Gelas di hadapan diletakkan kembali ke atas meja. Mata ditalakan kepada figura di hadapannya itu. Dari tadi tak lari dari pandang dia. Seram pula tiba-tiba.
“Encik Shahid kenapa pandang macam tu?”
Asyiqin bertanya sambil mengelap mulutnya dengan napkin. Shahid tarik sebuah senyuman yang mampu membuat mana-mana hati perempuan cair. Tapi, hati wanita depan dia ni macam kebal saja. Tak emboh cair-cair lagi.
“Awak cantik, saya pandang la. Nasrin, boleh awak bagi sebab kenapa awak tak mahu terima saya sebagai pilihan Ammi awak?”
Itu ha, skema punya ayat. Asyiqin pula tarik senyum mahu tak mahu. Reason dia satu saja.
“Sebab awak pilihan Ammi. Sebab awak Pakistani blooded, sebab tu awak jadi pilihan Ammi saya. Saya tak suka. Ammi saya boleh pilih suami sendiri, kenapa dia nak arranged kan perkahwinan saya. Saya dah besar panjang, pandai lah saya nak cari sendiri calon suami.”
Shahid mengangguk. Dia mencapai air di hadapannya.
“Habis tu, kenapa tak ketemukan lagi Ammi dengan calon awak tu?”
Bernas soalan Shahid tu. Asyiqin bermain dengan bucu kain napkinnya. Kenapa eh?
“Mungkin sebab saya tak jumpa lagi calon suami saya tu. Saya nak someone yang macam Daddy, tetapi, dia hendaklah tak bagi lecture macam daddy, tapi dia mestilah supercool macam Daddy tu. Ammi membebel, daddy senyap saja.”
Lagi sekali Shahid mengangguk. Supercool ya?
“Okay, saya rasakan, awak kena bagi saya peluang. Kenapa? Sebab, first of all, saya ni mix macam awak. Not fully Pakistani, okay. Secondly, awak tak boleh nak compare saya dengan Daddy awak. He may be supercool, tapi saya ada nilai saya sendiri. Saya suka buat awak marah sebab awak tu comel sangat kalau marah. Saya suka tunjuk saya hebat depan awak sebab well, saya memang suka buat awak annoying dengan saya. Kalau saya supercool dengan awak macam Daddy awak tu, where’s the fun in it? Awak suka menjawab, saya kasi lah chance awak nak berdebat dengan saya.”
Logik tak logik jawapan Shahid tu. Asyiqin rasa nak tergelak pun ada. Suka tengok dia marah ya? Aku marah hari-hari nak?
“Bukan itu saja, awak tu bossy. Tengok, awak call Ammi saya suruh hapuskan segala baju saya. Potong rambut saya,sakit tahu hati saya. Lagilah minus pointer awak untuk jadi bakal lelaki saya.”
Asyiqin masih mengeluarkan hujah. Shahid setia mendengar.
“Pasal itu, blame your supercool Daddy. Awak tahu tak, selangkah awak keluar rumah tak tutup aurat, daddy awak tanggung dosa tahu. I am just helping him. Saya tak kisah awak nak minus point saya ke, apa ke, asalkan Allah tambah pointer awak untuk score dekat Akhirat nanti sudah cukup bagi saya. Another thing, saya dah banyak kali perasan colleagues awak yang lelaki selalu saja pandang awak tu macam nak telan. I hate that. Saya saja boleh tengok awak macam tu, itupun bila dah sah.”
Hujah dibalas hujah. Asyiqin sudah tegakkan badannya, nak berhujah dengan Shahid ni memang kena ada stamina, dan postur.
“But, awak buat tu terlalu drastik.”
Asyiqin masih berkeras kepala. Shahid menggelengkan kepalanya.
“Ya, perubahan memang kena drastik. Kena ada ‘bam!’ Ingat Nasrin, mula-mula susah, lama-lama senang. Just imagine sayang, awak keluar rumah tak tutup aurat, and suddenly Allah tetapkan waktu itu juga ajal awak, awak nak mati dengan keadaan tak bertaubat? Nak masuk neraka? Aurat is the basic thing, sayang. awak jaga itu dulu, then baru solat pun sempurna, doa diterima.”
Asyiqin ternganga. Rasa nak menangis kat sini pun ada. Shahid ni jahat! Jahat sebab dia tak buat dia sedar sebelum ni lagi. Imagin Asyiqin, kalau kau tak jumpa dia ni, bila agaknya kau nak berubah. Setitis air mata mengalir.
“Awak, kenapa awak nak sangat dekat saya yang tak solehah ni?”
Soalan paling maut sudah diutarakan. Shahid pula masih tersenyum. Asyiqin pun tak tahu kenapa, hati dia pun sudah berubah secara drastik pada hari ini. Dia nak Shahid, Shahid sebagai suaminya. Ex-Encik Misai, personally for her.
“ Manusia, boleh dibentuk. Cuma, proses nak membentuk itu sahaja yang lain. Semuanya depends on the person’s perspective. Just like this glass,”
Shahid menolak ke hadapan gelas yang berisi air separuh itu.
“Glass?”
Asyiqin bertanya. Shahid angguk.
“Yes, this glass. Air dalam ni ada half, si A mungkin kata gelas itu separuh penuh, si B mungkin kata separuh kosong. And I, jaan, cakap yang gelas ni bukan separuh kosong ataupun separuh penuh. Dua-dua bukan. I cakap, I ni gelas, dan you tu air dalam gelas tu.”
Asyiqin mengerutkan mukanya. Shahid ni nak berfalsafah apa pula ni? Setahu dia,gelas penuh ke kosong ke determines orang tu positive minded ataupun negative minded. Ini tetiba lari terus dari konsep itu
“I ni air? Kenapa”
Shahid angguk.
“Sebab I ni gelas. Gelas akan tetap kosong kalau tak ada air. Dan air tak akan terbentuk kalau tak ada gelas. Liquid takes the shape pf the container, in this case, this glass. You dibentuk oleh I, at the same time, you, my jaan, becomes a part of me.You give me a reason to be a glass. To be a good husband, in this case. Get it?”
Asyiqin angguk perlahan-lahan. Dia rasa dia dapat tangkap maksud Shahid ni.
“Meaning that awak tak kisah saya tak solehah, sebab awak yakin tugas awak adalah untuk membentuk saya? Macam tu?”
Shahid tersenyum lebar. Pandai Asyiqin Nasrin ni.
“Perfect answer. Saya akan pikul tugas seorang suami untuk membentuk awak menjadi isteri solehah. Like I said, manusia ni boleh berubah. And you my jaan, telah berikan I purpose untuk bimbing awak. Saya ni pun bukan hebat sangat, tapi bolehlah kita sama-sama berubah ke arah lebih baik. So, you with me? Ke masih nak yang supercool?”
Asyiqin rasa macam nak senyum sampai ke telinga ketika itu. Dia memandang Shahid tajam.
“Encik Misai, awak saya yang punya tau.Saya tak rasa saya boleh cari yang supercool lebih pada awak. Awak dah cukup cool. Astaghfirullah, you opened my eyes. Awak, jom kahwin! Saya nak jadi solehah.”
Itu ha, gelojoh. Dulu tak mahu sangat, dia tunjuk side ustaz depan hang, nak cekau cepat-cepat.
“Eh? What’s that? Encik Misai?”
Shahid bertanya. Asyiqin menggigit bibirnya, excited sangat sampai terlepas.
“I used to call you that.”
Sepatah Asyiqin membalas.
“So, bolehlah kalau saya nak simpan misai lepas ni? Tak buruk dah lah ni?”
Shahid berseloroh.
“Awak nak misai ke, janggut ke, apa ke, awak buat lah. Saya tak komen dah. Hati awak dah cukup handsome, even Shahid Kapoor pun tak se-handsome awak.”
Itu ha. Overdose dah minah ni. Nak make sure Shahid still nak jadikan dia isteri tu.
“Saya gurau saja. Lagipun, saya memang tak suka misai ni, disebabkan kelmarin ada reunion zaman sekolah dulu, mereka buat theme Rock&Roll, so saya simpan la misai. Baru masuk dengan costume. Saya pun rimas jaga misai tu.Hari-hari kena trimm.”
Asyiqin rasa nak hantuk kepala kat meja saja. Costume party? Aiyo, bikin malu saja kau Noor Asyiqin Nasrin.
“Hurm, so Noor Asyiqin Nasrin, saya boleh hantar rombongan meminang lah ni?”
Shahid bertanya. Asyiqin rasa nak melompat. Dalam beberapa jam sahaja hati suah berubah, pilihan Ammi dia juga yang terbaik nampaknya.
“Greenlight! Kalau boleh kan awak, demand terus dengan Ammi, kahwin cepat-cepat. Saya nak Encik Misai saya ni jadi hak saya. Saya nak gelas saya, immediately, sebelum saya jadi bentuk lain pula nanti. I need my tourguide to Heaven by my side ASAP.”
Entah mana budak Asyiqin ni buang perasaan malu dia. Tak cover langsung perasaan gelojoh dia tu. Hello, ini bukan zaman malu tapi mahu dah. Ini 2013, mahu cakap mahu, tak payah nak berkias sangat.
“Beres Cik Nasrin, Encik Misai tak ada misai ni akan suggest dekat Ammi awak tu. And jaan, sebenarnya kan, pasal wardrobe tu, memang saya suruh Ammi bakar, tapi saya tak suruh pun dia gunting rambut tau.”
Shahid teringat pula perihal rambut Asyiqin tu.
“Ah, biarkan saja. Saya dah bertudung ni. Who cares. Tapikan, awak tak kisah kan saya short hair sekejap? Rambut saya ni susah nak panjang, setahun baru cecah paras bahu.”
Asyiqin berterus terang. Shahid senyum manis.
“Tak kisah. Awak rambut pendek pun masih comel. More, feisty.”
Itu dia, kalau sudah sayang tu, puji pun melangit. Asyiqin tayang giginya, molek sangat lah tu,memang comel.
“See, you very supercool one. Sekarang baru I nampak your supercool side.”
“Yalah, lepas ni kita nak gaduh lagi ke?”
Shahid bertanya.
“Gaduh-gaduh manja, boleh saja.”
Asyiqin mengenyitkan matanya kepada Shahid. Shahid senyum lebar.
Haish, dapat juga gadis idaman. At least, dia tak rasa dah macam kahwin aturan keluarga. Sekurang-kurangnya, Asyiqin Nasrin ni sudah ikhlas nak berkahwin dengan dia. Tak adalah orang tu nak tunjuk muka masam dalam gambar kahwin nanti. Oh senangnya dalam hati, Alhamdulillah.
Share this novel