Bab 51

Romance Series 80702

BUNYI setiap hirisan mata pisau yang terkena pada sayur itu kedengaran indah pada setiap insan yang suka melakukan kerja memasak di dapur.

"Jasmine, okay ke tu ? nak saya tolong ?"
Dilihat Bellinda yang sedang kesusahan memotong ubi keledek untuk di buat mee rebus sebagai bahan untuk di jadikan menu makan malam.

"ngak papa, bisa aja ni."

Tauhu yang sedang di goreng berada di dalam kuali itu sesekali di terbalikkan agar minyak masak mengenai di setiap permukaan.

"Jihan...phone kau bunyi ni !" Laungan dari ruang bilik kedengaran daripada Hawa.

"Haa ye kejap !" Laungan itu di balas Nurjihan.

"Jasmine, tolong tengokkan tauhu ni sekejap ye takut hangus."

Bellinda mengganguk sebagai balasan.

***

10 minit kemudian dia kembali ke dapur. Dan melihat air yang berada di dalam periuk merebus ubi itu sudah menggelegak dan di tekan-tekan ubi tersebut sudah empuk di rebus lalu Nurjihan mengangkat periuk tersebut dan membuang air lebihan itu ke singki.

Arghhh !!!

"Jihan !!".

jeritan dari Nurjihan itu menyebabkan mereka mendekatinya. Tangannya kini tersiram dek air rebusan ubi tersebut bila tangannya tiba-tiba licin dari memegang periuk tersebut.

"Jasmine, tolong pergi ambil first aid box dalam almari tv dekat depan tu." Arahan daripada Hawa di turuti dengan pantas oleh Bellinda yang sudah panik melihat keadaan Nurjihan sebentar tadi.

"Kenapa kau pakai kain nipis ni Jihan. Kain ni licin la...aduhai..tahan sikit."
Hawa membantu Nurjihan melalukan tangannya yang terkena air panas tadi di bawah air paip untuk menghilang sedikit rasa sakit kepanasan itu.

"Sorry beb aku pakai je kain yang ada dekat situ."

***

Bellinda membalut tangan Nurjihan dengan bandage dan berhati-hati. Mujurlah sedikit, tidak terlalu teruk melucur di tangan itu.

"Superwoman kok nangis ? biar kuat dikit dong nahannya."

Air mata yang hampir kering di pipi Nurjihan di sapu perlahan. Pasti rasa sakit dan pedih yang di rasakan bila terkena air panas tadi. Sengaja ingin menyalur sedikit kekuatan buat gadis ini.

"Dia itu cengeng, Jasmine." Hawa yang sedang menonton televisyen di atas sofa sebelah sengaja memprovoke keadaan emosi Nurjihan.

Nurjihan malas bertekak. Hanya jelingan yang mampu di berikan pada Hawa.

"Ya ngakkla. Jangan di dengari omongan Hawa itu ya. Becanda mulu."

"Thanks Jasmine. Sorry saya susahkan awak." Nurjihan menggenggam tangan Jasmine yang tersenyum memandangnya.

"Tak apa. Perkara kecil doang."

"Hug ?" Di bukakan depaan tangannya untuk memeluk Nurjihan.

Nurjihan mengganguk dan kembali membalas pelukkan Bellinda. Bellinda adalah seorang yang menyenangkan. Dia akur itu walau mengetahui siapa wanita ini.

Tanpa mereka sedari, Hawa yang terpalit kebimbangan melihatkan kemesraan dua insan itu. Apa yang bakal terjadi nanti jika Tuan Syed muncul di antara mereka suatu saat nanti bila Bellinda berjaya mencari lelaki tersebut.

"WHERE are you from ?"

Pertanyaan dari Tuan Syed Iqwal itu menghentikan gerak tangannya yang sedang ingin menyangkutkan beg sandangnya pada penyangkut di belakang pintu itu.

"Err..dari rumah Hawa la. Macam biasa."

Gugup dia rasakan saat ini bila pandangan semacam daripada Tuan Syed Iqwal di halakan padanya kini sambil lelaki itu berjalan mendekatinya. Lalu tangan kanannya yang berbalut itu di capai si suami.

"Kenapa dengan tangan ni sampai berbalut ni ?"

Nurjihan menunduk. Wajah cemas Tuan Syed Iqwal itu pada matanya sangat menggerunkan.

"Tak ada apa sangat pun. Terkena air panas je sikit tadi."

Tangannya itu cuba di tarik namun kuat di pegang oleh Tuan Syed Iqwal.

"Sikit apanya bandage ni tebal tau. Sini tengok." Tangannya Nurjihan di tarik menuju ke birai katil.

Balutan kain bandage pada permukaan tangan Nurjihan di buka perlahan satu persatu dengan berhati-hati bila terdengar bunyi desahan menahan kesakitan.

Terkejut dia bila melihat tangan yang putih gebu itu di cemari dengan bengkakkan dan terlihat kontra warna pada permukaan tangan itu.

"Sakit ?". Renungan mata Tuan Syed Iqwal tepat ke dalam mata Nurjihan.

Dengan membalas renungan itu Nurjihan mengganguk lemah.

'Eleh ! tadi cakap sikit je' ... Terdengar kutukan pada diri sendiri.

Entah kenapa dia terharu bila melihat ada yang masih mengambil berat tentangnya. sedih bila mengenangkan kepergian mak Eton, siapa lagi yang akan pedulikan dirinya.

Melihatkan anggukan daripada Nurjihan itu, ringan saja tangan mulus itu di angkat dan di cium lembut.

Ciuman itu bertalu-talu tanpa menyedari tuan empunya tangan sedang tersipu malu.

"Esok kita pergi klinik ye. Takut terok lagi kalau di biarkan. Ni pun dah nampak menggelembung sikit ni."

Bagaikan robot dirinya hanya mengganguk sedari tadi.

"Buat masa ni rest dulu tangan tu. Tak payah nak keluar pergi mana-mana kalau nak cepat baik. Faham ?."

Pertanyaan itu juga di balas lagi dengan anggukan.

"Kenapa dari tadi asyik angguk je ? suara mana ?"

"Faham, Tuan Syed."

Bagai alah pada telinganya bila panggilan dari seorang isteri kepadanya masih belum berubah. Di garu cuping telinga itu sedikit.

"Sampai bila awak nak panggil saya Tuan Syed ?. Saya ni dah jadi suami awak tau. Awak patut tukar gelaran tu."

Rambut yang terjuntai di dahi dan menutupi separuh daripada sepasang mata bundar Nurjihan itu di selak sedikit. Jiwanya tidak keruan menatap lama mata itu.

"Errr..huarghhhh (menguap) eh dah pukul berapa ni. mengantuk la. Tuan Syed, jom tido."

Cuba untuk mengelak. Tidakkah lelaki itu tahu bahawa dia juga tidak keruan menatap sepasang mata bening itu.

Aish karang lama-lama tunggu tadi.....aku pulak yang rasa nak terkam dia. Uishh jangan Jihan...jangan lagi...

dia menggeleng laju menghalau imaginasi melampau yang bermain di fikirannya kini.

Tersenyum lelaki di hadapannya itu memahami maksud tersirat di balik gaya menguap gadis ini. Lalu kepalanya menggeleng perlahan. Hatinya tercuit suka.

Nurjihan.... Nurjihan ada saja alasan dia.

"Ouh awalnya menguap eh baru pukul 10 tau sayang...kiranya awak memudahkan kerja saya ni". Tersungging senyuman di bibir Tuan Syed Iqwal.

Huh ? aduh sayang pulak dah...

Sepantas kilat bahunya di tolak ke atas permukaan katil itu.

Nurjihan tergamam bila di perlakuan sedemikian.

"Err..Tuan Syed...takkan malam ni kot ?"

Namun pertanyaan itu tidak di jawab dan membuatkan mulutnya yang ingin berkata lagi itu terkunci rapat bila mendengarkan suara lembut yang mengusik kalbunya.

"Dengan Nama Allah, Ya Allah jauhkanlah kami daripada syaitan dan jauhkan syaitan daripada apa yang akan Engkau rezekikan kepada kami...."

Dikau yang terindah, tetaplah berada di dalam nyata mahupun di setiap mimpi, kerana aku... inginkan kau sentiasa ada.

*****

Pancuran air membasahi tumbuh-tumbuhan di pagi hari menerbitkan senyuman manis di bibirnya yang berasa seronok matanya menjamu keindahan warna bunga dan tumbuh-tumbuhan di taman mini Villa Rose ini.

"Good morning."

Bagai terkena renjatan elektrik di serang hendap menerima pelukan seperti itu di kala dia sedang meralit.

"Astagfirullahaladzim, terkejut saya. Tuan Syed ni..."

Suara yang berbunyi itu mengalakkan lagi tawa Tuan Syed Iqwal dan mencium leher jinjang Nurjihan bertalu-talu.

Nurjihan meleraikan pelukan di pinggang itu perlahan-lahan dan memusingkan badannya menghadap Tuan Syed Iqwal.

"Haip, malu la orang tengok."

"Erm ? biarlah siapa nak tengok pun. Diorng kena biasakan sebab saya dah ada isteri kat rumah ni."

Wajahnya merona kemerahan bila melihat kelibat Benjamin di garaj sana sedang menunggu keberangkatan Tuan Syed Iqwal.

Tangan Nurjihan di belek sekilas.

"Haih tangan ni tak baik lagi sibuk nak buat kerja menyiram bagai ni. Cuba duduk diam-diam. Saya bagi awak mc tau. Mc tu termasuk cuti awak buat kerja-kerja rumah ni. Get a rest."

Nurjihan menggaru-garu kepalanya bila sedar dirinya dileteri.

"Awuhh !..Tuan Syed..." Marah Nurjihan bila terasa sakit pipinya di cubit.

"Geram." Pipi Nurjihan yang merah di cubit itu di sapu pula perlahan lalu di cium sekilas.

Makin bertambah rona kemerahan di wajahnya.

"Eeii Tuan Syed pergi la cepat. Benjamin dah tunggu tu." Di tolak lembut badan tegap Tuan Syed Iqwal untuk menjauhinya.

"Kenapa? malu ? dengan apa yang jadi semalam antara kita pun awak masih malu dengan saya ?"
Badan kecil itu di tarik rapat padanya dan mengetatkan pelukan bagai tidak mahu di lepaskan.

Nurjihan hanya tunduk. mencari keselesaan untuk bernafas bila tubuhnya di tawan ketat dalam pelukan tersebut. Tidak mahu bertentangan mata. lalu dia menggeleng.

Ishh, di ungkit pulak hal semalam.....

"Go... Benjamin dok tengok-tengok dah tu."

Pelukan di lepaskan dan terdengar keluhan dari bibir lelaki tersebut.

"Yelah, I'll go. Take care."

Nurjihan tersenyum. Lalu tangan Tuan Syed Iqwal di raih dan di cium penuh hormat.

"Love you." Kepalanya Nurjihan di gosok perlahan sebelum dia berlalu.

"......me too".

Bila kita menerima cinta itu apa adanya. Kini mengerti dan tertanya-tanya kenapa tidak dari dahulu harus berbuat demikian.

kedua-dua keningnya sengaja di angkat bila melihat kelibat majikannya yang mendekati.

"What ?." Lengan kemejanya di singsing kemas hingga ke siku.

"Sakan ye...."

Tuan Syed Iqwal berdehem sedikit menghilangkan riak segan.

"Kita dah lambat dah ni. Jom."

Pintu kereta belakang di tutup. Benjamin menyimpan senyuman di pangkal bibir.

HAKIMI menahan kelelahan dan tercungap-cungap mencari nafas. Peluh yang terbit membasahi kepalanya di lap dengan tuala yang tergantung pada lehernya.

Rasa menyesal yang menggunung bila dia bersetuju untuk menyertai Pia mendaki bukit Tabur ini.

Di lihat Pia yang agak jauh meninggalkannya di belakang itu.

Ish, boleh tahan kuat fizikal dia ni.

Hakimi mengejar langkah Pia yang sudah berada di atas. Malulah jika kalah pada perempuan. Tak macho !

"Pia, tunggu la !"

Mendengarkan suara panggilan itu Pia tersenyum lucu.

Ha, ambik kau sibuk nak ikut sangat kan? rasakan !

Sengaja dia memilih untuk menjalani aktiviti riadah bila Hakimi asyik memaksanya untuk berjumpa kononnya nak berkawan rapat.

"Pia, kau memang suka aktiviti lasak eh ?" Hakimi sekadar mahu memecahkan suasana janggal Pia padanya.

Kini jarak mereka sudah dekat. Tidak betah dia di tinggalkan begitu jauh, dalam hutan lagi.

Pia mengganguk.

"Ouh..biasa kau hiking dengan siapa je sebelum ni ?"

Pia menggeleng.

Hakimi terkejut. "Kau sorang-sorang ?"

Pia mengganguk lagi. Hakimi pula menggeleng kali ini.

Ish..ish...gila berani betul minah ni. Jiwa kental ni.

"Berani eh kau ? sorang-sorang pula tu."

Bahasa isyarat Pia : Alah, hiking bukit aje pun. Bukan terok sangat.

"Ish, tak boleh.. bukit pun dalam hutan tau. Bahaya sorang-sorang. Kau tu dah la perempuan pulak tu. Buatnya ada bintang buas ke...."

Choi ! mangkuk ni. mulut dia tu....

Hakimi menyedari keterlanjuran bicaranya bila melihat Pia sudah bercekak pinggang. Berada di dalam hutan ini seharusnya mulut di jaga.

"Okay..okay.. sorry". Jarinya sendiri memagari mulutnya dari terus bercakap dan membuat bising.

Tidakkah dia tahu Pia sudah berserabut dengannya yang terlalu banyak bercakap ini ?

Dengan tidak semena-mena kakinya tersilap pijak jalan tar yang tidak sekata di atas laluan bukit itu ketika dia ingin berpusing ke depan semula menyebabkan badannya tidak seimbang dan dia terjatuh kebelakang dengan spontan di sambut kemas oleh Hakimi.

2 pasang mata itu bertamu.

Entah mengapa, matanya tidak boleh dari berhenti menatap wajah separa cina ini. Terbayangkan pemuda cina yang boleh bercakap bahasa melayu. Dia rasakan sungguh mempersonakan !

"Itulah aku cakap...lepas ni biar aku je teman kau hiking, jangan sorang-sorang. Bahaya. Kalau tergolek tadi ? jadi roti sardin kau." Kata Hakimi lembut membalas setiap renungan gadis ini.

Pia masih terpaku. Apa yang menyebabkan pergerakkannya juga bisu di situ ? Apakah baru dia sedar lelaki di hadapannya kini sangat memukau matanya.

"Aku tahu aku handsome. jangan pandang lama-lama macam ni, Kau tu berat !".

Berat ? kata-kata itu lantas menyentakkan lamunannya dan membetulkan posisi keseimbangan badannya.

Arghhh Pia !!! kenapa kau ni...ish malunya.....

Pia mengutuk dengan tindakan dirinya sendiri dan teruskan pendakian.

Tersungging senyum Hakimi di situ.

Kalau suka cakap ! tergeleng-geleng dia memikirkan semula riaksi Pia sebentar tadi.

Sembang la kau ! kau pun sama je kimi !
Dadanya di pegang mehanan getaran hebat.

"EXCUSE ME, I ada appointment dengan Syed Iqwal." Puteri Qisya berkata kepada dua orang wanita yang berada di meja resepi tersebut.

"Nama cik ?" Yana bertanya lembut.

"Puteri Qisya dari Lingas Holding".

"Sekejap ye, saya semak dulu"

2 minit kemudian

"Okay, Cik boleh naik lif sana tu bilik Tuan Syed ada di tingkat 3."

"Sure, thank you." Dengan langkah yang berhati-hati memakai stilleto itu, dia menuju ke pintu lif.

Ting ! sampai di tingkat 3, matanya meliar mencari bilik pejabat yang ingin di tuju dan matanya terhenti pada papan nama yang tertulis 'Karlisa'. Tersenyum dia bila membayangkan wajah manis gadis itu. Entah kenapa dia rasa gadis itu sesuai benar jika di padankan dengan Megat Haider. Biarlah Megat Haider itu ada teman dari sibuk bergaduh dengannya dan menjuri lelaki pilihan hatinya.

"Puteri Qisya ?" Pandangan menderas menatap ke arah suara yang memanggil namanya.

Senyuman sekali lagi mekar. Kali ini terlebih mekar bila melihat seraut wajah yang di gilai dalam diam.

"You tengok apa ? Shall we ?" Tuan Syed Iqwal menunjukkan ke arah dalam penjabatnya kepada Puteri Qisya.

"Hi, sorry i memang nak ke bilik you tadi ni."
Sedar kealpaannya berangan tak kira tempat lalu dengan pantas dia bergerak masuk ke dalam pejabat Tuan Syed Iqwal.

"So, you dah fikir pasal proposal yang i bagi tu ?"

"Well, to be honest. tak berapa setuju and pemegang saham dalam company i tak akan setuju juga if company kita bergabung di bawah satu bumbung hanya kerana projek yang baru nak di wujudkan ni. Mereka lebih prefer company lain sebab effect dari performance Genting projek."

Tuan Syed Iqwal terkejut. Jarinya di bawah meja itu bermain-main sesama sendiri. Berfikir lagi bagaimana cara untuk mereka masuk ke dalam Lingas Holding secara sah.

"So how, i nak sangat ada kerjasama dengan company yang hebat macam Lingas Holding."

"If you don't mind. i ada cara lain. Cara ni keras sikit. Itu pun kalau you setuju." Kata-kata Puteri Qisya itu mengundang pertanyaan hebat dalam hati lelakinya.

"How ?".

"Kita buat contract personal antara kita. Ini boleh jadikan you and sekaligus company you secara sah tadbir projek tu tanpa persetujuan pemegang saham company i."

"It's it possible ?"

"Of course ! I'm the owner. I'm the bos.". Tersenyum dia memandang wajah teruja Syed Iqwal itu.

"Okay. tell me."

"We get married. And the date of the end of contract , you decided later."

Terbangun Tuan Syed Iqwal ketika mendengarkan cadangan wanita itu.

Ini kerja gila.

"Maried ? how come...sedangkan kita bukan pasangan yang bercinta. How can u marry a person who you doesn't love?"

"It's just a temporary Syed Iqwal. Don't worry. It's fine. Kita je yang tahu kalau you setuju dengan cadangan i ."

Syed Iqwal menatap dinding kaca di hadapannya itu. Berfikir apa yang harus dia lakukan saat ni. Berkahwin dengan anak Megat Rusydi ?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience