Bab 5 (Bunyi Misteri)

Thriller Completed 8862

Kisah suara dan bunyi misteri di sebuah banglo. Banglo tu katanya bekas tempat tinggal seorang pengurus ladang bukit tagar tu. Tapi lepas di panah petir dan terbakar ia di tinggal begitu saja. Banglo tu terletak di puncak bukit dan katanya banyak berlaku kejadian aneh melibatkan perkara mistik dan misteri.

Berdekatan dengan banglo tu ada satu pemancar syarikat telekomunikasi. Tuan Johar pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan alat pemancar tu. Kiranya sebelum dia kerja memang takde pengawal keselamatan jaga kat situ pada waktu malam.

Lepas dia kerja.. dia satu-satunya pengawal keselamatan paling kental berani kerja malam kat situ. Dijadikan kisah satu malam yang seram.. kawan Tuan Johar konon nak teman kerja malam tu sambil borak boleh dia tidur sekali tapi jangankan dapat tidur nyenyak sambil mimpi manis. Tapi nak pejam mata pun rasa tak mampu.

"Johar, kau dah tidur ke?" tanya kawannya.

"Dah lah. Aku tengah nak tidurlah ni. Apa hal kau masih panggil nama kau. Dah malam ni, Tidurlah.." kata Tuan Johar.

"Aku tak boleh tidur ni..."

"Aik dah kenapa? Bukan tadi masa kita berborak kau kata dah mengantuk nak tidur. Apa hal kau ni?" tanya Tuan Johar.

"Aku rasa seram sejuk. RAsanya tak dapat mimpi manis malam ni."

"Hmmm. Kenapa pula?"

"Kau tak dengar apa-apa ke?"

"Dengar apa? AKu sikit lagi nak hanyut dah ni. Tapi kau pula banyak cerita panggil nama aku."

"Betul tak dengar apa-apa?"

"Baik kau cuba pejam mata dan tidur saja."

Sebab katanya bila tengah malam dia dengar suara perempuan dok nyanyi lagu melayu klasik siap ada latar belakang muzik hilaian tawa seram serik lagi dari banglo lama tu. Di tambah lagi kat pondok jaga tu selalu je dengar bunyi tapak kaki orang berjalan & berlari.

Bila tanya Tuan Johar, macam biasa tiada jawapan pasti cuma dia suruh buat tak tahu je.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience