Bab 8

Mystery & Detective Series 2014

Bunyi loceng berbunyi menandakan waktu rehat, Aku membawa Dua buah buku yang aku pinjam dari perpustakaan sekolah minggu lepas. Kelihatan Sofeah dan seorang rakan sekelasnya sedang menungguku di depan pintu kelas mereka. Aku berjalan pantas mendapatkan mereka. "Haa! Tik, ni kawan saya paulyn." Kata Sofeah memperkenalkan kawan baiknya. "Saya paulyn" ulang paulyn dengan senyumannya yang manis. "Hai, saya Atika." giliranku memperkenalkan diri. Aku dan Paulyn berjabat tangan tanda perkenalan kami. "Eh, kau nak pergi library kah?" Soal sofeah apabila melihat aku memegang sebuah buku rujukan sejarah dan sebuah novel. "Ya, hari ni tarikh pemulangan buku. Kamu berdua nak pergi mana?" Soalku semula melihat mereka. "Kami nak ke kantin nanti kami pergi tempat kau" kata Sofeah. Aku mengangguk sahaja.

Setelah selesai pemulangan buku aku berjalan dari rak ke rak mencari buku seterusnya aku ingin pinjam.Aku mencapai satu buku dan mengambil tempat duduk yang berhampiran. Suasana yang sunyi sepi membuatku terasa nyaman dengan udara persekitarannya yang dingin. Dalam asyik aku membaca tanpa sedar Hafiz sudah pun mengambil tempat berhadapan denganku. "Amboi! khusyuk sangat tu." Kata Hafiz menarik buku bacaanku. Aku terkejut dengan lelaki dihadapanku sekarang ini. "Ha...ha..hafiz!" kataku separuh menjerit. "Eh! Takpayah la sampai macam tu sekali. Macam nampak hantu ja!" marah Hafiz melihat reaksi spontanku. Aku sendiri tidak dapat mengawal perasaan takutku. "Ma.. maaf." Kataku sambil menundukkan wajah. "it's okay lah. Eh, Esok sabtu kan? Jom jalan-jalan." Kata Hafiz dengan wajahnya yang tampak gembira. "Tak dapatlah. banyak kerja sekolah hari ni." kataku cuba menolak pelawaannya. "Alah, Hari ahad masih ada. Lagipun kita jalan kejap ja. tengah hari tu balik la. boleh lah." rayunya dengan menyusun sepuluh jari ditambahnya lagi muka yang meminta simpati. "Macam ni la. Kalau dapat saya mesej kau saja." putusku. Otakku buntu memikirkan alasan. "Okay. Pastikan dapat." katanya sebelum beredar. Aku menarik nafas lega.

"Tik! Tika!". Aku tercari-cari siapa yang memanggilku. Aku menoleh ke rak buku berhampiranku. Ternyata Sufian dan Johan. "Kamu berdua buat apa disana?" Kataku melihat mereka duduk bercangkung di belakang rak. Aku berdiri menghampiri dan duduk seperti mereka. Agak tersembunyi. "Ada apa?" soalku. " Aku rasa baik kau keluar ja dengan Hafiz." Kata Johan. Sufian mengangguk-angguk tanda setuju dengan cadangan Johan. "Hilang akalkah! nak saya pula jadi mangsa." Suaraku sedikit meninggi. "Shhh. Suara perlahan la sikit" Kata Johan. "Macam ni, Aku dan pian dah plan nak perangkap Hafiz dan kawan-kawannya. Jadi sekarang ni la masa yang tepat.Sebab tu aku suruh kau ikut dia keluar." Terang Johan. Aku mulai faham dan bersetuju dengan rancangan mereka. "Eh tapi pastikan kamu datang cepat!" kataku sebelum pergi. "Tu kau jangan risau" kata Johan.
***

"Eh! kau pergi mana tadi? saya cari-cari kau dalam library tak ada pun." Kata Sofeah. "Saya memang dalam library ja la" kataku sambil tersengih. Sofeah berdengus. Aku meminta diri dan segera masuk kedalam kelas. Johan dan Sufian sudah pun berada di tempat duduk masing-masing. Pembelajaran waktu itu tidak sedikit pun aku fahami. Asyik terfikir apa akan jadi pada diriku esok. Hatiku berbagi dua sama ada mahu teruskan rancangan Johan atau pun membatalkannya. Dalam aku asyik berfikir satu wangian yang sangat wangi menusuk masuk kerongga hidungku. Pelik! Aku menoleh ke meja sebelahku. Kosong. Wangian itu dapat ku hidu tidak sampai 5minit. Aku memandang ke arah Sufian tapi tidak ada balasan daripadanya. Mahu saja aku pindah tempat duduk waktu itu namun aku cuba untuk kawal perasaan supaya tidak berasa takut. "Kenapa mesti aku dan bukan pelajar lain yang ada dalam kelas ni" hatiku memberontak sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience