MAJLIS merisik berlangsung sekali dengan majlis pertunangan. Juwita kelihatan sangat anggun dengan kebaya moden bewarna biru laut.
Haris yang memandang, seakan terpukau dengan kejelitaan Juwita. Apatah lagi apabila bibir yang payah untuk mengukir senyum selama ini, dihiasi dengan senyuman yang sungguh menawan.
Tersenyum bahagia Haris melihat Juwita ketika itu. Sungguh... tiada apa yang lebih membahagiakan apabila melihat orang yang kita sayang bahagia.
Menyintai tidak semestinya memiliki. Itulah yang Haris pegang di dalam hati. Doanya buat Juwita tidak pernah putus. Dia tak perlu merebut cinta Juwita. Cinta tak perlu dipaksa. Ianya lahir dari hati yang ikhlas.
Saat cincin pertunangan disarungkan ke jari manis Juwita, jelas terpancar sinar bahagia di wajah Juwita. Haris perasan jatuhnya air mata kebahagiaan Juwita. Dia turut mengukir senyum bahagia.
"Tahniah Ju. Dah jadi tunang orang dah. Tak bolehlah aku nak sakat kau lebih-lebih lepas ni." Sempat Haris mengusiknya sebelum sesi bergambar.
"Kau tetap sepupu dan sahabat terbaik aku dunia akhirat. Kau janji nak jaga aku, kan? Kau jangan memacam ye Haris." Juwita cuba ukir senyum walau ketika itu hatinya ingin sekali mencubit lengan Haris. Haris ketawa kecil.
"Lepas ni, Mr. Kurita kaulah yang jaga kau. Dah jadi tunangkan. Kang dia jealous pulak." Juwita mencebik. Ikut hati mau ditumbuknya perut Haris ketika itu.
Majlis pernikahan mereka telah ditetapkan pada bulan depan. Walaupun pada mulanya Juwita agak terkejut namun, diikutkan juga permintaan kedua orang tua Zailani.
Zailani?
Dialah yang paling mengeletis bila tahu Juwita setuju bila tarikh pernikah ditetapkan sebulan lagi. Haish... tak padan dengan tempang. Kaki tu belum baik betul dah nak terkinja-kinja.
Selesai acara bergambar dan majlis makan, Zailani mendekati Juwita. Senyuman tak lekang dari bibirnya.
"Sebulan je lagi sayang akan jadi milik abang. Abang harap sangat yang sayang ikhlas terima abang. Sanggup harungi susah senang, suka duka bersama-sama hingga ke akhir hayat kita." Juwita berasa kekok mendengar ucapan Zailani. Apatah lagi apabila Zailani membahasakan dirinya abang.
"Eeeiii dia ni... belum apa-apa lagi dah nak menggatal eh? Tak padan dengan kurita, kan?" Sengaja Juwita mengusik. Cuba menutup rasa gugupnya. Zailani jungkit kenang sambil tayang sengih.
"Kalau abang gatal, dekat sini juga abang cium sayang." Terkesima Juwita. Segera dia bangun. Matanya melilau memerhati sekeliling. Risau andai ada yang mendengar bicara Zailani.
Berdekah ketawa Zailani melihat reaksi panik Juwita. Wajah Juwita berubah cemberut. Geram rasa hati apabila dapat menangkap Zailani cuba mempermainkannya.
"Awak ni kan..."
Pap!
Satu tamparan hinggap di dahu kanan Zailani. Serta merta Zailani menjerit kesakit. Sudahnya tangannya belum baik betul. Dapat pula penampar Juwita. Memang boleh meraung dibuatnya.
"Awak... sorry... tulah, ada hati nak kenakan orang lagi. Tak sedar diri tu belum baik betul lagi." Juwita cuba menutup kesalahannya. Zailani merenung Juwita tak puas hati.
"Dahlah abang balik dulu. Jangan rindu sangat dekat abang ye Nanti." Zailani ketawa melihat riak wajah Juwita yang merah padam menahan geram.
* * * * *
ALIYA sakit hati apabila khabar pertunangan Zailani tersebar dikalangan rakan-rakan universiti mereka dulu. Makin sakit hati bila ada yang berkongsi gambar di group WhatsApp dan juga mengucapkan tahniah di Instagram dan Fac. Tak kurang juga ada yang memuji Juwita dan Zailani sebagai pasangan yang serasi.
"Hai..." sapa Azmer seraya duduk di hadapan Aliya. Dia sedar dia sudah lewat lima minit dari waktu yang dijanjikan. Bukan dia sengaja tetapi ada hal yang perlu diselesaikan segera. Melihat wajah cemberut Aliya, Azmer tersenyum kelat. Tangan Aliya diraih lembuh.
"Sorry sayang. I tak sengaja. Ada hal penting yang I kena selesaikan tadi." Mencerlung Aliya memandang Azmer. Tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan oleh Azmer.
"Hal you tu lagi penting dari I ke? Oh gosh! Please Azmer. You kata you cintakan I tapi apa you buat pada I ni? Sengaja biar I tunggu you macam orang bodoh!" Aliya melepaskan kemarahannya. Azmer tahan malu apabila ditengking begitu. Apatah lagi apabila suara Aliya menarik perhatian pengunjung lain di restoran itu.
"Please Liya... I cuma lambat lima minit je. Takkan itu pun you nak jadikan isu besar. Selama ni boleh je I tunggu you berjam-jam. Pernah I marah you ke?" Azmer hilang sabar. Hatinya turut panas dengan sikap Aliya namun dikawal sebaik mungkin.
"Ha... sekarang dah pandai nak mengungkit. Belum lagi nikah. Kalau dah nikah, entah apa lagi you nak ungkit." Aliya masih tak nak mengalah. Azmer tarik nafas panjang. Dia cuba mengawal emosinya sebaik mungkin. Wajah Aliya direnung tajam.
"Liya, you dah melampau sangat. Isu ni bukan isu kecil tau. You buat tahi, I pula nak kena bersihkan. You ingat I ni macai you ke? I lambat lima minit je pun. Itu pun sebab nak bersihkan kerja kotor you. You langsung tak hormat I sebagai tunang you. Tak payah cakap pasal nikah kalau you sendiri masih tunggu lelaki lain. I dah feduplah Liya. You hiduplah dengan dunia you. I akan minta family I putuskan pertunangan kita ni."
Tanpa menunggu sebarang balasan dari Aliya, Azmer meninggalkan Aliya yang terkedu dengan tindakan Azmer. Aliya ketap bibir menahan rasa yang terbuku di hati. Semakin sakit hatinya apabila Azmer bertindak begitu.
Aliya turut bangun lalu beredar dari restoran itu. Selera makannya terus mati. Sudahlah sakit hati dengan berita pertunangan Zailani. Kini, Azmer turut membuatnya sakit hati.
Share this novel