Khairul menutup pintu biliknya. Dia melihat Hafi sedang bermain handset. `Kau tak tido? Tak ngantuk ke? 'soalnya. `Aku dah tidur tadi. Ni pun aku baru jaga'.balas Hafi. Dia memandang Khairul. `Lambat kau balik. Kau bawak Hana gi mana tadi?' sambung Hafi. Khairul yang mendengar tersengih. `Aku bawak dia pergi pantai. Saja nak bagi dia seronok sikit'. Jawab Khairul. `Dahlah, aku penat ni.. Nak rehat jap'.sambung Khairul sambil membaringkan diri ke katil lalu memejamkan mata. Hafi memandang. Penat sangat lah tu! Tapi aku pun penat! Omel Hafi dalam hati. Dia tak penat sangat pun sebenarnya. Dia dengan Qilla tadi tidak pergi mana-mana. Dia terus menghantar Qilla balik ke asrama. Selepas itu, dia terus balik ke asrama. Aku terjaga daripada tidur kerana terdengar bunyi azan. Aku melihat Hana sudah berada di sebelahku. Bila masa dia balik? Sah! Aku tidur mati! Aku mengeliat beberapa kali sambil menenyeh mataku sebelum bangun dari baringan. Aku terus menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang. Usai solat, aku mengejutkan Hana. `Hana'.panggilku perlahan. Aku menggoncang perlahan bahunya. `Hmm'. Balas Hana. `Hana.. Bangun.. Ni dah masuk asar dah ni.. Bangunlah solat lu.. Lepas tu kalau kau nak tidur balik, tidurlah '. Ujarku lagi. Hana yang mendengar membuka matanya perlahan-lahan. `Memang tak lah aku nak tidur balik. Cukuplah tidur yang ni tau tak. Ini pun aku letih sangat. Kalau tak, takdenya aku nak tidur'. Balas Hana. Aku tersengih. Tahu sangat yang Hana tak suka tidur petang. Hana bangun perlahan-lahan sebelum menuju ke bilik air. Aku bangun lalu duduk di atas katil. Hana mengambil tempat solatku. Aku hanya bermain handset ketika Hana solat. Ada message kat wassap. Aku membukanya. Khairul? Apa mimpi mamat ni wassap aku? Gumamku dalam hati. Aku membaca mesejnya itu. `Qilla, kau tolong aku boleh tak? Aku membalas`Tolong apa? '. `Aku tak boleh nak cakap kat sini, aku kena cakap depan-depan. Kalau kat sini, aku tak tahu nak terangkan macam mana. Nanti aku nak jumpa kau. Okay byee tu je aku nak cakap kat kau'. Balasnya. Aku mengetap bibir. Ini aje? Baik takyah wassap aku macam ni! Bebel aku dalam hati. `Woii!! 'sergah Hana. `Oooo mak kau panjat' latahku. Hana tergelak besar melihat reaksiku. `Kusyuk sangat kau ni! Sampai aku habis solat pun kau tak perasan lagi! Asal? Teringatkan Hafi ke? Usai dengan soalan tu, Hana tergelak lagi. Makin kuat. Aku yang mendengar menjadi geram. Hafi? Asal Hafi yang mesti disebut? Tanpa menunggu lama aku membaling bantal tepat ke muka Hana. Terdiam Hana. Aku hanya tersengih memandangnya.`Gelak la lagi'. Ujarku. Dia pulak yang tersengih. `So apa citer kau ngan Khairul? Soalku. Saja ingin mengorek rahsia. `Citer? Citer apa pulak? Biasa-biasa je'.balasnya. Dia malas nak bagitau Qilla. Kalau diberitahu, mesti Qilla gelak sakan. Baik diamkan diri. Dia teringat kembali apa yang Khairul katakan tadi`Aku sayangkan kau'. Hana memejamkan mata sambil mengelenggkan kepala. Aku yang melihat hairan. Aku menepuk lembut paha Hana bagi menyedarkannya. `Kau kenapa? 'soalku. Hana hanya menggelengkan kepala. `Cerita je lah'.paksaku.`Kalau aku cerita, janji kau takkan gelak?' soal Hana. Tajam dia memandang sahabatnya itu. `Ye..janjiii!'balas ku . Hana memulakan cerita dari saat dia menaiki kereta Khairul hingga ke akhirnya. Aku hanya mendengar. Selepas cerita, aku ketawa. Sungguh! Aku tak dapat tahan! Hana menjeling geram. Dia mencubitku sekuat hati. `Adoii! Hana lepaslah! Aku tak gelak! Aku tak gelak! Aku janji aku tak gelak dah!'ujarku sambil Cuba melarikan diri daripada terus jadi mangsa cubitan. Aku menggosok tanganku yang dicubit Hana tadi. `Tau takut. Lain kali buat lagi'. Ujar Hana.`Malas nak layan'. Balasku. Aku melihat jam di handsetku. Aku memandang Hana. `Kau nak ikut ke aku gi kafe? Aku cadang nak beli airlah. Lepas tu aku nak lepak Kat sana jap '. Ujarku. `Tak naklah. Kau pergilah sorang. Aku malaslah nak keluar. Takut tertembung ngan budak 2 ekor tu lagi'. Balas Hana. `Tak nak pesan apa-apa? Soalku lagi. Hana hanya menggeleng. `Okay aku gi dulu. Kalau ada apa-apa call aku cepat'. Pesan aku. Hana hanya mengangguk. Aku keluar dari pintu dan aku mengunci pintu. Aku segera ke kafe. Sampai sahaja, aku terus memesan jus tembikai dan aku membeli sedikit kuih yang masih tinggal. Ketika aku ingin mengambil tempat duduk, aku terlanggar seseorang `Sorry'Jawabku. Aku memandangnya. Dia turut memandangku. `Hafi? 'ujarku. `Qilla'. Balasnya. Aku hanya memandangnya.
Share this novel