BR 03

Romance Series 4386

Panas mentari mencurah menghangatkan suasana. Terik yang dirasakan amat perih.

Peluh yang mengalir tidak dihiraukan. Ayuhan kaki dilajukan menuju tempat berkumpul.

"Kaira! Cepatlah, panas ni." laung Syahira yang kepanasan menanti Kaira.

Tangannya laju mengibas muka yang kian membahang.

Di sisi Syahira, Mia turut mengipas menghilangkan bahang yang dirasai.

Mencicit Bella dan Kaira menuruni tangga kampus menuju ke arah Syahira dan Mia.

"Sorry guys. Ada hal sikit tadi." Kaira memohon maaf setiba sahaja di hadapan dua insan yang sedang cemberut itu.

"Haah. Dia jumpa buah hati dia." pintas Bella yang tersengih di sebelah Kaira. Sengaja hendak memanaskan keadaan lagi.

"Apa-apa je lah. Cepat buka kereta ni. Aku dah hangus tunggu kau kat luar ni." kata Syahira yang malas berlama-lamaan di tengah panas.

"Okey, okey. Aku buka kereta. Jom masuk kita gi shopping." balas Kaira yang rasa bersalah pulak sebab terlewat.

Tambahan pula, dia merupakan satu-satunya yang membawa kenderaan ke kampus a.k.a driver rakan-rakannya untuk ke mana sahaja.

Oleh itu, rakan-rakan yang lain sering mengharapkan Kaira untuk membawa mereka ke tempat yang dituju.

Bagi Kaira, dia tidak kisah membawa rakannya ke mana-mana yang mereka inginkan kerana dia memang kaki jalan.

Tak betah duduk di rumah sahaja katanya.

"Eh, Maira mana?" soal Mia apabila tempat duduk di sebelahnya kosong.

"Aigoo, Maira tak balik cuti lagi." jelas Syahira. "Kau macam tak biasa, dia kan suka buat jadual kuliah sendiri." sambung Syahira sambil mencebik.

Ya. Humaira memang seorang yang suka ponteng kuliah terutamanya minggu pertama kuliah, katanya pensyarah pun cuti lagi.

Kawannya yang seorang itu memang kuat bercuti. Lagi pula, keluarganya berada dan mampu menanggung keperluan anak perempuan mereka yang seorang itu.

Syahira mengeluh tanpa sedar bila memikirkan indahnya hari Humaira yang masih bercuti.

Kereta milik Kaira terus meluncur laju menuju ke Mydin Mall yang terbesar dan terdekat dengan rumah sewa mereka. Suasana di Mydin Mall kelihatan sesak dengan manusia yang sibuk mencari barang yang mereka inginkan.

Toko-toko kecil yang ada disekitar Mydin Mall juga kelihatan rancak dengan aktiviti tawar-menawar dengan pelanggan.

Nun berdekatan dengan pintu pemeriksaan keluar dari Mydin Mall, empat orang gadis bergelak ketawa sambil menyorong dua buah troli yang sarat dengan barang keperluan.

Entah apalah yang dibelinya.

"Weh, ramai gak orang hari ini. Tak larat aku kena beratur panjang tadi. Lenguh kaki. Apahal ramai sangat orang hari ini? Bukan gaji pun kan?" ujar Bella yang kelihatan agak berpeluh sedikit meskipun keadaan berhawa dingin. Bahang manusia.

Tak tahan kena berasah dengan orang ramai dalam Mydin Mall sebentar tadi.

"Lah, kau ni cubalah jangan tanya soalan yang lembab camtu. Biasalah bukak sem, ramai student yang beli barang keperluan. Macam kita ni." balas Kaira sambil memuncungkan bibirnya ke arah lautan manusia yang masih beratur di kaunter bayaran.

"Tah, tengok muka pun tahu, tu semua student UMT dan UNISZA." sokong Syahira yang turut menoleh ke dalam Mydin Mall.

"Lagipun kat mana lagi kalau bukan dekat sini, sini aje pun mall yang paling dekat dengan kita." sambung Kaira yang terus mengusung kaki berjalan tanpa tujuan.

"So ada apa-apa lagi yang nak dibeli? Atau nak singgah memana lagi?" soal Kaira sambil mengangkat kening ke arah tiga orang rakannya itu.

"Kita pusing-pusing dekat kedai luar sini nak? Kot-kot ada yang menarik. Bosanlah kalau terus balik. Bukan ada apa pun nak buat. Jomlah jalan-jalan lagi." cadang Syahira yang tiba-tiba sahaja membuat muka comel dengan harapan rakan-rakan yang lain bersetuju.

Kaira, Bella dan Mia pun mula membuat muka seperti hendak muntah apabila melihat muka Syahira yang acah-acah comel itu.

Lalu mereka meletuskan ketawa kerana terhibur dengan reaksi mereka sendiri.

"Arasso. Arasso. Tapi kita hantar barang dekat kereta dulu, baru kita pusing-pusing dekat sini. Syok sikit nak cuci mata nanti. Takdelah asyik nak kena jaga troli ni." kata Kaira.

Yang lain hanya menurut dan menuju ke kereta.

Mia berhenti di kawasan permainan kanak-kanak yang tidak jauh dari tempat kereta Kaira. Dia leka melihat kanak-kanak bermain. Kanak-kanak itu berlari-lari berkejaran dengan sesama sendiri.

Tertawa riang bermain bersama. Entah kenal entah tidak.

'Seronoknya jadi kanak-kanak, tak perlu fikir masalah' getus hati Mia.

"Kalau Im masih hidup, pasti dia pun sedang bermain dan tertawa seperti kanak-kanak ini." Mia bermonolog sendiri. Tak mungkinlah sebab Im pastinya sudah semakin besar sekarang.

Tersenyum hambar teringat akan adiknya.

Air-air jernih mula bergenang di birai matanya.

"Mia."

"Mia." sergah Bella apabila Mia tidak mengendahkan panggilannya.

"Kenapa ni Mia? Ada apa-apa ke yang tak kena ke?" soal Bella lagi setelah melihat raut wajah Mia yang seakan mendung.

"Aku cuma teringatkan adik aku je." mendatar sahaja Mia dengan mata masih terarah ke kanak-kanak yang berlari di kawasan permainan.

Bella turut memandang ke arah kanak-kanak itu.

Fahamlah dia kenapa Mia tetiba murung.

"Jomlah kita pergi ke kereta dulu, nanti bising pulak Kaira bila tengok kita hilang." Bella menarik tangan Mia tanpa mengulas apa yang Mia katakan.

Dia tidak mahu Mia terus mengingati adiknya itu.

Risau pula berlanjutan nanti.

Bukk

"Ops, maafkan saya abang." pinta anak kecil itu.

"Oh. Its okay. Hati-hati." pemuda itu membalas dengan bahasa yang agak kaku.

Seolah-olah janggal sahaja bunyinya. Lengguk bahasanya juga agak berbeza.

"Sayang, mak dah cakapkan jangan lari sangat. Nanti langgar orang." marah si ibu yang mendapatkan anaknya.

"Maafkan anak saya ya." pinta ibunya pula kepada pemuda itu.

"Sure."

"Perghh, blondie babe. Macam hensem aje, Mia tengoklah. Mia cepat nanti tak sempat." jerit Bella yang teruja melihat pemuda tersebut. Meskipun dia juga tidak melihat wajah pemuda itu dengan jelas.

Tangannya menggoncang lengan Mia agar Mia berpaling melihat pemuda itu.

Mia hanya kaku.

Kaku mendengar suara pemuda itu.

Tanpa sempat Bella menghabiskan ayatnya, Mia terus memusingkan tubuhnya lalu bergegas ke arah pemuda yang ditunjukkan Bella.

Namun, kelibat pemuda itu hilang sekelip mata.

Mia mula melingas ke kiri dan kanan mencari pemuda itu.

"Kenapa dik? Cari siapa." soal ibu kanak - kanak itu apabila melihat Mia yang seakan gelisah mencari sesuatu.

Hanya gelengan Mia menjawab soalan si ibu tadi.

Si ibu tersenyum ke arah Mia sebelum pergi membawa anaknya.

"Mia kenapa kau ni? Tetiba lari, takkan kau kejar laki tadi kot?" hairan Bella melihat gelagat Mia yang pelik.

Bila ditanya diam.

"Takde pape." Mia menarik tangan Bella yang terpinga-pinga dengan apa yang berlaku.

Soalan Bella juga dibiarkan tanpa jawapan.

Bella hanya menurut sahaja langkah kaki Mia.

Risau pula dia dengan keadaan Mia yang seperti ada yang tak kena.

Tbc

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience