Tiara Adriana baru sahaja tamat kelas. Dia sedang dalam perjalanan menuju ke bus stop. Seperti biasa, dia akan menunggu kereta grab di situ.
Hari itu dia tidak balik bersama dengan Hadirah. Hadirah ada mengajaknya tetapi dia menolak dengan baik.
Tiara sedang berjalan sambil bermain telefon pintarnya. Dia tidak perasan yang tali kasutnya tidak diikat. Sedang elok dia berjalan, tiba tiba sebelah kakinya terpijak tali kasut yang tidak diikat itu.
Belum sempat tubuhnya tersungkur menyembah bumi, dia merasakan ada orang menarik begnya daripada belakang.
"Ahh, alhamdulillah. Nasib baik tak terjatuh. Kalau tak buat malu je" kata Tiara perlahan.
Tiara menghela nafas lega kerana tidak terjatuh sebelum dia pusing ke belakang untuk melihat siapakah orang yang menyelamatkan diri nya daripada jatuh tersungkur tadi.
Sebaik sahaja dia melihat wajah orang itu, jantungnya bagai direntap. Dia kehilangan kata-kata nya buat seketika. Matanya bagai dipaku di wajah orang itu.
"Kenapa Tiara tak ikat tali kasut? Nasib baik tak terjatuh tadi" Kedengaran ada nada prihatin daripada kata-kata orang itu.
"Abang Rafiq..."
Sungguh Tiara tidak sangka bahawa orang yang menariknya daripada belakang sebentar tadi adalah Rafiq!
"Macam mana Abang Rafiq boleh tahu Tiara tak ikat tali kasut?"
Rafiq ketawa kecil mendengar soalan Tiara. Ketawa kecil itu membuatkan hati Tiara berdebar. Macam mana dia mahu 'move on' kalau beginilah caranya?
"Tadi abang tengah on the way nak pergi dekat kereta, lepas tu abang ternampak Tiara. Abang tengok tali kasut Tiara tak ikat. Tiara pulak macam tak perasan, sibuk main phone. Itu yang abang ikut, tengok Tiara terpijak ke tak tali kasut tu. Alik alik, Tiara terpijak jugak"
Tiara cuba menahan dirinya daripada tersenyum kerana kata-kata Rafiq itu sungguh mencairkan hati nya.
"Ouh, macam tu. Kenapa abang tak panggil je Tiara? Cakap yang tali kasut tak ikat"
"Saja je. Tapi kalau Tiara nak terjatuh, abang sambut Tiara" Rafiq menguntumkan senyuman menawan hati.
Ketika Rafiq mengucapkan kata-kata itu, kaki Tiara menjadi lemah. Hampir sahaja dia jatuh terduduk disebabkan kata-kata manis Rafiq Izuddin.
Dari jauh, Hafiz mengecilkan matanya untuk melihat sama ada apa yang dilihatnya seperti yang disangka atau tidak.
Setelah memastikan perkara itu, dia mencuit sedikit bahu Hadi dan menunding jari ke arah Tiara dan Rafiq.
"Rafiq tu nak try Tiara jugak ke? Dasar buaya jadian betul"
Lantas Hadi berpaling memandang ke arah yang ditunjukkan oleh Hafiz. Matanya besar kecil melihat Rafiq berbual dengan Tiara.
"Kalau dah buaya tu, selamanya nya buaya" Hadi mengetap giginya kuat.
"Apa benda agaknya yang diaorang sembang tu? Jom Di, kita pergi dekat sikit. Aku pun nak tahu jugak"
Perlahan-lahan, mereka berdua menuju ke arah Tiara dan Rafiq dan menyorok di tempat yang mereka tidak boleh dilihat tetapi Hadi dan Hafiz boleh mendengar isi perbualan Tiara dan Rafiq.
Baru sahaja telinga Hafiz ingin mendengar perbualan antara Tiara dan Rafiq, telefon pintar nya berdering. Terpapar nama Akmal di skrin.
"Hadi, aku angkat call ni kejap. Apa benda entah Akmal ni nak sampai call aku. Kau dengar lah dulu"
Hadi hanya mengangguk dan selepas melihat Hafiz berlalu pergi, Hadi kembali fokus pada perbualan Tiara dan Rafiq.
"Hari tu abang tak sempat cakap. Tiara cantik lah masa dinner hari tu. Natural beauty" puji Rafiq.
Tiara mengetap bibirnya manakala pipinya merona kemerahan.
Jikalau telinga Tiara suka mendengar pujian daripada Rafiq itu, berlainan pula dengan Hadi. Berapi telinga Hadi mendengar Rafiq memuji Tiara.
"Buaya" kata Hadi perlahan.
"Tak ada lah abang. Tiara biasa je lah. Apa pun, thank you" Tiara menghadiahkan senyuman.
"Kalau abang nak tanya sikit boleh?"
"Apa dia?"
"Tiara dengan Hadi ada apa-apa ke? Tak ada lah, sebab abang tengok korang berdua macam rapat je. Ada jugak abang dengar orang cakap yang korang berdua ni kawan. Setahu abang, Hadi yang abang kenal jarang berkawan dengan perempuan. Jangan cakap berkawan, bercakap pun kadang-kadang tak. Paling paling pun Nia Natasha je lah yang dia okey"
Hadi terkejut mendengar soalan Rafiq yang panjang lebar itu. Kenapa dia sibuk sangat nak tahu? Hadi memanjangkan lehernya untuk mendengar jawapan yang akan diberikan Tiara.
Tiara terkesima mendengar soalan Rafiq. Dia membasahkan bibir nya yang terasa kering sebelum menjawab.
"Tak ada lah. Tiara dengan Hadi tak ada apa-apa. Kitaorang just... Kawan! Yeah, just kawan. Tak lebih daripada tu. Tiara pun anggap Hadi sebagai kawan je. Tak kanlah Tiara nak ada apa-apa dengan Hadi pulak kan?" Tiara tersenyum pada Rafiq.
Senyuman palsu.
Dia rasa seperti dia menipu Rafiq. Dan dirinya sendiri.
Pang! Terasa seperti satu tamparan hebat hinggap di pipi Hadi setelah dia mendengar kata-kata Tiara.
Hadi mengetap kuat giginya sebelum dia memandang tajam ke arah Tiara dan berlalu pergi. Tidak perlu bagi dia untuk mendengar jawapan yang akan diberikan oleh Rafiq.
Hafiz yang baru sahaja tamat panggilan nya dengan Akmal menuju ke arah Hadi. Dia perasan ada sesuatu yang berlainan di wajah Hadi.
"Hah, Hadi. Apa je yang kau dengar daripada perbualan diaorang? Share sikit dengan aku"
Hadi diam seketika. Dia memandang wajah Hafiz.
"Tak ada benda la Fiz. Diaorang cuma borak kosong. Tak ada apa yang menarik pun" jawab Hadi sambil termenung kosong.
Hafiz dapat rasakan daripada cara Hadi bercakap, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Hadi.
//
Sejak Hadi mengetahui yang dirinya hanya dianggap sebagai 'kawan' oleh Tiara, dia mula bersikap dingin dengan Tiara. Setiap kali dia bertembung dengan Tiara, pasti mukanya akan masam mencuka.
Dia tidak tahu mengapa dia berasa begitu. Tetapi apa yang dia tahu, hatinya sakit saat dia mendengar pengakuan daripada Tiara.
Sudah dua minggu Hadi bersikap begitu dengan Tiara. Tiara yang tidak sedar sebenarnya Hadi mendengar kata-kata nya pada Rafiq kerap kali mengerut dahinya melihat kelakuan Hadi.
Dan selalunya tertanya, apakah salahnya pada Hadi?
Sebelum ini, Hadi tidak pernah berkelakuan begini. Sehari dua Tiara masih lagi boleh tahan.
Tetapi, bila sudah masuk dua minggu Hadi bersikap dingin dengannya, dia sudah tidak tahan.
Dia perlu bersemuka dengan Hadi dan bertanyakan pada Hadi mengapa dia bersikap begitu. Dan apa puncanya.
"Hadi" Tiara menghalang jalan Hadi dengan berdiri di hadapannya.
Hadi yang baru sahaja keluar daripada perpustakaan terhenti langkah nya apabila melihat Tiara berada di hadapannya.
Dia hanya sekilas pandang wajah Tiara kemudian memandang ke arah lain. Hadi hanya diam membatu.
Dia memberi Tiara peluang untuk cakap apa yang dia mahu katakan.
"Hadi. Kau dah kenapa? Dah dua minggu. Dua minggu! Kau asyik nak elak kan diri daripada aku. Aku ada buat salah dengan kau ke?" Sengaja Tiara mengulang ayat dua minggu.
Tiara cuba bercakap dalam nada yang lembut dengan harapan Hadi akan berhenti daripada bersikap dingin dengannya.
Jauh di sudut hati nya, dia rindu untuk berbual bual dengan Hadi.
Dengan mata yang masih tidak memandang Tiara, Hadi menjawab.
"Tak ada apa-apa. Aku okey je. Tiara, aku tak ada masa lah nak bercakap dengan kau. Aku nak kena cepat ni. Aku pergi dulu" Belum sempat Tiara berkata apa-apa, Hadi sudah melangkah pergi.
"Hadi..." Tiara melihat Hadi berjalan sehingga dia sampai di keretanya.
Keluhan berat dilepaskan. Hadi tidak menjawab soalannya sama ada dia ada melakukan salah pada Hadi atau tidak.
Dengan penuh kekecewaan, Tiara melangkah longlai berjalan menuju ke arah 'bus stop'.
Sesudah sampai di bus stop, Tiara duduk sambil termenung kosong.
Kenapa dengan Hadi? Persoalan itu acap kali bermain-main di fikiran nya.
Tanpa Tiara sedar, dari jauh ada seseorang sedang memerhatikan dia daripada dalam kereta.
"Hadi, you do the right thing. Tindakan kau untuk hiraukan Tiara betul. Biar Tiara tu fikir, apa salah dia. Tapi, salah ke apa yang Tiara tu cakap? Kenapa aku nak 'koyak' lebih pulak?.... Ah! Lantak lah! Yang penting, hati aku terluka" Hadi melihat Tiara yang sedang termenung jauh di bus stop.
Setelah lama dia melihat Tiara daripada jauh, dia meneruskan pemanduan nya dan meninggalkan Tiara seorang diri di bus stop.
Lamunan Tiara terhenti apabila dia mendengar bunyi notifikasi masuk di telefon pintar nya. Lantas dia mengeluarkan telefon nya daripada dalam poket seluar.
"Allah. Tayar kereta grab pancit lah pulak. Aduhai, nampak gayanya aku kena balik jalan kaki lah ni. Nak order yang lain, lama pulak nanti nak tunggu. Ah, jalan je lah. Lagipun dah lama aku tak jalan kaki" Tiara menyimpan semula telefon pintar nya dan mula berjalan.
Pada mulanya, semuanya berjalan dengan lancar kerana cuaca panas. Tiara berjalan dengan tenang.
Tetapi, tanpa dijangka awan mendung memunculkan diri secara tiba-tiba. Tiara mempercepatkan langkahnya.
Sedang dia berjalan, ada titisan air hujan menitik di atas jalan.
"Argh, hujan!"
Semakin lama semakin lebat hujan turun membasahi bumi. Dan juga Tiara. Tiara tiada pilihan lain selain daripada berlari sehingga dia sampai di rumahnya.
//
Tercungap-cungap Tiara cuba untuk mencari nafas. Dadanya naik turun. Bajunya tidak perlu dibincangkan lagi.
Lencun. Daripada tudung, baju, seluar, beg sehinggalah kasut dan stokin semuanya tidak terkecuali daripada basah.
Mujur dia tidak terkena pancaran kilat walaupun ada sesekali kilat sabung menyabung.
Tiara membuka pintu rumahnya dan saat pintu itu terbuka, mulutnya ternganga luas dan matanya berkedip.
"Astaghfirullahalazim! Apa yang bersepah sangat rumah ni? Ni mesti kerja Miyo ni! Miyo!"
Miyo, kucing peliharaan Tiara dengan tidak rasa bersalah memunculkan diri di hadapan Tiara saat namanya dipanggil.
Seluruh ruang tamu nya bersepah. Pasir kucing bersepah di lantai, mangkuk yang berisi air minuman kucing terbalik yang menyebabkan air tumpah, baju yang baru dilipat nya malam semalam habis bersepah di merata tempat.
Sengaja dia letakkan di ruang tamu baju baju itu tetapi tidak disangkanya akan jadi begitu.
"Ya Allah ya Tuhanku. Sabar je lah" Pintu rumah dikunci dan beg diletakkan di kerusi yang berdekatan.
Tanpa Tiara mandi terlebih dahulu, dia terus mengemas ruang tamu. Dia hanya menukar baju dan seluar sahaja. Walaupun kepalanya terasa berdenyut denyut, dia endahkan sahaja.
Selepas 45 minit dia mengemas, termasuk melipat semula baju baju yang bersepah,mengemop lantai kerana alang-alang dia sudah bersihkan ruang tamu, menukar cadar nya dan membasuh baju, akhirnya Tiara dapat duduk di sofa untuk melepas kan lelah.
"Wah, tak pernah aku kemas rumah segila macam ni. Argh, penat nya!" Tiara memegang kepala nya yang masih lagi terasa berdenyut.
Setelah berpuas hati dengan kekemasan ruang tamu, dia menuju ke bilik nya untuk membersihkan diri.
//
Tiara membuka matanya yang terasa berat. Dia rasa sudah lama dia melelapkan mata nya. Selepas sahaja dia mandi sebentar tadi, dia mengambil keputusan untuk tidur kerana kepalanya pening.
Dia mengerling jam di dinding dan jam menunjukkan pukul 6:50 petang. Nafasnya terasa panas. Begitu juga dengan badannya.
Dengan rasa yang malas, dia bangun daripada perbaringan. Ikutkan hatinya, dia mahu sahaja menyambung tidur semula kerana dia 'cuti'.
Tetapi, dia baru teringat yang perutnya tidak terisi dengan apa-apa. Pagi tadi dia tidak sempat bersarapan begitu juga tengahari tadi.
Dia perlu memaksa dirinya untuk makan walaupun hakikatnya dia tidak punyai selera.
Setelah melihat lihat makanan yang berada di dapur, hanya biskut sahaja yang berkenan di hatinya.
"Biskut pun biskut lah. Janji aku makan. Aku pun tak ada selera lah" Tiara mengambil biskut itu dan dibawanya ke meja makan. Selesai makan, dia meneguk segelas air kosong dan kembali semula ke biliknya.
Pada mulanya Tiara tidak ingin untuk menyambung tidur semula kerana ketika itu waktu senja. Dia masih lagi ingat pesan ibunya supaya tidak tidur di waktu senja.
Jadi dia mengambil satu novel di rak buku dan dibawa ke atas katil.
Sebaris ayat dia dapat baca. Dua baris masih lagi boleh dibaca. Sampai sahaja ayat di baris yang ke 7, kepalanya terasa sangat pening.
Tiara menutup novel itu dan meletakkan nya di atas meja kecil di sebelah katil. Tapak tangannya diletakkan di dahi kemudian di lehernya
"Panasnya badan aku. Kepala pun pening sangat ni" Tiara bangun daripada katil dan keluar daripada bilik. Dia ingin mencari Panadol.
Tetapi dia tidak pasti sama ada Panadol masih ada atau tidak.
"Alahai, dah habis lah pulak. Erm, tak apa lah. Tidur je lah. Nanti bila bangun insyaallah lah pening ni hilang sikit" Tiara membuang papan ubat yang kosong tiada pil ke dalam tong sampah sebelum masuk kembali ke dalam biliknya untuk sambung tidur.
Selimat ditariknya sehingga ke leher kerana dia berasa sejuk yang luar biasa.
//
"Ibu! Ibu nak pergi mana?!"
Puan Wardah kekal berjalan ke hadapan. Laungan suara Tiara memanggil nya tidak dihiraukan. Sedikit pun dia tidak berpaling ke belakang untuk melihat Tiara yang sedang mengejarnya.
"Ibu! Ibu jangan tinggalkan Ara lagi ibu! Ara rindu sangat dengan ibu! Ibu nak pergi mana?!" Tiara tetap menjerit memanggil ibunya. Jeritan yang bercampur dengan tangisan.
Dia merasakan kakinya sudah cukup laju berlari untuk mengejar Puan Wardah tetapi dia berasa ibunya seolah-olah semakin jauh. Semakin jauh daripada dia.
"Ibu!!" Kedua-dua mata Tiara terbuka dan melihat dia masih lagi berada dalam bilik nya. Apa yang dia alami sebentar tadi hanyalah mimpi tidurnya.
Tiara bangun daripada pembaringan nya dan duduk. Mukanya diraup. Mimpi nya sebentar tadi seakan-akan realiti.
"Astaghfirullahalazim. Ya Allah, aku mimpi rupanya tadi. Kenapa rasa macam real sangat? Itulah Tiara, tidur tak baca doa. Tengok, dah mengigau"
Tiara mengerling jam di dinding.
"Pukul 3 dah"
Tiara termenung sejenak. Pening kepala nya masih tidak berkurangan. Begitu juga dengan badannya. Panasnya masih tidak berkurangan.
"Ya Allah, rindunya aku dekat ibu dengan ayah. Aku pun dah lama tak jumpa abang. Ya Allah, kau tempatkan lah ibu dengan ayah di kalangan orang yang beriman dan kau jagalah abangku di penjara ya Allah"
//
Hadi terjaga daripada tidur. Nafasnya turun naik. Dia baru sahaja bermimpi ada sesuatu yang buruk terjadi pada Tiara.
Tambahan pula Tiara duduk seorang diri di rumah.
Dengan pantas Hadi mencapai telefon pintar nya yang diletak di sebelah katil tempat dia berbaring. Telefonnya dibuka dan mencari nama Tiara. Sebelum dia menekan butang 'call', tindakan nya terhenti.
"Kejap. Macam pelik pulak nanti kalau aku call dia tengah-tengah malam sekarang ni"
Hadi melepaskan telefon pintar daripada pegangan nya. Dia termenung sejenak.
"Kenapa aku mimpi macam ni? Aduhai. Tak apa lah, esok aku pergi jumpa Tiara"
thankyou sebab sudi bace ( ◜‿◝ )♡ sorry atas kekurangan and sorry for the late update :(:(
Share this novel