mereka di kaunter hotel. Sementara itu, Anis Raihanna menikmati pemandangan yang indah.
?
Pemandangan laut dari lobi hotel
?
?
Pemandangan laut secara keseluruhan
"Hana, jom." panggil Afiq Raihan
selepas selesai menempah bilik mereka berdua.
"Jom." balas Anis Raihanna.
Seraya itu, mereka berjalan beriringan. Sebaik tiba, Afiq Raihan meleretkan kad kunci bilik hotel mereka pada panel kunci tersebut.
Tit!
Bunyi tersebut menandakan pintu tidak lagi berkunci. Lalu, Afiq Raihan segera melangkah masuk ke dalam.
"Mana beg kau? Bawa masuk sekali." arah Afiq Raihan.
Anis Raihanna menghulurkan beg pakaiannya kepada Afiq Raihan. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling bilik tersebut.
"Yes, ada balkoni! Mesti boleh tengok laut dari dalam bilik ni kan?" ucap Anis Raihanna perlahan namun masih dapat didengari oleh Afiq Raihan.
Langkahnya diatur ke balkoni tersebut. Dia tersenyum lebar. Pandai jugak Afiq Raihan cari tempat penginapan untuk mereka berdua.
"Bukan balkoni je ada. Kolam renang pun ada. Suka hati kau lah kalau nak berendam berapa lama sekali pun." tegur Afiq Raihan.
"Buat apa nak mandi kolam? Baik mandi laut lagi best!" bidas Anis Raihanna.
Anis Raihanna menghampiri katil mereka berdua. Mahu merebahkan diri untuk seketika. Dia terlopong apabila terlihat hiasan yang terdapat pada katil tersebut.
?
"Tak payah terkejut sangat. Aku dah kata kan ni bilik honeymoon suite. Aku nak cari hotel lain, kau yang kata tak nak kan?" kata Afiq Raihan apabila melihat reaksi isterinya.
"Mana ada aku terkejut. Aku cuma kagum dengan kreativiti pekerja hotel ni. Lawa betul angsa tu. Kalau aku yang buat confirm tak jadi angsa, anjing mungkin lah." balas Anis Raihanna cuba menutup perasaan malunya.
"Alhamdulilah sedar diri." sambung Afiq Raihan lagi.
Dia terus merebahkan diri ke atas tilam yang empuk itu. Habis rosak segala hiasan yang terletak elok di atas katil tersebut.
"Woi, sedap kau je eh baring. Aku baru nak tangkap gambar. Kacau daun betullah!" marah Anis Raihanna tak puas hati.
"Tangkap je gambar aku ni. Dah la hensem." balas Afiq Raihan.
Bibirnya mengukir senyuman. Anis Raihanna mempamerkan riak muka menyampah. Masuk bakul angkat sendiri!
"Euww, termuntah aku dengar. Jangan perasan boleh tak?" balas Anis Raihanna.
"Eleh, ini kenyataan eh. Kau je yang buta tak nampak kekacakkan aku ni tau." kata Afiq Raihan bongkak.
Rambutnya diraup ke belakang. Matanya menjeling Anis Raihanna sekilas.
"Susah cakap dengan orang kuat perasan ni. Huh. Malas layan." balas Anis Raihanna.
Dia meninggalkan Afiq Raihan seorang diri. Baik dia lepak dekat balkoni. Sedap je mata memandang laut tu. Daripada pandang Afiq Raihan buat sakit mata dengan hati je.
Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu. Dia patah balik ke arah Afiq Raihan.
"Ha, kenapa datang balik? Kata nak lepak dekat balkoni tadi. Siap kata malas nak layan aku pulak tu." perli Afiq Raihan.
Anis Raihanna mengerutkan dahi. Bukan dia cakap dalam hati ke? Macam mana mamat tu boleh dengar? Ah, biarkan semua tu. Ada perkara yang lagi penting sekarang ni.
"Afiq kita dekat mana sebenarnya?" soal Anis Raihanna yang tertanya-tanya.
"Dalam hati aku. Kenapa?" balas Afiq Raihan selamba.
"Woi, elok elok lah. Aku debik kang." marah Anis Raihanna.
Geram dengan sikap acuh tak acuh suaminya. Padahal dah kembang bila Afiq Raihan cakap macam tu. Sabar je lah.
"Kalau betul pun kenapa? Tak boleh ke hm?" balas Afiq Raihan yang masih mahu mengusik Anis Raihanna.
"Jangan tukar topik Afiq Raihan. Kita dekat mana?" nada suara Anis Raihanna mula meninggi.
Risau jika hatinya tak kuat lagi. Afiq ni pun satu! Yang tiba-tiba jadi sweet talker ni dah kenapa? Kena sampuk jembalang laut ke apa hah?
"Fine. Kita dekat Pulau Perhentian, Terengganu. Is that answer your question, dear?" balas Afiq Raihan yang makin galak mengenakan Anis Raihanna.
"Don't call me dear again. Kalau nak kena potong lidah tu buatlah lagi!" kata Anis Raihanna yang berbaur amaran.
Ya Allah, kenapa dengan suami aku ni? Tolong sesiapa ubatkan dia. Aku takut aku jatuh cinta! Arghh, tidak!
"I'm just kidding. Why so serius huh?" kata Afiq Raihan menahan tawa.
Seronok bila tengok muka isterinya menahan malu. Ye ke malu? Bukan tengah tahan marah ke Afiq Raihan?
"Not funny lah Afiq." balas Anis Raihanna dengan nada serius.
"Fine." kata Afiq Raihan menyerah kalah.
Anis Raihanna mengatur langkah ke bilik air mahu membersihkan diri. Hatinya terusik apabila Afiq Raihan membuat lawak seperti tadi. Dia takut dia mungkin berharap untuk Afiq Raihan membalas cintanya.
"Afiq, please jangan mainkan perasaan aku boleh tak?"
???
"Wei, Is aku nak mintak tolong kau boleh tak?" pinta Amirul kepada Haiqal Iskandar.
Haiqal Iskandar memandang Amirul. Keningnya dijongketkan sedikit. Terpancar keresahan di wajah sahabatnya itu.
"Kau nak aku tolong apa? Aku akan tolong mana yang mampu." balas Haiqal Iskandar.
Amirul menghela nafas lega. Dia tahu Haiqal Iskandar merupakan sahabat baik.
"Thanks bro! Aku tahu kau takkan hampakan aku. Sebab tu aku sayang kau ketat-ketat!" sorak Amirul teruja.
Dia menarik Haiqal Iskandar ke dalam pelukan. Terlalu teruja apabila mengetahui sahabatnya itu sanggup menolong diri ketika dalam kesusahan.
"Kau ni jangan macam-macam sampai peluk bagai. Kau nak aku tolong apa sebenarnya huh?" soal Haiqal Iskandar sambil meleraikan pelukan.
"Aku nak mintak tolong kau jagakan syarikat aku boleh? Aku ada hal nak diuruskan buat sementara waktu ni." balas Amirul.
"Apa?! Kau gila ke suruh aku? Tak ada orang lain ke. Aku tak layak la nak ganti tempat kau, Amirul." kata Haiqal Iskandar yang terkejut dengan permintaan sahabatnya.
"Is, tolonglah aku. Kau sorang je aku paling percaya untuk gantikan tempat aku. Kalau ada apa-apa masalah, kau rujuklah dengan Encik Ehsan." pujuk Amirul.
"Tapi aku takutlah. Aku mana reti sangat." balas Haiqal Iskandar lagi.
"Alah sekejap je aku pergi. Nanti aku datang la balik. Please!" rayu Amirul.
"Yelah aku cuba. Kau balik lah cepat eh?" kata Haiqal Iskandar.
"Ye aku janji akan balik secepat yang mungkin. Thanks Is! " balas Amirul gembira.
Haiqal Raihan menyimpulkan senyuman apabila Amirul gembira. Macam manalah nasib aku nanti, haihh. Detik hatinya.
???
"Afiq, jom tengok sunset nak tak?" ajak Anis Raihanna yang telah bersiap-siap untuk keluar.
"Malaslah. Kau pergilah sorang. Ataupun tengok je lah dari balkoni bilik ni. Boleh nampak jugak kan?" balas Afiq Raihan.
Dia hanya bercadang untuk berehat di bilk sepanjang hari. Esok-esok jerlah dia jalan-jalan.
"Alah, jomlah Afiq. Boleh kau tenangkan fikiran kau yang serabut tu jugak. Please! " pujuk Anis Raihanna.
Afiq Raihan berfikir sebentar. Ada betulnya jugak kata Anis Raihanna. Tujuan dia datang ke sini untuk menghilangkan tekanan disamping menjaga keselamatan isterinya.
"Tunggu aku bersiap kejap." balas Afiq Raihan seraya bergegas menukar pakaian.
Anis Raihanna mengukir senyuman. Nampaknya dia berpeluang untuk melihat pemandangan matahari terbenam.
"Ok dah jom." kata Afiq Raihan setelah selesai menukar pakaian.
"Jom!" balas Anis Raihanna teruja.
?
??
Mereka berdua duduk di tepi pantai yang jauh dari orang ramai. Masing-masing mengamati pemandangan matahari terbenam tersebut.
?
Anis Raihanna bermain di pesisir pantai. Ombak kuat mengenai kakinya. Anis Raihanna menyimpulkan senyuman.
Afiq Raihan mengeluarkan telefon pintarnya untuk mengambil gambar Anis Raihanna yag sedang leka bermain air.
Klik! Klik!
Dua keping gambar Anis Raihanna diambil tanpa pengetahuan isterinya. Bibirnya mengukir senyuman apabila melihat senyuman manis Anis Raihanna.
"Ha, ambil gambar aku tak mintak kebenaran! Bak sini gambar tu!" tegur Anis Raihanna yang sedar dengan perbuatan Afiq Raihan.
"Hei, aku cuma ambil gambar benda yang cantik dimata aku okay?" balas Afiq Raihan selamba.
Anis Raihanna yang terharu segera mengawal riak mukanya. Mula balik dah perangai suami di tu.
"Afiq, tak lawak eh. Bak sini gambar tu!" balas Anis Raihanna tak puas hati.
"Eh, maksud aku benda yang cantik tu matahari terbenam. Bukan kau! Hahahaha." usik Afiq Raihan.
Anis Raihanna mengetap gigi. Kali ni memang tak lawak. Nasib dia kawal riak muka dia tadi. Kalau tak, malu 7 keturunan!
"Fine! Simpanlah gambar tu. Aku tak kisah." balas Anis Raihanna.
Afiq Raihan tersenyum sinis. Dia meletakkan telefon pintarnya ke dalam poket seluar. Pandangannya dihalakan ke arah matahari terbenam tadi.
Anis Raihanna memikirkan cara untuk memberitahu niatnya kepada Afiq Raihan. Dia menarik nafas panjang sebelum bertanya. Kau boleh Anis!
"Afiq, aku minta sesuatu boleh tak?" kata Anis Raihanna berhati-hati.
"Kau nak apa? Jangan macam-macam. Aku tak ready lagi nak jadi ayah." kata Afiq Raihan cuba mengusik. Dia sendiri takut dengan permintaan Anis Raihanna.
"Woi, sampai ke situ pulak kau eh! Bukan pasal tu lah. Pasal benda lain." marah Anis Raihanna. Sampai macam tu sekali suami dia fikir. Gila!
"Hahaha...mana tahu kan? Ha cakaplah kau nak apa." balas Afiq Raihan serius.
"Ermm...boleh tak kalau kita tukar panggilan aku-kau kepada saya-awak? Kau janganlah fikir bukan-bukan.
Aku cuma nak kita nampak macam lebih menghormati satu sama lain as husband and wife. Faham tak?" terang Anis Raihanna.
Dah lama dia fikir untuk tukarkan panggilan mereka terhadap satu sama lain sepanjang mereka berkahwin. Tetapi, baru sekarang ada kesempatan.
"Oh aku okay jer. Tapi kan, kau sure nak guna saya-awak?" soal Afiq Raihan mahukan kepastian.
"Mestilah aku okay jugak. Aku kan yang bagi cadangan." bidas Anis Raihanna.
"Okaylah, kalau macam tu. Tapi aku nak guna panggilan sayang- awak, boleh?" kata Afiq Raihan selamba.
"Eii, jangan nak mengada! Jom makan malam. Aku laparlah." balas Anis Raihanna menukar topik.
"Tulah aku pun lapar jugak ni. Tapi dah masuk waktu maghrib. Aku solat dulu lah eh. Kau orderlah makanan dulu." balas Afiq Raihan sebelum bergegas ke surau yang disediakan untuk menunaikan solat.
Anis Raihanna memegang dadanya. Jantungnya berdegup kencang apabila Afiq Raihan berkata sebegitu kepada dirinya sebentar tadi.
"Aku...rasa dah jatuh cinta."
Share this novel