BAB 2

Humor Completed 7121

“Ala... dah lama joyah tak jenjalan. Kalau jadi, Joyah takkan suruh abang hafal sifir lagi” cuba memujuk.

Carl hensem memakai baju dan terus keluar. Dia akan ke jeti berhampiran untuk menangkap ikan. Joyah gelak..... nak gi tangkap ikan pun pakai macam tu. Laki saper ler tu!!!...

Joyah Jaclyn awal – awal lagi sudah bersiap dan duduk menunggu Carl Hensem di hadapan pintu dengan seluar legging warna merah dan baju kebaya labuh berwarna jingga. Colour blocking lah katakan.. sehingga membuat Pak Gaos yang sedang melintasi hadapan rumahnya terjatuh ke dalam parit bersama- sama basikalnya yang diimport dari Paraguay. Kelam kabut Joyan Jaclyn turun ke bawah menyelamatkan Pak Gous dari di gigit oleh semut merah. Tiba – tiba wajah Pak Gous bertukar kebiru – biruan. Dia berdiri tegak sambil memandang tajam ke wajah Joyah Jaclyn.

“Tiga warna...tiga warna...” itu yang Pak Gous katakan dan kemudian lelaki tua itu menaiki basikal secara terbalik malah bergerak juga secara terbalik menuju rumahnya. Joyah Jaclyn menggaru kepalanya. Dia senyum melihat ustazah Syarmilla datang menghampirinya dengan senyuman.

“Assalamualaikum” sapa Ustazah Syarmila. Joyah Jaclyn menjawab tenang.

“Lepas A apa?” soal Ustazah Syarmilla.

“B” jawab Jaclyn penuh yakin. Ustazah Syarmila mengangguk dengan wajah kagum.

“Betul. Saya balik dulu” ustazah Syarmila menghulurkan salam dan kemmudiannya pergi. Joyah Jaclyn terus ke rumahnya. matanya terbeliak apabila melihat Ustazah Syarmilla baru sahaja pulang dengan menaiki keretanya. Tadi siapa?. Joyah Jaclyn menekan dadanya...... hantu tadika ke?. Tanya A B C?..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience