chapter 2

Romance Series 8085

5 minit sebelum majlis akad nikah bermula, Anis yang sudah siap didandankan oleh mak andam hanya diam membisu.. Tiada sepatah perkataan yang terkeluar dari bibirnya.. Azira hanya memandang sahabatnya itu sambil tersenyum kecil..

"Anis jom gerak masjid.. Pengantin lelaki dah sampai masjid dah tu.." Kata kak Liya..

Anis hanya mengangguk.. Dia berdiri lalu meneliti dirinya dihadapan cermin.. "Ya Allah permudahkanlah segalanya, jika benar dia jodohku munculkan lah rasa sayang, cinta di hati ini. Buka lah hatiku untuk menerima dia Ya Allah" desis Anis di dalam hati lalu mengorak langkah keluar rumah menuju ke Masjid.

Kawasan perkarangan Masjid dipenuhi dengan saudara mara dari kedua belah keluarga. Anak anak kecik lari berkejaran sambil ketawa ruang Azrin hanya mampu melihat sebelum tersenyum kecil. Hatinya gementar tiada siapa yang tahu. Hatinya bertambah berdebar Apabila melihat kereta yang membawa Anis telah tiba di perkarangan Masjid. Dia terpegun melihat pengantin perempuan.

" Cantik je dia bila bertudung" desis hati kecil Azrin. Dia melarikan pandangan Apabila mata ya bersabong dengan mata Anis. Dia berdehem dua tiga kali untuk menghikangkan debar dihati.

Mereka semua mengatur langkah memasuki ke dalam Masjid. Azrin bergerak ke bahagian hadapan, manakala Anis berada sedikit di belakang. Dia hanya memerhati ke hadapan dengan riak wajah yang Cuba di manis kan.

" Boleh kita mulakan?" ujar Encik Nazrul selalu ayah kandung anis

Azrin hanya mengangguk perlahan sebelum tanganya berjabat dengan Encik Nazrul. Sejuk tangannya Apabila tangannya digenggam erat oleh bakal ayah mertuanya. Encik Nazrul hanya tersenyum memandang bakal menantunya itu.

Sebelum dinikahkan Azrin telah ditanya dengan beberapa soalan tentang rukun nikah. Alhamdullillah dia berjaya menjawab dengan betul.

"Aku nikah kan dikau dengan puteri kandungku Nuranisa Safiya Binti Muhd Nazrul dengan mas kahwinnya rm 1500 tunai berserta seutas gelang tangan emas. Lafaz encik Nazrul satu nafas.

Azrin menghembus nafas sebelum memulakan lafaz" aku terima nikahnya Nuranisa Safiya Binti Muhd Nazrul dengan mas kahwin sebanyak rm 1500 tunai berserta dengan seutas gelang tangan emas.

"Sah?"

"sah"
"sah"
"sah"
"sah"

Kendengaran suara saksi yang menyaksikan majlis terse but. Semua tetamu yang berada di dalam Masjid menadah tangan mengameenkan dia yang dibaca oleh Tok imam.

Anis di belakang hanya tersenyum nipis Apabila ucapan tahniah kedengaran di telinganya. Dia sendiri keliru dengan perasaannya kini.
Setelah itu kedengaran suara Azrin yang memabacakan taklik nikah.

“Adalah saya dengan ini bertaklik, jika :

(1) Saya Muhd Azrin Lufti bin Zakri tidak berma'syarah yang ma'ruf dengan Nuranisa Safiya Binti Muhd Nazrul isteri saya sama ada saya meninggalkan di dengan segaja atau paksaan atau dia meninggalkan saya dengan paksaan selama empat bulan qamariah berturut-turut atau lebih atau;

(2) saya atau wakil saya tidak memberi nafkah kepadanya selama empat bulan mengadu kepada khadi atau hakim syarie dan sabit aduannya disisi khadi atau hakim syarie dan ia memberi kepada khadi atau hakim syarie bagi pihak saya sebanyak sepuluh Ringgit Malaysia atau senilai dengannya maka pada ketika itu tertalaklah dia Nuranisa Safiya Binti Muhd Nazrul dengan satu talak khuluq.”

Setelah selesai Azrin mengatur langkah menuju ke arah Nis yang sedang menunduk. Dia hanya hadiahkan senyuman buat tetamu yang berada di situ. Dia duduk melutut di hadapan Anis.

"Assalamualaikum" ujar Azrin lembut.

"waalaikumussalam" Balas Anis perlahan sebelum mengangkat perlahan kepadanya menatap suaminya itu. Anis menggigit perlahan bibir bawah ya perlahan akibat terlalu gementar dengan renungan Azrin.

Azrin menarik tangan kanan Anis lalu menyarungkan cincin yang bertatahkan Berlian Dan memakai gelang emas di pergelangan tangan Anis. Dapat dirasakan kesejukan tangan Anis saat tangan ya menyentuh lembut tangan itu. Anis tunduk menyalami tangan berurat Azrin. Beberapa keeping gambar telah diambil SEBAGAI kenangan. Anis turut menyarungkan cincin di tangan Azrin sebelum Azrin mencium dahi Anis lama.

Selesai majlis akad nikah, majlis resepsi pula diadakan. Ramai rakan Anis Dan juga rakan Azrin yang turut hadir memeriahkan majlis.

Selesai majlis Anis telah masuk ke dalam rumah untuk membersihkan diri, dia menukar pakai an pengantin kepada baju kurung cotton bunga kecik warna biru. Rambutnya dibiarkan lepas. Dia berjalan menuju ke ruang tamu namun belum sempat kaki menjejak tangga, tangan ya ditarik seorang. Dia berpusing sebelum bibirnya melengkung ke atas. Anis terus menarik susuk tubuh itu ke dalam pelukannya.

"weh beb rindunya aku dekat kau."ujar Anis teruja

Amrina atau pon nama panggilannya amri seorang yang berperwatakan seperti seorang Lelaki, rambut pendek Dan pakaian seperti pakaian Lelaki, badannya Agak bertubuh. Sekali pandang mesti ingat Lelaki hakikatnya dia seorang perempuan.

" congrats, sayang Muahh Muahh. Aku pon Rindu kau jugak ngekk oii" ucap Amri sambil mencium kedua belah pipi Anis.

"kau balik sini bila" ujar Anis lagi

"baru sampai tadi" ujar amri sambil memeluk erat anis

Tanpa mereka sedari ada sepasang mata merenung tajam ke arah mereka.

"kau mesti letih kan, jet lag.."ujar Anis lagi

Amri hanya mengangkat kening ya tanda mengiyakan kata Anis. Dia melepaskan perlahan pelukan Anis." Aku nak balik dulu, rehat esok kita jumpa lagi, jangan lupa kenal kan husband kau dekat aku tau. " ujar amri

" alaa, nak balik dah ke. Baru nak bermanja dengan kau. OK la, make sure kau rehat cukup cukup esok aku kenal kan husben tercinta aku tu dekat kau" ujar Anis manja plus gedik.

Azrin yang sedari tadi memandang love birds di hadapannya dengan perasaan bengang. Tangan ya dikepal membentuk penumbuk. "murah" desis Azrin perlahan sebelum me langkah keluar dari rumah. Dia keluar mencari tempat untuk menenangkan dirinya .

Selepas Anis menghantar amri pulang dia mencari kelibat suaminya Azrin namun tidak kelihatan. Dia mengatur langkah memasuki bilik pengantin dengan langkah yang berat. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia menuju ke bilik yang azira tidur, namun Apabila teringat kan pesanan maminya tadi terus dia melupakan hasratnya yang satu itu.

Dia memulas tombol pintu lalu memboloskan dirinya lalu pintu bilik itu ditutup, namun pintu itu tidak tertutup Apabila ada yang Menghalang. Anis memusingkan kepalanya ke pintu untuk melihat, namun matanya hanya menangkap riak wajah tegang Azrin yang berdiri di belakang pintu yang telah ditutup rapat.

Azrin hanya memerhati wajah isterinya itu, dia Cuba untuk menahan rasa marah yang bertandang di hatinya. Kemarahannya makin bertambah Apabila melihat Anis hanya membuat tidak tahu dengan kehadirannya di situ. Marah ya semakin membuak buak lalu direntapnya lengan Anis. Dia menghimpit Anis di belakang pintu.

Anis yang terkejut dengan tingkah laku Azrin hanya diam membisu. Matanya dipaku di muka tegang Azrin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience