Harini merupakan hari paling indah buat zafril dan dhia dimana mereka akan disatukan dan menukar status secara rasmi. Majlis pernikahan mereka diadakan di masjid secara kecil-kecilan yang penting mengikut syarak.
"Zafril Asyraf bin Dato' Hisham"
"Ye saya"
"Aku nikahkan dikau dengan Dhia Adlina binti Rahman dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ringgit tunai berwali hakimkan aku."
"Aku terima nikahnya Dhia Adlina binti Rahman dengan mas kahwin sebanyak lima ratus ringgit tunai."
"Sah, sah, sah"
"Alhamdulillah."
Selepas mengaminkan doa yang dibaca oleh imam masjid, zafril bangun untuk menunaikan solat sunat nikah kemudian menuju kearah dhia yang kelihatan mengelap air matanya.
Zafril memandang lama wajah bersih dhia sebelum ditegur oleh puan aima untuk menyarungkan cincin.
"Amboi nanti-nanti lah tenung tu zaf.. Sarung cincin cepat.." sindir puan aima mengundang tawa didalam masjid tersebut.
"Cepat lah abang... Zarah lapar ni haihh.." rengek zarah turut mengundang tawa dan pukulan kecil dari kak nia disebelahnya.
"Nakal ehh... kejap lagi kita makan" bisik kak nia kepada zarah yang hanya melemparkan sengih kepadanya.
Dhia menghulurkan jarinya lalu disambut oleh zafril. Ye zafril sedikit terkejut dengan kesejukan daripada jari isterinya sebelum menyarungkan sebentuk cincin dijari manis dhia.
"Dhia sarung pulak untuk suami tu." arah mak leha yang berada disebelah dhia.
Selepas acara pembatalan air sembahyang itu, dhia menyalami tangan suaminya lalu zafril melabuhkan ciuman didahi dhia.
"Yeahh jom makan." sampuk zarah memeriahkan suasana didalam masjid.
Para tetamu mula menjamu hidangan yang disediakan diluar masjid. Manakala pasangan pengantin yang baru dinikahi perlu melakukan photoshoot dibeberapa kawasan yang terpilih didalam kampung tersebut.
"Okay last take before korang dah boleh pergi makan. Dhia you pusing hadap husband you then letak tangan dekat dada zafril. And zafril you peluk pinggang your wife. Eye contact please." arah photographer merangkap kawan zafril.
Dhia sedikit kekok tapi dia tetap cuba untuk membiasakan dirinya menerima sentuhan zafril yang sudah bergelar suaminya.
"Okay tak?" soal zafril yang perhati dhia sedikit letih.
"Hmm penat pakai heels ni.." aduh dhia perlahan.
"Sekejap tahan sikit je lepasni boleh tanggal." beritahu zafril menenangkan isterinya seraya mengangkat sedikit tubuh dhia bagi mengurangkan tekanan dikaki isterinya.
"Okay done! Nanti aku dah frame semua, aku hantar rumah kau. Tapi lambat sikit ahh nak tunggu sanding sekali kan. Okay bro aku gerak dulu lapar. Bye dhia selamat pengantin baru hehehe..." gurau photographer kepada pasangan tersebut.
Tiba-tiba perut zafril berkeroncong minta diisi dengan segera. Dhia melemparkan senyuman lucu kepada suaminya.
"Jom makan awak lapar tu." ajak dhia memandang wajah kacak suaminya.
"Hmm.. Boleh jalan tak ni?" soal zafril memandangkan dia tahu kaki dhia tengah sakit.
"Boleh je saya kuat apa. Setakat heels ni apa lah sangat. Dah jom makan." gurau dhia seraya melangkah ke kereta milik zafril untuk menuju ke masjid semula.
Zafril hanya menggelengkan kepala melihat telatah comel isterinya sebelum menuju ke keretanya.
"Awak nak ayam ke daging?" soal dhia untuk mengambilkan lauk buat suaminya.
"Daging pun boleh." jawab zafril sambil menatang pinggannya.
"Dah jom duduk." ajak dhia lalu menuju ke meja yang sudah kosong.
Zafril mengambil air untuk dia dan isterinya lalu menuju kembali kemeja yang diduduki dhia.
Sedang mereka menjamu selera, datang seorang gadis berbaju kurung menegur dhia.
"Hai dhia, remember me?" teguran itu membuatkan dhia tersentak dan terkejut melihat wajah gadis tersebut.
"Areen.." sebut dhia sedikit gugup. Areen merupakan rakan sekelas dhia dan juga kawan rapat dhia tapi semakin lama areen mula menjauhkan diri daripada dhia. Dhia masih taktahu apa punca yang menyebabkan hubungannya dengan areen renggang.
"Selamat pengantin baru to both of you. I tak boleh lama ni sebab ada hal sikit nanti ada rezeki kita jumpa lagi ye." beritahu areen seraya melangkah pergi meninggalkan kawasan masjid yang sudah kelihatan lengang sedikit.
Dhia hanya memandang kosong pemergian areen sejurus meneruskan santapannya. Zafril yang perhatikan perubahan diwajah isterinya hanya mendiamkan diri tiada niat ingin bertanyakan soalan.
*RUMAH MAK LEHA
Suasana malam di kampung sangat memberikan ketenangan kepada keluarga dato' Hisham. Selepas kesemua berbual kosong diruang tamu bersama mak leha sekeluarga, mereka meminta diri untuk masuk kebilik.
Dhia yang berada didapur mula berkira untuk masuk kebilik.
'Nak masuk ke tak ehh... Tapi ada dia haihh... Tak masuk nanti mak marah... Aduhhh.... Macam mana kalau nanti dia tuntut!?!? Ahhh sudah.... Aku tak ready lagi ni haihhh.... Tapi dia suami kau lah dhia.... Dia ada hak sepenuhnya.... Haihhh....'
"Dhia, asal kau duduk kat sini? Kenapa tak masuk bilik?" tegur kak nia yang kebetulan menuju kedapur untuk minum air. Melihatkan adiknya yang sedang diam dia dapat membaca fikiran dhia.
"Kau takut ehhh... Hahahahha... Kau ni asal nak takut. Tu suami kau bukan sesiapa pun..." ujar kak nia selamba.
"Ishhh bising lah kau ni kak! Pergi masuk tidur lahhh kau!" marah dhia tapi masih dikawal suaranya.
"Haihh... dik, zaf tu dah jadi husband kau dah sah tau.... Kalau kau tak ready lagi kau bagitahu dengan dia slow talk sikit. Insyaallah dia faham lah... Ni lagi satu akak nak pesan. Kalau kau still takde perasaan cinta atau sayang dekat dia pun kau kena ingat yang kau berhak nak hadirkan perasaan tu. Lagipun bercinta lepas kahwin ni indah tau.. Okay lah akak naik dulu kau jangan lama sangat kat dapur ni nanti ada momok! " sengaja kak nia mengacau adiknya.
'Hishhh kurang asam punya kakak!' kutuk dhia dalam hatinya. Akhirnya dhia membuat keputusan untuk masuk kebiliknya dengan hati yang pasrah.
Sebaik dhia membuka pintu biliknya, dia terpandangkan tubuh suaminya yang sedang bermain dengan telefonnya. Yang paling mengejutkan dhia ialah suaminya duduk di lantai sebelah katilnya.
"Kenapa awak duduk dekat lantai?" soal dhia seraya menuju ke katilnya lalu melabuhkan duduknya.
"Ohhh saya takut awak tak selesa tu yang saya duduk bawah ni." jawab zafril tenang memandang wajah cantik isterinya yang masih bertudung.
"Ahhh...... Awak naiklah atas katil ni saya okay je lagipun awak ada hak jugak." pelawa dhia sambil menepuk tilam disebelahnya.
"Kalau awak tak sedia lagi saya tak kisah. Saya tak paksa awak.." beritahu zafril seraya melabuhkan duduknya disebelah isterinya.
Dhia sedikit terkelu mendengar bicara suaminya. Dia bersyukur kerana zafril sangat memahaminya.
"Kenapa awak tak buka tudung lagi?" tegur zafril yang perasan dhia termenung.
"Haa.???. Apa??.." soal dhia semula kalut memandang wajah suaminya.
"Awak taknak buka tudung ke? Takkan tidur pun nak bertudung jugak?"
"Ohh haaa saya lupa tadi saya dari luar..." dengan gugup dhia membalas sebelum bangun dari katil menuju ke almari yang terdapat di dalam biliknya. Dengan perlahan dhia membuka tudung sarung yang berada dikepalanya. Ini merupakan kali pertama dia menonjolkan rambutnya yang panjang beralun dihujungnya kepada lelaki selain ayahnya.
Zafril yang sedang menepuk bantalnya terpaku apabila terpandangkan mahkota indah isterinya buat pertama kali. Sungguh dia terpegun dengan kecantikan yang dimiliki isterinya secara natural tambahan pula dengan rambut panjang milik dhia yang harum dan cantik.
"Ehem... Awak okay tak? Kenapa macam nampak hantu je?" tegur dhia kepada suaminya.
Zafril kembali semula ke realiti sebaik ditegur sang isteri.
"Haa... Saya okay je..."
"Dah jom tidur." Beritahu dhia sambil menarik selimut ke tubuhnya dan suami. Berharap sinar bahagia akan muncul untuk rumah tangganya.
"Aku nak kau buat lagi benda yang sama yang penting jangan tinggalkan sebarang kesan atau bukti!" dengan lantang tengkingan diberikan kepada pemanggil yang turut berada ditalian sejurus mematikan panggilannya dengan pemanggil.
"Hehh dhia dhia.... Sampai mati pun kau takkan bahagia..."
kinda lose some ideas
Share this novel