BAB 16 (Aneh)

Zombie Series 1354

    Selepas Danial berjaya menunaikan hajat dia bergegas untuk ke tingkat atas kerana keadaan bawah mall itu agak sunyi ditambah lampu ditutup separuh bagi menjimatkan elektrik. Dia melalui kawasan kaunter bayaran dan terdengar bunyi sesuatu. Danial menelan air liur dan mahu beredar tetapi dia juga bimbang jika bunyi itu berpunca daripada pencuri atau zombi. Dia melihat terdapat satu pemukul kayu besbol yang terletak di kaunter hadapan dan mengambilnya. Danial melepasi kaunter itu dan berjalan perlahan-lahan melepasi dua  bahagian rak makanan kering dan berada di bahagian rak mainan kanak-kanak. Berhadapan rak mainan terdapat lima peti ais terisi air minuman pelbagai variasi dan di bahagian kiri pula bahagian jualan ayam, daging,ikan serta makanan sejuk beku dalam peti ais. Danial memerhatikan juga sekeliling dan berjalan perlahan-lahan dan kini tiba betul- betul di bahagian hujung rak mainan. Danial mengintai cermin kaca pada pintu peti ais dan terlihat bayangan belakang badan  seorang lelaki pada bahagian ikan dan daging. Dia cuba bergerak sedekat mungkin pada lelaki itu dan terkejut melihat lelaki itu seperti Luke melalui pakaiaanya. Danial baru sahaja mahu memanggil Luke namun terkejut melihat tangan Luke menitis sesuatu seperti darah. Dia mengintai cermin kaca pada pintu peti ais yang berada di tepi Luke. Terbeliak matanya melihat Luke sedang melapah daging yang masih segar dan dia terus berlari semula ke arah rak mainan. Namun nasibnya malang kerana dia terlepas kayu pemukul yang dibawa sehingga bunyi terhempas kayu itu menarik perhatian Luke.

    Luke yang berselera memapah daging itu lantas berhenti dan pergi ke arah rak mainan sambil bersiap sedia dengan pistol yang hanya tinggal untuk ditarik picu." Tak guna siapa pula yang bangun tengah malam ni! Aku dah nak habis makan. Siap kau aku bunuh !" Luke mengomel sendirian. Danial yang kalut mencari tempat persembunyiaan kerana jarak untuk sampai ke kaunter dan eskelator agak jauh bagi budak sekecilnya. Kemudian, Danial terpandang tiga pameran khemah kecil mainan dan menyorok di khemah yang ketiga dan paling hujung. Luke tiba di hadapan khemah mainan itu dan Danial yang gementar dapat melihat bayangan Luke pada pintu khemah yang berzip. Luke mengambil pemukul kayu besbol yang terletak di lantai dan terus menghayun kuat pada khemah di hadapannya sehingga khemah itu hancur. Danial terkedu melihat dua khemah di hadapannya dipukul kuat oleh kayu besbol. " Alamak!!!" Danial panik dan melihat terdapat lagi satu zip pada belakang khemah. " Ya Allah! Boleh aku tak perasan khemah ni ada dua pintu. " Danial membuka zip khemah itu perlahan-lahan sementara Luke sedang memukul kuat pada khemah dua. Danial segera merangkak memasuki bawah gantungan beberapa baju sejuk tebal yang labuh mencecah lantai yang tersidai. Danial bangun dan memasukkan dirinya pada satu  baju paling sejuk besar yang berbulu dan berdiri tegak. Setelah Luke puas menghancurkan ketiga-tiga khemah pameran itu dia tiba di bahagian pakaian. " "Tak guna." Luke putus asa kerana ruang pakaiaan amat luas dan tiada masa untuk mencari si pengintai kerana dia perlu mengemas baki daging dan darah yang berselerakan sedikit di atas lantai. " Aku akan dengar siapa yang ada turun tengah malam ni daripada mereka semua."

    Danial segera berlari ke arah kaunter dan pantas menaiki eskelator. Dia lega melihat tiada sesiapa yang bangun dan segera mencampakkan kasut pada bawah katil dan masuk berselubung memeluk abangnya. " Kamu kenapa peluk abang? Panas!" Adam mengeluh mamai. Danial menghiraukannya lalu tertidur kepenatan akibat lelah berlari serta  berharap jika abangnya bertanya soalan jika dia ada ke tandas, dia akan ceritakan keanehan Luke. Kemudian Luke tiba dan melihat semua sedang nyenyak tidur. Dia pergi ke arah katil seseorang dan mengejutkan lelaki itu. " Kau dengar sini. Nampaknya rahsia aku dah tak lama nak bocor.Kau teruskan rancangan bunuh tu esok malam juga. Aku akan bantu engkau. Lepas semua selesai kau ikut aku ke tempat Bob dan aku akan bagi ganjaran setimpal untuk kau. " Dia berbisik pada lelaki itu. Lelaki itu tersenyum dan menyambung tidurnya diikuti oleh Luke. Keesokannya, selepas Hakim, Adam dan Danial selesai solat subuh berjemaah mereka duduk sementara di dalam bilik kecil kosong itu kerana Danial menahan. " Abang Hakim, Abang. Ada sesuatu yang pelik bagi saya. Semalam saya bangun tengah malam sebab nak pergi ke tandas, lepas habis saya nak naik ke tingkat atas dan terdengar bunyi pelik di bawah. Jadi saya pun intai sebab bunyi tu datang dari dalam bahagian barang makanan dan saya takut jika itu pencuri atau zombi. Bila saya intai ternampak abang Luke sedang makan daging mentah! Saya terkejut lalu saya larilah dan tiba-tiba Luke kejar saya. Saya pun terus sorok dalam khemah mainan dan tak sangka Luke pukul khemah mainan tu sampai hancur sebab dia tahu saya sorok dalam khemah. Nasib baik saya duduk dalam khemah akhir dan dapat lepaskan diri daripada Luke. Abang Adam, jangan beritahu sesiapa tentang perihal saya yang pergi tandas. Habis saya kalau dia tahu. " Danial meluahkan kerisauanya. " Ouh, jadi kamu kejut abang nak ajak pergi tandas tu bukan mimpilah. Tapi betul ke abang Luke makan daging mentah?" Adam hairan. " Memanglah ada je mereka yang suka makan daging mentah tapi pelik juga sebab kalau ye, mengapa dia kejar kamu dan siap nak pukul?" Hakim juga bingung. " Abang takut kalau terus tanya Luke, dia pasti curiga. Buat masa sekarang kamu jangan cakap apa-apa lagi. Patutlah bila abang masak nasi goreng dia seorang je tak makan sebab alergi telur tapi boleh jadi juga? " Hakim memberi pendapat. Adam dan Danial mengangguk setuju. " Urm , malam ni kamu berdua cuba lihat situasi sementara abang akan lihat gerak geri Luke, nanti abang tidur berdekatan katil dengan Luke sambil pura-pura tidur tapi abang akan intai dia. Sekejap lagi kita lihat dia makan tak makanan yang pasangan Chen akan masak. Oh ye,kamu berdua selama ni makan macam mana? " Hakim teringat soalan yang ingin disoalnya. " Ouh, setakat ni kami akan tanya dulu ada tak makanan tu campur alkohol atau khinzir dan kalau boleh kami makan sayur atau minta mak cik Nadia gorengkan ikan atau makan makanan tin yang bahagian halal punya rak. Kami tahu kalau selagi ada makanan, lebih baik makan walaupun tengah darurat. " Adam menegeskan. " Bagus budak-budak ni." Hakim tersenyum puas dan dia sudah nekad untuk membantu adik- beradik senegaranya itu kerana mereka juga tanggungjawab  bagi dirinya. " Saya dengar cerita kamu berdua nak cari bapa kamu? Abang boleh temankan kamu berdua sebab abang harap bapa kamu boleh bantu abang balik Malaysia." Hakim menyatakan niatnya. " Kami nak pergi ke Keyah sebab itu tempat kerja papa. Sebenarnya kami memang nak ajak abang sebab kami tak dapat nak percaya orang lain lagi. Selepas kami jumpa papa, kami akan pergi ke kem yang selamat berdekatan Whoops tempat atuk kami berada. Tapi ada masalah sikit tapi tak apa. Abang Hakim ikut je dan kami akan tanya papa." Adam memberitahu kerana dia teringat akan amaran di dalam surat mendiang Hathen. " Terima kasih banyak-banyak. Abang minta maaf sebab abang memang datang ke sini seorang diri je sebab abang wakil sulung daripada universiti abang. Abang tak ada saudara mara di sini atau kawan lagi. Abang akan tolong kamu berdua semampu yang boleh. Abang cadangan kita sediakan bekalan untuk perjalanan jauh nanti kita beritahu pada Harry rancangan ini. Abang akan bertanggungjawab jaga kamu berdua sampai kamu berdua selamat. Tapi kamu tak mahu beritahu berkenaan kem tu pada mereka? " Hakim menyoal lagi. " Saya dan abang akan lihat dulu pada siapa boleh kami percaya kerana masa musibah ni susah untuk cari sesiapa yang baik. Tapi kami rancang nak tinggal di sini seminggu je sebab kalau tengok Harry dan kawannya yang lain seperti nak tinggal lama di sini. Kami akan ajak tapi tak pasti siapa je mahu ikut selain abang Hakim." Danial berkata.

    " Ok, selepas kita makan mari minta izin pada Harry untuk ambik sedikit bekalan untuk perjalanan ke Keyah. Abang akan cuba minta izin daripada Harry untuk kita beredar daripada sini. " Hakim memberitahu dan dipersetujui oleh adik beradik itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience