BAB 33

Humor Completed 26062

Dua tahun kemudian...

BERLARI-lari Yusuf di taman permainan.Semuanya hendak di capai.Seusia begini memang lasak tambahan pula baru seminggu boleh berjalan.Terkedek-kedek dia berlari.

"Bu..bu..."panggil Yusuf sambil melihat ke arah penjual belon di taman.

Iris ikut melihat ke arah yang Yusuf maksudkan.Patutlah dari tadi asyik tunjuk ke sana.Rupanya pelbagai jenis belon yang dijual.Ada bentuk Doraemon,Upin dan Ipin,Princess Elsya pun ada.Pandai si penjual menarik minat kanak-kanak.

Attar angkat Yusuf dan mengendongnya.

"Anak ayah nak belon rupanya.."kata Attar sambil berjalan ke arah penjual belon.

Di taman ini pelbagai jenis barangan seperti mainan kanak-kanak, makanan dan minuman jua turut dijual.Boleh katakan kerap juga mereka berkunjung ke situ di hujung minggu.

"Sayang,Yusuf nak belon.Sekejap abang datang balik."katanya pada Iris.Iris hanya angguk sambil melihat Attar berlalu dengan anak mereka.

Iris labuhkan kembali punggung atas kerusi batu sambil menanti Attar kembali.Dalam asyik memandang ke kiri kanan,dia tertarik melihat seorang budak perempuan sebaya anaknya Yusuf.

Bermain seorang diri.Dalam sepuluh minit juga dia amati tetapi ibu bapa budak itu langsung tidak kelihatan.Timbul perasaan tidak sedap hati,mungkin budak perempuan itu terpisah dari ibu bapanya.

Tanpa berlengah terus Iris mendekati budak perempuan itu.Sambil memegang tangan dia bertanya pada budak tersebut,namun sepatah suara pun tidak keluar dari mulut budak tersebut.

"Anak siapa ni sayang?"soal Attar sebaik kembali.

"Tak tahu lah abang.Mungkin ayah dengan ibu dia tak perasaan anak mereka hilang."putus Iris.Mata masih melilar mencari namun orang ramai yang lalu lalang tidak menghiraukan mereka.

Budak perempuan itu berbaju gaun berwarna pink dengan rambut diikat satu menjadikan dia sangat comel.Tapi bila Iris cuba bertanya dia hanya diam membisu.

"Macam mana ni abang?"tanya Iris risau bila tiada tanda-tanda sesiapa pun mencari budak perempuan itu.

Kesian... tak kan sanggup nak tinggal anak sendiri dekat taman?tak sedarkah mereka akan bahaya disekeliling.Sebab tu ada ibubapa yang menggunakan tali untuk 'ikat' anak mereka tapi bila pakaikan salah pula di mata masyarakat.Tak pakai kan macam ni lah.Mak ke lain anak ke lain.

"Tak apa kita tunggu sekejap.Mungkin ayah atau ibu dia tengah risau sekarang ni."

"Ya Allah!kat sini rupanya Adini!"kata seorang lelaki cemas sambil memeluk budak perempuan itu.

Attar dan Iris berpandangan.Lelaki tadi peluk dan cium budak perempuan itu.Tidak pula budak perempuan itu menolak malah kelihatan tersenyum.

"Terima kasih cik..."kata lelaki itu.Mata mereka bertatapan.

"Iris!"

"Harith..."kata Attar.

"Ini anak awak ker?"tanya Iris seperti tidak percaya.

"Ya.."Harith ambil dan dukung anaknya.Budak perempuan itu turut melentok kepala atas bahu Harith dengan lagak manja.

"Saya cuba tanya dia tadi.Tadi dia malu agaknya.Tak nak cakap apa pun.."beritahu Iris.

"Terima kasih tengokkan Adini..."kata Harith sambil menyoroti mata memandang muka Iris yang terlihat bahagia bersama anak mereka.

"Ini anak kami..Yusuf.."Iris kenalkan Yusuf yang melonjak mahu turun dari dukungan Attar.


"Comel anak Iris dan Attar.."puji Attar.

"Adini pun comel juga..."puji Iris kembali.Muka Adini ada iras Intan disitu.

"Mana Intan?"bila dilihat Harith sendirian.

"Saya datang dengan mama.."jawab Harith sayu.

"Sebenarnya..Intan dah lama tinggalkan kami..."sambung Harith.

Iris dan Attar agak terkejut.

Yusuf dibiarkan bermain belon bersama Adini.Kerap mata Iris ke arah anak mereka.Harith sudah duduk bersama mereka di meja batu.


"Dah dua tahun dia tinggalkan kami.Dia tak dapat terima keadaan anak kami.."nada Harith mendatar.

Iris dan Attar berpandangan.Tak nampak yang pelih atau aneh pada Adini.Nak tanya takut Harith tersinggung.

"Adini tak boleh bercakap.Dia bisu..."terangnya.

Terus jatuh kasihan Iris pada Adini.Patutlah dari tadi dia tak dengar Adini bercakap.

"Maaf Harith..saya tidak tahu.."

"Tak apa.Saya terima seadanya keadaan anak saya.Saya redha.."katanya lagi.

Puan Yasmin agak terkejut melihat Harith berbual dengan Iris dan Attar.

"Iris..."panggil Puan Yasmin.

Iris ikut bangkit mendekati Puan Yasmin.

"Maafkan mama...."katanya sambil mula menangis.Rasa bersalah dan menyesal setiap kali mengenangkan keadaan cucunya.

Iris sambut pelukkan Puan Yasmin.Di gosok perlahan belakang bekas ibu mertuanya.Tak sanggup melihat Puan Yasmin mahu melutut dikakinya.

"Mama bersalah.Mama angkuh..mama sombong..mama jahat..."tangisnya hiba.

"Sudahlah puan..semuanya dah berlalu.Saya dah lama maafkan puan sekeluarga."kata Iris.Sungguh dia langsung tidak pernah menyimpan dendam pada bekas keluarga mertuanya.

Begitu tergamak Intan meninggalkan anak mereka bersama Harith.

"Semua ini terjadi sebab mama.."kata Puan Yasmin sebak.

"Mama paksa Harith tinggalkan Iris.Mama hina Iris sekeluarga.Banyak dosa mama pada Iris sekeluarga.Mama bangga dengan kesempurnaan yang kami ada hingga buatkan mama lupa apa yang kami ada bila masa saja boleh lenyap macam tu saja."

Betapa menyesalnya Puan Yasmin keran sikapnya yang tamak memakan dirinya sendiri.Intan yang dia harapkan langsung tak pernah menghubungi Harith mahupun bertanyakan khabar Adini.

"Apa yang terjadi ada hikmahnya puan.Sekarang saya bahagia bersama abang Attar dan anak kami Yusuf..."kata Iris sambil Attar mengenggam erat jari jemari isterinya.

Harith tersenyum nipis.Dia nampak muka Iris yang kelihatan berseri-seri.Jauh sekali dalam kepuraan.Dia juga dapat lihat layanan Attar kepada Iris.Tidak seperti dirinya yang gagal menjadi seorang suami yang baik pada Iris suatu ketika dahulu.

"Saya sayangkan Adini.Dia adalah nyawa saya.Kekurangan Adini saya anggap sebagai penguat diri saya.Cukuplah saya dan dia sahaja."Harith kelihatan tabah sekali menghadapi liku hidup bersama puterinya.

"Saya harap awak sabar dan tabah Harith.Percayalah Intan pasti akan kembali suatu hari nanti.."

Dulu Harith pun pernah berharap tetapi dia kembali berputus asa bila apa yang dia harap tak pernah kunjung tiba.


"Kita sama-sama berdoa agar Intan kembali ke pangkuan awak Harith.Saya percaya dia mesti rindukan Adini.."kata Iris penuh yakin.Dia juga seorang ibu manakan seorang ibu sanggup berpisah lama dengan anak sendiri.

"Entah lah Iris.Ini mungkin balasan dari pengkhinatan saya pada awak dulu.."kata Harith.

"Jangan cakap begitu Harith.Apa yang berlaku ada hikmah tersembunyi..."jawab Iris tenang.


"Mama pun rasa begitu.Kami bersalah pada Iris.Mama yang paksa Harith lupakan Iris.Mama yang rancang supaya Harith kahwin dengan Intan.Masa tu mama rasa ,mama lah ibu yang paling sempurna dalam dunia ni sebab dah berjaya mengusir Iris dari hidup Harith..."

"Mama hina keluarga Iris.Mama terlalu taksub dengan keindahan dunia hingga mama lupa Dia yang lebih berkuasa."

"Sudahlah puan.Saya dah redha dengan semua itu.Biarkan lah berlalu.Saya dah tak ingat apa-apa.Sekarang saya bahagia dengan abang Attar.Dan saya berterima kasih pada awak,Harith.Sebab awak saya bertemu kembali dengan abang Attar."

Iris tersenyum bahagia pada Attar di sebelahnya.

Sesungguhnya Iris tidak pernah berasa rugi akan kegagalannya hidup dengan Harith.Sebaiknya lebih bersyukur dengan hidupnya sekarang yang jauh lebih baik dari dulu.Attar walaupun bukan lelaki pertama dalam hidupnya tetapi Attar adalah cinta terakhirnya.

Cinta Attar pada Iris telah menyuburkan kembali perasaan Iris yang telah terkurung sepi selepas kekecewaan yang Harith tinggalkan.

Dah nak habis :)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience