BAB 16

Romance Completed 13562

Salam disahut dan kelihatan sesosok tubuh gadis yang dikenalinya tengahari tadi terpacak di hadapan pintu.

"Maaf menganggu keluarga auntie malam-malam begini. Tadi Aqish dengar kecoh-kecoh kat sini jadi Aqish bergegas kemari. Auntie okay ke?"

"Eh , Aqish. Takde la. Tu haa Emran.. Takut kucing.. Satu rumah dia pusing nak larikan diri dari kucing tu.."

"Kucing?? Ohh yaa.. Kebetulan Aqish tengah cari kucing Aqish. Berbulu putih dan memakai loceng di leher.. Auntie nampak tak??"

Puan Sabrina menoleh ke belakang. Mencari kelibat Najwa. Najwa nampaknya sudah tertidur di sofa dengan seekor kucing persis yang dicari Aqish turut tidur di ribanya. Puan Sabrina mempelawa Aqish masuk. Keadaan rumah itu masih sana sini berselerak tapi tidak menyesakkan pandangan Aqisha. Kelibat LELAKI POYO tidak kelihatan. Sudah tidur mungkin. Teka Aqisha.
Aqisha berjalan beriringan dengan Puan Sabrina menuju ke arah Najwa. Melihatkan Comel yang sedang tidur di riba Najwa, Aqisha tersenyum lega.

"Ni ke kucing yang Aqish cari??"

Puan sabrina menunjuk ke arah kucing itu.

"Ye. Ni kucing Aqish.. Rupanya dia ada kat sini.. Puas Aqish cari.."

"Maafkan anak auntie sorang ni Aqish. Dia ni memang minat sangat dengan kucing. Haa yang lagi sorang pulak anti kucing. Pantang nampak kucing, terus menikus."

Aqisha tersenyum geli hati mendengar kata-kata Puan Sabrina. Akhirnya, aku tahu satu kelemahan LELAKI POYO tu. Hati Aqisha bersorak gembira.

"Aqish ambikla kucing Aqish ni.. Kejap lagi auntie nak suruh emran dukung Najwa masuk bilik.."

Tanpa berlengah, Aqish mengangkat Comel dengan berhati-hati tanpa mengejutkan lena Najwa. Manis sungguh kanak-kanak polos yang sedang tidur itu. Berkulit putih cerah, hidung mancung, alis mata yang lentik serta bibir yang bewarna "pink" semula jadi. Mungkinkah Emran juga berwajah begini? Aqisha tidak meneliti sangat muka Tengku Emran kerana dia tidak ingin tahu pun wajah itu.
Tetapi kalau dah adik beradik, wajah abang takkan jauh berbeza.
Kedengaran suara Puan Sabrina memanggil Tengku Emran.
Kelibat Tengku Emran yang hanya bertuala mandi mengejutkan Aqisha. Jantungnya berdebar-debar tatkala melihat sekujur tubuh yang kelihatan begitu gah di hadapan matanya.

Tengku Emran turut terkejut apabila terpandang Aqisha. Pantas tangannya menutup dada.

"hishhhh! Anak aku ni! Apa ni Im. Depan tetamu buat perangai tak senonoh. Pergi salin baju cepat.!"

Aqisha terkejut dengan sergahan Puan Sabrina lantas melarikan pandangan ke arah lain. Debaran di dada masih terasa.
Tengku Emran yang turut menyedari dirinya hanya bertuala bergegas naik ke tingkat atas menyalin baju. Jauh pulak dirasakan bilik nya kali ini kerana bilik air hanya berada di tingkat bawah.
Setelah Tengku Emran masuk bilik, Puan Sabrina memohon maaf atas kelakuan Emran.

"eh tak mengapa auntie. Rasanya, dah lewat ni.. Aqish mintak diri dulu ye.."

"Baiklah.. Hati-hati balik Aqish.."

Aqisha mengangguk dan tersenyum. Langkah diatur menuju pintu rumah. Namun, dia berpatah balik ke arah Puan Sabrina dan segera menyalami tangan itu.
Puan Sabrina hanya tersenyum manis melihat karenah Aqisha.
Tanpa sedar, hatinya berkenan dengan Aqisha Riana. Dia mengiringi Aqisha keluar dan setelah Aqisha hilang dari pandangan, dia menutup pintu.
Dia senang dengan gadis itu. Pandai menghormati orang tua. Yang pasti, calon isteri terbaik untuk Emran. Puan Sabrina menguntum senyum dan mulai melangkah ke arah dapur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience