BAB 2 - JEMBALANG TIBA-TIBA

Romance Series 36619

Payung warna pelangi melindungi rambut bersanggul rapi. Kaki panjang bersarung kasut tumit tinggi berdiri di tepi tasik ralit melihat titisan-titisan hujan renyai mencorakan bulatan-bulatan kecil di permukaan tasik menenangkan hati yang sarat dengan kesedihan. Awan berarak mendung kini bagaikan memahami perasaan yang melanda diri.

Cincin emas putih bertatahkan belian tersemat cantik di jari manis hanya dipandang sayu. Menitis jua air mata bertakung ke pipi. Dibiarkan saja...

“Luna..." payung hitam berdiri di sebelah gerangan berbaju full suit hitam sedang menunggu. Memandang belakang perempuan itu, timbul pula rasa bersalah selalu membiarkan menunggu.

Lelehan air mata dikesat laju agar tak kelihatan oleh Aman Fahin.

Sudah terlambat. Matanya dapat menangkap pergerakan yang amat-amat jarang dilihat. Luna menangis? Semestinya dia jadi penyumbang utama Luna bazirkan air mata.

“Kenapa kita tak jumpa kat rumah saja?" Soal Aman lembut.

“Kat sini lebih senang nak bercakap." Peti suara Luna pula mendatar tidak seperti selalu lebih teruja setiap kali bercakap dengan Aman. Pandangannya hanya lempar ke hadapan yang lebih menyejukkan mata.

Kali ni yang Aman tidak berpaling. Tepat dia menatap Luna yang telah berjaya menyentuh hatinya menjadi sayu tiba-tiba. Sedar akan kesalahan yang selalu mengecewakan Luna, lengan Luna disentuh lembut.

“Maafkan abang...”

“Tujuh tahun... abang tidak pernah berubah.” Terdiam Luna tidak menyambung ayat lebih panjang. Emosinya cuba dikawal sebaik mungkin agar tak terbongkar kesedihannya lebih dalam.

“Abang tahu, abang selalu buat Luna menunggu. Abang buat Luna tanggung sedih sendiri. Nampak macam abang tak sayangkan Luna, tak ambil kisah tentang Luna. Tapi... jauh dalam lubuk hati abang, cinta abang satu-satunya Laluna Maliqa.” Aman Fahim tiba-tiba meyakinkan cintanya pada Luna.

“Cinta... entahlah." Luna melepaskan keluhan berat. “Esok Luna akan ke Terengganu. Luna dapat kerja di pulau sana.”

“Esok?” Tersentak dengan perkataan terlontar semula. “Tapi, kenapa tak bincang dengan abang dulu?” Aman sedikit tidak puas hati Luna tak minta kebenarannya dahulu.

Luna menoleh. “Bukan Luna yang tak nak tanya. Tapi abang... abang terlalu sibuk, remember? Call tak berjawab. Whatsapp langsung tak berbalas. Blue tick aje." Cukup kesal Luna terhadap sikap Aman yang telah lama dibiarkan.

“Tapi...” Aman tidak mampu berkata lagi. Memang benar apa yang dikatakan Luna tadi. Orang yang dituju salah, hanyalah dia seorang. Sengaja abaikan panggilan serta mesej sebelah kanan saja yang masuk. Sebelah kiri tidak pernah membalas. Sekarang Luna akan pergi. Apa yang perlu dia buat? Biarkan saja atau menahannya?

“Abang... pemergian Luna kali ni penentu hubungan kita. Sama ada kita perlu teruskan atau kita akhirinya.”

Bunyi panggilan masuk mematikan lamunan Laluna Maliqa beberapa hari lalu yang masih segar dalam ingatan. Skrin menyala dipandang kosong.

Aman Fahin!

Hurm.... panjang umur, abang. Diabaikan saja panggilan itu. Lagu 'My All' part corus bergema lagi. Masih tak ada niat nak pickup dan untuk kali ketiga juga tak melembutkan hatinya yang masih cekal tidak mahu menjawab sejak kakinya jejak ke pulau ini. Biarlah... selama tujuh tahun dia yang terdesak begitu dan sekarang gilirannya untuk bertenang.

Cuma, situasi dan ekpresi wajah Aman beberapa hari lalu cukup menarik minatnya.

Ketika itu dia memandang jam jenama Tissot berwarna hitam di pergelangan tangan beberapa kali. Tiba masanya... tiket diberi kepada polis bantuan yang menjaga pintu pelepasan. Lengannya disambar tiba-tiba.

“Encik buat apa ni!” tegas Polis Bantuan sambil memegang bahu lelaki berkelakuan mencurigakan. Tapi baju di bahagian dalam tertayang sedikit daripada bukaan zip jaket tebal diluaran badan itu bukan calang-calang baju.

“Tak apa. Saya kenal dia.” Celah Luna.

“Betul ni cik?”

Luna hanya tersenyum malu dan mengangguk halus sebagai pengesahan.

Tangan turut melilit jam jenama yang sama merupakan jam pasangan pemberian Luna menarik ke tepi. Helmet full face tersangkut di lengan tidak menghalangnya menggenggam tangan Luna dengan kedua belah tangan lebih kemas.

“Jangan pergi sayang... please. Stay with me... di sini..." Sehabis lembut Aman cuba memujuk.

Luna menggeleng, “abang pun tahu selama ni Luna bertahan atas sebab apakan? But now, i'm so sorry... inilah masanya abang tentukan sama abang nak teruskan jalan pimpin tangan Luna atau dia..."

Langsung berubah muka Aman. "Dia?"

Kedengaran panggilan terakhir penerbangan ke Kuala Terengganu bergema.

“Luna pergi dulu...” Kakinya tak mampu bergerak kerana tangannya masih dipegang Aman.

“Jangan lupakan abang... sayang. Ingat yang...”

Luna tayang cincin di jari manis di hadapan Aman.

“Luna tak pernah lupa status Luna... selagi cincin ni di jari manis Luna, Luna bersama abang."

Kini jari manis Luna kekosongan tanpa cincin. Semalaman dia tak dapat lelapkan mata kenangkan cincin itu hilang buat selamanya. Apa yang dia nak jawab pada Aman Fahin?

Apa yang berlaku semalam atas kecuaian sendiri juga. Gara-gara mengelamun jauh terusik soal perkahwinan yang ajukan Sofea, terkenangkan pula masa depan kehidupannya entah cerah atau terus terperangkap dalam awan mendung tak sedar pula terlucut daripada genggaman.

Pasti cincin tu ada di dasar kolam. Macam mana nak dapatkan balik? Nak berenang tak pandai. Disebabkan panik dan terdesak nak selamatkan cincin tu, tak berfikir dua kali terus saja badannya terjun ke dalam kolam. Buat pertama kali dalam sejarah hidupnya merasa badan ditelan air sungguh mengerikan untuk diingat semula, apakan lagi untuk simpan pengalaman yang hampir meragut nyawanya. Jangan ingat... jangan ingat....

'Ya Allah... tunjukkanlah jalan kembalikan cincin yang amat penting dalam hidupku' menitis lagi air mata tak pernah kering.

Ting... mesej masuk.

'Abang cintakan sayang. Please answer me...'

“Maaf abang... Luna tak boleh...” bisik Luna di hadapan phone sebelum meletakkan semula ke atas pasir putih.

Angin bayu meniup wajahnya bagaikan memujuk hati lara lari daripada cinta hati, lari daripada masalah tiada penyelesaian dan lari daripada kesedihan tak sudah, agar lebih bertenang. Cahaya jingga keemasan kini menggambarkan kesunyian seperti dirinya yang hidup keseorangan tanpa sesiapa. Aman juga telah dilepaskannya. Ada ke manusia di luar sana yang hidup kesepian, keseorangan tanpa ada yang ambil perduli seperti dirinya? Atau hanya dia seorang yang dilahirkan sebatang kara begini?

Kepala rebah di atas pasir pantai, menutup muka dengan kain selendang melilit leher. Mata terpejam rapat agar tak keluar titisan jernih lagi. 'Tolonglah pergi wahai kecewa, bawalah segala duka yang belenggu terbang sekali. Biarlah segala masalah yang timbul, bertukar ganti membawa kegembiraan yang bakal datang untuk diri yang serba kekurangan ini...' seru dalam hati.

Sedapnya ditiup angin sepoi-sepoi bahasa makin layan. Cuma... selendang menutup muka ditarik. Mata terbuka luas bertaut dengan sepasang anak mata betul-betul hadapannya. Bagaikan jembalang muncul dari atas kepalanya, langsung tegak duduk. Kembang kempis dada terkejut dengan kemunculan makhluk yang tak dikenali. Langsung kedua-dua batang kaki berdiri, tak tunggu-tunggu berlalu pergi.

“Luna...”


Pejong kaki tak bergerak dan wajah kena seru berubah pelik.

“Nama awak Laluna Maliqa kan?” bertanya sekali lagi.

“Mana encik tahu nama saya?” Nama penuh pula tu. Dengan berani menyoal semula. Seingatnya tak pula kenal muka jembalang yang muncul tiba-tiba ni. Boleh pula muncul dari atas kepala. Ketika dia baring pula. Siapa lelaki ni nak pandang dengan jarak sedekat tu?

“Saya dah duduk sini dua minggu. Tak pernah pula saya nampak awak?”

Dua minggu? “Encik pekerja resort ke?”

Kepala menggeleng.

“Pelancong?”

Senyuman lebar bergayut menayang barisan gigi memutih. Tenggelam lesung pipit di pipi kanan. Senyuman yang buat Luna sebagai perempuan biasa juga terpaku memandang.

“Lebih kurang macam tu la.” Nampak tak ada respon, “hello...” tangan melambai hadapan wajah yang telah mencuri perhatiannya.

Luna seakan terjaga. Apa ni? Dia mengelamun ke tadi? Ish... apahal layan stranger! Terus sambung menapak haluan sendiri yang tak tahu hala tuju.

“Tunggu...”

“Sorry... saya tak tahu encik pelancong. Kalau saya duduk tempat encik tadi, saya betul-betul minta maaf.” Hanya tunjuk belakang menjawab. Tak sanggup nak pandang takut terpegun lagi.

“Hei... hei... hei..." Kalut menahan laluan guna tangannya. “Ini bukan pulau saya. Awak boleh duduk di mana yang awak suka. Tak perlu say sorry atau rasa bersalah.”

Apa-apalah! Masih tak diendahkan Luna.

“Awak dah kahwin?”

Soalan itu buat muka menoleh semula. Apa hak si jembalang tiba-tiba ni soal soalan terlalu peribadi. Nama jembalang ni pun dia tak tahu, rupa pun baru nampak, kenapa dia perlu jawab?

“Sorry kalau awak tersinggung dengan soalan saya. Tapi... boleh tak malam ni awak dinner dengan saya?” Hah... giler betul! Tiba-tiba ajakan maut yang bukan dalam perancangannya meluncur keluar. Dah nampak macam lelaki gelojoh. Ahhh... tak kisahlah. Mana tahu jawapan positif, dia juga untung. Hatinya makin berdebar-debar menunggu jawapan. Please say yes... yes... yes...

Luna merenung pelik atas bawah atas bawah. Apa ni? Tadi tanya soalan peribadi sekarang tiba-tiba ajak dinner. Manusia ke atau betul-betul jembalang ni? Kalau manusia biasa tak mungkin nak tanya atau mengajak perkara sebegitu pada orang tak kenal. Naik seram sejuk satu badan. Laju batang kaki berlalu dan kali ni tak teragak-agak lagi lari.

Yang kena tinggal lepaskan nafas kecewa. 'Apa dah jadi dengan kau ni Ridduan Mooray?' terperenyak punggung ke pasir halus menongkat tangan di kepala lutut. Memandang laut terbentang luas serta melepaskan keluhan beberapa kali tak berjaya redakan rasa yang terlekat di celah hati. Kenapa boleh jadi macam ni?

Muka tertunduk cuba menyembunyikan perasaan malu buat pertama kali mengajukan ajakan dan pertama kali juga tak dapat jawapan. Itu maknanya kena reject ke? Dengan puteri bunian pula! Ishhh... . Rambut kemas digaru kasar. Ini bukan malu tapi lemas. Lemas tak bernafas dengan lancar.

Sejak awal lagi, Ridduan stalker Luna dari jauh. Dia menyusun langkah sepetang ke restaurant resort tepi pantai, niat hati nak lepak sambil minum kopi ternampak pula kelibat mengganggu khayalan. Makin jauh tapaknya mengikut jejak dari belakang dalam senyap hingga melepasi tempat tujuannya, bagaikan ditarik oleh kuasa misteri puteri bunian.

Dia bersantai di tepi pantai hanya tegun ke arah wajah cantik termenung jauh. Dia cuba tafsirkan perkara yang difikirkan. Tapi tak dapat teka. Wajah tu sekejap sedih, tiba-tiba menangis kemudian tersenyum sikit dan menangis semula. Misteri betul dan lebih misteri kenapa dia terkesan sangat dengan kemunculan perempuan bernama Laluna Maliqa ni. Kenapa? Kenapa? Dia mahu jawapan itu! Sedar jawapan tak datang bergolek, dia datang merapat bila puteri bunian diam dalam baringan. Habis senyap dia meniarap di belakang agar kepala bertemu kepala yang sedap rebah. Siap memanggung kepalanya agar tak terkucup dahi puteri bunian itu. Tak lama dia dapat merasakan aura penarik puteri bunian, mata mereka bertaut seketika. Ketika itu dia dapat rasakan kewujudan puteri bunian merasuk dalam dirinya hingga jantungnya berdegup rentak berbeza. Rasa itu tak pernah dirasainya lagi atau pada sesiapa pun.


•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••


SIAP mandi, t-shirt sendat dan legging bersarung badan menghenyak katil. Bersantai sambil-sambil tengok berita terkini apa sudah jadi di seberang darat sana. Fragrance lotion by Bath And Body Works tak pernah dilupakan, menjadi kegemaran setiap kali lepas mandi dilumur satu badan. Hah... wanginya! tahan 24 jam.

Tak pasal-pasal melompat Luna dari katil. Tiba-tiba pintu bilik diketuk kuat. Sabar! sarung kardigan labuh dulu agar tersorok segala bentuk badan. Memang dah stanby dalam situasi macam ni la. Dia akan dipanggil bila-bila masa sahaja jika ada sebarang masalah berkaitan event, funtion atau seangkatan dengan skop kerjanya di bawah Marketing Department. Ingat pihak resort suka-suka beri dia penginapan di salah sebuah bilik resort ni ke?

Tapi, seingatnya mana ada funtion pun selain quest biasa-biasa..

Mata hitam mengintai ke lubang pintu. Mana stafnya? Tak ada dan yang ada... bunga! Apa hal ni?

Langsung pintu dibuka. Jembalang tiba-tiba! Terbeliak mata Luna memandang. Berani betul dia berdiri tegak di hadapan pintu ni. Salah bilik ke?

“Encik... buat apa depan bilik saya ni?" Malam-malam macam ni pula. Memang dasar jembalang, tiba-tiba muncul. Anak mata tak dapat kawal mengelayau kiri dan kanan. Takut juga ada staf yang nampak. Boleh jadi fitnah.

“Untuk Luna...”

Sekarang jambangan bunga pula! Hisyyy... ni dah tahap-tahap misteri Nusantara ni. Panggil ustaz, hembus air Yasin baru tau. “Encik patut pergi sekarang. Encik tak ada apa-apa urusan di sini kan.”
Tak cukup lagi ke muka ni tunjuk muka risau? ishhh... tak faham ke?

“Ada la. Kan malam ni Luna dinner dengan saya...” Jawab selamba. Selamba? Hanya dia saja yang tahu bagaimana tsunami dalam hati ni. Sepanjang jalan ke bilik puteri bunian jantungnya berdebar hebat. Lebih-lebih hebat muncul si cantik depannya kini. Bagai nak luruh jantung ni, jangan tercabut nyawa sudahlah.

“Dinner? Tapi saya tak cakap saya setujukan.” Rupanya tak faham bahasa. Iyalah, jembalangkan.

“Yes... Luna tak cakap dan tak jawab apa-apa pun.” Menerangkan situasi tadi.

“Maksudnya saya tak nak dinner dengan awak.”
Tegas bunyinya.

“No... bagi perempuan Melayu, senyap itu tandanya setuju.” Amboi, berlagu pula Ridduan menceduk ayat klise.

“Siapa cakap?” Makin lama pelik lelaki ni. Seram sejuk juga seluruh tubuhnya ni.c

“TV, majalah, makcik bawang, netizen atau orang-orang tua dulu-dulu. Luna boleh pilih yang mana suka.” Banyak pilihan tu. Pilihlah yang mana pun asal dinner tetap onzzz...

Eh... main-main pula si jembalang ni. Tak ada orang lain ke yang dia nak buat main! “Listen... saya tak kenal awak dan saya tak mahu dinner dengan awak. It’s that clear?” Kali ni ayat dah terang-terang tolak. Jangan nak bagi pilihan entah ayat nenek kebayan gunung mana pula.

“Saya Ridduan Mooray dan awak Laluna Maliqa. So awak dah pun kenal saya dan awak boleh dinner dengan saya.”

“Itu bukan caranya. I’m sorry.” Laju mati percakapan dan selaju itu juga tangan menghempas kuat papan pintu.

“Auww!” jerit kesakitan.

Pintu melantun terbuka semula. Kelihatan jari manis dan jari paling kecil Ridduan Mooray berdarah. Pecah kuku terkepit pintu. Si pelaku cemas terus memegang untuk membelek jari-jari yang luka berdarah.

Ridduan Mooray tersentak. Sejuk beku badannya seketika sebelum bibir menarik senyuman lebar. Matanya berpusat pada si pencuri ketenangannya. Haaa.... bahagia rasanya...

NEXT.... “Cuba la... sedap ni.” Tak lenguh-lenguh tangan menunggu suapan masih tak diterima. Perasan muka bertukar sedih, sudu U-turn mendarat kecemasan dalam mulut sendiri. “Emmm... sedap.” Buat-buat selamba bukan malu tapi sedikit cuak dengan berubahan mendadak riak muka puteri bunian. Siap bertakung air mata. Alamak! Takkan nak suap pun menangis? “Saya minta maaf... nampaknya saya dah buat awak lebih tak selasa dengan angin kuat sejukkan badan sampai habuk pun masuk mata. Seriously kalau saya tahu awak alah pada makanan laut yang besar-besar gini, saya prefer pilih stik. Saya tak berniat nak mengundang...” hanya bahasa tangan tunjuk air mata berjurai di muka sendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience