Bab 5

Humor Completed 19792

5

Beberapa hari selepas itu

Hana termenung di buaian kayu jati di ruang rehat rumah keluarganya. Kepalanya serabut memikirkan permintaan ibu dan abahnya. Cukuplah dia kecewa dulu. Memanglah mulut cakap tak sayang. Tapi, dalam hati lain rasanya. Cuma, payah untuk dia luahkan sebagai seorang perempuan. Ada batasnya juga.

“Tan Sri Baskar jumpa abah tadi. Dia ada hajat,” Encik Wahab bermukadimah.

“Hajat apa lagi, abah?”

“Heikal minta sambung balik,” Tak terkata apa Hana yang sedang menonton telemovie di kaca TV itu.

“Ibu pun sokong sangat kalau Hana terima Heikal balik. Dia dah menyesal sebab putuskan pertunangan kamu berdua dulu. Tak salahkan Hana terima dia?” sokong ibunya.

“Kalau boleh kali ni Heikal nak kamu berdua kahwin terus. Dah tak payah tangguh-tangguhkan lagi. Abah dan ibu pun sokong cadangan Heikal tu. Lebih elok begitu,” sambung Encik Wahab.

Masih terngiang di kepalanya perbualan mereka tadi. Tipulah jika dia tak sayangkan Ashraf Heikal. Tapi buat masa ini, hatinya susah nak terima bekas tunangnya kembali. Tambahan pula, dia dan Ashraf bukannya rapat sangat sebab mereka kenal pun waktu tunang dulu sahaja. Sebelum itu, tak pernah bersua muka pun.

Dalam tempoh bertunang pun tak sempat nak jumpa selalu. Semuanya kerana si Ashraf tu sibuk dengan kerja dia. Bakal menggantikan tempat Tan Sri Baskarlah, katakan. Ketika itu pula, Ashraf sering berulang alik dari London ke Malaysia, menguruskan projek syarikat ayahnya. Disebabkan itulah dia terpikat dengan stewardess kat KLIA tu.

Buntu Hana memikirkan penyelesaiannya. Cuma dua jawapan sahaja yang ditunggu keluarga Ashraf darinya. Sama ada terima atau tidak. Disebabkan cuma ada dua pilihan sajalah, dia bingung. Kalau dia terima, umpama dia memberi peluang kepada Ashraf untuk kecewakan dia lagi. Jika tidak, maksudnya… aduh. Sakit jiwa! Sebeleh hati, mengiginkan hubungan sah itu berlaku. Sebelah hati lagi, takut dikecewakan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience