Declan termenung memandang kosong akan peti yang berisi berlian berharga yang sepatutnya di rompak oleh lanun tapi dia sudahpun tukarkannya dengan berlian yang palsu Bersama dengan alat peranti. Jadi mereka yang membawa lari akan berlian palsu itu, bakal di jejak olehnya.
Pertarungan sengit antara pasukan lanun dan juga Armada Diraja tadi begitu sengit. Mujurla tiada orang awam yang cedera sewaktu dalam proses. Tapi malangnya tiada satu pun penjahat yang Berjaya di tahan hidup-hidup. Kebanyakannya telah terkorban. Manakala yang hidup sudahpun terlepas.
"Baik tuan...kami akan ke mainland dengan segera."jawab Declan melalui panggilan telefon yang dibuat.
"Kamu yakin mereka tidak mencurigai modus operandi kamu ni?"
"Ya tuan."angguk Declan lagi.
Eden yang berdiri dekat depan pegawai yang sedang bersiap untuk packing barang perhatikan Declan sejak lelaki tu hantar laporan kepada pihak atasan. Dan sekarang memandangkan mereka semua dah masuk perangkap yang Declan lakukan, mereka perlu kejar lanun tu?
"Apa rancangan kau lepas ni?"tanya Eden sebaik Nampak Declan putukan panggilan.
Kepala Declan tersentak. Dia pandang ke Eden. "Berlayar...enjoy la perjalanan ni sampai kita tiba di mainland."beritahunya sambal tanggalkan glove dari tangan kirinya. Lalu klip yang ada pada sut combatnya di tanggalkan. "Kau uruskan yang lain dekat sini...aku nak jumpa Davina."beritahunya.
"Siapa kau nak beri aku arahan?"bantah Eden yang rasa hilang sabar dengan sikap bossy Declan terhadap dia. mentang-metang putera mahkota, ingat dia kisah ke!
Terhenti langkah Declan. dia pandang ke Eden dengan kening kanan terangkat sebelah. ."Kau cakap apa?"dia dekati Eden lalu berdiri melangit di depan Eden.
Eden balas renungan Declan dengan aura dominan tersendirinya. Nak bertarung sini la. Ingat dia nak berundur. Memandangkan Davina dah putus tunang tak bermakna Declan boleh dekati Davina. "Aku cakap berhenti arah-arahkan aku. Aku tahu apa aku patut buat dan tak patut buat. So berhenti tunjuk macam aku ni orang bawahan kau."beritahu dia.
Pada masa Declan bersuara, waktu itu Garvien muncul Bersama Connall yang sudahpun menukar pakaian combat kepada pakaian biasa di ruangan tempat cabin crew kapal. Nak pack semua peralatan yang mereka guna sewaktu pertarungan tadi.
Bila dua orang itu nampak, Connal menyinggul lengan Garvien sambil memandang dua orang itu.
"Mula dah.."kata Connall.
"Kau la panggil.."arah Garvien.
"Eh..asal aku..kau la.."tolak Connall.
Sedang dua orang itu saling tolak menolak, Dritan muncul Bersama Davina yang dalam keadana devastated dan kepenatan. Yalah dah masuk jam 4 pagi. Siapa tak koyak?
"Asal dengan kau orang ni?"tegur Dritan.
Dua orang tu tersentak lantas bepaling memandang ke belakang sebelum terpandang akan Dritan yang masih mengenakan pakaian combat dan Davina di sisi.
"Eloklah...hah ni Davina..dekat dalam tu ada seekor harimau bintang seekor singa masing-masing tunjuk siapa yang power dekat dalam sebab kau tu.."beritahu Garvien.
Davina buat muka tak berminat sebaik mendengarnya. Pertama dia tak nak jumpa Declan. Kedua dia nak balik ke cabin dia untuk tidur. Tapi Dritan cakap Declan nak temui dia. Sudah la badan dia sakit. Kepala dia pening. kakinya yang bertumit tinggi sejak tadi dan menjerit mintak berehat!
"Saya nak balik bilik."minta Davina lalu diikuti bunyi bising dari dalam bilik di depan mereka ketika itu.
"Hei!Apa ni!"satu suara menempik dari dalam bilik kedengaran.
Hal itu buatkan Garvien, Dritan dan Connall cepat-cepat bergegas masuk ke dalam ruangan tersebut sebelum ternampak Declan sudahpun menumbuk Eden dekat atas lantai tu.
Davina hanya lihat dari luar pintu itu. Tak berniat nak menghalang sebab dia sendiri dah tak terkata. Gosh!Rasanya better dia kahwin dengan Kaden terus dan jalani hidup sebagai seorang doctor dengan baik tanpa libatkan diri dengan mereka semua ni.
"Sudah la tu!Declan!"
"Eden...berhenti!"
Tapi Declan tak berhenti, Dia bengang sangat dengan Eden sebab Eden sikit pun tak boleh nak tunjuk respect dekat dia walaupun dia lebih muda dari Eden. Dia tumbuk beberapa kali dekat muka Eden.
Sementara Eden cuba melawan balik dengan angkat kakinya mahu menendang perut tu. Tapi di halang orang rakan-rakan Declan. Sekali tu satu tumbukan lagi hinggap di mukanya hingga buatkan dia jatuh terbaring dekat lantai tu kerana kepeningan.
Pada masa Declan mahu menumbuk lagi Eden yang tidak berdaya, pada masa itu la Davina muncul bersimpuh di situ. Menghadang Eden. Berhenti terus tangan Declan dekat depan hidung Davina ketika itu. Terbutang luas mata Declan di buat situasi itu.
Ruangan itu menjadi senyap sunyi. Rakan-rakan Declan tolak Declan ke belakang jauhkan diri dari Eden dan Davina di situ.
"You touch him..I swear to god...that I gonna hate you!"ketap Davina dengan renungan nekadnya. Tak Nampak ke Eden tak berdaya. Nak di tumbuk lagi dah kenapa!Mana hati perut tu?Letak dekat bawah kaki ke?
Bungkam Declan di situ. Dia pandang tak percaya ke Davina sebelum turunkan tangan ke sisi.
Setelah itu Davina berpaling mendapatkan Eden. Dia bantu hendak bangunkan Eden dari situ Bersama perasaan serba salah dan sedihnya kerana lihat keadaan Eden sakit begini. "Kau boleh bangun tak ni?"
Eden pandang ke Davina buat seketika sebelum berdesis kesakitan apabila luka tembakan yang ada pada tepi lengan dan kaki mula menyengat sakit. "Aku okay."
Davina bawa tangan Eden naik atas bahu sebelum dia peluk sekeliling belakang badan tu untuk di pimpin bangun dari situ.
"Davina.."panggil Declan yang mahu mendekat.
"Not now Declan..."pintas Davina serta merta sewaktu gerakkan Eden keluar dari situ. "Kita bincang lepas awak belajar apa itu bertenang."pesannya sambil tu.
Garvien kerling ke Declan sebelum pandang belakang badan Eden dan Davina yang gerak keluar dari situ.
Share this novel
eden terluka..blh la declan menang..haha...good davina..mcm tu je nak ajar declan tu