Hanna
"Hanna. Cepatlah kahwin. Mak tak sabar nak timbang cucu ni," ujar eomma.
Aku tersedak minum air nescafe bila eommaku tetiba mahu aku kahwin. Ini bukan kali pertama, dia menyatakan hasrat sedemikian. Sudah hampir 999 kali dia mahu aku kahwin.
"Eomma, Hanna masih muda lagilah mak . Hanna baru berumur 19 tahun tahu ni," kataku.
Tak mungkin aku mahu kahwin pada usia yang sangat muda ini. Terlalu awal untuk aku kahwin.
" Hanna kamu perlu kahwin cepat kalau tak sumpahan tu akan menamatkan seluruh keturunan kita,"
Dengan nada risau, eommaku berkata. Aku hanya mengeluh perlahan.
Sumpahan yang dikenakan terhadap keluargaku sangatlah berat. Mana mana anak perempuan keluarga Kim yang tidak berkahwin pada usia 20 tahun, keluarganya akan ditimpa malapetaka.
Asalkan menantu perempuan dan anak perempuan keluarga Kim, mereka perlu mengandung bagi meneruskan zuriat kalau tidak seluruh keluarga akan bernasib malang.
Aku menggeleng gelengkan kepala. Bagaimana harus aku menamatkan sumpahan keluarga aku?
Macam mana aku mahu beranak tanpa disentuh oleh mana mana lelaki?
****
Dia melihat ke arah cermin ajaibnya. Ada imej seorang gadis muda yang sedang bersama ibunya.
" Hanna. Sayang. Jangan risau. Saya akan tolong awak dan awak akan jadi milik saya untuk selamanya."
Share this novel