BAB 39

Romance Completed 67139

PANDANGAN yang gelap bertukar menjadi cerah. Adara mengedipkan kelopak matanya cuba menyesuaikan diri dengan cahaya kalimantang yang lalu menerusi kornea matanya.

Sebuah erangan kecil terbit dari bibir Adara apabila menyedari dia diikat diatas sebuah bangku besi yang sudah berkarat. Kedua-dua belah tangannya diikat di belakang badan.

Sehelai kain putih diikat pada mulutnya. Mengelakkan dia daripada membuat sebarang bunyi. Adara meliarkan pandangan pada keadaan sekelilingnya yang gelap gelita. Hanya ada satu lampu yang dihalakan ke arahnya.

Kelihatan sebuah bayang seseorang yang mendekati dia. Derapan langkah figura itu semakin mendekat. Membuatkan Adara mengangkat wajah mahu lihat wajah gerangan tersebut.

"So, you wake up? How does it feel, huh?"

Tanpa amaran, wajah Adara dicengkam kuat oleh Malik. Malik tersenyum sinis melihat keadaan Adara yang lemah tak berdaya di hadapannya. Melihat Adara yang cuba mengatakan sesuatu, kain pada mulutnya ditanggalkan.

"Kenapa? Kenapa papa buat semua ni? Apa salah Ara sampai papa hukum Ara macam ni?" Tanya Adara sayu. Sedih apabila diperlakukan begini oleh mertuanya sendiri.

Malik melepaskan tawa sepuas-puasnya apabila mendengar kata-kata Adara. Tak semena-mena, tangannya yang mencengkam wajah Adara didongakkan ke atas. Sebelah lagi tangannya mencabut tudung Adara sebelum menarik rambut menantunya itu dengan kasar.

"S--sakit. Tolong jangan macam ni papa. Ara minta maaf. Ara tak tahu apa salah Ara dekat papa." Pinta Adara mengigit bibir menahan sakit. Terlalu perit rasa kulit kepalanya kini. Terasa seperti hampir tercabut. Air mata ditahan daripada mengalir.

"Salah kau sebab kau anak Zarul!"

Pang!

"Malik!" Jerit Puan Rossa kepada bekas suaminya itu. Dia mengesot mahu mendekati Adara. Tak sanggup melihat Malik menyeksa Adara seperti dia diseksa satu ketika dulu.

Pergelangan tangan dan kakinya diikat seperti Adara. Malangnya, pergerakannya ditahan oleh Ray.

"Duduk diam-diamlah, orang tua!" Ray menarik Puan Rossa sebelum menolak wanita itu pada dinding. Kedengaran erangan sakit daripada mulut Puan Rossa.

Adara memandang ke arah mertuanya. Pipinya yang masih merah ditampar Malik terasa kebas. Kelihatan bibirnya kini terluka. Tetapi itu hanya sedikit kalau nak dibandingkan dengan rasa sakit hatinya melihat Puan Rossa sebegitu.

"Hei, perempuan pandang aku! Aku bercakap dengan kaulah betina!" Tanpa ragu-ragu, tangan Malik sudah naik menampar kuat wajah Adara pada tempat yang sama. Adara memejam mata menahan sakit.

Pang!

"Tamparlah Ara kalau itu yang puaskan hat papa. Tapi, tolong. Tolong lepaskan mama." Ucap Adara berani, matanya naik memandang Malik dengan pandangannya. Malik tersenyum mengejek. Jarinya menunjal kepala Adara ke belakang.

"Kau dengar baik-baik apa aku nak cakap ni, perempuan. Sebab bapak kau, aku terpaksa kahwin dengan Rossa kau tahu tak? Sebab bapak kau, aku tak dapat Alyssa! Kenapa kau tak mati dengan bapak kau!"

Pang!

Sekali lagi, wajah cantik milik Adara menjadi mangsa tamparan Malik. Dadanya berombak penuh amarah. Puas hatinya apabila melampiaskan rasa tersebut pada Adara setelah kian lama.

"Malik, cukup! Adara tak bersalah. Jangan seksa dia macam ni. Ambik Rossa. Lepaskan Adara, Malik." Pinta Puan Rossa tak mahu Adara diperlakukan sebegitu. Malik menoleh pandangan pada Rossa.

"Mama, jangan." Perlahan saja suara Adara cuba memberi amaran kepada mertuanya. Puan Rossa berusaha cuba mendekati Adara tetapi dihalang oleh Ray sepenuhnya.

"Ambik Ara. Itu yang papa nakkan? Ambik Ara." Mata redup Adara memandang ke dalam anak mata Malik. Tahu dia yang dimahukan oleh lelaki yang digelar mertuanya itu. Malik tersenyum lebar.

"Bagus. Inilah yang aku nak. Aku nak kau mati!" Leher jinjang Adara dicengkam kuat oleh Malik. Adara terdongak memandang ke arah Malik. Malik menyeringai seperti dirasuk hantu.

"Kau tak tahu berapa lama aku tunggu untuk bunuh kau, perempuan. Sekarang kau rasa apa yang aku rasa! Aku cintakan mak kau, Alyssa. Tapi Zarul rampas dia dari aku! Kau dengan bapak kau sama! Dasar perampas!"

Malik menguatkan cengkaman pada leher Adara. Tubuh kecil Adara dihentak pada dinding. Terpejam mata Adara merasakan belakang badannya yang sakit.

Sekarang, kau nak rampas harta anak aku pulakkan? Aku takkan benarkan lah! Tak sebelum aku rampas nyawa kau dulu sama macam aku rampas nyawa Zarul 20 tahun yang lalu!"

Malik mencengkam lagi leher Adara sehingga kukunya terbenam ke dalam permukaan kulit Adara. Adara terbatuk-batuk mencari nafas. Kakinya tak menjejak tanah apabila Malik bertindak mengangkat tubuhnya dengan tangan masih mencekik leher Adara.

"Malik, cukup! Cukup!" Rayu Puan Rossa menangis tanpa henti. Adara hanya mampu memandang ke arah ibu mertuanya. Air matanya turut mengalir.

"Diam Rossa! Biarkan aku selesaikan urusan aku. Betul tak, Adara? Biar aku hantar kau jumpa mama dengan papa kau balik. Itu yang kau nakkan?" Soal Malik, kepalanya disengetkan. Bibir mengukir senyuman jahat. Melihat Adara sebegitu membuatkan dia puas.

Adara memejam mata. Pernafasannya makin tidak teratur. Air mata makin laju mengalir. Semakin lama pandangannya semakin kabur.
Hatinya tak henti berdoa supaya Tuhan menolongnya sekarang. Hanya sebaris saja nama yang berada di dalam fikiran Adara.

"Ai--Aiden."

"Let go of my wife! "

???????•°?°•?? ??????

"LET go of your wife? Like this?" Tanpa rasa serba salah, Malik melepaskan leher Adara sebelum tubuh Adara ditolak kasar pada lantai. Dia mengukir senyuman sinis kepada Aiden.

Tubuh Adara terbaring lemah di atas lantai. Kelihatan darah merah mengalir pada kepala Adara menitik pada lantai. Kelopak mata Adara hampir tertutup memandang kepada Aiden. Bibirnya mencarik senyuman nipis. Tahu Aiden akan datang.

"Malik!" Laung Aiden dengan berang. Kaki laju melangkah ke arah bapanya dengan dada berombak ganas. Rahangnya mengetat. Anak-anak buah Malik pantas mengepung Aiden. Malik menjadi pemerhati.

"Jangan halang aku!" Tangan Aiden pantas menarik seutas rantai besi yang berada di situ. Hanya dengan sekali libasan, dua orang daripada anak buah Malik tumpas dalam masa yang sama.

"Kau, kau mati! Jangan harap aku bagi kau hidup lepas apa kau dah buat, Malik." Suara garau Aiden memberi amaran. Mata tajamnya mencerlung ke arah bapanya. Ray yang menghalang laluannya menjadi mangsa.

Tanpa belas kasihan, rantai besi yang dipegang kemas pada tangan Aiden dibelit pada leher Ray. Terbeliak mata Ray apabila merasakan belitan rantai itu mula menjerut lehernya. Aiden makin mengetatkan pegangan.

Krak!

Bunyi tulang leher milik Ray yang sudah patah kedengaran. Mata lelaki itu terbeliak besar. Tiada lagi pergerakan daripada Ray. Hanya sekujur tubuh yang tidak bernyawa. Aiden bangun dari duduknya. Kepala disengetkan melirik kepada Malik.

"Now, who's next?" Ucap Aiden dengan nada yang dalam. Mata tajam seperti helangnya memandang anak buah Malik satu persatu. Wajah Zackry yang berada di situ menjadi sasarannya dahulu. Dia dahagakan darah.

"Kau," Zackry menahan air liur melihat wajah tanpa riak Aiden. Baru sahaja dia mahu melarikan diri, Aiden sudah meluru ke arahnya bersama rantai besi yang dililitkan pada buku limanya.

Buk! Buk! Buk!

Tumbukan padu daripada Aiden dilayangkan pada wajah Zackry tanpa henti. Aiden mengetap gigi. Wajah Adara yang dipenuhi dengan darah membuatkan dia gila.

"Kau culik isteri aku!" Satu tumbukan dikenakan pada abdomen Zackry dengan kuat. Zackry serta-merta meringkukkan badan. Aiden mencangkung. Sepucuk pistol diacukam pada dada Zackry.

"I told you before, don't mess with me when you're not ready to face your death." Suara Aiden dibisikkan pada telinga Zackry. Zackry terketar-ketar menahan takut. Aiden tersenyum sinis.

"Now, go rot in hell, fella."

Bang! Bang! Bang!

Aiden melepaskan tembakan ke arah Zackry dengan jarak yang dekat. Darah merah pekat mengalir dari luka Zackry. Aiden bingkas berdiri melangkah ke arah Malik.

Malik tersentak. Dia tak percaya apa yang dilihatnya. Aiden seorang menumpaskan sekumpulan anak buah dan orang kuatnya. Perlahan-lahan, Malik mengeluarkan revolver dari pinggangnya. Muncung pistol diacukan pada Aiden yang makin mendekat.

"You want to kill me that bad, huh? Come son, kill your own father." Provok Malik masih tidak serik. Bibir tersenyum mengejek kepada Aiden yang memberhentikan langkah.

Aiden merenung dalam ke arah Malik. Rantai besi yang digunakan tadi dilepaskan dari pegangan. Malik melirik pada rantai besi yang penuh dengan darah itu sekilas. Wajah tanpa riak anak lelakinya ditatap selepas itu.

"I'll kill you bare hands."

???????•°?°•?? ??????

ARYAN yang baru tiba di tempat kejadian menutup hidungnya dengan tangan. Matanya dililaukan pada mayat-mayat yang bergelimpangan di situ. Bau tengik darah menusuk ke dalam rongga hidung.

Iqbal yang berada di belakang Aryan turut melakukan perkara yang sama. Dia membulatkan mata tanda tak percaya apa yang dilihatnya. Tak menyangka Aiden akan bertindak sebegini.

"Aunt!" Panggil Aryan sebalik melihat tubuh Puan Rossa yang tersandar lemah pada dinding. Dia segera mendapatkan Puan Rossa.

"Ary, Adara. Adara." Ucap Puan Rossa perlahan kepada Aryan, dia menunjukkan ke arah tubuh Adara yang terkulai lemah di atas lantai hampir tak sedarkan diri.

"Iqbal, bawak Ara keluar." Arah Aryan, dia mencempung tubuh Puan Rossa mahu mengeluarkan Puan Rossa daripada situ. Iqbal mengangguk laju.

Kakinya diatur melangkah ke arah Adara. Wajah Adara yang terpalit dengan darah itu membuatkan dia terasa serba salah.

"Ara, bangun. Kita keluar daripada sini." Ucap Iqbal perlahan. Adara membuka matanya cuba melihat siapa gerangan yang datang. Melihat wajah Iqbal, Adara sedaya upaya menjauhkan diri.

"Jangan dekat. Aku tak nak kau. Aku nak Aiden." Lemah saja suara Adara. Dia berusaha untuk duduk dan bangun sendiri tapi tak berjaya. Iqbal perlahan-lahan membantu Adara bangun. Tangan Adara diletakkan pada bahunya. Adara diam.

"Saya mintak maaf." Ucap Iqbal ikhlas. Tak mampu bertentang mata dengan Adara ketika mengucapkan kata itu. Tahu dia tak layak menerima kemaafan daripada Adara.

"Saya dah lama maafkan awak, Iqbal." Adara membalas kembali. Iqbal memandang Adara dengan riak muka tak percaya. Adara tersenyum nipis.

"Saya nak minta maaf jugak. Saya minta maaf sebab kita tak ada jodoh macam yang awak harapkan." Iqbal tersenyum mendengar kata Adara. Gadis itu tak pernah gagal membuatkan dia tersenyum. Cuma dia tak layak untuk terima segala kebaikan daripada Adara.

"Terima kasih." Ucap Iqbal dengan nada yang sedikit sebak. Adara mengukir senyuman. Tiada guna kalau dia berdendam pada Iqbal. Memaafkan itu jalan penyelesaian yang terbaik.

Tanpa mereka berdua sangka, Malik secara tiba-tiba datang menerpa ke arah Adara. Lengan Adara direntap ke arahnya.

"S--sakit." Adu Adara cuba melepaskan tangannya daripada pegangan Malik. Malik menarik Adara. Dia mencari Aiden yang mengejarnya dari belakang tadi.

Tak semena-mena, Iqbal memukul belakang kepala Malik dengan batang besi yang berdekatan dengan mereka. Tubuh Adara terjatuh apabila pegangan tangannya dilepaskan.

"Kau, tak guna!" Tempik Malik meluru ke arah Iqbal. Iqbal jatuh terbaring di atas lantai dengan Malik menghempap tubuhnya. Masing-masing bergelut cuba mencederakan pihak lawan.

Sebilah pisau belati dikeluarkan oleh Malik. Hanya dengan sekali pergerakan, pisau itu menikam tepat pada dada Iqbal. Iqbal membeliakkan mata.

"Iqbal..." Panggil Adara menangis melihat Iqbal yang mengorbankan dirinya untuk melindungi dia. Iqbal mengerang sakit apabila Malik tak henti menikamnya pada tempat yang sama.

"Kau bodoh, bodoh sebab sayangkan benda yang bukan milik kau. Tengoklah kau. Terseksa. Sebab apa? Sebab perempuan tak guna tu!" Jerkah Malik seperti orang gila pada tubuh Iqbal yang tidak lagi bernyawa. Sekolam darah merah mula terbentuk.

"Sekarang, giliran kau." Malik memaksa Adara bangun. Tubuh Adara dihentak pada dinding. Adara menangis tanpa henti. Rasa sakit pada tubuhnya sudah terasa.

"Mampus kau!" Sebilah pisau itu diangkat mahu menikam Adara. Adara memalingkan wajah. Tak lama kemudian, terasa cecair pekat mengalir pada wajahnya. Adara membuka mata. Kelihatan tangan Aiden menahan pisau itu daripada menyentuh Adara. Darah Aiden mengalir dari tangan jatuh pada wajahnya.

"Don't you dare touch my wife!"

Bilah tajam pisau itu yang menghiris tangan Aiden ditarik daripada tangan Malik. Dengan mudah, pisau itu dilempar jauh daripada tempat mereka berdua.

Bang!

Bang!

Bang!

Malik melepaskan tembakan rambang ke arah Aiden. Aiden masih berjalan tegap menuju ke arahnya dengan bahu yang ditembak. Malik masih mengacukan pistol ke arah Aiden.

"Pull the trigger, kill your son father. Do it."

Aiden mengacukan Glock 17 pada Malik. Tepat pada dada Malik. Sementara, Malik mengacukan pistolnya pada kepala Aiden.

Klik!

Bunyi picu ditekan serentak oleh mereka berdua. Sedikitpun tiada rasa gentar pada diri Aiden. Mata melirik kepada Adara yang tak jauh daripada mereka.

Bang!

Bang!

Bang!

Tiga das tembakan dilepaskan oleh seseorang. Aiden menurunkan pistol. Malik menjatuhkan pistolnya. Kelihatan darah merah keluar daripada mulut Malik. Dia menoleh ke sisinya. Kelihatan Puan Rossa mengacukan pistol ke arahnya.

"Rossa..." Tak percaya bekas isterinya yang melepaskan tembakan. Malik jatuh terduduk. Darah merah membuak-buak keluar.

"Jangan kacau hidup Aiden lagi, Malik. Cukuplah apa yang awak dah buat dekat kami selama ni." Puan Rossa melepaskan pistol dari tangannya. Aryan menyambut tubuh Puan Rossa.

"Leo, Adara..." Tegur Puan Rossa kepada Aiden. Tanpa berlengah, Aiden sudah pun menuju ke arah tempat isterinya berada. Tubuh lemah Adara dibawa ke dalam pangkuannya.

Dengan berhati-hati, dia mencempung Adara keluar. Kedengaran bunyi siren polis dan ambulans mula memenuhi ruangan gudang terbiar itu. Adara cuba mengatakan sesuatu pada Aiden. Aiden pantas mencium kepala Adara penuh kasih. Bibir mengukir senyuman buat Adara.

"Shhh, I got you back, precious. I always do."

Updated! Last chapter coming up<3 Stay tune (◍•ᴗ•◍)❤

Share this novel

norsila
2022-04-04 08:26:26 

yea!!! nk abis ke? malik dah mati...d


NovelPlus Premium

The best ads free experience