BAB 39

Humor Completed 78146

HARI berganti hari.Minggu berganti minggu.Datin Mazni sudah sihat sepenuhnya.Dia sudah boleh turun naik tangga sendiri tanpa bantuan atau menggunakan tongkat.Kini dia bebas berjalan ke mana saja seperti dahulu.

"Mummy.."satu suara yang sudah lama tenggelam dalam hidupnya.

Dengan lenggok manja,Julia memeluk dan mencium kedua belah pipi Datin Mazni.Datin Mazni agak terkejut dengan kehadiran Julia.Ketika itu dia sedang berada di taman.Memberi makanan pada anak-anak ikan.

"Wow!amazing.Mummy dah boleh jalan.Baguslah.Julia happy sangat."Julia teris duduk di sebelah Datin Mazni.

"Buat apa datang sini?" soal Datin Mazni seolah tidak selesa dan tidak mengalukan kedatangan tetamu yang tidak di undang.

"Saja nak melawat mummy.Sambil tu boleh la kita bincang pasal Julia dengan Adam."Julia tersenyum simpul.

"Apa Julia merepek ni.Antara Adam dan Julia dah tak ada apa-apa.Julia jangan kacau Adam lagi."bentak Datim Mazni sedikit keras.

"Mummy...mummy....Tak kan mummy dah lupa janji mummy nak satu kan Julia dengan Adam.Julia dah bersedia nak kahwin dengan Adam.Lahirkan cucu untuk mummy."ujar Julia bersungguh.

"Julia dah gila ker apa.Semua tu dah berlalu.Julia dah ada life sendiri kan.Buat apa nak ungkit lagi benda yang dah lepas.Tolong pergi dari sini."mencerlung merah muka Datin Mazni.

"Julia tak akan pergi selagi mummy tak tunaikan janji mummy pada Julia.Julia masih sayangkan Adam."katanya dengan kuat sengaja nak bagi Aisyah dengar.

Pada masa yang sama,Aisyah datang menatang minuman.Julia.Dia juga terkejut kehadiran tetamu yang tidak di undang itu.

"Julia jangan nak buat hal dekat sini."Datin Mazni berkata perlahan pada Julia bimbang Aisyah akan salah faham.

"Hei you!"jarinya tepat ke muka Aisyah.

"Aku nak bagitahu yang aku dengan Adam akan kahwin tak lama lagi.Kau ni memang tak tahu malu kan.Mummy pilih aku sebagai menantu dia dan bukannya pilih kau.Perempuan kampung!selekeh tak sedar diri.Ada hati nak bertahan lagi.Aku ni bakal isteri Adam.Menantu kesayangan mummy.Kau...tak...layak!"hambur Julia satu persatu.

Aisyah tersentak.Menghadam setiap patah kata yang keluar dari mulut Julia.

"Bila kau nak berambus terus dari hidup Adam.Kau tahu tak mummy ni dah meluat tengok muka kau.Aku saja yang layak untuk Adam.Cermin diri kau tu dulu sebelum berangan nak jadi menantu mummy!"katanya angkuh.

"Julia.Baik Julia pergi dari sini sebelum Adam balik."kata Datin Mazni.

Aisyah hanya menunduk.Remuk rasa dalam dada dengan ayat pedas dari mulut Julia.Tergores jua hati Aisyah.Rupamya Datin Mazni masih belum menerima dia sebagai menantu.

"Kenapa mummy tak halau perempuan ni lagi.Hari tu mummy juga cakap nak halau dia.Dia memang pengacau dalam majlis saja nanti."rungut Julia sambil menjeling tajam pada Aisyah.

"Cik Julia jangan bimbang.Saya akan pergi."bersama ayat itu Aisyah masuk semula ke dalam rumah.Sakit dan pedih sekali hati.Datin Mazni tetap memilih Julia.

"Ha bagus kau dah faham.Elok sangat kau pergi.Adam milik aku."Jerit Julia kepada Aisyah yang sedang berjalan masuk ke rumah.Rasa puas hatinya.Adam pasti miliknya kembali.

Remuk rendam segala hati Aisyah.Apa yang diharapkan selama ini punah dalam sekelip mata.Tetapi kenapa sejak kebelakangan ini Datin Mazni seperti berlembut hati dengannya.Tak sangka rupanya Datin Mazni masih menyimpan hasrat yang satu itu.Mahu menjadikan Julia menantunya.

Tanpa menunggu lama Aisyah terus pergi meninggalkan rumah tiga tingkat itu.Di pujuk hati supaya bersabar.Mungkin yang terjadi ada hikmahnya.

Baru saja dia dan Adam sama-sama menyemai kasih.Bersama meniti bahagia.Kini Aisyah terpaksa akur.Kasihnya pada Adam putus di tengah jalan.Baru merasa bahagia rupanya hubungan mereka tidak di restui.Biarlah dia yang beralah.

Pandai lah nanti dia memujuk Adam supaya akur dengan kehendak Datin Mazni.Hubungan mereka hanya sampai setakat ini sahaja.Pasti Adam juga nak bahagiakan mummy.

Siapa yang tak sedih bila hubungan yang masih baru putus begitu saja.Jambatan kasih yang baru dibina roboh di tengah jalan.Dalam diam Aisyah terluka.Kali ini terasa perit di hati.Patutnya Aisyah tak menyambut huluran cinta Adam.

Dah tahu diri bukan pilihan lagi mahu mengharap.Tak akan sepanjang hidup dengan Adam,Aisyah terpaksa hidup tanpa restu dari Datin Mazni.Silap Aisyah dia alpa dalam lautan cinta Adam.
Dia biar dirinya terus hanyutan dalam nafas cinta Adam.Kini sekelip mata dia hilang semuanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience