Bab 15

Romance Series 21400

Emma sedang berehat-rehat di atas buaian berdekatan swimming pool di rumah Mummy Adam.Tiba-tiba satu suara menyapa Emma dari belakang.

"Kelakar kan ?? "

Emma menoleh kearah suara tersebut.Emma tersenyum. Rupanya Ammar yang berada di belakang Emma.

"Apa yang kelakar?? "

Tanya Emma kehairanan

"Hurmm... tak sangka jodoh kita tak kemana, memang ditakdirkan. "

Ammar berwajah sugul.

Emma hanya diam.

"Takpe lah.. benda dah jadi.. nak buat macam mana.. Awak sihat?? Saya nampak awak makin berseri..hehe.. "

Ammar membuka kata bicara.

"Sihat..
Emma menarik nafas sebelum meneruskan bicaranya.
Awak ni biadap la.. "

Tiba-tiba reaksi wajah Emma berubah.

"Biadap?? kenapa?? apa yang saya buat?? "

Tanya Ammar dalam keadaan bingung.Mengapa Emma berkata sebegitu kepada dirinya. Emma marahkan Ammar?? Tapi kerana apa.. Setahu Ammar antara mereka berdua sudah tiada apa-apa..Perdamaian telah dilakukan.

Ammar memandang wajah Emma yang kelihatan seperti orang sedang menahan kemarahan. Merah muka Emma..

"Kenapa Emma?? Apa yang saya buat kat awak??"

"Tak ada guna bagitahu, awak memang biadap"

"Apa maksud awak?? tolong lah.. berterus-terang aje.. "

Ammar sudah tidak dapat menahan sabar.. Hatinya tertanya-tanya apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Emma.

Ammar menundukkan kepalanya.

Tiba-tiba..

Emma ketawa terbahak-bahak..

Ammar kehairanan..

"Hahaha... lawak la muka awak... Haaha... "

Emma ketawa sambil mengajuk reaksi Ammar

"Haha.. apa yang lawak nya.. tadi serius.. haha.. sekarang ketawa pula.. hhaaaha.. apa maksud awak Emma ??haha.. "

Ammar geli hati melihat telatah Emma.

"Hahaha... saya saje je la.. serius betul reaksi muka awak.. takut saya.. "

Emma menyambung ketawanya.

"Awak nak tahu kenapa saya kata awak biadap?? "

"Haa.. kenapa awak kata saya biadap"

Emma bingkas bangun daripada buaian tersebut dan berjalan mendekati Swimming pool. Ammar sekadar mengikuti langkah Emma.

"Sebenarnya.. Saya Fatimah Ilyana telah berkahwin dengan Rafiqul Adam... "

"Jadi?? "

"Jadi... Adam tu abang awak kan.. "

"Ha'ah.. kenapa?? "

"Awak tak boleh panggil saya Emma lagi.. "

"Habistu nak panggil apa?? Fatimah?? Timah?? haha.. "

"Eeii... Awak ni.. jangan main-main dengan nama saya.. "

Emma mencubit lengan Ammar

"Auch.. sakit lah.. "

Ammar mengosok-gosok lengannya

"Haa... padan muka.. takde lah.. awak secara rasminya adalah adik ipar saya.. untuk seorang adik dia kena panggil kakak dia apa sebagai tanda dia menghormati kakaknya?? "

"Kak.. Urmm.. Kak Emma?? haha.. Yuck.. Tua.. haha.. "

"Eeii... tak baik lah.. jangan nak biadap ea.. mulai sekarang awak kena panggil saya Kak Emma...Faham?? "

"Hurmm... ye la.. ye la.. pangggil Kak.. Kak.. Kak Timah ea.. Ehh.. tak lah Kak Timoh... hahaha.. "

"Eeiii... jahatnya.. "

Emma merenjiskan air kepada Ammar

"Ooo... nak mandi ea.. "

Emma bingkas bangun dan melarikan diri..

"Nak pergi mana tu ha?? tunggu.. "

"Tak nak.. tak nak.. "

Emma berlari sekuat hati.Tiba-tiba..

--Debush--

"Adam.. "

Emma terlanggar Adam. Adam mendekatkan dirinya ke telinga Emma seakan orang yang sedang berbisik.

"Kau buat apa ni ha?? ..Main je tahu.. berlari sana berlari sini.. Main tak bertempat.. Kalau kau nak main sangat.. pergilah main kat taman.. Huhh.. Macam budak-budak.. "

Adam berlalu pergi.

"Emma.. awak okay tak?? "

Ammar bergegas kearah Emma..

"Apa yang Abang Adam beritahu awak?? "

Emma terdiam.

"Emma..Emma.. "

Emma tersentak.

"Ehh... Ammar.. "

"Awak okay tak ni.. kenapa diam aje?? apa yang Abang Adam bagitahu dekat awak?? "

"Ermm... ermm.. ermm... dia cakap.. dia.. dia.. dia cakap kalau nak berlari hati-hati sikit...licin.. nanti jatuh.. "

"Ohh.. ye ke.. "

"Ermm.. Ammar saya naik atas dulu ye..ada kerja sikit.. lupa pula"

"Hurm.. baiklah kalau macam tu "


**************
Adam sedang menonton televisyen di ruang tamu.Emma datang lantas duduk di sebelah Adam.Adam hanya menjeling kearah Emma.

"Kita balik petang ni.. ".Adam langsung tidak memandang wajah Emma.

"Petang ni?? awal nya..Kita habiskan hujung minggu ni kat sini la...kat sini seronok.. tak sunyi macam rumah kita.. "

"Huhh... cakap je la.. kau suka duduk sini sebab ada Ammar.. "

Emma terdiam.. Apa maksud Adam..

"Kau ingat aku tak tahu.. dulu kau ada relationship dengan Ammar?? "

"Ermm.. macam mana awak tahu?? "

Adam hanya diam.

"Tapi.. saya dan Ammar dah takde apa-apa.. saya dah ada awak.. buat apa saya nak dapatkan Ammar.. Saya suka duduk dekat sini bukan sebab Ammar.. tapi sebab Mummy.. Mummy selalu ajar saya masak.. Mummy suka bercerita.. kalau dekat rumah kita.. saya tak ada teman.. Mak Esah je satu-satunya kawan saya.. Awak?? 24 jam sibuk dengan kerja.. Mana ada masa nak layan saya.. "

Adam terdiam.. Dia memandang wajah sugul Emma..

"Adam.. Emma.. kamu buat apa tu?? "

Puan Aisyah menegur mereka berdua

"Ehh.. Mummy.. kitorang tak buat apa-apa pon.. borak kosong je.. ".Jawab Adam.

"Adam.. kamu berdua balik esok ye.. malam ni Mummy nak buat makan malam keluarga.. "

"Urmm... tak boleh la Mummy.. Adam ingat petang ni Adam nak balik.. Kerja banyak sangat.. "

"Adam..Mummy bukannya apa.. Mummy faham kamu sibuk.. tapi, kamu lupa ke?? keluarga kita susah nak berkumpul ramai-ramai...kamu pun bukan selalu balik rumah Mummy...Mummy tak minta pun kamu datang tiap-tiap hari.. Mummy cuma berharap kamu sama-sama menyertai makan malam nanti.. "

Puan Aisyah kelihatan sedih

"Baiklah Mummy.. Adam balik esok.. Mummy.. Adam minta maaf kalau Adam ada buat salah dekat Mummy.. Adam bukan anak yang baik..
Tapi Adam berjanji.. lepas ni Adam akan utamakan keluarga daripada kerja.. "

Adam melemparkan senyuman kepada Puan Aisyah.

"Haa... macam tu la anak Mummy.. "

Puan Aisyah tersenyum gembira.. Emma juga turut tersenyum.

"""Boleh senyum rupanya Adam..ingatkan tak kenal senyum tu apa.. Poyo je lebih.. ????"""

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience