BAB 22

Romance Series 68161

Hisyam duduk di katilnya sambil membelek kad yang di berikan oleh irdina pagi tadi , "Aku memang sayangkan sofea tapi perlu ke aku ikut plan si perempuan tu? siapa dia? kenapa dia nak kan danish?" bisik hisyam sendiri...

"Ha , aku tak kira aku nak kan sofea juga" kata hisyam dan terus mencapai phonenya , bunyi deringan di telefon irdina menganggu lenanya tangan nya cuba mencapai phone yang berada di atas meja itu...

"Ha hello" jawab irdina

"Hello ni aku hisyam , aku nak kita berkerjasama" ucap hisyam dan itu membuatkan irdina terus membuka besar matanya lalu duduk dari baringnya..

"Serius ni? kau betul betul nak ikut aku?"

"Ye , aku nak kan sofea , aku tahu dia tak bahagia dengan danish"

"Betul tu dia tak bahagia dengan danish tapi dia akan bahagia dengan kau" kata irdina...

"So apa plan pertama? aku akan buat ikut rancangan kau" soal hisyam , mereka merancang kan sesuatu dan itu akan membuatkan rumah tangga mereka bergelora bua kesekian kalinya...

"Itu je? benda senang je tu" jawab hisyam dan terus menamatkan panggilan mereka...."Aku akan bahagiakan kau sofea dia tu tak layak untuk kau" ucap hisyam sendiri....

"Perempuan ni tolong irdina , dia yang mengandung dan test tu dia punya bukan kepunyaan irdina" ujar taufiq sambil menghulurkan gambar gambar perempuan yang bernama damia...

"Siapa perempuan?" soal danish , "Dia kakak kepada faris aku tak thu kenapa damia tolong dia tapi yang aku tahu irdina bayar dia banyak"

"Faris , aku nak kau call dia suruh dia datang sini , aku tahu dia still nak kan irdina sebab irdina tu kekasih mati dia"

"Asal pula? kau bukan ke"

"Call jerr , aku tahu apa aku nak buat sekrang ni aku nak pujuk sofea , aku tak boleh terus hidup selagi dia abaikan aku macam ni" kata danish yang kelihatan kurang bermaya itu...

"Kau yakin ke dia akan terima kau?"

"Aku akan pujuk selagi boleh" jawab danish dan terus masuk ke rumahnya meninggalkan taufiq.... "Hoi apa tu? gambar siapa tu?" soal danisya apabila danish sudah masuk ke dalam..

"Damia" jawab taufiq dengan singkat , "Siapa? kekasih kau ke? sampai hati tak bagitahu aku"

Taufiq mengeluh kecil , "Bukan la aku ni damia perempuan yang tolong irdina palsukan kandungan dia"

Membulat mata danisya dan terus merampas gambar yang ada di tangan taufiq , "Perempuan ni eh siapa pula dia ni?"

"Kakak faris , scandal irdina dekat paris sana tu"

"Pelik aku dengan perempuan tu , tak habis habis nak ganggu abang dengan sofea"

"Kalau negara ni tak ada undang undang dah lama aku tembak perempuan ni , eh kau ada kenal tak mafia mana mana? aku nak suruh diorng tembak irdina dengan minah ni la" ujar danisya...

Taufiq pula tergelak kecil , "Mafia? sebelum kau suruh mafia tu tembak irdina aku rasa kau dulu kena tembak"

Danisya mencebik , "Eh mafia dunia nyata wujud ke? kalau wujud pun kau rasa sama tak macam dalam novel contoh nya kacak , dingin lepastu manja dengan perempuan dia sayang"

"Entah aku tak thu , tapi aku boleh je manja kan kau , layan kau macam permaisuri tapi kau kena la kahwin dengan aku" danish mengenyitkan mata dan terus pergi...

Danisya memegang dadanya entah kenapa degupan jatungnya laju semacam tak pernah pula dia rasakan macam ni bila dengan taufiq sebelum ni , "Ha tak tak test aku lain bukan taufiq" nafi danisya dan terus masuk...

Beberapa minit selepas itu danis membuat keputusan untuk balik ke kampung sofea , danish meletakkan beg nya di but kereta di temani oleh datin dan juga danisya , "Bawak dia balik ke sini danish , mama nk minta maaf dengan sofea"

"Danish masih marah kan mama ke? kali ni mama betul betul terima sofea sebagai menantu mama , mama menyesal sebab sia sia kan perempuan sebaik sofea"

Datin terus memegang lengan anaknya apabila dani bertindak untuk masuk ke dalam kereta , "Danish you hear me?"

"Ma danish dengar , danish dah cukup serabut dengan keadaan sekrang ni danish nak mama doakan yang terbaik untuk danish dengan sofea" jawah danish lalu menyalam tangan mamanya..

"Adik ikut boleh? adik cuba pujuk kak sofea sekali mana tahu dia okey dengan adik"

Danish mengeleng , "Biar abang je yang pujuk sofea lagi pun dah seminggu dia dekat sana" ... Datin dan danisya pun hanya menganggu mereka tak nak memaksa sofea untuk balik ke sini dan terima danish semula biarla sofea membuat keputusannya sendiri...

*****************************************

"Mak sal sofea nak ke air terjun boleh? sofea duduk dekat tepi je tak kena air pun"

Mak sal yang sibuk lap meja itu terhenti , "Mana boleh sofea awak tu masih dalam pantang , ingat sikit"

"Ala kejap je sofea janji tak kena air , sofea just nak tenang kan fikiran sofea" pujuk sofea dan akhirnya mak sal membenarkannnya....

Sofea meminta pakcik daus menghantar dirinya ke air terjun lalu pakcik daus terus pergi jumpa kawannya yang berada di kedai makan...."Rindunya saya dengan awak , tapi saya tak nak ganggu awak biar la awak uruskan apa yang patut dekat sana"

Sofea melihat gambar gambar dia bersama danish di telefonnya , melihat gambar gambar itu membuatkan dia tersenyum kecil.....

"Hye sofea , kenapa duduk sorang dekat sini? kau tak takut kena culik ke?" soal hisyam yang datang secara tiba tiba...

"Aku bosan dekat rumah tu sebab aku ke sini" jawab sofea dengan senyuman , "Kau dah fikir masak masak ke tentang apa yang aku cakap?"

Sofea mengeluh perlahan , "Aku rasa aku tak nak cerai dengan dia , aku sayangkan dia hisyam aku rasa aku nak lupakan semuanya dan mula kan hidup bari dengan dia"

"Dia suami aku , aku berdosa sebab minta dia lepaskan aku , sebagai suami isteri kita kena ada sikap saling percaya satu sama lain tapi dalam hal ni aku tak percaya kan suami aku langsung , aku percaya kan orang luar"

"Mak sal danish dah sampai" jerit syamsul yang berada di bawah rumahnya , Mak sal yang berada di dapur terus ke luar apabila mendengar jeritan syamsul....

"Sampai pun risau mak sal kamu drive sorang sorang"

Danish tersenyum , "Saya okey ke mak sal" jawab danish sambil menyalam mak sal dan syamsul...

"Sofea tahu ke aku nak datang?"

"Dont worry men , rahsia kau selamat dengan aku , dia tak thu pun kau nak datang tapi dia tak ada kat rumah dia dekat air terjun , kau tunggu la dia balik" jawab nya sambil menepuk bahu adik iparnya itu...

"Boleh kau bawak aku ke sana? aku dah rindu sangat dengan dia"

Syamsul tersenyum sambil mengangguk kan kepalanya , Syamsul akhirnya membawa danish kr air terjun tempat di mana adiknya selalu duduk untuk tenangkan fikiranya yang berserabut itu...

Sampai sahaja di sana mereka melihat keadaan sofea yang berpelukkan dengan hisyam , syamsul terus menoleh ke arah danish yang menahan amarahnya...

"Apa ni hisyam" tolak sofea dan menjauhkan dirinya dari hisyam , "Kau nak terjatuh tak kan aku nak tengok je ingat sikit kau tu tentang berpantang"

Semasa sofea hendak bangun dari duduknya dia tubuhnya agak tidak seimbang dan dia hampir terjatuh mujur ada hisyam yang sambut lengannya dan menariknya ke pelukkan...

"Best berpelukan? seronok? patut la tak nak jawab mesej aku , call aku pun langsung kau tak angkat rupanya tengah berseronok dengan jantan lain" Sampuk danish..

Membulat mata sofea bila melihat abang dan suaminya yang berada tepat di belakang hisyam , "Awak saya boleh jelas kan tadi tu"

"Ye aku sengaja peluk dia sebab dia sedih , dia sedih sebab dapat suami macam kau , dayus , curang..."

Belum sempat hisyam menghabis kan ayatnya satu tumbukkan di layangkan tepat mengena wajahnya , "Kau tak ada hak nak masuk campur urusan rumah tangga aku" marah danish...

"Danish" halang syamsul apabila danish mahu melayangkan tumbukkan pada hisyam , "Settle dekat rumah" bisik syamsul..

"Kau aku tak habis lagi dengan kau" jari nya tepat menuju ke arah hisyam yang masih terduduk akibat tumbukan dari danish...

"Sofea balik" arah syamsul dengan tegas , syamsul membawak sofea ke bawah dan tak lama pakcik daus pula datang untuk memgambil sofea semula...

"Eh hisyam tu kenapa? berdarah bibir dia tu?" soal pak cik daus tapi seorang pun tidak menjawab sehingga la mereka sampai di rumah....

Sampai sahaja di rumah danish terus naik ke atas , "apa yang adik buat dengan hisyam tadi? adik tahu adik dah bersuami kan?"

"Tahu" balas sofea sambil kepalanya di tundukkan , "Dah tu apa tadi tu? peluk? biar betul dik?"

"Adik tadi nak terjatuh tapi hisyam selamatkan adik dari jatuh"

Syamsul mengelengkan kepalanya lalu menyuruh sofea berjumpa dengan danish , "Dia datang sini semata mata nak jumpa dengan adik , dia rindukan adik" ujar syamsul...

Sofea melepakan keluhan lalu naik ke biliknya , pintu di tolak dan sofea memandang danish yang berdiri sambil memandang ke luar tingkap tapi entah kenapa jantungnya makin laju apabila dia melangkah ke arah suaminya...

"Sebab ni ke kau minta aku lepaskan kau? sebab kau dah jumpa penganti aku?" soal danish yang masih memandang luar...

"Awak apa yang awak nampak tak sama dengan apa yang awak fikir , saya tak buat apa apa pun dengan dia" jawab sofea..

"berpelukan? sofea sedar tak kau tu isteri aku?" tanya danish sambil memusingkan badannya k arah sofea , sofea terus memandang bawah apabila melihat wajah bengis danish...

"Aku tanya kau ni?" bentak danish , Dengan perlahan sofea menganggukkan kepalanya....."Sofea aku dekat KL cari bukti tentang irdina kau dekat sini happy happy dengan jantan lain"

"Jadi betul la , gambar gambar tu bukan edit tapi real"

Sofea mengerutkan dahinya tidak faham apa yang di katakan danish , "Ni" danish mencampakkan phonenya ke arah katil dan sofea terus mengambilnya terkejut bila dia melihat gambar gambar dia bersama hisyam selama seminggu ni...

"Apa ni? siapa?"

"Siapa bagi? kau nak kata tu tipu la? kau nak bagi alasan apa?"

"Saya , saya tak curang dengan awak dia kawan saya dia cuma nk"

"Dia nak kan kau" sofea mengelengkan kepalanya laju , "No tak dia"

Danish menarik nafas panjang lalu memegang kedua dua bahu sofea , mata sofea ditatap oleh danish mata ni , mata ni dia akan rindukan mata ni......

"Kau tak bahagia dengan aku kan sofea?" soal danish...

Sofea diam , "Aku tak marah dekat kau tapi aku cuma nak kan jawapan"

Sofea membalas tatapan sang suami , "Saya bahagia dengan awak" jawab sofea dengan bibirnya di ukirkan senyuman...

"Mulai hari ni aku nak kau cari kebahagian kau sendiri , tak ada guna kita jadi suami isteri tapi kepercayaan tu langsung tak ada , kau tak percaya kan aku , kau masih was was dengan cinta aku pada kau , aku dah tak nak seksa perasaan kau lagi , aku kau cari lelaki yang boleh buat kau bahagia"

Tubuh sofea di bawah ke dalam pelukan danish , satu kucupan di hadiahkan di dahi licin milik sofea entah kenapa perasaannya kini berat untuk melepaskan isterinya...

"Cari kebahagian kau" bisik danish

Dengan perlahan danish melepaskan pelukkan mereka , Danish menarik nafas dalam sebelum dia melafaskan sesuatu pada sofea....

"Nurul sofea aku ceraikan kau dengan talak 1"

Dengar sahaja lafaz yang di lepaskan oleh danish tubuh sofea kian melemah dia lantas memaut tiang katilnya , Manakala danish pula terus keluar dari bilik sambil menahan airmatanya dari terjatuh...

"Danish semua okey ke?" soal pakcik daus , danish menyalam kedua dua orang tua sofea dan terus masuk ke keretanya lalu terus menghilang dari kawasan rumah mereka...

"Ya allah sofea" jeritan mak sal membuatkan pakcik daus dan syamsul saling berpandangan dengan cepat mereka berlari ke arah bilik sofea....

"Mak sal ni semua permintaan sofea , tapi kenapa sofea rasa sakit sangat bila dia lafas kan cerai pada sofea?" soal sofea yang berada di pelukkan mak sal...

Syamsul agak terkejut bila mendengar apa yang di katakan sofea , nampaknya danish sudah melepaskan adiknya mungkin ini disebabkan apa yang berlaku di air terjun tadi...

"Sabar sayang , sabar" pujuk mak sal yang mengusap wajah sofea...

"Sofea , sofea berdosa dengan dia mak sal semua salah sofea"

Dalam perjalanan balik ke kl air mata danish kian jatuh berjurai jurai , dia sendiri tertanya tanya betul ke tindakkan dia ni? melepaskan wanita yang paling dia sayang untuk kebahagian wanita itu sendiri....

"Aku sayang kan kau sofea , tapi kau tak bahagia dengan aku , cari la kebahagian kau sendiri aku dah tak nak seksa perasaan kau lagi" bisik danish sendiri lalu tangannya lantas menghapuskan airmata yang makin lebat......

"See aku dah kata lelaki ni boleh di harap , dia berjaya buat danish dengan sofea gaduh besar" ujar irdina pada farhan apabila dia mendapat mesej dari hisyam...

"Kau percaya ke dengan lelaki ni? kau tak takut ke nanti dia bocorkan rahsia ni?"

"Bocorkan ? silakan tapi ingat dia pun termasuk dalam rancangan ni , kau ingat sofea senang senang nak maaf kan dia?" farhan mengangguk kan kepalanya menandaka dia setuju dengan apa yang di katakan oleh irdina...

Nampaknya plan nya akan berjaya sepenuhnya sekiranya dia berjaya berkahwin dengan danish dan dapat membuat danish membuang sofea jauh dari hatinya.....

Share this novel

Rohani Hussin
2021-12-31 08:58:02 

Lmbtnya.update..

Rohani Hussin
2021-12-28 15:27:41 

Sikitnya update..lma tggu


NovelPlus Premium

The best ads free experience