Bab 10

Horror & Thriller Completed 790

1962

Jamilah memandang dari jauh. Sakit hatinya melihat kedua-dua itu bermesraan. Bukan dia tidak tahu akan perasaan Munir terhadapnya.

Memang Munir amat baik dan rapat dengan Jamilah. Tetapi hanya sebagai abang dan adik. Tidak lebih daripada itu. Jamilah juga sudah sedia maklum.

Tetapi disebabkan syaitan lebih menguasai diri, Jamilah sanggup melakukan apa sahaja untuk memuaskan hatinya.

Suatu hari, Jamilah pergi kerumah Tok Bomoh Suji dengan niat ingin memakai susuk supaya dapat menarik perhatian Munir. Tetapi gagal. Kehangatan cinta antara Mawar dan Munir telah mengaburi segala-galanya.

************

Rania dan Raihana saling berpandangan. Danial pula membisu seribu bahasa. Hairan mereka. Baru sebentar tadi Faroq menyinga dan kini Faroq baru sahaja mengajak mereka ke panggung.

"Nak ke tak nak?" soal Faroq.

Tiada balasan.

"Aku belanja." sambung Faroq.

Masih tiada balasan. Faroq memandang Danial. Lampu isyarat berwarna merah. Faroq pusing ke belakang. Rania dan Raihana membatu.

"Aku nak minta maaf dengan korang. Korang pun tahu aku bukannya jenis suka marah-marah, tengking-tengking orang. Tapi kesabaran aku ni pun ada hadnya. Bak gunung berapi. Bila sampai masanya akan meletus juga. So, sebagai tanda aku minta maaf, aku belanja korang tengok wayang. Nak tak?" Jelas Faroq panjang lebar.

"Tapi kau kena janji tak macam tadi tu lagi. Boleh tak?" soal Rania.

"Boleh. Tapi korang jangan membingit macam tadi lagi. Boleh tak?" soal Faroq pula.

"In Sha Allah." jawab Danial.

"Yes, panggung. Aku dah lama tak pergi tengok wayang. Sejak dah sem akhir ni. Aku pun dah tak ada masa untuk tu." celah Raihana.

"Okey. Nampaknya semua dah bersetuju. Let's go!" sambung Faroq.

****************

Mereka balik ke rumah masing-masing. Tetapi pada hari ini, Rania akan tinggal dirumah Raihana disebabkan mama dan papanya ke overseas atas urusan kerja.

"Terkejut juga aku tadi dengan Faroq." kata Raihana.

"Aku bukan je rasa terkejut. Rasa macam nak terkencing pun ada." ujar Rania.

"Tapi part yang paling kelakarkan, aku tengok si Danial tu terus terdiam, membisu, terpaku, membatu. Hahahahaha." sambung Rania.

"Oh, kau. Bab mengata ke Danial tu nombor satu. Kau pun apa kurangnya. Dua kali lima sama dengan sepuluh je kau dengan dia tu. Hahahaha." giliran Raihana pula mengenakannya.

Rania memuncungkan bibirnya.

"Muncungkanlah bibirmu itu. Aku tarik baru tau. Dah aku nak pergi buat air. Kau nak minum apa-apa tak?" soal Raihana.

"Apa-apa jelah." balas Rania.

"Okey, air apa-apa jelah siap sekejap lagi!". laung Raihana sambil tergelak.

Rania juga tergelak. Beberapa saat kemudian telefon Rania mengeluarkan bunyi ringtone lagu 'Girls Like You'.

" Hello?"

"Hello. Assalamualaikum. Boleh saya bercakap dengan Rania?"

"Waalaikumussalam. Ya saya. Siapa ni?" soal Rania.

"Ni Zya lah."

"Oh, Zya. Ada apa call ni?" soal Rania.

"Esok free tak? Ingat nak jumpa esok."

"Free kot. Nak jumpa dekat mana?" soal Rania.

"Nanti Zya whatsapp tempat dan masa. Zya ada benda nak cakap . Okeylah. Zya nak kena letak call dulu. Ada kerja sikit. Bye." Zya memutuskan panggilan.

"Okey, bye."

"Nah air apa-apa jelah kau." hulur Raihana.

"Thanks." ucap Rania.

"Siapa tu?". soal Raihana.

" Zya." jawab Rania.

"Ooo. Kenapa dia call?" soal Raihana.

"Dia nak jumpa aku esok. Katanya ada benda yang nak dibincangkan. Tapi aku pelik.". kata Rania.

" Kenapa?" soal Raihana.

"Bunyi dia macam tergesa-gesa sangat." sambung Rania.

"Dia kan doktor. Mestilah tergesa-gesa. Entah dia ada pesakit ke nak kena settlekan." jelas Raihana.

Telefon Rania berkelip menunjukkan ada whatsapp masuk.

Tempat : Kafeteria hospital.
Masa. : 11.00 pagi
Jumpa esok.

"Sekarang ni aku nak pergi naik apa?" soal Rania.

Raihana seperti baru mengingati sesuatu.
"Sebenarnya kan Rania, Faroq ajak kita semua pusing-pusing esok. Memandangkan kereta dia dah siap petang tadi." kata Raihana.

"Hana! Jangan sampai aku panggil kau hana*. Kenapa kau tak bagitau aku?" soal Rania dengan nada marah.

"Sorry. Aku terlupa."

Rania menunjukkan reaksi merajuk.

"Nanti aku bagitau dekat Faroq pasal ni. Dia mesti nak tolong punya." sambung Raihana dengan nada memujuk.

"Alah. Aku serba salah dengan Faroq." kata Rania.

"Sebelum ni elok je kau suruh dia hantar kesana kemari. Sejak bila kau ni jadi Cik Serba Salah ni?" soal Raihana.

"Ya lah." Rania akur.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience