1| Difitnah

Action Series 1767

Shuhada, Hanya memerhati pengerakan musuh dari sebalik semak. Sentiasa untuk berwaspada jikalau ada musuh yang mahu menyerang.

Hampir tersembul biji matanya yang sedang memerhati telefon berjenama Oppo di tangan. Satu suara menyentak fokusnya untuk bermain. Dia mengalihkan wajah ke arah gerangan yang berdiri melangit di hadapannya.

"Hmm..." gumam nya perlahan. Dia mengangkat alis kening kirinya. Satu bunyi dari telefon nya itu membuatkan dia panas hati. Kalau bukan kerana ayahnya ini mesti dia sudah memenangi game ini.

"Nak cakap ap-"

PANG!!

Belum sempat dirinya habis berkata. Ayahnya sudah memberi hadiah super padu!! Shuhada terjatuh dari kerusi yang didudukinya. Kepalanya berpinar dek penampar Jepun ayahnya.

Shuhada bangun berdiri sambil mengesat cecair merah di bibir.

"Kenapa tiba-tiba ni?" soalnya selamba. Sedikit tidak gentar akan situasi sekarang. Dia mengapai cermin mata petak tebalnya yang tercabut dari wajahnya kerana tamparan tadi.

"Kau kata kenapa!! Dah puas kan jatuhkan maruah keluarga aku!! kau kata kenapa!!" Sekali penampar itu mahu melayang ke wajahnya. Tetapi dihalang oleh Adik lelakinya.

Bila Tuan Aziz semakin tenang. Adik lelakinya pulak datang menghampirinya dan memberi penampar Perancis pula. Cermin matanya sekali lagi melayang meninggalkan wajahnya.

Shuhada yang sudah di tampar dua kali itu. Terkebil-kebil memandang dua sosok lelaki di hadapannya. Adakah mereka mengadakan acara hari menampar- nampak wajah Shuhada Amira?

"Kau memang kurang ajar kan!! Memang kau suka malukan keluarga Kami kan!!" Hampir jatuh Shuhada kerana tolakan di bahu. Dia tak faham, apa masalah diorang?.

Sharifah mendekati Shuhada dengan satu beg hitam di tangan. Dia melemparkan beg itu tepat di wajah Shuhada. "Ibu, apa ni?" soal Shuhada pelik.

"Sudahlah Ifah, Aziz. Shuhada masih ada masa depan nak di gapai. Lagipun dia masih sekolah. Cuba Kamu dengar penjelasan dari dia dahulu" pujuk Shahidah, Mak Tok Shuhada. Dia menggosok belakang cucu kesannya itu. Dia percaya Shuhada tidak akan buat begitu!!

This is my frist story. Thanks for reading. Kalau berkenan... jangan lupa Vote, follow and coment

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience