Brit!
Brit!
Brit!
Deringan telefon dalam poket kot labuh buatkan lamunannya tersentak. Dengan berat dia angkat tangannya lalu diseluk ke dalam poketnya. Bila dia bawa skrin telefon ke depan mukanya, dia Nampak nama 'Kaden' tertera di skrin.
Bersama hela nafas susah hatinya, dia sentuh butang putih itu lalu di tekap telefon tu ke telinga kanannya. "Hello?"sapa Davina sambil jalan perlahan mendekati pintu hospital. Dia baru saja pulang dari kediaman Bernard. Pertengkarannya dengan Eden tadi masih segar bermain dalam fikirannya. Malah mengingatkannya buat dia bersedih.
"Hei...mana kau?Mama call aku..dia cakap kau bergaduh dengan Eden sampai menangis sebelum pergi dari situ..."tanya Kaden yang kedengaran cemas dalam panggilan tu.
Soalan itu buatkan Davina yang sedang sedih menjadi sebak serta merta. Dia berhenti dari berjalan lalu bercangkung dekat situ.
Esakan Davina dapat di dengar dari panggilan tu. "Kenapa ni?Kau dekat mana?Biar aku pergi ke sana?"tanya Kaden lagi yang kedengaran seperti sedang berlari di latar belakang panggilan itu.
"Aku tak tahu Kaden..."nangis Davina. "Aku cuba buat yang terbaik untuk senangkan hidup orang...tapi kenapa semuanya tak kena?"tanya dia dengan sedih.
"Apa kau cakapkan ni?Huh?Jangan buat aku takut la...kau dekat mana?Aku dapatkan kau sekarang.."
Pada masa Davina angkat kepala menyeka air mata dari pipinya, dua orang lelaki berpakaian hitam dan bertopeng sedang jalan mendekatinya dari arah belakang. "Aku ada dekat-"tidak semena satu tangan bersarung hitam muncul dari belakang lalu menekup mulut Davina dan paksa Davina berdiri dari situ.
Tersentak dengan hal itu, Davina terlepas pegang telefonnya untuk bergelut melepaskan diri.
Tapi lelaki kedua di situ malah pegang kaki Davina. Angkat Davina sambil di bantu oleh seorang lagi rakannya di situ. Mujurlah ketika itu kawasan jalan berdekatan dengan hospital itu tidak sesibuk mana. Maka van hitam yang menjemput mereka ketika itu dengan mudah parker di situ.
"Tolong!!!!"jerit Davina dari balik tekupan itu. Dia cuba menendang kakinya tapi pelukan pada kakinya itu terlampau kuat. Sedar-sedar je dia sudah pun dimasukkan ke dalam van dan beredar dari situ.
Tepat pada masa van hitam itu meluncur pergi dari situ, Kaden sudahpun muncul di luar hospital dengan tangan masih memegang telefon di telinga. Dia dengar semua tu. "Davina!"panggilnya dengan risau sambil kerling sekeliling hospital itu. berharap Davina ada dekat sekitar. Tapi masalahnya dia cuma dengar Davina bergelut kemudian bunyi enjin kenderaan. Setelah itu senyap.
Di dalam van, Davina sudah pun di ikat dengan strap putih plastic pada tangan dan kedua-dua kakinya. Mulutnya sudah tertampal dengan pita pelekat warna silver.
Terketar-ketar seperti berada di tempat sejuk dia dengan takut memandang bulat ke tiga lelaki yang ada di seat belakang van itu. tertanya-tanya dia, dah apahal pulak kali ni? Tak boleh ke hari dia lebih teruk dari ni?
Dua dari lelaki bertopi dan mengenakan jaket hitam dengan sarung tangan pandang ke depan,. kecuali yang seorang itu. Dia hanya diam memandang Davina tidak bergerak sejak tadi macam patung.
Davina perasan akan hal itu. Sebab ini la dia terketar-ketar bagai nak apa. Siapa pulak mereka ni?Kenapa mereka culik dia?Memangnya dia terlibat dengan masalah apa lagi?Please la!Isu dia dengan Eden pun tak settle lagi. Jangan la bagi dia masalah lagi!Siapa nak selamatkan dia lepas ni!
Seperti tahu-tahu Davina ingin tahu, orang yang sejak tadi memandang Davina turunkan kain penutup mulutnya lalu tanggalkan topi dari kepalanya. Dedahkan wajahnya yang sebenar.
"Miss me princess?"tanya Spencer dengan senyuman meleret jahatnya.
Terbutang mata Davina. Kalau dia ada heart attack lama dah dia KO dekat sini sekarang jugak.
"Jangan risau...aku pinjam kau sekejap je."kata Spencer sambil selak anak rambut Davina ke belakang telinga supaya tidak mengenai mata tu.
Apa yang Spencer nak buat ni! Davina menikus takut bila Spencer angkat tangan hendak dekat padanya. Sekali tu Spencer hanya mahu menyelak anak rambutnya. Dia susah payah telan air liur nak basahkan tekaknya yang kering sebab menangis dan juga kerana takut!
"Lepas aku hapuskan si Declan tu...aku akan bebaskan kau..maafkan aku sebab susahkan kau lagi kali ni..salah dia orang sebab masuk campur urusan aku.."bisik Spencer di depan muka Davina.
Davina pandang dengan nafas tertahan-tahan apabila nama Declan diungkit.
Share this novel