Rate

BLACK ROSE (broken inside) 29

Drama Completed 921561

Mawar menjengah ke luar tingkap hospital. Dua tiga kali dia keluar bertanya pada misi di situ bila dia boleh keluar dari hospital. Namun, soalannya masih tiada jawapan. Entah apa yang membuatkan mereka masih menahannya di sini. Keluhan dilepaskan.

"Aaaarrrggghhh!!!!" jerit Mawar melepaskan geram. Jari jemarinya di garu-garu kasar ke kepala yang ditutupi tudung sarung itu. Tudungnya sudah melorot menutupi alis mata. Dibiarkan sahaja. Protes! Sudah rimas berada di hospital.

Syakir yang baru sahaja masuk ke ruangan itu agak terkejut dengan jeritan Mawar. Dia kaku seketika melihat Mawar seperti orang hilang akal. Mawar masih belum sedar kehadiran Syakir di situ. Dan Syakir masih berdiri di satu tempat untuk melihat gelagat Mawar. Bibirnya mengukir senyum nipis.

Mawar pula masih lagi merenung ke luar tingkap. Kepala di hantuk-hantuk ke cermin tingkap.

Dok! Dok! Dok!

Keluhan berat meluncur keluar dari mulut Mawar. Kemudian, Mawar mula menyanyikan lagu I Miss You Like Crazy. Lagu ketika pertama kali dia dan Aydean bertemu.

I used to call you my girl
I used to call you my friend
I used to call you the love
The love that I never had

Syakir tersenyum tatkala mendengar Mawar menyanyi tanpa menyedari kehadirannya di situ. Tangan di lipat ke dada sambil tubuh di sandar ke dinding.

When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again?

Senyuman masih terukir di wajah jejaka itu. Matanya kuat melekat ke arah susuk tubuh Mawar. Suara wanita itu masih sama seperti dulu. Merdu. Suara yang membuai perasaan Syakir setiap kali Mawar menyanyi.

I miss you like crazy
Even more than words can say
I miss you like crazy
Every minute of everyday
Girl, I'm so down when you're love's not around
I miss you
Miss you
Miss you
I miss you like crazy

Mawar menghentikan nyanyiannya. Dia tersenyum sendiri. Wajah Aydean berlegar-legar di fikirannya. Aydean. Aydean. Aydean.

Sah! Angau!!

Tiba-tiba dia tersedar yang dia sedang mengelamun tentang lelaki itu. Cepat-cepat dia mengusir wajah Aydean dari fikirannya. Kepala digeleng laju. Tudung yang melorot tadi dibetulkan semula. Rimas!

'Come on, Mawar! Dean deserve a better women than you!' getus hati Mawar. Mawar menoleh ke belakang ingin kembali ke katil hospital. Dia terkejut apabila melihat susuk tubuh Syakir di situ.

Senyuman menggoda Syakir membuatkan Mawar kaku membeku seketika. Dia terkedu tanpa sepatah kata. Air liur ditelan terasa berpasir.

'Sejak bila dia ada dekat sini?' detik Mawar di dalam hati. Muka Mawar berubah riak. Hatinya bercampur baur dengan pelbagai perasaan. Syakir pula masih tenang merenung Mawar dengan senyumannya.

"Your voice, still same. I miss you too," ucap Syakir dengan suara yang gemersik. Mawar menarik nafas dalam. Dadanya terasa sempit. Dia cuba bertenang. Perlahan kaki melangkah ke katil. Dia melabuhkan punggungnya tanpa memandang ke arah Syakir.

Syakir mula menghampiri Mawar. Wajahnya masih manis dengan senyuman. Dia berdiri betul-betul di hadapan wanita itu.

"Boring sangat ke sampai hantuk-hantuk kepala dekat cermin tu?" soal Syakir sengaja mengusik Mawar. Wajah tidak keruan Mawar mencuit hatinya. Mawar diam tanpa menjawab soalan Syakir.

"You dah boleh discharge," sambung Syakir lagi. Pantas Mawar mendongak melihat ke arah Syakir. Riaknya sedikit ceria.

"Betul?" soal Mawar cuba mendapatkan pengesahan. Syakir angguk kepala sambil tersenyum lagi. Mawar hela nafas lega. Terus dia bangun mencapai bajunya dan menuju ke bilik air untuk menukar baju. Syakir ketawa kecil tatkala melihat gelagat Mawar. Pasti wanita itu sudah tidak sabar-sabar mahu keluar dari hospital.

Tiba-tiba, telefon bimbit Mawar berbunyi. Syakir mejengah ke arah telefon yang berada di atas katil itu. Dahinya berkerut saat melihat nama Aydean di skrin telefon. Tanpa membuang masa, Syakir mencapai telefon bimbit Mawar dan menjawab panggilan telefon dari Aydean.

"Hello, Dean," jawab Syakir selamba. Aydean terkedu seketika. Dia kembali melihat ke skrin telefon bimbitnya.

Betul, nombor Mawar!

" Dean!" sekali lagi Syakir bersuara. Aydean menelan air liur. Dia menarik nafas dalam.

"Cousin!! Kau dengan Mawar ek?" Aydean cuba mengawal getar di suaranya. Dia tidak mahu Syakir salah faham. Tetapi, alasan apa yang harus diberikan jika Syakir bertanya.

"Yup. Mawar discharge kejap lagi. Dia dalam restroom tukar baju," jawab Syakir tanpa mengesyaki apa-apa.

"Oh, okaylah. Mawar dah boleh discharge tu kira dia dah okaylah kan?" tutur kata Aydean mula tidak teratur. Dia meraup wajahnya perlahan.

"A'ah.. everything is fine. Restoran pun aku dah panggil orang untuk settlekan," jelas Syakir tenang. Aydean diam seketika. Hatinya terbit rasa gelisah.

"Kau call Mawar ni kenapa?" soal Syakir seakan curiga. Rahang digosok lembut.

"Yelah, aku kan boss. Nak tahu juga keadaan krew macam mana. Jangan salah faham, cousin. She's yours right?" jawab Aydean sambil ketawa yang dibuat-buat. Syakir ukir senyum nipis.

"Of course aku akan salah faham if kau tak explain. Yes, she's mine," balas Syakir dengan yakin. Mereka ketawa bersama. Dada Aydean terasa sebu. Namun, dia cuba mengawal perasaannya.

"Okay, Shark. Aku nak sambung shooting. Kirim salam Mawar," ucap Aydean. Perbualan ditamatkan. Syakir meletak kembali telefon bimbit Mawar di atas katil.

Beberapa minit selepas itu, Mawar keluar dari bilik air. Dia sudah pun siap berpakaian biasa. Syakir ukir senyum tatkala melihat Mawar.

"So, let's go. I hantar you balik," tutur Syakir sambil berjalan menuju ke arah pintu keluar. Mawar mencapai segala barang miliknya yang berada di atas katil itu. Disumbat semuanya ke dalam beg sandang.

Kemudian, dia membontoti Syakir keluar dari bilik tersebut.

SEPANJANG berada di dalam kereta Syakir, Mawar diam membisu. Otaknya menderas berfikir bagaimana mahu berterus terang dengan lelaki itu bahawa dia mahu berhenti dari bekerja di restoran.

"Oh, tadi Dean call phone you. I jawab. Dia kirim salam," kata Syakir memula bicara. Mawar terkedu. Spontan dia menoleh ke arah Syakir yang sedang memandu. Syakir turut memandang sekilas ke arah Mawar. Dia tahu wanita itu tidak suka Syakir menyentuh barang miliknya sesuka hati.

"Sorry. I tahu you tak suka I sentuh barang you. Tapi, I tengok nama Dean. So, spontan I jawab," jelas Syakir. Dia serba salah apabila melihat Mawar diam membisu. Mawar kembali membuang pandangannya ke luar tingkap.

Mawar keliru. Resah dan gusar silih berganti menyerbu masuk ke dalam hatinya. Dia nekad untuk menjauhkan diri dari lelaki itu seperti janjinya pada Maira.

"Encik Syakir," mata di bawa kembali melihat lelaki di sebelahnya itu. Syakir menoleh sekejap ke arah Mawar. Kemudian, matanya kembali memberi fokus pada pemanduannya.

"Shark," ucap Syakir. Tidak suka panggilan formal sebegitu. Seolah Mawar meletakkan jurang antara mereka. Mawar menarik nafas dalam.

"Saya nak resign," tutur Mawar dengan nada dingin. Syakir tersentak. Break kaki di pijak secara mengejut apabila kereta di hadapannya tiba-tiba berhenti. Mawar hampir terdorong ke depan. Mujur tali pinggang keledar dipasang kemas. Hampir sahaja kereta Syakir mencium bontot kereta di hadapannya itu. Tetapi, bukan itu yang dikisahkan Syakir. Mencerlung matanya memandang ke arah Mawar.

"What??" dahi Syakir berlapis-lapis kerutannya seolah tidak percaya apa yang di dengarinya sebentar tadi. Mawar yang masih terkejut dengan kejadian itu, menggosok dada. Nafas cuba di dibetulkan semula.

"Saya nak berhenti," ulang Mawar. Dia tidak berani untuk menatap wajah Syakir saat ini. Pasti lelaki itu tidak bersetuju. Syakir kembali memandu apabila kereta hadapannya bergerak semula.

"Tak boleh. You terikat dengan kontrak," tegas Syakir cuba bertenang. Wajahnya mula serius. Gigi diketap. Rahangnya kelihatan bergerak-gerak seakan menahan geram.

"Berapa saya perlu bayar untuk harga kontrak tu?" soal Mawar bersahaja. Dia sudah tidak peduli lagi.

"Why?" soal Syakir dengan nada yang agak keras. Mawar menarik nafas dalam.

"Saya dapat kerja lain," jawab Mawar masih tenang. Syakir meraup wajah. Rambut disisir dengan hujung jari. Dia diam membisu. Tidak mahu meneruskan perbualan itu.

Mawar mengerling Syakir dengan hujung mata. Dia masih menanti jawapan dari mulut Syakir. Namun, tetap sahaja lelaki itu diam dan memandu seperti biasa. Bibir bawah digigit perlahan.

××××××××××

Suasana di Surfers Paradise Beachfront Markets itu agak sesak dengan orang ramai. Ianya terletak di sepanjang Surfers Paradise Foreshore.

Aydean dan beberapa orang krew production berjalan bersama-bersama sambil mencuci mata melihat barangan-barangan yang di jual di setiap gerai.

Aydean menghampiri sebuah gerai yang menjual barangan aksesori yang unik dan cantik. Matanya meliar di setiap barang yang berada di situ. Dia membelek setiap satu barangan yang terletak di atas meja yang beralaskan kain putih itu. Seutas rantai yang berbuahkan boxing glove menarik perhatiannya. Serta merta Aydean teringatkan Mawar. Bibir mengukir senyum nipis. Dia berkira-kira untuk membeli rantai tersebut untuk Mawar. Tetapi, apabila mengenangkan hubungan Mawar dan Syakir kembali pulih, Aydean membatalkan niatnya. Dia tidak mahu Syakir salah faham terhadap dia dan Mawar. Aydean mengeluh. Dia kemudiannya melangkah keluar dari gerai itu tanpa membeli apa-apa.

Dia terus berjalan lagi sehingga ke hujung. Krew-krew yang lain semuanya sudah membawa haluan masing-masing termasuklah Aydean.

Sebelum keluar dari kawasan itu, Aydean membeli secawan kopi panas bagi mengurangkan dingin ditubuhnya. Dia berjalan menuju ke kerusi yang berada tidak jauh dari tempat dia berdiri. Punggung dilabuhkan. Perlahan dia menghirup air kopi yang berada di tangannya. Cepat sahaja kopi itu menyejuk dek kerana cuaca malam yang mula mencecah 10°celscius. Sejuk sehingga ke tulang hitam dirasakan saat ini. Aydean menarik penutup hidung dari celahan leher sweaternya. Separuh dari wajahnya di tutup. Tidak tahan hidungnya disapa dingin malam. Kulit muka mula terasa tegang dan kering.

Telefon bimbit dikeluarkan. Nombor telefon Mawar di renung. Rindu. Sungguh hatinya dihenyak rindu yang menggila terhadap Mawar. Tak mungkin dia akan berebut Mawar dengan Syakir. Dia pasti, Mawar masih menyintai Syakir dan dia... Akan terus bertepuk sebelah tangan.

Ingatannya kembali menjangkau suasana lampau. Terlalu banyak kenangan mereka bertiga suatu tika dulu. Aydean mengukir senyum hambar.
. .
.

Gelak tawa Aydean dan Syakir memecah kesunyian malam itu. Kie yang berada di sebelah Syakir hanya membisu tanpa memberi apa-apa reaksi. Mana tidaknya, telinga gadis itu disumbat dengan earphone. Sekali sekala kepala Kie terangguk-angguk mengikut rentak lagu yang didengarinya. Rokok di celahan jari disedut dalam dan dihembus perlahan. Itulah kelakuan Kie setiap kali Syakir sibuk berbual dengan Aydean.

"Lepas ni nak lepak mana?" soal Syakir. Tangan kanannya memaut bahu Kie. Kie ketika itu hanya berbaju t-shirt tanpa lengan berwarna hitam bersama seluar jeans skinny juga berwarna hitam.

Tanpa memandang ke arah Syakir, Kie angkat bahu tanda tidak tahu. Sejujurnya, Kie tidak suka akan kehadiran Aydean di situ. Tetapi, selalu sahaja Aydean mengikut mereka berdua kemana sahaja. Di rasakan Aydean tidak sporting dan terlalu banyak pantang larang. Diajak 'minum' tidak mahu. Di hulur rokok juga tidak mahu. Di ajak masuk ke club juga tidak mahu. Lelaki bosan! Berbeza dengan Syakir. Segala kemahuan Kie dituruti tanpa mengira dosa pahala.

"I nak balik. Boring!" selamba Kie menutur kata. Tangan Syakir ditolak dari bahunya. Earphone di cabut dari lubang telinga. Digulung dan disumbat ke dalam poket kanan.

"Laa.... Kita baru lepak, sayang. Tak kan dah nak balik?" Syakir cuba memujuk. Kie tarik muka masam. Bukan Syakir tidak tahu mengapa dia jadi sebegitu. Tetapi, Syakir tiada pilihan lain. Jika Aydean tidak ikut bersama, pasti dia tidak dibenarkan keluar sehingga lewat malam seperti ini.

"Kalau you nak I stay lagi. Jom pergi club," sengaja Kie menduga Syakir. Dia mahu melihat kesungguhan lelaki itu untuk mengikut kehendaknya. Riak wajah Syakir berubah. Wajah Aydean di pandang seolah meminta agar Aydean mahu mengikutnya untuk kali ini.

"Kita under age lah. Kalau kena tangkap, siapa yang susah. Banyak lagi tempat boleh lepak. Pehal nak pergi club??" bidas Aydean selamba. Mata Kie mencerlung ke arah Aydean. Benci!!

"I nak balik!" keras suara Kie menutur kata. Dia cuba bangun dari duduknya. Pantas Syakir menahan. Tubuh gadis itu dipeluk.

"Please.. Janganlah macam ni. Betul cakap Dean tu. Kalau kita kena tangkap, lecehlah," Syakir cuba memujuk Kie. Kie menolak tubuh Syakir dari memeluknya.

"I nak balik! Berapa kali dah I cakap dengan you, I tak suka dia ni ikut kita!! I tak suka dia!! I benci dia!! Semua benda tak boleh!! Kalau you nak terus keluar dengan I, jangan bawa dia lagi!!" balas Kie tanpa mempedulikan perasaan Aydean. Riak wajah Aydean berubah tatkala mendengar kata-kata Kie. Dia diam dan bangun dari situ.

"Takpelah, Shark. Aku blah dulu. Kau layanlah girlfriend kau ni," terus Aydean melangkah meninggalkan pasangan itu. Hatinya sebal dan kecewa dengan kata-kata Kie terhadapnya. Dia tahu sejak awal Kie bersama Syakir lagi, memang gadis itu tidak suka dan selesa dengan kehadirannya. Tetapi, sengaja dia buat tak faham sehinggalah gadis itu sendiri meluahkan apa yang dirasakan selama ini terhadap dirinya.
. .
.

Lamunan Aydean terhenti apabila seseorang menyentuh bahunya lembut. Aydean menoleh ke arah susuk tubuh itu. Wanita itu tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di sisi Aydean.

" Mana krew lain?" soal Aurora Aulia, pelakon baru yang sedang melonjak naik namanya di persada seni. Mereka berdua boleh di katakan gandingan yang sedang hangat dan sesuai di dalam drama. Aydean angkat bahu tanda tidak tahu.

"Tak beli apa-apa ke untuk girlfriend you Merlinda?" soal Aurora sengaja memancing Aydean. Aydean ukir senyum di sebalik penutup mulutnya.

" I balik hotel dulu. See you tomorrow," Aydean bangun lantas meninggalkan gadis itu di situ sendirian. Aurora mendengus kasar. Aydean yang kelihatan romantik di dalam setiap drama bukan seperti apa yang dilihat. Lelaki yang sukar untuk didekati. Tidak pernah Aurora mendengar lelaki itu menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita yang pernah bekerjasama dengannya. Tiada gosip cinta lokasi tentang Aydean.

Aurora juga mendengar dari gosip-gosip sesama wartawan dan artis yang lain tentang hubungan Aydean dan Merlinda. Hubungan yang dikatakan mempunyai kepentingan sendiri. Hubungan yang tidak serius. Itulah khabar angin yang wanita itu dengar sejak akhir-akhir ini.

Seperti biasa, Aydean enggan mengulas tentang cerita peribadinya setiap kali di soal oleh wartawan hiburan. Dia lebih selesa untuk tidak menjawab soalan-soalan berkaitan hubungan cintanya.

Aurora merenung susuk tubuh Aydean yang mula hilang dari celahan orang ramai. Dia mengeluh kerana gagal menarik perhatian Aydean.

bersambung.....

happy reading!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience