Bab 66

Romance Completed 207871

"Apa maksud awak?" berubah wajah Intan. Mana dia kenal Lucc? Jangan cakap..

Kuat dengusan Rick.

"Saya Enrico Marcello" Rick perkenalkan diri.

"Awak abang Lucc?" soal Intan tidak percaya.

Sunyi sepi keadaan seketika. Tiba-tiba dikejutkan dengan deringan telefon milik Intan.

"Hello"

"Sekarang ke?"

"Okay, saya balik sekarang"

Klik

"Hm.. Sorry, saya kena balik pejabat. Boss cari" kata Intan dan bersedia untuk pulang.

"Er.. Tak apa ke, saya tinggalkan awak ni?" soal Intan. Bimbang pula pada Rick, ye lah, bukannya dia biasa dengan tempat ni.

"It's okay"

"Saya nak jumpa awak lagi boleh?" soal Rick sambil memandang wajah manis Intan.

Intan tersenyum.

"Boleh. Kejap saya tulis nombor telefon" kata Intan.

Kertas pesanan di atas meja dicapai, pensil diambil lalu menulis nombor telefonnya dan serah pada Rick sambil tersenyum.

"Saya pergi dulu. Maaf ya" ucap Intan lalu berlalu pergi.

"Patutlah kau tak dapat lupakan dia.." kata Rick sendiri sambil kertas mengandungi nombor telefon Intan dipandang.

+++

Sebaik sampai di pejabat, kalut Intan mencari Salim di Bilik Operasi.

"Lim, Tuan Rahman kat mana?" soal Intan apabila nampak Salim yang baru melangkah masuk ke bilik itu.

"Tuan Rahman tunggu Puan di Bilik Mesyuarat" kata Salim.

"Dah lama ke dia sampai?" soal Intan lagi. Nak apa pulak datang sini cari dia. Aduh..

"Macam lama juga, tadi Tuan Rahman jumpa Tuan Saiful" terang Salim.

"Ada masalah ke Puan?" soal Salim lagi. Dilihat wajah Intan yang serabut, pasti ada masalah.

"Saya pun tak pasti Lim. Tak pe lah. Terima kasih. Saya gerak dulu" kata Intan lalu kaki diatur menuju ke Bilik Mesyuarat.

"Okay Puan. Sama-sama" balas Salim sambil memandang Intan hingga hilang dari pandangan. Hai.. Nasib Puan la, dapat ayah garang dan tegas macam tu..

Tok tok tok

"Masuk"

Tombol pintu dipulas dan daun pintu ditolak. Kaki perlahan diatur langkah masuk ke Bilik Mesyuarat. Dapat dirasakan sepasang mata tajam memandang Intan.

"Assalamualikum Tuan" sapa Intan sebaik berdiri tegak di sisi Tuan Rahman.

"Waalaikumussalam. Duduk" tegas sahaja bunyi intonasinya.

"Terima kasih" jawab Intan lalu kerusi ditarik dan melabuhkan duduk.

"Dari mana?" soal Tuan Rahman.

"Dari kedai, keluar makan" jawab Intan sambil wajah Tuan Rahman dipandang.

"Bila lagi mula kerja?" soal Tuan Rahman lagi. Dah macam sesi temuduga pulak.

"Baru hari ni" jawab Intan serba salah.

"Dah tu, tak reti-reti nak datang jumpa ayah? Sibuk sangat?" tegur Tuan Rahman.

"Bukan tak nak jumpa, tapi first day ni banyak sikit kerja dan laporan nak siapkan" jawab Intan tenang.

"Kerja apa? Misi bulan depan tu?" soal Tuan Rahman.

Terkejut Intan apabila Tuan Rahman bertanya mengenai perkara itu. Macam mana Tuan Rahman tau.. tapi dia belum beri kata putus lagi.

"Macam mana ayah tau?" soal Intan.

"Tak serik lagi kena tembak hari tu, ni nak ke luar negara pulak?" jawapan Intan dibalas soalan.

Perlahan Intan mendengus.

"Bukan macam tu.. Intan cuma nak.." kata-kata Intan pantas disampuk.

"Apa, nak lari dari masalah dengan Caden?" soal Tuan Rahman. Semakin tinggi tone suaranya. Bulat mata memandang Intan.

"Apa maksud ayah?" soal Intan tidak faham.

"Tak faham atau buat-buat tak faham. Huh! Memang patut pun ayah suruh Caden ceraikan Intan!" jawab Tuan Rahman.

"Apa ayah cakap? Cerai?" soal Intan yang juga sudah naik suaranya. Cerai apa ni? Siapa pulak yang nak bercerai!

"Orang macam Caden tak sesuai hidup dengan Intan. Masa silam dia sentiasa mengekori" kata Tuan Rahman melawan panahan mata Intan.

"Masa silam apa pulak ni yah! Jangan buat Intan pening" marah Intan pada Tuan Rahman. Sungguh dia tidak faham apa yang Tuan Rahman maksudkan.

"Ayah nak Intan tuntut cerai kalau Caden tak mahu ceraikan Intan. Lagipun Intan belum submit perkahwinan pada jabatan!" arah Tuan Rahman.

"Kenapa Intan perlu ikut cakap ayah? Siapa ayah untuk tentukan hidup Intan" terus tegak berdiri Intan melawan pandang. Menggigil tangannya menahan marah.

Nasib baik di depannya ini adalah ayah, walaupun ayah angkat. Kalau orang lain, dah lama makan penumbuknya itu.

Datang sini mencarinya semata-mata mahu dia bercerai dengan Caden. Apa ni!

"Intan! Sekarang dah pandai kurang ajar. Belajar dari Caden?" jerit Tuan Rahman. Tidak sangka Intan sanggup berkata begitu padanya. Bergegar jantung mendengar tutur kata Intan.

"Ingat Intan, siapa yang kutip Intan dan beri kehidupan sekarang!" marah Tuan Rahman. Sakit hatinya apabila anak yang ditatang bagai minyak yang penuh berani berkata begitu. Ini semua punca dari si tak guna tu!

"Ya, Intan tau siapa diri Intan. Anak pungut! Anak tepi jalan! Tapi Intan tak minta ayah ambil Intan!" jerit Intan lalu terus melangkah pergi dengan mata yang berkaca-kaca.

Jangan nagis Intan, kau kuat!

Intan melajukan langkah turun ke mini gym Kelab Polis. Pintu gym ditarik kuat, kaki diatur menuju ke punching bag.

Tanpa membuang masa, penumbuk dihayun bertubi-tubi membuang rasa marah.

Beberapa anggota yang berada di dalam gym terkejut melihat tindakan Intan.

Disebabkan tidak mahu terkena tempias angin taufan Intan, mereka beransur keluar meninggalkan Intan melepaskan amarahnya.

Beberapa anggota yang baru keluar dari pintu gym berselisih dengan Aniq.

"Assalamualaikum Tuan" tegur salah seorang anggota pada Aniq.

"Eh, nak ke mana ramai-ramai macam ni?" tegur Aniq pelik.

"Hm.. Ada orang mengamuk dalam tu Tuan. Takut kena tempias. Baik kitaorang keluar dulu. Tak nak jadi macam Khairul, patah hidung dikerjakan" kata anggota itu.

"Insp Intan?" soal Aniq. Hm.. Kalau bab patah hidung memang dia la satu-satunya pegawai wanita yang mengamuk satu masa dulu sampai patah hidung budak tu dibuatnya.

"Ye Tuan. Kitaorang gerak dulu Tuan. Kalau Tuan nak masuk, baca doa banyak-banyak" gurau anggota tersebut.

Aniq hanya tersenyum lalu melangkah masuk.

Sebaik pintu gym ditolak, berdentum-dentum bunyi punching bag dihentam.

"Haih, marah sungguh ni. Kalau silap cakap, dengan aku-aku kena hanyun" kata Aniq sendiri.

Intan yang masih lagi dengan punching bagnya, tidak menyedari kehadiran Aniq. Basah wajah dengan peluh.

"Assalamualaikum" tegur Aniq.

Senyap tiada balasan.

Tak dengar ke pun? Biar betul dia ni. Dah ke mana terbang.

"Intan!" jerit Aniq agak kuat.

Terhenti pergerakan Intan lalu menoleh ke sisi.

"Eh, Tuan Aniq" tegur Intan pula.

"Awak okay ke?" soal Aniq. Tapi dia pasti Intan ada masalah.

"Hah! Saya? Okay" jawab Intan sambil tangan naik mengelap peluh di wajah.

"Okay ke kalau macam ni. Naik lunyai punching bag tu awak belasah" kata Aniq.

Tersengih-sengih Intan mendengar kata-kata Aniq.

"Awak tengok tangan tu, dah merah-merah. Dah la tak pakai guard" tegur Aniq sambil menunjuk ke arah tangan Intan. Sudah merah kedua-dua penumbuknya.

Baru Intan merasa sakit. Tadi sedap menumbuk tak perasan. Digoyang-goyangkan kedua-dua tangannya.

"Hm.. Awak ada masalah ke? Sampai mengamuk macam ni" tanya Aniq prihatin. Langkah diatur merapati Intan. Diperhati Intan dari atas ke bawah.

Hm.. Perempuan kalau dah mengamuk, seram. Boleh la si Intan ni masuk gym dengan seluar jeans, jaket, boot di kaki. Adui la.. Apa masalah isteri kau ni Caden.

"Tuan pandang apa?" tanya Intan apabila menyedari Aniq memandangnya tidak berkelip dari tadi.

"Tak.. Saya cuma terfikir. Perempuan kalau mengamuk, bahaya" ucap Aniq sambil tersengih memandang Intan.

"Bahaya?" soal Intan tidak faham.

"Bahayalah. Awak tengok, mana ada orang lain dalam ni. Semua lari keluar takut angin puting beliung awak" kata Aniq sambil mata melilau keliling gym.

Intan turut sama membuang pandang keliling gym. Iya lah.. Tadi bukan ramai ke budak-budak dalam ni.

Termalu Intan.

Kuat helaan nafas dibuat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience