Rate

Lelaki paling biadap part 2 Bab 14

Humor Completed 61915

Ampang Jaya

"Zura!,"
Panggil Datin Sri Sahara sambil mengayun langkah meluru ke arah Fazura sedang berdiri di pekarangan rumah

"Kenapa nie mak?,"

Fazura hairan, ibu mertuanya tiba-tiba memeluknya, dia juga hairan bila melihat seluruh ahli keluarga suaminya datang ke rumah

Datin sri Sahara mendakap erat tubuh Fazura sambil mengosok-gosok belakang menantunya, Fazilah, Farah, Irene dan Anita berdiri di belakang Datin Sri Sahara manakala Dato Sri Hassan kamarudin, Faud Sobri dengan Fadil Fitri terus masuk ke dalam rumah

"Masuk mak, dah nak mahgrid nie,"
Tegur Fazilah,

Datin Sri Sahara mengangguk sebelum meleraikan perlukkan, Fazura tersenyum bila Datin Sri Sahara memaut lengannya ketika masuk ke dalam rumah walaupun hakikatnya dia masih bingung mengapa ibu mertuanya bertingkah begitu

"Mak tunggu sekejap, biar Fazura buatkan air,"

"Tak usah Zura, Zura duduk je sini,"

"Zura ada masak tak, abang belum makan lagi,"
Tanya Fuad Sobri

Fazura mengangguk-ngangguk
"Ada, abang Fuad nak makan ke?,"

"Hiss kau nie Along, orang tengah ada masalah, sempat lagi kau nak makan,"
Tegur Dato sri Hassan kamarudin

"Masalah apa ayah?,"
Tanya Fazura, hairan

"Suami Zura..?,"

"Angah!,"
herdik Datin Sri Sahara membuatkan Fazura dengan Fazilah terkejut begitu juga dengan ahli keluarga yang lain turut terkejut

"Mak nie, beritahu jelah Fazura, nanti dia tahu jugak,"
Kata Fazila, hatinya tersingung bila di herdik ibunya

Fazura semakin gelisah, kedua tangannya berpegangan, hatinya dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan sikap ibu mertuanya

"Mak.., beritahulah Zura kalau ada apa-apa masalah,"
Pinta Zura lembut

"Zura, Mak minta maaf sangat pada Zura, mak sayang Zura, mak dah anggap Zura macam anak mak sendiri, mak merayu kalau mak beritahu Zura, Zura kena bersabar, boleh?,"

Fazura mengangguk-ngangguk
"Boleh mak, mak jangan risau,"

Dalam masa yang sama, Fuad sobri dengan Fadil Fitri terus pergi ke dapur tak sampai hati mahu melihat reaksi Fazura, begitu juga dengan Dato sri Hassan kamarudin bila dia melihat kedua anak lelakinya pergi ke dapur, dia terus mengikut

Datin Sri Sahara memaling badan, dia memegang kedua tangan Fazura, dengan perasaan bersalah

"Zura, Farid, dia kena tangkap basah dengan anak angkat Said, Mak dengar Farid nak kahwin dengan perempuan tu, tapi mak tak akan benarkan, zura tak usah risau ya,"
Dengan rasa bersalah Datin Sri Sahara memberitahu pada Fazura hingga beberapa titis air mata jatuh di pipinya

Fazura terpaku, wajah ibu mertuanya di renung agak lama, saat itu degupan jantungnya mulai berombak, entah mengapa hatinya merasa sakit walaupun dia sudah mengetahui niat suaminya ingin berkahwin lagi bukan kerana cinta

"Be.. betul ke mak?,"
Fazura cuba berpura-pura tenang, bibirnya tersenyum, lembut tangannya mengesat air mata ibu mertuanya namun dia tidak mampu menahan air matanya berjuraian mengalir membasahi pipinya, akhirnya dia menangis teresak-esak

Datin Sri Sahara, Fazilah, Farah, Irene dengan Anita cepat-cepat menenangkan Fazura, pilu sungguh hati mereka bila melihat Fazura menangis

**

Farid Husin duduk menyilang kaki, bibirnya mengukir senyuman sinis, Awaisha Laila pula duduk berlutut di hadapannya dengan pipi kemerahan, sejak dia sedar dari pingsan, Farid Husin membawanya pulang ke rumah, dia terus menerus merayu pada Farid Husin supaya membenarkannya melawat Said bohkari

"Tolonglah Farid, tolong benarkan saya melawat pakcik said, tolonglah saya merayu,"
Rayu Awaisha Laila sambil menangis teresak-esak

Farid Husin ketawa terbahak-bahak, sebelum dia mengetap gigi, mukanya berkerut memandang Awaisha Laila

"Kau tahu tak, di sababkan kau, aku langsung tak dapat melawat arwah nenek aku kat hospital, sampai Arwah nenek aku kena tanam pun aku tak dapat tengok, semuanya sebabkan kau, So.., kau ingat aku nak bagi kau melawat pakcik said,"

"Itu bukan salah saya Farid, dari dulu saya dah cakap, Arwah Nek ja yang paksa saya jumpa dengan dia, dia dapat tahu Farid curi barang kemas dia, kalau saya tak datang, arwah Nek Ja nak laporkan pada polis, sebab itulah saya pergi jumpa dia,"

"Kau ingat aku nak pecaya, woi sial, aku tak pernah curi barang kemas Arwah nenek aku, kau jangan nak memandai buat cerita, padahal aku dan ingatkan kau, apa pun terjadi jangan jumpa dengan nenek aku, tapi kau pergi jumpa jugak,"

"Tolong pecayakan saya Farid, saya tak pernah tipu Farid, saya terlalu takut waktu tu, sebab itulah saya jumpa Arwah Nek ja, saya cuma risaukan Farid,"

Farid Husin mengankat punggung, bangun dari Sofa, dia memandang wajah Awaisha Laila

"Aku tahu mengapa kau takut,"
Farid Husin duduk mencangkung, rambut Awaisha Laila di genggam kuat
"Kau takut kalau Arwah nenek aku suruh kau putuskan hubungan dengan aku kan,"

"Tak.., tak Farid, Arwah Nek Ja tak pernah cakap macam tu,"

"Kau jangan cuba nak tipu aku Awaisha, perempuan miskin macam kau, sanggup buat apa saja, bagi kau nyawa Arwah nenek aku tak penting, yang penting bagi kau, cuma nak hidup senang dengan akukan,"

"Tak Farid.. demi Allah, saya tak pernah buat macam tu, saya sayangkan Arwah Nek Ja Farid, saya tak akan buat macam tu pada dia,"

Farid Husin menolak kepala Awaisha Laila kemudian dia bangun, bibirnya tersenyum sinis

"Lepas kita kahwin nanti, aku akan pastikan kau tak akan pernah merasai kebahagian, tetapi kesakitan, bukan saja dalam diri kau, tapi seluruh tubuh kau akan merasai sakit bagaimana sakitnya hati aku selama nie,"
Kasar Farid Husin melontarkan kata-katanya

Mata Awaisha Laila membulat memandang Farid Husin, geram sungguh hatinya dari dulu sehingga sekarang Farid Husin tidak pernah mempecayai kata-katanya,

Awaisha Laila bangun, dia berdiri tegak di hadapan Farid Husin, hatinya sudah nekad tidak mempedulikan lagi tentang rakaman tubuhnya tanpa seutas benang,

"Terpulang pada Farid, kalau Farid mahu sebarkan rakaman tu, sebarkan je, saya tak peduli, saya tak akan kahwin dengan Farid, saya lebih rela menanggung malu daripada kahwin dengan Farid,"
Ucap Awaisha Laila, dia mengambil tudung kepalanya di atas Sofa sebelum mengayun langkah ke arah pintu

"Kau nak pergi mana?,"

Awaisha Laila memandang Farid Husin ketika tangannya memegang tombol pintu

"Saya nak pergi hospital, jangan halang saya,"

Awaisha Laila memalingkan mukanya, Farid Husin terus menjadi berang

"Sial punya betina, kau nak memang nak kenakan,"

Sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya Farid Husin terus menyentap rambut Awaisha Laila dengan kuat, Awaisha Laila sungguh terperanjat dengan tindakan Farid Husin

"Sakit! lepaskan saya Farid, sakit....,"

Farid Husin lansung tidak mempedulikan rintihan Awaisha Laila, dia seperti kerasukan, rambut Awaisha Laila di tarik sambil kedua kaki di ayun masuk ke dalam bilik

Selepas masuk ke dalam bilik tidur Awaisha Laila, Farid Husin menolak tubuh Awaisha Laila ke lantai, pintu bilik di tutup, Awaisha Laila bangun dengan wajah geram, tanpa sempat Awaisha Laila berbuat apa-apa satu tamparan kuat hinggap di pipi kanannya menyebabkan dia tersungkur, Awaisha Laila berasa sungguh sakit, kepalanya terasa pening, dia merasa ada cecair yang mengalir tepi bibirnya,

Sekali lagi Farid Husin menarik rambut Awaisha Laila, kali ini dia menampar pipi kiri Awaisha Laila dengan kuat, Awaisha Laila menjerit-jerit meminta tolong sambil mengensot badannya menjauhi Farid Husin namun Farid Husin menyepak kepalanya

Tubuh Awaisha Laila mengelupur kesakitan yang teramat, dia menjerit kesakitan, cecair berwarna merah mengalir dari lubang hidungnya, itu tidak bermakna hati Farid Husin merasa puas, satu sepakan kuat tepat mengenai perut Awaisha Laila

"Dari dulu!! aku sepatutnya buat macam nie kat kau sial! kau dengar tak!,"

Mata Awaisha Laila terbeliak, dia tidak mampu bernafas, dia merasa kepala seakan-akan berpusing sehingga akhirnya dia merasakan pandangan menjadi gelap

Setelah hampir satu jam, pelan-pelan Awaisha Laila membuka matanya, samar-samar dia melihat Farid Husin sedang duduk di birai katil namun ada seseorang sedang berdiri di hadapan Farid Husin

"Aku dengar Encik said koma tapi bukan sebab serangan jantung dia, aku pun tak tahu sebab apa,"

Farid Husin mengeluh perlahan

"Kau tak bawak ke perempuan tu gie hospital, teruk gila kau belasah dia,"
Kata Hamdan sambil melihat ke arah Awaisha Laila masih terbaring di lantai

Farid Husin mengalih pandangan memandang Awaisha Laila, dalam masa yang sama Awaisha Laila cuba mendudukan badannya dengan menyandar pada dinding

Farid Husin tersengih
"Takdelah teruk sangat,"

"To.. tolong sa.. saya encik,"
Rayu Awaisha Laila dalam keadaan kesakitan

Hamdan menjadi serba salah, Farid Husin ketawa terbahak-bahak, senang sungguh hatinya melihat keadaan Awaisha Laila

"Woi bangsat, dengar cakap aku, pakcik kesayangan kau tu dalam keadaan koma, aku dah upah orang, bila dia sedar nanti aku suruh orang tu tunjuk rakaman kau tu pada dia, kau agak-agak dia makin sihat ke atau terus mati, cuba kau teka,"

Terbeliak mata Awaisha Laila mendengar kata-kata Farid Husin, hatinya merasa sakit, dia terus menangis

"To.. tolong Farid ja.. ja.. jangan bu.. buat macam tu, sa.. saya akan i..ikut saja ke.. kema.. huan fa.. farid,"

"Betul ke Sha, kau tak tipu kan?,"

"Sa.. sa.. saya tak ti..tipu,"
Jawab Awaisha Laila penuh kesakitan, sebelum dia pingsan semula

Farid Husin terangguk-angguk dengan hati yang puas, hatinya langsung tiada perasaan kesihan dengan keadaan Awaisha Laila

"kawan kau yang tolong uruskan perkahwinan aku dengan fazura, dia buat lagi tak kerja tu?,"

Hamdan mengangguk

"Kau cakap dengan dia aku nak dia uruskan perkahwinan aku dengan bangsat nie,"

"Boleh, nanti aku call dia,"

"Tapi Kau cakap kat dia, kalau boleh uruskan perkahwinan aku nie cepat-cepat, aku tak kisah berapa banyak dia nak mintak, aku bayar, upah kau pun aku bayar,"

"Jangan risau Farid, semua tu aku akan uruskan,"

Awaisha Laila membuka matanya semula, kali ini, dia tidak lagi melihat Farid Husin dengan Hamdan di dalam bilik, perlahan-lahan dia mengagahkan diri untuk berdiri sambil tangannya mencengkam perutnya

"Ya Allah, sakitnya...,"
Rintih Awaisha Laila,

Selepas sahaja dia berdiri, kedua kakinya melangkah perlahan ke arah pintu sudah terkuak, dia menjenguk ke arah ruang tamu, selepas memastikan Farid Husin dengan Hamdan tiada lagi di dalam apartmentnya, dia mengayun langkahnya ke arah katil

Awaisha Laila menangis teresak-esak, bukan sahaja kerana kesakitan pada muka dan perut nya, tetapi dia terlalu risaukan Said bohkari

**

Ampang jaya

Fazura duduk di ruang tamu, wajahnya tenang menunggu kepulangan suami, Walaupun tadi ibu mertuanya berkeras ingin menemaninya namun atas desakan bapa mertua dengan abang-abang iparnya menyuruh ibu mertuanya tidak masuk campur urusan rumah tangganya, akhirnya ibu mertuanya terpaksa mengalah

Jam di dinding menunjuk waktu 10.45 malam, selepas melayari bahtera perkahwinan selama hampir lima bulan Fazura masih lagi tidak berani menghubungi suaminya bimbang jika menganggu suaminya berkerja atau sedang memandu, dia tidak takut di marahi suaminya

Kedengaran bunyi hon kereta, mengejutkan Fazura dari lamunan, dia bergegas bangun, pintu pagar di luar sudah terbuka secara automatik, Fazura berdiri di depan pintu utama

Farid Husin tersenyum lebar memandang wajah isterinya, selepas keluar dari kereta, cepat-cepat kedua kakinya melangkah mendapatkan isterinya, tubuh Fazura di peluk erat sehingga terangkat hujung kaki fazura walaupun di kala itu jantung Fazura sudah mula berdengup kencang, kerana memikirkan tentang perkahwinan suaminya

Pipi Fazura di elus-elus lembut, Fazura hanya mendiamkan saja kelakuan suaminya itu,

"Abang dah makan?,"

Farid Husin mengankat keningnya sedikit
"Abang dah makan dengan hamdan kat luar tadi,"

Fazura mengangguk
"Tak apa, lagi pun tadi, ayah, abang fuad dengan abang fadil makan kat sini,"

Farid Husin menghela nafas, perlahan-lahan dia melepaskan tubuh fazura, dengan lembut dia menarik tangan isterinya masuk ke dalam rumah

Fazura duduk di sebelah suaminya, Farid Husin duduk menyandar, tangan Fazura di genggam erat

"Zura dah dengarkan pasal abang?,"

Fazura mengangguk

"Ingat lagi tak, apa yang abang cakap pada Zura sebelum nie?,"

"Ingat,"

"Zura, abang takde niat nak kahwin dengan perempuan tu, tapi abang terpaksa sebab dah lama abang cari perempuan tu Zura,"

"Macam mana abang kenal dengan perempuan tu?,"

Farid Husin duduk menegak, dia mencium dahi dan pipi Fazura

"Abang kenal perempuan tu dari sekolah lagi, Arwah nenek abang upah dia untuk ajar abang walaupun usia kami sama tapi abang bukannya cerdik sangat waktu tu, lama kelamaan abang dengan dia jatuh cinta, lepas Arwah nenek abang dapat tahu, dia jadi takut, dia pergi jumpa arwah nenek abang, dia ugut, dia marah arwah nenek abang sampai arwah nenek abang kena serangan jantung, kalau Zura nak tahu, waktu arwah nenek abang pingsan, dia tak tolong, itulah punca arwah nenek abang meninggal, sekarang nie pakcik Said abang pula jadi mangsa dia,"
Jelas Farid Husin dengan wajah berang

"Kenapa dia buat macam tu bang?,"

"Dulu abang ingat dia baik Zura, tapi rupanya dia cuma nak ambil kesempatan je, sebab abang nie anak orang kaya, dia tu miskin, dia nak hidup senang sebab tu dia buat semua tu,"

"Tapi Zura pun miskin Bang,"

"Tak.. tak Zura, Zura lain, Zura tak macam dia, Abang sayang Zura, abang cinta sangat pada Zura, abang tak akan samakan Zura dengan dia,"

"Tapi perlu ke abang kahwin dengan dia?,"

Farid Husin memeluk isterinya,

"kalau abang tak kahwin dengan dia, dia akan lari lagi Zura, abang cuma nak ajar dia erti kesakitan, abang nak buat dia menderita, abang mohon sangat pada Zura, benarkan abang lepaskan dendam abang nie,"

Fazura memeluk suaminya, dia menangis teresak-esak

"Zura takut Bang, Zura takut abang tinggalkan Zura,"

"Tak Zura, abang janji, abang tak akan tinggalkan Zura, abang tak akan buat macam tu pada Zura, pecayalah,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience