13.

Romance Completed 46657

"Masuklah." Pelawa Melissa pada Aura.

"Maaflah rumah aku kecik je." Kata Melissa lagi.

"Aku dah bersyukur dah kau nak tumoangkan aku dekat rumah kau." Kata Aura.

"Kau ok tak ni." Tanya Melissa sambil menunjukkan biliknya.

"Aku oklah." Kata Aura.

"Ni bilik kau." Kata Melissa.

"thanks Mel. Aku tak tahu macam mana aku nak balas budi kau." Kata Aura.

"Aku kawan kau lah. Aku pasti ada disaat kau susah ataupun senang." Kata Melissa.

Melissa berlalu meninggalkan Aura agar dia beristirehat.

Selesai solat Isya, Aura dan Melissa duduk dimeja makan yang ada dekat tepi tangga naik ketingkat atas.

"Macam Mana sekarang?" tanya Melissa.

"Aku dah okey sikit. Tak guna juga aku tangisi kepergian Nenda." Kata Aura.

"Baguslah." Balas Melissa.

"Esok aku akan naik Mahkamah Syariah nak uruskan surat cerai aku." Kata Aura.

Aura menyudahi makannya dan berlalu dengan piring yang.masih banyak nasi diatasnya.

"Sikitnya kau makan babe?" Tanya Melissa.

"Aku tak lapar." Kata Aura.

"Namti kau sakit." Kata Melissa.

"Aku naik bilik dulu. Nak rehat." Balas Aura.

Melissa hanya mampu melihat kaki Aura melangkah naik keatas.

Disisi lain, Mateen jelas mendengar dari mulut Auni bila malam kejadian tu memang dia dan Auni ada didalam kereta tu bukan Aura.

"I taknak you salahkan I sayang atas kelumpuhan yang you alami." Kata Auni.

"Kenapa kau tipu aku Auni kenapa? Bila selepas Aku dah lafazkan talak baru kau bagitahu perkara sebenar." Tanya Mateen yang mula rasa menyesal melepaskan Aura yang sanggup gadaikan nyawa dari hangus terbakar dalam kejadian malam tu.

Mateen meraup wajahnya berkali kali. Menyesal dengan Lafaz Cerai pada Aura.

"Mateen." Panggil Neily dan masuk kedalam bilik anak tunggalnya.

"Ma."Panggilnya.

"Mateen kenapa ni? Mama kihat Mateen kusut?" Tanya Neily pada Mateen.

"Apa Mateen dah buat Ma. Kenapa Mateen bodoh sangat percaya kata Auni Ma." Kata Mateen.

"Mama dah pernah bagitahu dulu pada Mateen, Selidik dulu. Jangan percaya cakap orang." Kata Neily.

"Mateen menyesal Ma." Kata Mateen mulai menyesal dengan perbuatannya.

"Dah takde guna Mateen. Bukan 1 atau 2 talak yang Mateen jatuhkan tapi 3. Memang Mateen dah tak boleh rujuk dengan Aura." Kata Marzuki yang masuk kedalam bilik Mateen.

"Apa cara sekalipun Mateen akan buat untuk dapatkan Cinta Aura." Kata Mateen yang tumduk melihat lantai biliknya.

"Hanya dengan satu cara je Mateen boleh dapatkan Aura." Kata Marzuki.

"Apa cara dia Pa." Tanya Mateen melihat Papanya.

"Cari cina buta untuk kahwini Aura. Lepas tu minta dia Ceraikan Aura selepas seminggu mereka berkahwin." Kata Marzuki.

Dia juga sama merasa kehilangan gadis itu didalam rumahnya. Aura banyak menceriakan hari mereka didalam rumah itu walaupun hanya waktu petang dia ada dirumah.

"Mateen akan cuba. Mateen akan bawa Aura balik semula." Kata Mateen.

"Mahukah Aura pada Mateen lagi lepas apa yang Mateen dah buat pada dia?" Tanya Neily.

"Mateen tahu Aura Sayangkan Mateen Cintakan Mateen." kata Mateen lagi.

"Ikut suka Mateen lah. Bukan sekali dua Mateen buat Aura kecewa tapi dah berkali kali sejak dia remaja lagi." Kata Neily mengingatkan.

"Mama ni taknak ke Aura balik semula dalam rumah ni jadi menantu Mama semula?" Tanya Marzuki.

"Ye Mama mahu tapi bukan dengan cara macam ni. Lepaskan Aura. Jangan Seksa jiwa dia." Kata Neily.

"Mama pernah kata dulu fikir sebelum buat. Tapi apa uang Mateen buat. Kerana Auni Mateen ceraikan Aura. And Now Mama nak Mateen Kahwini Auni Dan lupakan Aura." Kata Neily belalu pergi meninggalkan Mateen dan suaminya.

Aura duduk dibirai katil melihat gambarnya bersama Nenda semasa dia membawa Nenda bercuti dulu.

Dia memasukkan satu Foto dalam Status whatsappnya dengan Caption. (NENDA ADALAH BIDADARI YANG DIKIRIM ALLAH UNTUK MENYAYANGI AURA MELINDUNGI AURA. DAN KINI ALLAH AMBIL SEMULA BIDADARI AURA SELEPAS AURA DAH BOLEH HIDUP BERDIKARI TANPA NENDA. NENDA TETAP IBU DAN AYAH AURA. SEMOGA NENDA TENANG DISANA. TERIMA KASIH ALLAH TELAH MEMINJAMKAN KU BIDADARI MU WALAU CUMA SEKEJAP)

Ting!! Satu pesanan masuk dari Uthman.

-BIDADARI AWAK DAH DALAM SYURGA TENGAH TENGOK KEBAHAGIAAN AWAK LEPAS NI.-Uthman

-TERIMA KASIH TAU SUDI PINJAMKAN SAYA BAHU AWAK TADI.-Aura.

-TAKDE HAL ANYTIME SAYA ADA DENGAN AWAK.-Uthman

Ting!!! Pesanan baru dari Farel.

-MAAF TAK DAPAT HADIRI MAJLIS PENGKEBUMIAN NENDA AWAK. AKU ADA JIKA KAU NAK CARI TEMAN MELUAH.-Farel.

Aura membiarkan pesanan Farel tanpa Jawapan

Tingg!! Pesanan dari Mateen.

-MAAFKAN SAYA ANDAI SAYA DAH TERLANJUR MELEPASKAN AWAK. KALAULAH WAKTU BOLEH DIPUTAR SEMULA SUMPAH SAYA TAKKAN LEPASKAN AWAK. AWAK BIDADARI KIRIMAN TUHAN BUAT SAYA DAN FAMILY SAYA. - Mateen

-PLEASE KEMBALI SEMULA PADA SAYA. SAYA MENYESAL. - Mateen.

Aura Hanya membiarkan whatsapp itu tanpa balasan. Taknak melayan orang orang toksik disekelilingmya.

Dia merebahkan badannya dan mulai terlena. Dan berdoa agar Nenda memeluknya walau sekadar dalam mimpi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience