DIA 19

Romance Completed 131781

Hanis menilik dirinya di hadapan cermin. Gaun panjang sehingga paras buku lali sudah cukup memadai. Hanis berpaling dan menuju ke katilnya.

Tangan cekap mengambil dompet, telefon dan beberapa barang keperluan peribadi. Tidak dilupakan kunci kereta. Hanis mengerling jam ditangannya dan dia sudah lambat untuk ke majlis tersebut.

"Lagi 10 minit majlis tu nak bermula." Ujarnya cemas.

Dengan pantas Hanis menuruni tangga bersama dengan beg silangnya. Pintu dikunci begitu juga dengan dengan grill rumah. Dia masuk ke dalam perut kereta lalu menghidupkan enjin kereta.

---

Hazzar membelek telefonnya dan terjumpa pesanan yang dihantar oleh Ikram semalam. Dahinya berkerut seribu.

"Dah kenape si Ik ni hantar alamat rumah dekat aku semalam?" Soalnya hairan.

Lantas dia keluar dari bilik dan menuruni tangga. Kebetulan Ikram sedang bermain dengan telefonnya diruang tamu. Langkah diatur mendekatinya. Ikram menoleh ke arah Hazzar yang sedang menghampirinya.

"Kenape semalam kau hantar alamat rumah dekat aku eh? Aku tak ingat apa jadi semalam." Soalnya hairan.

Ikram diam seketika. Dia seolah-olah sedang berfikir mencari jawapan. Kanape aku hantar alamat rumah dekat Hazzar? Tangannya naik menggaru kepala.

"Ermmm... Actually aku pun tak ingat. Kenape aku hantar alamat rumah dekat kau eh? Eh tapi... Pelik jugak kenapa aku hantar alamat rumah dekat kau, takkan kau lupa jalan balik pulak."

Hazzar bercekak pinggang memikirkan apa yang telah terjadi.

"Oh, bonda dengan ayah mana? Tak nampak pun diorang?" Soal Hazzar.

"Ermm, kan diorang kata ada hal penting lah sangat dekat mana tah." Balas Ikram. Hazzar mengangguk faham.

"Haa kau dah siap ke? Jom pergi. Kita dah lambat ni." Ujar Hazzar.

Ikram bangun lalu mengatur sedikit pakaiannya. Baru dia hendak melangkah, tiba-tiba satu memori bermain di fikirannya. Dia berhenti melangkah. Hazzar berpaling hairan dan menghampiri Ikram.

"Aku ingat sesuatu pasal malam tadi." Ujarnya lalu memandang wajah Hazzar dengan pandangan terkejut.

"Apa dia?" Soal Hazzar dengan nada berminat.

"Hanis. Semalam Hanis yang hantar kau balik guna kereta dia.

---

Syaza ke hulu ke hilir mencari pengacara yang diupah untuk mengacarakan majlis tersebut.

"Syaza. Kenape ni? Ke hulu ke hilir je ni?" Soal mamanya.

"Syaza cari pengacara tapi tak ada. Syaza tak jumpa dialah ma." Balas Syaza.

"Dah cuba hubungi dia?" Soal mamanya lagi. Syaza mengangguk.

"Dah tapi dia tak angkat." Balasnya dengan wajah bingung.

Puan Sri Karisya juga sudah pening. Sudahlah majlis hampir bermula, boleh-boleh pulak si pengacara tak datang. Bagitahu pun tidak. Tiba-tiba ada seseorang menghubungi Syaza. Syaza menyeluk tangannya ke dalam beg dan mencapai telefon. Tertera nama Hanis. Syaza menjawab panggilan tersebut.

"Hello Hanis? Awak dah sampai ke? Okay awak tunggu je situ kejap lagi saya datang jemput awak. Tunggu tau!" Ujarnya lalu menamatkan panggilan.

Syaza menoleh ke arah Puan Sri Karisya.

"Do you think, I make a right choice?" Soalnya takut.

"Believe in yourself. Be sure of what Syaza will do. Everything will be fine." Balas Puan Sri Karisya lalu memberi isyarat menyuruhnya untuk menjemput Hanis di bawah.

Syaza mengangguk faham lalu beredar dari situ.

Masa Hanis sedang leka meleret melihat berita-berita di dalam Instagram, ada seseorang melanggar bahunya. Telefon Hanis terpelanting ke hadapan. Hanis angkat muka. Amboi suka hati je dah langgar telefon aku, kau jalan macam macam tu je?

Hanis mengutip telefonnya yang terjatuh tadi. Hanis angkat muka untuk mencari kelibat lelaki yang baru sahaja melanggarnya tadi. I see you!

Hanis bangun lalu cuba menuju ke arah lelaki tersebut. Tiba-tiba seorang perempuan berdiri dihadapannya, Syaza. Syaza mengukir senyuman manis. Hanis cuba melihat lelaki tadi tetapi dia sudah tiada.

"Cari siapa?" Soal Syaza. Hanis menggeleng.

"Eh kenapa handphone awak pecah ni?" Soal Syaza lagi.

"Hrumm... Jatuh kena langgar dengan mamat mana entah. Bila tengok balik dia dah takde." Ujar Hanis sambil melihat telefonnya yang sudah berderai.

"Urmm Syaza, kenape awak macam gelisah macam ada sesuatu yang tak kena ni?" Syaza angkat muka.

Dia menggaru belakang kepalanya lagi.

"Sebenarnya Hanis, pengacara majlis tak sampai-sampai lagi. Itulah yang saya risau sekarang ni. Sepatutnya majlis dah bermula 20 minit yang lalu tapi itulah. Pengacara pulak tak ada." Ujar gelisah.

"Awak sudi tak kalau saya nak ganti pengacara majlis awak? Sekurang-kurangnya saya datang bersebab." Ujar Hanis.

Syaza mengangguk lalu menarik tangan Hanis ke tingkat di mana majlis diadakan. Seseorang memandang Hanis dari jauh lalu meleret senyuman sinis. Telefon diletakkan di telinga.

"Kerja aku dah siap. Giliran kau pulak." Ujarnya.

"Okay. Aku memang ada dekat rumah babah dia. Okaylah, babah dia dah datang. Aku letak telefon dulu." Ujar perempuan tersebut.

"Eh sekejap. Upah aku macam mana?" Soal lelaki tersebut.

"Eh kau ni! Nanti-nantilah aku transfer ke akuan kau! Sabar boleh tak! Lagi satu, kerja kau belum siap. Satu je lagi yang tinggal dan segalanya kebabom!" Terus perempuan misteri tersebut.

Babah Hanis mendekati perempuan tersebut sambil membawa dulang berisi  jug air dan snek.

"Kenape Kasih datang rumah pak cik malam-malam macam ni? Nak pujuk pak cik untuk terima Hanis balik. Itu tak mungkin Kasih." Balas babah Hanis.

Perempuan bergelar Kasih pada babah Hanis tersebut menggeleng perlahan.

"Saya... Cuma nak bagitahu tentang Hanis. Dan, sayalah yang hantar gambar Hanis dengan seorang jantan di kelab malam dan di atas katil." Balas Kasih.

"Tapi kenape?"

"Biar pak cik tahu, siape Hanis yang sebenarnya. Saya ada lagi satu benda nak bagitahu pak cik, pasal Hanis." Ujar Kasih.

"Ape lagi!?" Soal babah Hanis sambil mengetap gigi.

"Saya ada terdengar perbualan antara dia dan siapa entah tapi yang pasti itu lelaki, saya dengar Hanis cakap jumpa di hotel. Agak-agak pak ciklah, apa yang anak pak cik nak buat agaknya?" Soal Kasih lalu tersenyum sinis.

Babah Hanis memandang Kasih penuh tanda tanya. Dahinya berkerut. Kasih menghulurkan telefonnya ke arah babah Hanis. Babah Hanis melihat wajah Kasih lama.

"Cubalah call dia." Arah Kasih.

Perlahan-lahan babah Hanis mengambil telefon dari tangan Kasih lalu mendail nombor Hanis.

'Nombor yang anda dail, tidak dapat disambungkan. Sila cuba sebentar lagi.'

Kasih meleret senyuman ke kiri. Telefon di tangan babah di capai kembali dan diletakkan di atas meja.

"Pak cik rasa apa yang Hanis sedang lakukan sekarang ni. Bergembira, ketawa sakan dengan entah siapa. Berasmara, berpelukan dan tanpa sehelai benang di tubuh badan." Kasih cuba menghasut pemikiran babah.

Dia tahu, babah Hanis jenis cepat terpengaruh dengan kata-kata orang lebih dari kata-kata anak bini sendiri. Darah babah sudah meruap-ruap macam air yang sedang mendidih tapi dibiarkan dan menjadi lebih teruk.

"Aku nak tahu, siape lelaki yang bersama dengan Hanis." Ujar babah.

"Boleh. Tapi... Jangan risau, Hanis sendiri yang akan bawak jantan tu datang jumpa pak cik, tak lama lagi. Trust me." Balas Kasih.

Tak sabarnya nak tengok drama dua beranak ni nanti. Kalau buat filem, memang meletop punya, bisik hati Kasih.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience