3 MOTEL

Romance Completed 259615

Tie leher dilonggarkan ke bawah serentak dengan dua butang baju teratas dibuka menampakkan bidang dada Aisar yang gagah berotot. Seperti biasa Aini akan membancuh kopi panas untuk Aisar.

Sepupu rapat Aisar dari kecil lagi. Sama-sama membesar, sama-sama berjaya.

Kopi diletak di atas meja kerja Aisar.

"Thanks" ucapnya ringkas kemudian dihirup perlahan sebelum dinikmati sambil memandang ke luar tingkap.

"Kau masih nak kejar dia ke?" Soalan Aini membuatkan Aisar terhenti. Cawan kopi diletak di atas meja kerja semula

"Selagi aku tak dapat, aku akan kejar dia sampai dapat. Dia isteri aku" tegas Aisar kemudian Aini mengangguk angguk faham.

"Husband kau tau ke kau datang sini? Tak pasal-pasal dia serang aku lagi. Maklumlah cemburu buta"

"Dah"

"Tapi en Sar, macam mana kalau perempuan yang kau kejar tu bukan Bella?" Soal Aini dengan menyingkatkan nama Aisar dengan panggilan Sar. 

"Kau ni kenapa asyik cakap macam tu. Macam tak sokong je apa yang aku buat, kau pun tau kan. Aku takboleh nak hidup tanpa dia, aku sayangkan dia. Ke mana pun dia pergi, berubah macam mana pun dia. Dia tetap isteri aku"

"Dan aku akan tuntut hak aku, anak aku dan dia isteri aku" tegas Aisar dengan suara yang keras.

Aini kelihatan mengeluh kecil. Kenapa Aisar masih tak putus asa pada orang yang sudah tiada.

"Aisar kau pun tahu kan, pasal kematian Bella dah tersebar. Dia dah takde Aisar, anak kau pula hilang. Takkan kau nak terus macam ni?" Balas Aini lagi. Dia kesian pada Aisar, tiga tahun Aisar begini.

Yakin sangat yang Bella masih hidup dan anaknya masih ada walaupun ada khabar angin yang mengatakan Bella sudah meninggal dunia kerana melahirkan anak.

"Aku tak kisahlah! Kalau betul Bella mati. Kenapa doktor tak bagi aku jumpa dia masa dia mati tu dan kenapa doktor tak bagi aku tengok jasad isteri aku sendiri. Dan kenapa aku tak tau dekat mana dia dikebumikan. Kalau betul dia dah takde dalam dunia ni. Kenapa anak aku hilang lepas sehari dia lahirkan anak aku dekat hospital. Aku syak dia larikan diri dan doktor pun bersepakat dengan dia. Dan aku yakin anak isteri aku masih hidup Aini. Takde apa-apa yang boleh runtuhkan kepercayaan aku"

"Aku yakin Brunella adalah Bella. Kalau betul dia bukan Bella, Nella takkan nampak macam Bella. Dan aku dah siasat latar belakang Brunella. Dia pun anak yatim, sama macam Bella"

"Dia ada tanda lahir yang sama, dia pakai rantai yang sama dari awal aku kenal dia lagi tau tak"

"Apa lagi bukti yang boleh menidakkan bahawa Brunella bukan Bella"

"Tapi Aisar.." belum sempat Aini menyuara. Aisar sudah memotong terlebih dahulu hingga ayat Aini menjadi gantung.

"Dah stop"

"Kalau kau tak suka, kau boleh bla!"

"Jangan serabutkan kepala otak aku ni dengan ayat sampah yang keluar daripada mulut kau tu. Rimas aku" marah Aisar sambil mengipas badannya yang panas.

"Suka hati kaulah nak buat apa Aisar. Aku cuma nak pesan, jangan sampai salah orang. Tak pasal-pasal kau dah hancurkan masa depan orang lain dengan perangai ego kau sekarang" pesan Aini namun dia dapat jelingan maut daripada Aisar

"Kau jangan banyak cakap boleh tak?" Suara Aisar berubah lebih keras sambil memberi isyarat mata agar Aini keluar daripada rumahnya sekarang.

Aini mengeleng geleng kepala, beg tangan di ruang tamu diambil sebelum dia keluar daripada rumah kecil Aisar. Penat dia tegur tapi sia-sia saja bagai mencurah air ke daun keladi

"Sial betul" carut Aisar spontan. Rambutnya yang sedikit panjang ditarik perlahan.

-

Baju baru yang dibelanja oleh Ruhainis tadi aku tanggalkan tag harganya kemudian akh sumbat ke mesin basuh automatik. Nak guna hujung minggu nanti demi Ruhainis.

'u pakai baju ni hujung minggu, ingat tau. Kita akan berpicnic dekat tepi pandai yang indah. Ingat tau!' ayat Ruhainis tadi terus terngiang di telinga aku hingga membuatkan aku tersenyum tanpa sedar.

Kenapalah lucu sangat gelagat Ruhainis itu. Buat aku geli-geli hati, kadangkala aku nampak dia comel. Nak juga pakai baju match nanti, dah macam orang bercinta.

Aku ke ruang tamu sementara menunggu pakaian di mesin basuh siap. Penyapu dan penyodok diambil, seperti biasa rutinku akan mengemas rumah sebelum tidur. Kalau tak bersih, tidak senang aku tidur nanti.

Selesai membersihkan ruang tamu, aku ke dapur pula. Selesai mengemas dapur, dua tiga pinggan,mangkuk, sudu dan cawan yang diguna juga sudah dicuci semula sampailah lantai dapur juga aku mop sehingga licin.

Aku ke ruang tamu semula. Pintu rumah dikunci dari dalam kemudian aku berganjak ke tingkap rumah. Langsir diselak perlahan-lahan, belum sempat aku tutup habis tiba-tiba tanganku terhenti.

Dalam keadaan hujan lebat begini, lelaki yang sering mengejar aku itu berada di luar. Sedang perhatikan gerak geri ke mana saja aku pergi. Dari habis kelas tadi lagi, aku perasan dia ada cuma aku abaikan takut Ruhainis takut.

Tak cukup lecturer gila kejar, diganti pula oleh lelaki misteri itu. Tapi lepas Sir Aisar menghilang dari pandangan aku, pasti lelaki ini yang muncul. Seolah mereka bertukar shift kerja untuk perhati aku. Tak de kerja ke apa?

Tapi aku takboleh bayang kalau kedua mereka bertembung, dan memerhati aku serentak. Pasti aku rasa dunia sudah tidak aman lagi.

Aku mengecil mata melihat lelaki itu mengigil kesejukan, dia masih sama. Memakai pelitup muka hitam dan pakaian gelap. Dan..

"Dia.."

"Jap!" Aku terjerit kecil sendiri kemudian aku pandang dia semula. Setiap tubuhnya yang sedang duduk di atas motor aku perhati dengan tempoh yang lama.

"Lelaki yang sama ke?" Aku mula terperasan sesuatu. Lelaki yang ceroboh rumah aku 2 hari yang lepas sama seperti lelaki misteri itu.

Dengan pantas aku menyelak langsir rapat. Aku mengundur ke belakang. Mula rasa tidak sedap hati. Kalau betul dia lelaki itu, takutlah aku macam ni.

"Ya Tuhan seramnya" gumamku sendiri. Dengan pantas aku berlari ke arah pintu belakang rumah. Tombol pintu aku cuba kunci namun belum sempat aku kunci tiba-tiba pintu itu ditolak kuat. Aku turut tertolak ke belakang.

"Tuhan!" Aku terperanjat besar melihat lelaki misteri itu yang buka pintu. Macam mana dia boleh sepantas kilat sampai di sini? Sedangkan dia perlu lari keliling rumah aku jika dia mahu sampai di pintu belakang.

"Keluar!" Arahku sambil menuding jari ke arah pintu keluar. Dia mengeleng tidak mahu sambil mengosok-gosok kedua lengannya tanda dia sedang kesejukan.

"I sejuk" ujarnya kemudian dia rehatkan dahinya di bahu kanan aku. Tubuhnya mengigil gigil sementara kaki kirinya  mengambil kesempatan menolak pintu dari belakang

"Jangan dekat i lah!" Tolakku serta merta. Dia tertolak ke belakang, namun dia tidak putus asa. Dia tetap dekati aku tanpa menghiraukan ugutan dari aku.

"U dekat, i call polis"

"U takkan boleh buat Nella" balasnya sambil mengeleng geleng kepala namun dapat aku dengar suara dia ketawa nakal disebalik pelitup wajah hitam itu.

"Sebab u isteri i" jelasnya hingga aku jadi diam membisu. Jantungku berlari beribu meter, cuba telan segala ayatnya namun aku masih keliru. Kenapa dengan lelaki ini, kenapa dia sama seperti seseorang.

Lelaki itu terus ke depan lebih tepat lagi ke ruang tamu rumah aku.

"Sapa benarkan u masuk, keluar sekarang!"

"Rumah isteri i, takkan i takboleh masuk" balasnya selamba kemudian dia masuk ke tandas yang berdekatan dengan ruang tamu itu.

Lelaki itu masuk tanpa menutup pintu sementara aku masih berdiri tercegat di tengah ruang tamu sambil memerhati gerak geri dia dari sini.

"I nak mandi jap" ujar lelaki itu yang sedang membelakangi aku. Aku takdapat lihat wajahnya lagi biarpun dia kelihatan sudah membuka pelitup wajah dari muka. Hanya belakang dia yang basah kuyup saja yang aku nampak.

"U nak join?" Soalnya nakal. Saat dia kelihatan mahu membuka baju, dengan pantas aku menoleh tubuh ke arah belakang. Kami saling bertentangan arah.

"Mandi tutup pintu, dah siap mandi. Keluar dari rumah i" pesanku awal-awal. Nak bagi dia tumpang sini, memang taklah. Biarpun di luar rumah tu puting beliung ke, gempa bumi ke apa aku peduli. Janji dia tidak cari alasan tumpang di sini.

"I memang biasa mandi tak tutup pintu sayang"

"Ey tak malu ke?"

"Nak malu apa, u isteri i"

"Stop cakap i isteri u boleh tak? I tak suka dan i tak kenal u" tekadku tegas.

Geram betul hati ni, asyik-asyik ulang aku ni Isteri dia. Dah macam Sir Aisar yang gila tu. Tiba-tiba gila bayang dengan aku, padahal banyak je pelajar cantik dekat universiti tu. Sengaja buat cerita yang aku ni isteri dia tanpa bukti kukuh.

"Taknak" balasnya bersahaja hingga aku membulat mata menoleh memandang dia di depan. Aku membulat mata melihat tubuhnya yang bogel, hanya tinggal seluar dalam pendek. Kurang asam punya lelaki, buat macam ni rumah dia pula. Nak mandi bogel dekat tandas aku.

Aku tarik mata semula dan kembali pandang ke arah lain.

"I sejuk" luahnya. Dapat aku dengar bunyi air menyirami tubuhnya. Tengah-tengah mandi pun masih nak bercakap, tak reti nak duduk diam-diam di tandas tu.

"Malam ni i tumpang sehari, awal pagi i balik" pintanya hingga aku membulat mata dengan permintaannya tadi.

"No! Ingat ni motel ke? Nak tumpang rumah i sesuka hati" tolakku mentah-mentah tanpa berfikir panjang lagi. Aku masih anak dara kot, takkan nak benarkan lelaki yang bukan halal tinggal di rumah aku.

"Rumah u, rumah i juga. U isteri i" ulangnya lagi. Benci betul aku dengar!

"I kata tak boleh, takboleh lah. Jangan nak memaksa sangat"

"Atau kita tidur sebilik malam ni" cadangnya seperti sedang mengugut aku.

"U ni nak apa ah? Nak ugut i ke?"

"Em tak, i think u tolak sebab u nak kita tidur sekatil malam ni" balasnya seperti tidak mengerti apa-apa.

Aku merengus kuat, geram! Geram! Geram! Selamba badak je sangka aku macam tu! Aku ni tak teringin langsung nak tidur dengan orang yang aku tidak kenal.

"Okay fine! Ikut u! Sehari ni je. Sebelum i bangun dari tidur, i taknak tengok jasad u dekat rumah i. And lepas i bagi ni. Please stop follow ke mana je i pergi" balasku namun dia diam lama. Tiada respon. Air pancuran juga berhenti berbunyi di ruang lantai tandas.

"U dah nampak i kat luar kesejukan tadi. U langsung tak peduli kan. Siap tutup langsir dari i" lelaki itu mula menukar topik, kata-kata aku tadi diabaikan saja.

"I jaga u seharian ni, u langsung tak ingat jasa i"

"U jaga i? Excuse me Encik misteri. I lagi takut kalau u perhati i sepanjang masa. Cara u tu tak nampak pun macam u tengah jaga i"

"I jaga u Nella, tapi u tak nampak niat i" balasnya dengan tenang. Tidak marah tidak juga ditinggikan suara. Namaku disebut, namun aku tidak heran. Kalau dia dah selalu ekori aku memang sah sah lah dia akan tau segala tentang aku.

"Kenapa u abaikan i?" Soalnya dalam nada hampa. Nak kecewa apa sangat? Gila ke? Ke mental cepat koyak.

"U sapa nak i kisahkan. Bukan penting sangat pun" balasku selamba kemudian aku berjalan ke arah bilikku semula.

"Isteri jenis apa u ni Nella. Dosa tau layan suami macam tu" suaranya yang serak basah menyuara lagi hingga niatku untuk membuka pintu bilik terbatal.

"Tak dosa pun sebab u bukan suami i" balasku lantang kemudian aku buka pintu bilik dan masuk ke dalam. Masuk saja aku terus kunci agar dia tidak ceroboh sesuka hati.

Bahaya lelaki yang tidak dikenali ada di rumah aku sekarang. Perlu ke aku buat laporan polis? Tapi bagaimana kalau dia sudah dibebaskan nanti? Pasti dia akan cari aku jua.

Aku rehatkan tubuh di atas katil yang empuk. Mata dipejam rapat kemudian aku letak lenganku di atas kedua mata yang sudah tertutup.

Penatnya sukar untuk aku gambarkan. Mungkin kerana aku manusia biasa, tidak seperti robot. Yang tidak kenal erti penat dan lapar.

Baru saja aku hampir mau terlena tiba-tiba ada seseorang yang sedang mengetuk pintu bilik aku. Aku terjaga semula.

"Siapa lagi ni Ya Tuhan, dahlah aku mengantuk" rungutku perlahan namun tetap aku bangun daripada katil. Pintu bilik dibuka perlahan, wajah lelaki misteri yang tertutup itu berada tepat tepat di celah pintu.

"Janganlah buat macam tu, terkejut lah i"

"Sorry"

"U nak apa lagi? I dah mengantuk tau tak" nadaku berubah sedikit tinggi.

"Nak selimut. I sejuk" pintanya dengan nada perlahan. Tetap berlembut walaupun aku sudah tinggikan suara sebentar tadi.

"Tunggu sini, i ambikkan" balasku kemudian aku tutup pintu bilik semula. Selimut tambahan yang aku tempatkan di dalam almari pakaian dikeluarkan dengan penuh berhati-hati agar tidak merosakkan lipatan kain yang lain.

Aku kembali membuka pintu, selimut tebal diberi kepada dia kemudian dia sambut dengan baik. Tanpa berkata apa-apa dia terus ke ruang tamu dan sambung baring di sofa milik aku.

Tak reti nak terima kasih lah tu. Maklumlah orang jahat, mana pernah sebut terima kasih atau minta maaf. Kalau sebut tu, tu bukan orang jahat dah namanya.

Yang peliknya dia masih tidur bersama pelitup muka. Selesa ke? Boleh bernafas ke dia? Aku ni baru naik tangga tingkat 2 dah asma. Inikan pula pakai pelitup muka sepanjang tidur. Memang cari mautlah namanya.

Aku renung lelaki itu lama. Dia yang semakin nyenyak tidur di sofa langsung tidak menyedari dengan aku yang masih disini memandang dia.

"Hensem juga kalau tengok dari mata dan kening" pujiku spontan tanpa aku sendiri sedar. Aku menampar mulutku sendiri apabila aku mula sedar dengan ucapan yang keluar sebentar tadi.

"Tidurlah sayang, jangan tengok i lama-lama takut u jatuh cinta nanti" lelaki itu bersuara dalam keadaan mata masih terpejam. Dengan pantas aku menutup pintu apabila dia sudah menyedari.

"Gila ah, ingatkan dah tidur tadi" omelku sendiri. Buat malu aje pandang dia lama-lama tadi, siap puji pula tu. Nasib tak cakap kuat. Kalau dia dengar, tak pasal-pasal jatuh maruah aku.

Share this novel

Roz Zana
2021-03-22 08:37:43 

tq2 update....i likeee.....hihihi


NovelPlus Premium

The best ads free experience