BAB 9

Romance Completed 24711

Adriana lagilah pelik sebab tiba-tiba saja nak pengsan dengan teguran Umar. Sebelum Adriana jatuh ke lantai pantas Umar bergerak mendapatkan Adriana dan Adriana sudah dalam dakapan Umar. “Awak okay tak?” suara lembut Umar menyoal Adriana. Senyuman dengn berlesung pipit Umar membuatkan Adriana rasa cemas dan terus dia berdiri tegak, terasa panas mukanya dengan aksi Umar sebentar tadi. “Adriana awak okay tak? Awak sakit ke sampai nak pengsan ni?” caring sangat pulak Umar dengan Adriana sebelum ni asyik tengking saja. Sah-sah hari ini hari istimewa buat Umar kut. Adriana hanya tertunduk malu, baru je Umar tegur sikit dah nak pengsan belum lagi kalau romantic confirm dia koma.

Apa aku nak jawab ni? Malunya! Baru je aku berangan pasal dia dah datang, dia tegur aku lagi macam tadi aduh cairlah.’ Adriana buntu sekejap tak tahu nak cakap apa.

“Saya okay encik Umar, saya sihat je. Cuma saya sedikit terkejut dengan teguran encik Umar, sebab tak pernah encik Umar tegur saya dengan ramah sekali.” Kecut perut Adriana menjawab, badannya terasa seram sejuk dengan apa yang terjadi sampai dia lupa apa nak buat.

“Miss KP awak confirm single kan?” soalan ni lagi Umar tanya padanya. Ada yang tak kena dengan Umar hari ni. “Awak kena jawab soalan saya Miss Adriana Arman, jangan diam-diam boleh tak?” Umar cuba untuk menenangkan jiwanya tapi Adriana hanya diam dari tadi membuatkan dia sedikit geram. ‘Soalan ni yang senang ni susah pulak dia nak jawab.’ Bisik hati Umar, tak sabar dia ingin tahu status Adriana sebab nak ajak makan malam sempena hari jadi Adriana hari ni. “Jawablah soalan saya Adriana.” Rayu Umar pada Adriana.

“Ya, saya single encik Umar.” Mukanya sudah memerah menjawab soalan Umar, semakin laju jantungnya bila melihat Umar di hadapannya tapi masih juga di tetapnya kerana ingin tahu apa reaksi Umar bila tahu dia masih bujang.

“Yes! Good, malam ni awak sudi tak dinner dengan saya?” Umar gembira dengan jawapan yang didengarnya dari Adriana terus menjemput Adriana makan malam. Adriana terkejut dengan reaksi Umar yang sangat teruja dan mukanya yang gembira. Adriana betul-betul buntu dengan apa yang akan terjadi. “Miss KP, sudi tak?” Soal Umar lagi sekali dengan garangnya. Sengaja Umar meninggikan sedikit suaranya sebab Adriana masih lagi kelihatan dalam khayalan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience