PPM4-pertemuan 8 mata

Drama Completed 69665

Puan Kasmiza keluar dari rumah membawa plastik berisi barang milik Aini, Adham yang melihat plastik di tangan puam Kasmiza tidak menyangka penipuannya ternyata sebuah kebetulan yang menguntungkan.
"Ini barang Aini yang tertinggal opah dah basuh tau"kata Puan Kasmiza.
"Opah, Boleh Am nak bercakap dengan Akram sekejap?"soal Adham, dia tidak boleh memanjangkan lagi perkara ini
"Ok, Am tunggu ya Opah panggil Ram keluar"puan Kasmiza masuk kembali ke dalam rumah, sementara menunggu Adham memeriksa barang peninggalan Aini di rumah opah itu
"what the hell"getus Adham.

beberapa pasang bra dan underwear terlipat elok di dalam plastik itu.
"sekarang ni macam mana aku nak jelaskan pada kakak tentang underwear dia ni" fikir Adham dan 5 minit berselang Akram mengetuk pintu kereta Adham.
"Yes, Am nak jumpa Daddy?"soal Akram sebaik masuk ke dalam kereta Adham.

"You Anak orang kaya, apa tujuan you menjadi seorang penyelia encik Akram, untuk mendekati my Mom?"soal Adham.

"Basically Yes, itu memang tujuan I tapi boleh tak kalau You ajak dua lagi kembar you,kita bercakap di tempat lain. how about dinner in the hotel?"soal Akram.
"Bila?"tanya Adham, dia merasakan lebih elok jika Adzrin dan Adam juga terlibat dalam perbualan mereka.
"Esok malam di Star Angel Hotel."kataAkram.
"Ok sharp 8 pm"kata Adham lalu menghidupkan enjin keretanya Akram keluar dari kereta itu dan merasakan kepuasan dapat bertemu dengan ketiga tiga kembar itu nanti.

"Ad, Dam, korang tahu tak ibu Masuk hospital"soal Adham melalui satu conference call antara mereka bertiga
"Sakit apa "soal Adam.

"Doktor cakap penat dan darah rendah, ibu berfikir banyak aku rasa "ujar Adham

"Dah tahu tua pun masih fikir nak kahwin lagi mana tak terkejut badan tu, itu tandanya ibu tu dah tua dan dah elok duduk rumah mengaji Al-Quran saja bukan buat persiapan perkahwinan."kata Adzrin.
"Ad, ibu tu baru 45 tahun bukan 95 tahun tau"kata Adham.
"Itu saja ke alasan kau invite kami untuk conference call ni?"soal Adam.
"Korang tak nak jumpa bakal ayah tiri dulu?"soal Adham.
"Aku bagi tugas tu pada kau Am,apa maklumat kau dah dapat?"tanya Adzrin

"Akram Bin Tan Sri Akmal Hisham, pewaris tunggal, pasaraya Tiara,"kata Adham.
" Wow orang kaya, so apa alasan dia nak kahwin dengan janda anak Lima?soal Adam.
"Malam esok join aku untuk makan malam di Star Angel Hotel tepat pukul 8 malam ok.
"Tengoklah kalau aku takde patient"ujar Adam.
"Kalau meeting appointment aku habis sebelum pukul 8 aku datang."kata Adzrin.
Adham fikir lebih baik dia pergi bertemu dengan Akram dahulu dan kembarnya akan menyusul kemudian.

Hari yang dijanjikan pun tiba dan Akram sudah memesan sebuah bilik makan peribadi untuk 4 orang.

"Am seorang saja?"soal Akram.
"Mereka akan menyusul selepas ini Dam perlu attend patient dahulu dan Ad ada meeting appointment.

"Baiklah Am boleh order untuk mereka berdua juga ok order apa sahaja"ujar Akram .

"Adzrin dan Adam tiba pada pukul 9 malam . Akhirnya 4 orang lelaki itu dapat Bertemu 8 mata.
"Ada apa sebenarnya ni Am, siapa lelaki ini?"soal Adzrin.
"Maaf, saya akan kenalkan diri saya sekarang "kata Akram.

"Saya ialah Akram, berumur 38 tahun dan saya,mahu melamar Anisah sebagai isteri "kata Akram dengan penuh karisma.

'Bam!
"Saya Tak setuju,"kata Adzrin sambil menepuk meja itu
"Saya ajak berjumpa untuk berbincang dari lelaki kepada lelaki.

"Nak bincang apa?"Adam pula bangun dari situ. Akram tidak menunjukkan reaksi. dia tidak kisah jika 3 lelaki muda itu ingin pergi dari situ kerana bilik itu telah dikunci oleh pihak hotel dan hanya akan dibuka pada pukul 10 malam.
"Tahukah kamu bertiga Anisah mempunyai barah rahim dari 7 tahun yang lalu?"soal Akram perlahan.

Throwback 3hari lalu,

Ram You tak faham, the boys tak akan Setuju "balas Anisah.
"Let me do the talking, man to man"ujar Akram kerana pada ketika itu Akram yakin dia akan dapat memujuk kembar tiga yang degil itu.
"Ram tolong jangan beritahu mereka tentang sakit I ok"pinta Anisah .

'maaf sayang I terpaksa guna sakit You untuk memujuk 3 budak degil "kata hati Akram.
"Ibu sihat saja mana ada sakit, I akan jadi orang pertama tahu kalau ibu sakit"kata Adam .

"Tujuh tahun lepas kamu bertiga sedang melanjutkan pelajaran di USA dengan biasiswa JPA. dan adik kembar kamu pula berada di sekolah berasrama penuh di Johor Bahru.masa tu Anisah baru sebulan kerja sebagai promoter produk kosmetik di pasaraya Tiara dan dia tiba tiba jatuh pengsan, daddy baru bekerja di situ sebagai store keeper, kemudian heboh diperkatakan tentang penyakit barah rahim Anisah. sejak itu daddy sentiasa disisi ibu kerana tidak mahu ibu pengsan lagi. beberapa hari lepas ibu pengsan lagi dan doktor beritahu sel kanser sudah merebak. ini laporan doktor jika Adam tak percaya."Akram menghulurkan laporan doktor yang diminta untuk meyakinkan The triplets. Adam mengambil laporan itu dan menelitinya.
"So apa cadangan you?"soal Adam?.
"Pujuk ibu untuk buat pembedahan tu, twins boleh tinggal di rumah ibu daddy untuk sementara. dan kos pembedahan semua akan daddy tanggung."ujar Akram.
"Daddy!, tak sesuai la bang, beza umur kita 13 tahun saja, so kalau abang tolong bayar kos pembedahan itu apa helah dia?"kata Adzrin.
"Tak ada helah apa apa, Selama ni pun abang cuma nak pastikan Anisah sihat dan selamat "kata Akram.
"Banyak kali kami dengar pepatah Melayu kerana budi tergadai body "kata Adham.
"Tapi abang ikhlas nak kahwin dengan Anisah.
"Baiklah laporan ini benar, saya akan pujuk ibu Untuk pembedahan dan selepas pembedahan berjaya kita bincang soal perkahwinan"kata Adam.

Akram menghantar mesej kepada Anisah tentang perkembangan positif daripada anak anak lelaki Anisah.
"Sayang, the boys boleh terima I so it's time untuk you terima I sayang, I . P . K . P . K .I. 1 U . D . C . C . I .
Anisah yang membaca mesej itu kembali merasa resah, dia tidak pasti apa perasaan sebenarnya kepada Akram. Di awal pertemuan dengan Akram lelaki itu kembali mengajar Anisah perasaan rindu, dan Anisah ibarat anak gadis yang baru bercinta walaupun hakikatnya dia sudah ada 5 orang anak yang semakin meningkat dewasa. Akram tidak mahu Anisah menggunakan alasan umur lalu mula berkelakuan seperti anak remaja juga
"Ram, I bakal kehilangan Rahim, apa gunanya perkahwinan?"balas Anisah melalui chat itu.
"Anis ku yang manis kenapa setiap perkahwinan mesti di dasari oleh isu anak, perkahwinan ialah tentang melengkapi hidup. Al-Baihaqi r.a. meriwayatkan daripada Rasulullah S.A.W: “Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka ia telah memenuhi separuh agamanya. Maka bertakwalah ia kepada Allah pada separuh yang belum disempurnakan lagi.”balas Akram menambahkan keyakinan kepada Anisah.

perkembangan positif?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience