Bab 2

Action Series 3013

"HAI, cik adik" 5 orang budak lelaki menghampiri aku.

Matilah aku..

Kenapa time ni lah jalan takde kereta lalu pun.

"Kau nak apa. Hei, budak budak macam korang ni patut belajar kat rumah, bukan kacau perempuan. Haa, lagi satu, bukan cik adik tapi cik kak!! Haishh, budak zaman sekarang." Haa, baru kau tahu aku macam mana.

"Hahaha" suasana dihiasi gelak ketawa yang boleh tahan merdu. Macam monyet ketawa dapat pisang.

"Sudah, sudah, balik belajar lepas tu tolong mak ayah. Kesian mak ayah korang dapat anak macam korang ni." aku buat cara menghalau.

"Akak, akak cantiklah. Akak nak tak jadi kitaorang punya girlfriend. Mesti tip top. Bergegar bumi." Menggatal betul budak budak ni.

" No no no. Bukan bergegar bumi tapi bergegar kau nanti. " mulut laser aku dah menjelma. Ini lah rahsia aku. Tak padan dengan kerjaya.

"Akak takde sape akak boleh mintak tolong." diaorang dah mendekati aku. Aduiihhh, matilah aku.

"Akak call polis nanti." Aku tengok phone. Keluar satu perkataan ni. Shut down....

"Akak, phone habis bateri ke?" tak habis habis tergelak.

Ahh, memang mati macam ni.

Ya Allah, tolonglah aku, hantarkan lah penyelamat aku kala ini. Aminnn..

" Akak, jomlah ikut kitaorang. Bagilah kitaorang rasa sikit." Dahiku sudah berpeluh. Macam macam perkara negatif di dalam kepalaku.

Jangan dulu aku cakap depan tv tentang kes ni, tapi nanti diaorang pulak cakap untuk aku.

Aku kebelakang. Setapak demi setapak. Mereka juga kedepan, Setapak demi setapak.

Mana superhero Aku ni?

Ponn! Ponn!!

Sebuah kereta BMW i8 berhenti di sebelah kami.
Aikk? Siapa pulak ni? Haa, superhero Aku dah sampai!

Seorang pemuda keluar dari kereta tu. Hensem! Eh, Jap, macam kenal. Alamak, tu boss!

Satu bala lepas, datang satu bala.

" Kau siapa? Jangan ganggu kami, ok. Kau jangan cakap ni kau punya. Aku jumpa dulu." Salah sorang dari budak budak tu tarik tangan aku.

Wei suka hati je. Haram!

"Patut nya aku yang tanya kau siapa? Lepaskan tangan dia!" Boss pulak tarik tangan aku.

Wei ni bukan permainan tarik tali ok! Terputus jugak nanti.

"Ehemm.." aku berdehem. Berjaya! Mereka pandang aku.

"Encik encik sekalian. Ni tangan saya. Boleh tolong lepaskan?" Pintaku.

"No!!" kedua dua menjawab serentak. Lalu berlaku lagi sesi tarik menarik.

Aku tengok dah ramai manusia tengok drama yang berlaku. Kalah drama akasia. Ataupun cerita Goblin. Hahaha!

Tangan aku dah letih. Dan aku jatuh terduduk. Lenguh nya. Kedua dua tanganku masih dipegang.

Apabila mereka lihat aku terduduk, serentak dilepaskan.

Haihh.. time ni lah pening melanda.

Aku cuba bangun.

Aku memandang dua manusia yang tarik aku ni. Tak lupa juga geng budak yang kacau aku tadi.

Aku memejam mata. Pening betul lah!

Aku rasakan badan aku melayang kebawah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience