VS 13

Drama Completed 85759

Daim melangkah menuju keluar dari hotel lima bintang tersebut.

Samsung galaxy S10 pemberian Clara tempoh hari dikeluarkan dari poket seluarnya.
Jari meleret di skrin, mencari nama yang dia kenal untuk di telefon.

Hampa...

Satu nama pun Daim tak kenal.

Telefon tu milik Clara. Nasib kak Clara ada dua biji telefon bimbit, maka satu dipinjamkan kepada adiknya memandangkan telefon Daim dah rosak teruk.
Nak call Clara memang tak boleh lah. Kakaknya dah terbang ke Melbourne kelmarin, mungkin esok baru balik.

Sejak jadi pramugari untuk ‘international flight’, Clara jarang ada dirumah. Masanya dihabiskan ke merata-merata dunia mengikuti jadual penerbangan yang dah ditetapkan.

Kaki Daim terus melangkah hingga ke station teksi.
Hajat nak naik teksi je.
Daim ni satu spesis dengan Eva, tak tahu guna Grab. Aplikasi Grab pun tak pernah dimuat naik!

Tu lah kau Daim! Tadi sombong sangat taknak naik Vellfire Eva. Kata nak balik dengan kawan.. mana kawan kau sekarang?
Sembang kencang!

Haish... bukan taknak naik. Tapi bila tengok muka ‘duck face’ si Eva tu, Daim tahu yang perempuan tu tak mahu dia naik sekali. Merajuk konon!

Tapi cute!
Lebih lagi time Eva jelir lidah pada dia. Jantung Daim dah macam pisang melendut kebawah! Kalau lambat sikit ditahan, memang boleh jatuh!
Hye Eva! macam mana aku nak move on dari kau ni?!

Kaki terus diderap menghampiri pondok teksi yang hanya bebaki 5 meter dihadapanya.

Tinnngggg!!

Opocot mak kau!
Errkkk! Daim Akli melatah jugak ke? Tak logik!

Tinnngg!!

Apahal kereta ni hong! Hong!
Aku jalan kat laluan perjalan kaki kot, bukan kat tengah jalan sampai halang laluan kereta kau!
Daim pusing tubuh.
Volkwagen Polo warna nude pink mengekor perlahan dari belakangya
Nafas ditarik panjang.

Derrr...
Arabella Rose a.k.a Bella rupanya..
[ Bukan Felicia Bella – aura luf yek! Tapi watak tetap sama, gedixx plus bukan besye-besye]

“Im!”
Bella memandu menyamai keretanyanya kesisi Daim sebelum membuka tingkap dan menyahut nama lelaki itu saat keretanya masih bergerak.

Daim tak menjawab, mata masih turus kedepan mengatur langkah hingga tiba di pondok teksi.

Bella keluh nafas, kaki menekan brek untuk memberhentikan keretanya . Lantas gear ‘P’ dimasukan sebelum tubuhnya dikeluarkan dari kereta.
“Im you nak kemana? Jom I hantarkan.”

“I nak balik, it okay i ambik teksi je.”
Daim tak pandang Bella, leher ditinggikan menunggu kehadiran teksi.

“Alaa.. jom la i hantar, bukan senang nak dapat teksi kat sini. Lagipun banyak benda kita nak bincang.”

Kali ni mata Daim melabuh kepada wanita berambut blonde pendek aras bahu tu.

Bella merengus kuat, lantas lengan Daim ditarik membawa ke keretanya.
“You ni takut sangat kat i kenapa? Takdenya i nak bawa you pergi agensi i”

Daim tersengih sambil membiarkan lenganya ditarik oleh Bella. Bukan dia takut perempuan tu akan memujuknya untuk menjadi model, tapi saat ni Daim rasa malas nak berborak dengan sesiapa. Dia ingin cepat pulang kerumah dan mengunci diri didalam bilik mencari ketenangan.

Setelah pasti Daim duduk disebelahnya, Bella menarik semula gear ke ‘D’ sebelum kaki menekan minyak menyebabkan Volkswagen polonya kembali meluncur laju di jalan raya.
Sekilas pandangan ditoleh ke tepi. Daim masih diam.
“Cuba you cerita kat i? Apa sebenarnya yang berlaku malam tu Im? I cari you merata-rata tapi tak jumpa. You cakap nak keluar vaping je. Then i try call pun not answer.”

Dah jadi inspector Bella pulak minah ni..
Daim terus diam. Pandangan dilempar keluar tingkap.

“Immm!”
Eh! Geram pulak dengan abang sado sebelah ni!
Bella merengus kuat!

“I dah malas la nak cerita lagi, letih.”

“See, i dah cakap, memang ada something wrong”
Wajah Bella kembali ditoleh sekilas kepada Daim sebelum tangan memegang strereng meneruskan pemanduan.

“Im.. i tak tahu sangat apa yang berlaku pada malam tu, tapi i percaya you tak buat sesuatu yang buruk pada Eva. But why you want to married her? Ah! Tu yang i cannot brain!”

Kali ni mata Daim laju memandang Bella yang dah memicit tepi dahinya sambil hanya sebelah tangan mengawal stereng. Drama la sangat Bella ni.
“Kenapa i tak boleh kahwin dengan Eva?”

“Im! You ingat i ni Executive Model Agency sampai i tak tahu dunia actress? I pun pengiat seni juga Im. I know Eva couple dengan Lukas Abraham anak Dato Jambi and they all going to be married in this year.”

Nothing can hidden from Arabella Rose.

“Dah jodoh i dengan Eva, nak buat macamana?”

Bella jungkit bibir, ingat ayat tu boleh buat aku mati kata ke Daim?
“Ya! I know semua ni jodoh, but Eva tak cinta kan you kan Daim? How can you all decide nak kahwin?”

Sekali lagi Daim menoleh kepada Bella. Banyak betul minah ni tahu pasal Eva.
“You tahu mana, Eva tak cinta kan i? You ni pencari model je bukan penganalisis hati orang.”

“Ha ha ha! If you all couple dah lama dah Eva jadi wife you Daim.”

Betul juga...
Daim pandang luar tingkap, tawa Bella makin mengilai manja.
Jika dari dulu dia couple dengan Eva, dah beranak pinak dah sekarang ni kan.

No Daim! Kau dah bersumpah dengan Danish kan?
Argghh.. Perlu ke aku teruskan perkahwinan ni?

“Actually i boleh nampak yang you cinta kan Eva, Im. But i don’t know why you keep hidden your feeling. Maybe you tak nak hubungan sebagai kawan putus kalau you luahkan perasaan pada Eva kan?”

No Bella. Bukan sebab tu.

“Or ada sebab lain yang you nak sorok from Eva?”

Memang betul la Bella ni pandai baca fikiran orang lain!
Dia ni ahli nujum pak belalang ke?

Lama mereka diam, sebelum Bella kembali bersuara.
“So you tahu ke siapa yang buat report pada wartawan pasal you dengan Eva di hotel?”

Daim geleng kepala.
“I akan cuba siasat, i rasa ada yang nak kena kan i dengan Eva.”

Bella angguk kepala.
“I akan tolong you investigated”

Daim kembali memandang ke luar tingakp Volkwogen Polo milik Bella.
“Hantar i ke Cafe.”

Sekali lagi Bella menoleh seketika.
“Aik! You kata nak balik rumah tadi?”

“I nak jenguk cafe, dah berapa hari i tak pergi Cafe i.”
Daim raup wajahnya sekali.
Nasib 3 hari yang lepas, Clara membantu menguruskan Cafe Daim sebelum dia berangkat ke Melbourne.
Kalau tak mesti kucar-kacir sebab Daim hilang secara tiba-tiba.

Bella tak menjawab. Kereta dipandu hingga tiba dihadapan Cafe Indulgence.

Sebelum tangan Daim membuka pintu, tubuh sempat berpaling kepada Bella.
“Bella.. jika suatu hari nanti i perlu kan pertolongan you, boleh you tolong i ke?”

Pantas Bella titip mata tajam Daim. Penuh persoalan. Lantas bibirnya mengorak senyum.
“Anytime my prince, you kan anak ikan i.”

Tinggi rahang Daim naik waktu perkataan ‘anak ikan’ keluar di bibir mungil milik Bella.
“Thanks Bella.”

Bella angguk kepala, kelopak mata dikedip sekali. Dan bibir mekar senyum hingga ke telinga.

Pintu kereta ditutup, dan Daim masih terpacak melihat kereta nude pink Bella meluncur laju hingga hilang dari pandangan.

Kedua tangan dimasukan kedalam poket, seraya nafas dihela panjang.
Mungkin suatu hari Bella boleh membantu dia, dan mungkin juga suatu hari sumpahnya pada Danish akan terus berjalan.
Mungkin kah...

*****
Eva keluar ke balkoni biliknya yang menghadap balkoni milik Daim.

Masih gelap.

Tak balik lagi ke?
Dah nak dekat pukul 8 malam ni.

Jari jemari Eva diletup geram.

Bukan dia tak perasan Daim masuk ke dalam kereta Bella selepas majlis sidang media tamat petang tadi.

Sewaktu Vellfire milik Eva keluar dari kawasan parkir dan melalui jalan raya. Matanya tertancap tubuh Bella diseberang jalan yang sedang menarik lengan Daim membawa lelaki itu masuk ke Volkwagen nude pink milik wanita itu.

Hati siapa yang tak sakit?
Kata nak tumpang kawan,

Ehley! Kawan apa kalau sampai main tarik-tarik lengan macam tu?

Patut pun Farina tinggal kan kau Daim, kau ni spesis playboy markap tinggi jugakan.
Oooo.. depan aku pandai kau sorok kan.

Bukan aku tak tahu Bella gedik tu selalu cari kau. Ingatkan sebab nak pujuk untuk ikut agency modelling minah tu. Tapi rupanya korang dua ni ada hubungan yang lebih lagi kannn...

Kali ni penumbuk kanan Eva digenyeh ketapak tangan kirinya.
Geram!

Kalau ye pun nak beromen takyah lah depan public?
Padahal baru je habis sidang media, dan Daim setuju untuk berkahwin dengannya.
Berita masih hangat tapi suka-suka je jantan tu nak tunjukan diri dengan perempuan lain.

Kalau peminat Eva tahu macamana? Mahu dikecam teruk! Kalau Daim je sorang yang dikecam takpe, takut terkena kat dia sekali!

Arrgghh! Eva picit tengah dahi, kenapa la kisah cerita dia dan Daim makin bercelaru?

“Eva...”

Eva toleh tubuh.

Perlahan Dahlia menghampiri anaknya dan berdiri disebelah wanita itu. Mata turut memandang bilik Daim dihadapannya.

Dulu dia dan Mansor memang menggunakan bilik utama ni, tapi sejak Mansor disahkan mempunyai penyakit degenerative pada tulang belakang yang mengakibatkan ianya lari sedikit dari kedudukannya atau nama lainnya ‘Slip Disk’. Telah menghalang mansor untuk berjalan laju atau bergerak secara berlebihan.
Maka bilik bawah dibesarkan sebagai bilik untuk Mansor dan Dahlia.

Apa lagi, bersorak lah Eva ketika papanya menyuruh dia tinggal di bilik utama. Besar katanya. Lebih-lebih lagi selepas kematian kedua mama dan papa Daim, lelaki itu turut tinggal di bilik utama rumahnya.

Kebetulan balkoni rumah mereka menghadap. Makin gembiralah Eva bila dapat menatap Daim walapun dari biliknya.

Mujur je takde scene ketuk botol kat balkoni macam Zaiton buat kat S. Shamsuddin dalam drama Bujang lapok.
Kalau tak gamat jugak lah!

“Kau okay ke Eva?”
Dahlia menyapa lembut anaknya, dari tadi dia perasan Eva lebih banyak mendiamkan diri.

Tak okay mama? Kepala rasa berat nak fikir banyak perkara.

Senyuman diukir, tubuh Dahlia dipaling menghadap sisi anaknya, lantas lengan Eva dicapai.
“Mama gembira sangat bila kau dengan Daim akan berkahwin.”

Eva toleh pada mamanya, bahu dikendur perlahan.
“Mama... mama tak rasa perkara ni terlalu drastik ke? Eva baru je putus dengan Lukas, dan sekarang terus nak kahwin dengan Daim”

“Ah!” Dahlia merengus! Berdarah telinga kalau dengar nama Lukas tu lagi!
“Takde drastiknya Eva, sepatutnya dari dulu mama halang Eva behubung dengan jantan tu!”

“Kenapa mama benci sangat dengan Lukas?”
Eva buat mata kucing mintak pengharapan.

“Eva. Listen sayang. Lelaki sifatnya adalah menjaga perempuan, bukan menyakiti perempuan. Awal-awal Lukas tunjukan yang he can’t protect you Eva. Then mama sebagai penjaga Eva selama hampir 30 tahun ni, takkan mama nak lepas kan Eva pada jantan yang boleh lukakan hati Eva untuk 30 tahun akan datang?”

Deep... Eva diam...

“Why mama choose Daim? Because mama tahu, he can protect you same like mama and papa do to Eva.”

“Mama pasti?”
Kali ni Eva cuba bermain kata dengan mamanya.

Dahlia angguk kepala.
“Hundred percent pasti!”

Eva jungkit hujung bibir. Pandai betul Daim manipulasi mama dan papa, sampai mereka berdua boleh percaya, hidup-hidup.

Puan Dahlia.. meh Eva nak cerita sikit rancangan Daim sebenarnya. Sila dengar ye mama ku sayang...

Eva tarik nafas. Kali ni dia pula yang gengam lengan wanita itu.
“Mama.. kalau Eva cerita ni mesti mama tak percaya kan.”

Dahlia membesarkan kelopak matanya. Kata-kata Eva selanjutnya, terus ditunggu.

“Mama tahu tak Daim setuju kahwin dengan Eva sebab nak tutup kes ni, dan dia akan ceraikan Eva selepas cerita pasal kitaorang tak disebut lagi.”

Dahlia kerut kening, mata dikecilkan sedikit memandang Eva.

Eva buat muka selamba. Ini bukan rahsia lagi. Dia nak mama dan papa tahu siapa sebenarnya Daim.
Lelaki tu sama je macam Lukas! Can’t protect women! Buat perempuan macam barang terpakai! Rasa taknak terus buang!

“Daim ada cakap ke, yang dia akan ceraikan Eva lepas berkahwin?”

Laju Eva angguk kepala. Dia takkan bersekongkol dengan Daim lagi. Baik Eva tak kahwin terus dari kahwin lepas tu jadi janda. Kalau janda melaram takpe juga. Kalau jadi ‘Black Widow’ macam filem Avengers, mahunya sampai mati tak dapat kahwin baru!

Dahlia pegang kedua bahu anaknya.
“Mama tanya sekali lagi, Daim ada cakap ke dia nak ceraikan kau lepas kahwin?”

Sekali lagi Eva letupkan jarinya. Otak cuba proses balik kata-kata Daim malam tu.
“Memang takde pun dia cakap nak ceraikan Eva, tapi selepas perkara ni selesai. Daim mintak Eva bincang semula samaada nak teruskan hubungan ni atau tidak.”

Dahlia melepaskan gengaman bahu anaknya.
“Meants that Daim takde kata nak ceraikan kau Eva.”
Eeeee! Anak perempuan aku sorang ni! Sebarang je tuduh Daim tu!

Sekali lagi Eva merengus.
“No mama, mama faham tak Daim ngan Eva takkan lama berkahwin mama. Daim tak ikhlas terima Eva, Daim cuma nak balas budi kita sebab jaga keluarga dia je mama. Yay or No kami tetap akan bercerai lepas kahwin, perkara ni akan jadi complicated mama.”

Dahlia senyum sumbing.
“Actually kau yang complicated kan keadaan Eva.”

Pulak... sebenarnya Puan Dahlia depan Eva ni, mama Eva Natasha atau mama Daim Akli?
Kenapa kuat sangat nak back up jantan tu ek?

Nafas Dahlia dihela panjang, kedua pipi cembung anaknya dipegang.
“Eva.. benda ni tak complicated sebenarnya.. Eva sendiri yang complicated kan keadaan sehingga Eva biarkan perasaan Eva keliru dengan Im.”

Hello wifey Mansor, cuba cakap tu jangan berbunga sangat.
Ni bukan Drama, Eva pun bukan sasterawan negara, yang boleh tafsir ayat sekelip mata.

“Eva.. mama dan papa tahu yang Daim setuju berkahwin dengan Eva sebab nak tutup perkara ni. Tapi percaya la, Daim bukan macam lelaki lain. Mama percaya dia takkan ceraikan kau.”

Eva geleng kepala tak setuju dengan kenyataan Dahlia.
“Mama lebih percaya Im dari Eva?”

Laju Dahlia angguk kepala.
“In this case, mama lebih percayakan Im dari Eva.”

“Mama!”
Laju Eva sambung kata-kata Dahlia.
Hati dah bermangkuk-mangkuk marah.
Bibir merengus berkali-kali.

Dahlia ketawa kecil melihat keletah anaknya.
Perangai masih sama macam budak sekolah tadika!
Ni kalau kahwin dengan Lukas, mahu sebulan je dah hancur.

Lebih-lebih lagi jika bertemu dengan Datin Suria, mama si Lukas tu.
Yang memerintah bagaikan hitler.
Mahu dikongkongnya Eva hidup-hidup maka marana lah anak aku!
Fuhhh... nasib perkara ni dapat dielak.

“Eva.. kau dah tenang nanti, fikir elok-elok ye. Dulu mama tak paksa siapa pilihan kau. Tapi bila dah terkena sekali, mama taknak untuk kali kedua. Mama nak anak mama bahagia. Dan mama nampak Im boleh bahagiakan anak mama.”

Eva terus diam.. tak mahu menjawab lebih, kerana akhirnya dia juga yang dipersalahkan. Orang kata jadi anak tunggal best, sebab tak berkongsi kasih.
Kisahnya Eva memang anak tunggal tapi kenapa macam selalu ditinggalkan bila ada Daim?

Dahlia menepuk lembut bahu anaknya.
“Tunggu kak Clay balik dari Melbourne, then kita bincang hal perkahwinan kamu dan Im ye.”

Mamaaaaa!!!!!
Eva ketap gigi.
Kenapa lah sorang pun tak faham perasaanya saat ni?!

Tunggu kau Daim Akli!
Aku akan pastikan perkahwinan ni takkan berjaya sebab aku benci kan kau Im!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience