Rate

Bab 28 Kecurigaan Puan Saleha

Romance Completed 278243

Setelah mereka selesai makan, Adib mengemas segala bekas makanan mereka tadi. Anis kembali membaringkan dirinya di atas katil.

"Anis sudah solat maghrib ke?" Tanya Adib, dia tak mahu Anis lalai dalam ibadahnya.

Anis menggeleng pelan.

"Belum lagi!" Jawabnya sambil meringis melihat Adib yang duduk di kerusi tepi katilnya.

"Anis bangun kejap solat maghrib, tak baik lengah-lengahkan solat. Sakit bukan alasan untuk Anis tidak solat.

Allah Ta’ala telah memerintahkan kita untuk mendirikan shalat. Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud:

“Dan dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat dan rukuklah beserta orang-orang yang rukuk” (QS. Al-Baqarah: 43)."

Anis kena ingat tu, abang tak mahu kena soal di akhirat sebab tidak mengingatkan Anis untuk solat." Detail Adib memberi nasihat pada Anis.

Anis tersenyum kecut mendengar kata-kata Adib tadi. Anis segera bergerak menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk dan menunaikan solat 3 rakaat. Setelah habis solat, Anis kembali duduk di atas katilnya.

"Isyak nanti abang solat dekat sini bersama Anis, abang akan jadi imam Anis." Ucap Adib sambil tersenyum.

"Okay abang." Kata Anis gugup. " Jadi ke malam ni jalan-jalan dekat luar lagi?" Tanya Anis inginkan kepastian.

"Jadi!" Ucap Adib singkat. " Lepas solat isyak kita boleh keluar jalan-jalan ambil angin." Katanya lagi.

"Okay, tapi Anis nak beli sedikit makanan ringan dekat kedai runcit hospital... Boleh ke? Anis bosan tiada kunyah-kunyah." Tanya Anis lagi.

Banyak sangat permintaan Anis Umairah hari ni, Adib cuma mengangguk membenarkan. Tidak apa, bukan selalu. Fikirnya.

"Siapa suruh, tadi abang tanya Anis ada mahu ke... kata tak nak. Padan muka!" Sahut Adib sambil tergelak melihat mulut Anis yang maju ke depan.

"Anis belum terfikir time tu!" Ucapnya sambil melengkungkan bibirnya ke bawah.

Setelah azan isyak berkumandang, mereka segera solat di bilik rawatan tersebut. Sambil berdoa dan di aminkan oleh Anis, Adib menghulurkan tangannya dan di sambut oleh Anis dan menyium tangan Adib. Adib merasa gembira dapat menunaikan solat berjemaah bersama-sama dengan Anis.

"Anis siap-siap kita duduk-duduk dekat taman setelah dari kedai runcit hospital." Sahut Adib tiba-tiba.

"Anis tidak menyusahkan abang juga ke?"

"Sama sekali tidak Anis." Jawab Adib lagi.

Mereka pun jalan beriringan menuju ke kedai runcit hospital, dan membeli sedikit makanan ringan dan air kotak. Dia merasa bosan kerana buku-bukunya tidak ada yang di bawa ke hospital untuk menjadi bahan bacaannya.

"Bila agaknya Anis boleh keluar?" Tanya Anis setelah mereka sudah duduk di taman hospital. Ada beberapa orang pesakit yang masih duduk-duduk di taman tersebut.

"Nanti abang tanya dengan doktor ya." Jawab Adib dan menarik pelan Anis mendekatinya.

Anis mengangguk singkat.

Adib menyandarkan Anis di bahunya dan mereka melihat bintang yang bergemerlapan di angkasa lepas. Perasaan Adib Umair terasa bahagia bila berada di sisi Anis. Ini ke yang di namakan cinta? Adib tersenyum bahagia dapat duduk berdua-duaan dengan Anis di bawah atap langit yang memayungi mereka.

____________________________________

Selesai sahaja solat subuh, Adib segera balik ke rumahnya apabila ibunya Puan Saleha sudah datang bergilir untuk menjaga Anis di hospital pagi itu. Adib akan pergi ke sekolah mengajar seperti biasa.

"Assalamualaikum!" Ucap Adib setelah dia telah sampai ke ruang pejabat sekolah.

"Waalaikumussalam!" Beberapa orang guru menyambut salam Adib Umair dengan ramah.

Cikgu Bakhtiar datang mendekati Adib.

"Cikgu Adib, bagaimana sudah keadaan Anis?"

"Alhamdulillah semakin membaik cikgu, insya Allah petang ni dia akan segera pulang ke rumah."

Cikgu Bakhtiar menggangguk pelan.

"Jadi esok Anis boleh ke sekolah seperti biasa ke?"

"Insya Allah Cikgu!" Kata Adib Umair dengan sopan.

"Baiklah Cikgu, saya masuk kelas dulu." Kata Cikgu Bakhtiar berlalu pergi.

Adib cuma mengangguk sambil tersenyum tipis. Setelah itu, dia pun masuk ke kelas mengikut jadual mengajarnya. Mengajar subject matematik untuk kelas tingkatan 3 dan tingkatan 5. Dia bercadang akan terus ke hospital untuk menggantikan ibunya pula berjaga. Mengikut perkiraan doktor, petangnya Anis Umairah sudah boleh keluar wad setelah menyelesaikan pembayaran bil hospital Anis.

"Assalamualaikum Cikgu Adib!" Sapa Cikgu Farah mendekati Adib yang bersiap untuk menemani Anis pula.

"Waalaikumussalam Cikgu Farah, kenapa ya?" Adib mengerutkan keningnya melihat Cikgu Farah yang sudah berdiri di dekatnya.

"Cikgu Adib mahu ke hospital ke?"

"Begitulah Cikgu, saya kena menggantikan ibu saya sekarang." Jawab Adib datar.

"Boleh saya ikut Cikgu Adib pergi tengok Anis? Ada buah tangan saya nak beri sendiri pada Anis." Sambil menunjukkan beg plastik yang ada di tangannya.

Adib berfikir melihat Cikgu Farah yang baik hati mahu menjenguk Anis fikirnya.

Cikgu bawa kereta sendiri ke untuk jenguk Anis?" Tanya Adib ingin tahu.

"Kalau boleh saya nak tumpang kereta Cikgu Adib ke hospital." Jawab Cikgu Farah dengan senyuman bahagianya.

Adib menggangguk faham. Belum sempat Adib memulakan percakapan Cikgu Farah terus naik ke kereta Adib dan duduk bahagian hadapan sebelah pemandu. Adib hanya mampu terdiam melihat tingkah laku Cikgu Farah.

Dalam perjalanan menuju ke hospital, Adib hanya diam tidak tahu nak berkata apa...sebab niat Cikgu Farah baik ingin menjenguk Anis. Apa Adib nak cakap nanti dengan ibunya Puan Saleha, pasti ibunya akan curiga melihat mereka berdua datang bersama nanti.

"Assalamualaikum!" Ucap Adib dan Cikgu Farah hampir bersamaan setelah sampai ke hospital. Mereka masuk ke bilik rawatan Anis beriringan.

Puan Saleha terkejut melihat Adib yang muncul berdua-duaan bersama dengan Cikgu Farah. Macam mana dia nak tinggalkan Anis kalau Adib datang berteman. Puan Saleha takut Adib mengabaikan Anis nanti setelah dia pulang ke rumah.

"Waalaikumussalam!" Sambut Puan Saleha dengan wajah datarnya.

"Ibu dah nak balik ke? Tanya Adib pada Puan Saleha sambil menyalam hormat bergantian dengan Cikgu Farah.

"Belum lagi Adib..!"Jawab Puan Saleha dengan tatapan curiga. " Kenapa nak sangat ibu balik cepat? Nak berdua-duaan dengan Cikgu Farah?" Tanya Puan Saleha dengan senyuman sinisnya.

"Bukan begitu ibu!" Tanya Adib serba salah."Bukannnya ibu cakap tadi nak balik rumah ke?"

"Ibu tak jadi balik, takut nanti Adib cuai jaga Anis." Kata Puan Saleha sambil melirik Cikgu Farah yang tersenyum manis di sebelah Adib. Hatinya sakit melihat Adib datang berdua dengan Cikgu Farah.

"Maaf makcik, saya datang nak jenguk Anis dan nak beri Anis buah tangan ni ." Sambil menghulurkan beg plastik pada Puan Saleha.

Puan Saleha hanya menyambut huluran Cikgu Farah dengan tatapan curiganya. Dia melirik Adib dan Cikgu Farah bergantian.

"Anis tengah tidur, baru habis makan ubat." Jawab Puan Saleha apa adanya.

Puan Saleha tidak memperdulikan keberadaan Cikgu Farah dan Adib. Dia pergi duduk di tepi katil Anis dan mengusap-gusap lembut lengan Anis. Apa dia nak kata nanti dengan Puan Zulaikha dan Encik Muhaimin nanti sekiranya Adib betul-betul ada hubungan serius dengan Cikgu Farah. Dia tidak ingin menantu lain kecuali Anis Umairah.

Puan Saleha curiga dah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience