(novantasei) 96

Other Series 152486

Mata yang berat cuba dibukanya mamai. Sedikit pening kepalanya dirasakan, diurut pelipisnya lembut.

Suasana mewah di sekeliling menggamamkan dia. 'Aku di mana?'

Pandangan melorot jatuh pula pada tubuhnya yang masih lengkap berpakaian busana putih nikahnya tadi.

Perlahan-lahan, terimbau kembali kejadian tadi. Iya. Sepatutnya dia sedang bernikah. Lara.. mana dia? Bagaiman pula dengan Syed? Keluarganya? Majlisnya?

Sesuatu buruk telah berlaku tadi.. tetapi perbuatan siapa? Dia di mana ini?

"Ahh.." berdesis Aisyah perlahan apabila dirasakan kepalanya sakit.

Katil empuk itu kembali dia baringkan diri di atas bantal. Dia terlalu banyak berfikir.. fikirannya terbeban.

"Are you alright Aisyah?" suatu suara mengejutkannya. Terbuak luas mata lemahnya tadi mencari susuk tubuh.

Dan alangkah terkejutnya dia pabila yang berdiri di hadapannya kini adalah..

"Zen.." ucapnya perlahan. Tubuh cuba dibangunkan dari baringnya.

"Ya. Aku, Zen. Bagaimana dengan kau sekarang? Sakit kepalakah?" soalnya bagai tiada apa-apa yang berlaku.

Sedulang makanan dibawanya bersama, disusun cermat di sebuah meja berdekatan katil Aisyah tanpa memandang wanita itu.

"T-Tak. Saya okay.." balas Aisyah pula.

Setiap gerak-geri tubuh pujaan hatinya itu dicuri lihat. Berapa lama sudah mereka tidak berjumpa? Rindunya dia pada si teruna.

"Aisyah?" panggilan Zen menyentakkan lamunannya.

"Ah ye?" terkebil-kebil dia menjawab kalut.

"Aku sudah siapkan pakaian kau.. pergilah mandi dulu. Change your clothes there. I will wait for you here." arahnya dingin.

Punggung dilabuhkan di sebuah sofa sambil mata ralit pada phone nya. Tiada hati mahu melihat wajah Aisyah.

Jika diikutkan hatinya, sudah dia tiduri wanita itu tetapi Zen masih lagi waras. Dia tahu perbuatannya itu hanya akan mengundang kebencian saja dalam diri Aisyah.

'Lambat atau cepat.. kau akan jadi milik aku juga Aisyah.' tersenyum Zen sendirian sambil melorot pandangan pada sekujur tubuh yang melewatinya ke bilik air dan persalinan.

~~~~~~~~~~~~

Sesudah membersihkan diri dan menyalin pakaian, Aisyah keluar bersama tuala di kepala. Zen tidak memberikannya tudung untuk dipakai.

Tuala kering dibalutnya ringkas agar menutupi mahkota wanitanya. Zen masih seperti tadi, bagai tidak berganjak dari situ.

Di tangannya punya secawan air panas, dihirup lelaki itu penuh berkarisma dengan kaki bersilang megah.

Perasankan kehadiran Aisyah yang baru keluar dari bilik teesebut, Zen membetulkan duduknya, lebih sopan.

Phone diletakkan di atas meja begitu juga cawannya tadi.

"Come here Aisyah. Kau mesti lapar bukan? Marilah makan." ajak Zen pula.

Dengan was-was Aisyah turuti jua. Duduk dilabuhkan pada sofa berhadapan Zen. Dia perlu bertanyakan sesuatu terlebih dahulu.

"Makanlah. What are you waiting for?" soal Zen tanpa memandangnya. Tangan sibuk menuangkan minuman ke dalam cawan-cawan untuknya dan Aisyah.

"Saya tak nak." Klik. Bunyian cawan kaca bertembung itu mendiamkan segalanya.

Zen merengus perlahan sebelum kembali menatap Aisyah.

"What do you want?" tanyanya bodoh. Zen sedia maklum sangat apa yang dimahukan wanita itu. Malangnya semua sudah terlambat.

"Explain it. I need your explanations Zen. Awakkah yang buat kecoh di majlis tu? Awakkah yang tembak bakal suami saya? Kenapa awak culik saya ke sini? What do you exactly want?!" soal Aisyah bertubi-tubi dengan mata berkaca.

Dia bukannya marahkan Zen, dia hanya.. semua ini terlalu mengejut untuknya. Otaknya tak mampu berfungsi dengan baik.

Mata mereka bertentangan lama sebelum Aisyah kalah pada pandangan mata dingin itu.

Mata lelaki itu.. sedih?

"Ya. Aku yang buat kecoh di majlis kau. Dan ya.. aku yang tembak lelaki tu. Aku culik kau sebab.." terhenti seketika katanya.

Jelas pada penglihatan Aisyah, halkum pada leher jinjang lelaki itu naik turun menelan liur. Gementarkah dia? Zenrich Tsar gementar dengannya? That's insane.

"Kau milik aku Aisyah. Kau tak boleh bersama sesiapa melainkan aku. Do you get it?" perlahan saja suaranya bertutur. Tidak mahu berterus terang sangat.

Wajah Zen keruh. 'Sebentar.. Kau. Milik. Aku? Dia cintakan akukah? Zen cintakan aku jugakah?' desis hati Aisyah.

"Awak.." terjeda sebentar suaranya. Bagai tersekat di kerongkong.

Digagahkan juga dirinya bertentang mata dengan Zen. Dia perlu beranikan diri juga.

"Awak cintakan saya Zen?" soalnya dengan wajah memerah. Darah dirasakan berpusu-pusu ke wajah, malu!

Lelaki itu menarik nafas dalam seketika sebelum mengangguk mengiakan. Penuh yakin.

"Ya. Aku cintakan kau Aisyah. Sebab tu aku culik kau.. sebab tu aku tembak lelaki tu. Sebab tu aku nak bawa kau lari ke serata dunia dengan aku.. Semuanya sebab aku cintakan kau." tuturnya pula.

Tiada sebarang suara kedengaran antara mereka. Suasana sunyi seketika. Pelbagai spekulasi sudah bermain di benak fikiran Zen.

Adakah hanya aku yang punya perasaan ini? Bertepuk sebelah tangankah aku?

"Kau.." tangan digenggamnya kuat, menimbulkan urat saraf tangannya. Menahan perasaan.

"Kau tak cintakan akukah Aisyah?" soalan Zen semakin mengejutkan Aisyah.

Mata mereka bertentangan, bertukar perasaan dan rasa. Aisyah memejamkan matanya seketika sebelum membalas pandangan Zen dengan senyuman.

"Saya pun dah lama cintakan awak." berkaca matanya meluahkan perasaan.

Betapa dia tak mahu untuk disatukan bersama orang lain selain Zen. Hari-hari dia berdoa semoga lelaki itu muncul, menyelamatkan dia dari perkahwinan yang tidak diingininya.

Dan hari ini, doanya dimakbulkan juga akhirnya.

Baru saja senyuman Zen mahu terbentuk,

"Tapi Zen.." terangkat kening lelaki itu. Wajahnya yang mulai tenang tadi kian membengis.

"Apa lagi?" soalnya beku. Alasan apa pula yang Aisyah mahu berikan padanya?

Aisyah bermain dengan jari-jemarinya. Gusar.

"Macam.. Macam mana dengan family saya? Hutang keluarga saya macam mana?" soal Aisyah pada Zen.

"Keluarga kau berhutang?"

"Ye.. syarikat papa dan abang dah nak muflis. Hutang bertimbun. Kalau tak mampu langsaikan semua bayaran tertunggak, syarikat akan bankrupt. Rumah, kereta akan dilelong.. hutang yang tak berkesudahan tu kene bayar pula.."

Keluh Aisyah berat sambil bersandar pada sofa empuk itu. Mendongak sedikit, memikirkan masalah keluarganya. Tangan naik mengurut pelipisnya perlahan.

Bodohnya dia.. bergembira dengan lelaki idamannya sedangkan keluarga dibiarkan kesusuahan. Dia tak boleh tinggalkan mereka.

"Sebab tu ke kau perlu menikah dengan lelaki tu? Untuk langsaikan hutang?" soal Zen lagi.

"Hmm.." dia iyakan saja. Kemunculan Zen tidak akan membawa perubahan padanya. Dia perlu selesaikan masalah keluarga itu dahulu.

Gegaran dirasai di sekeliling bilik. Lampu chandelier yang tergantung cantik dan juga segala barangan hiasan di dalam ruang itu bergegar hebat.

Aisyah menjerit panik. Dengan sedikit terhuyu-hayang, dia merapati Zen dan memeluk tubuh yang hanya tenang di sofa berhadapan dengannya.

Seketika kemudian, gegaran terhenti. Pucat lesi wajah Aisyah ketakutan. Dengan tangan masih memegang erat tangan Zen yang berlengan panjang, sekeliling diperhatinya.

"Awak.. tadi tu. Gempa bumi kan?" soalnya takut-takut. Zen cuba mengelak daripada bertentang mata dengan mata bundar itu.

Bibirnya diketap geram dengan mata terpejam.

"Awak.. kenapa ni? Awak..." lengan Zen digoncangnya apabila lelaki itu hanya mengabaikan kata-katanya.

"Haish.. kau ni." sekelip mata Zen menindih tubuh Aisyah, terbaring di sofa.

Terkedu wanita itu tak berkutip. Too close!

"Kau jangan jadi bodoh Aisyah.. Kita dalam pesawat sekarang ni, bukan gempa bumi. Dan.." mata perang itu mula meliar pada mahkota Aisyah, turun ke wajahnya dan meliar pada tubuhnya di bawah.

Mengejung tubuh Aisyah dengan kondisi itu. Mata mereka kembali bertentangan.

"Kau jaga jarak kau.. aku tak tahan." ujarnya perlahan. Oh god, sexy!

Dia bangun dari menindih Aisyah dan menjarakkan dirinya. Wanita itu juga kalut bangun membetulkan kain tuala pada kepala dan bajunya. Termalu sendiri.

Tapi.. "Eh! Kenapa saya dalam pesawat pulak? Aw-Awak nak bawa saya ke mana?" panik Aisyah bertanya gusar.

"German." whattt!

"Apa!? Tapi kenapa? Ke-Keluarga saya-"

"Aku akan bayarkan segala hutang keluarga kau.. semuanya. Kau tak perlu risau. Hanya sekarang, kau perlu ikut aku ke German. Aleena rindukan kau sangat." tuturnya tenang.

Zen melarikan pandangan sebelum mengambil cawan kaca di atas meja, pura-pura tenang.

"Aku pun rindukan kau.." perlahan saja suaranya bertutur, menimbulkan senyuman Aisyah tetapi cuba dikawalnya sebaik mungkin.

"Lara?"

"Aku sudah beritahu Lara.. kau tak perlu risau. Kalau kau mahu hubungi dia pun boleh. Aku benarkan." beritahunya seraya menghirup perlahan minuman di tangan.

"Zen.." entah mengapa, berdebar lagi jantungnya apabila Aisyah memanggilnya lembut begitu.

'Shit. Kau jangan berfikiran kotor boleh tak Zen' dia cuba mengingatkan diri sendiri.

Dengan wajah memerah, dia berpaling juga.

"What?" soalnya kerek.

"Terima kasih sangat.. awak hero saya." senyuman manis diberikan pada Zen, ikhlas.

Hadirnya lelaki itu membawa banyak nikmat dan perubahan dalam hidupnya. Jadi, dia berterima kasih yang amat.

Terbatuk Zen dengan keadaan cangkung itu. Semakin memerah wajahnya tidak dapat dibendung daripada kelihatan pada wajah cerah itu.

"Umm.. ye. Sudahlah tu. Kau makanlah dulu. Aku perlu keluar sekejap. Habiskan makanan kau." kalut saja Zen berlalu keluar sebelum langkahnya dihentikan dengan panggilan Aisyah dari belakang.

Dia menoleh juga, wanita itu sudah berdiri memandangnya.

"Awak temanlah saya.. tak boleh ke?" soalnya pula. Manja. Entah apa yang merasukinya berkelakuam sedemikian.

Tetapi dia sukakan wajah malu dan kabut lelaki tenang itu. Menarik.

"Jangan mengadalah. Makan!" terus Zen berpaling dan berjalan pantas ke luar.

Pintu dibuka dan ditutup.

Tinggallah Aisyah sendirian di dalam bilik itu. Ketawa kecil dia dengan ragam Zen yang terlihatnya pada pandangannya sangat comel.

Perlahan-lahan, tirai yang menutupi tingkap di dalam bilik itu dihampiri. Dibukanya dari dalam, melihat keluar.

Langit cerah dan kepulan awan putih bersih menyapa pandangannya.

'Aku harap semuanya akan baik-baik saja.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience